Missi kemanusiaan sampai di Kaherah

Perkembangan terkini mengenai missi kemanusiaan Aman Malaysia ke Gaza, yang diketuai Penyelarasnya, Dato’ Mukhriz Mahathir.

Pasukan ini selamat sampai di Kaherah, Mesir pada tengahari, Jumaat 8 Februari 2008. Buat masa ini pasukan ini masih lagi di Kaherah.

Menurut Dato’ Mukhriz, pasukan keselamatan Mesir sekarang ini senang ‘memburu’ 2,000 orang millitan Palestin sekitar Gaza dan Rafah. Oleh itu, pasukan ini dinasihatkan agar tidak keluar dari kotaraya Kaherah.

*Perkembangan terkini pada 2.45pm, Sabtu 9 Februari 2008

Menurut Dato’ Mukhriz, melalui pesanan ringkas telefon, sempadan Mesir-Gaza sekarang ditutup, Pintu sempadan yang masih dibuka ialah di Karm Abu Selm, iaitu sempadan Mesir-Gaza-Israel, yang kini dibawah penguasaan penuh tentera Israeli Defense Force.

Sekiranya pasukan missi kemanusiaan Aman Malaysia gagal ke Rafah, maka bekalan makanan, ubat ubatan dan permainan kanak kanak yang diusahakan itu akan dihantar ke pihak Palestin di Gaza melalui pihak Persatuan Bulan Sabit Merah Gaza, dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

*Perkembangan terbaru pada 8.25pm, Sabtu 9 Februari 2008

Dipetik dari Bernama.com:

09 Februari, 2008 20:16 PM  

Aman Malaysia Bersiap Sedia Menuju Rafah

Daripada Syed Azwan Syed Ali

KAHERAH, 9 Feb (Bernama) — Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia (Aman Malaysia) masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Mesir untuk memasuki Rafah bagi menyampaikan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir berkata situasi di sempadan Gaza-Mesir dikatakan masih tegang dan pihak berkuasa Mesir telah menggandakan kawalan keselamatan di kawasan itu sehingga ke al-Ariesh dan Sinai.

“Ketika ini kita masih menunggu lampu hijau dari pihak berkuasa Mesir melalui Dr Salah Al-Khalidi (wakil persatuan doktor-doktor di Gaza),” katanya kepada Bernama semasa menyampaikan sumbangan makanan dan mainan kepada kanak-kanak Palestin di Hospital Palestin di sini.

Pasukan Aman Malaysia yang tiba di Kaherah sejak Selasa lepas telah berusaha untuk memasuki Rafah melalui pelbagai saluran, bagaimanapun keadaan bergolak di kawawan sempadan masih tidak mengizinkan mereka berbuat demikian.

Mukhriz berkata sempadan Gaza-Mesir di Rafah telah ditutup sejak kelmarin dan semua pergerakan keluar masuk telah dihentikan.

Buat masa ini hanya sempadan Karm Abu Selm, sempadan tiga penjuru antara Mesir, Gaza dan Israel yang masih dibuka tetapi dikawal dan ditadbir oleh Israel, katanya.

Mukhriz berkata sekiranya pasukan Aman Malaysia tidak dibenarkan ke Rafah, bantuan ubat-ubatan dan makanan akan diserahkan kepada Persatuan Palang Merah Palestin yang mempunyai wakil di Kaherah untuk disalurkan kepada 198 klinik kecemasan di sekitar Gaza esok.

“Lebih 800,000 rakyat Palestin di Gaza kini bergantung penuh kepada bantuan asing dan terputus bekalan makanan, ubat-ubatan, air dan minyak mencukupi, sejak rejim Israel menutup semua pintu sempadan Gaza Jun lepas,” katanya.

Lapan puluh lima peratus daripada 1.5 juta penduduk Gaza yang bersempadan dengan Mesir, Israel dan Laut Mediteranean, kini mengalami krisis kemanusiaan paling teruk dan memerlukan bantuan daripada luar.

Mukhriz hari ini menyerahkan 15 kotak makanan yang berupa coklat, gula-gula, biskut, pakaian serta permainan sumbangan Raja Zarith Sofia Sultan Idris, isteri Tengku Mahkota Johor dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Umno Cheras kepada kanak-kanak Palestin yang kini berlindung di hospital itu yang turut disertai ketua pengarahnya Dr Muhammad Zaghlul.

— BERNAMA

*Perkembangan terkini pada 8.30pm, Sabtu 9 Februari 2008

Menurut Dato’ Mukhriz, melalui pesanan ringkas telefon, bekalan bahan ubatan, makanan dan permainan kanak kanak yang diusahakan dalam missi kemanusiaan Aman Malaysia ini dijangkakan akan diserah kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Gaza esok. Bila ianya akan dibawa kesempadan dan dibawa masuk ke Gaza, melalui Karm Abu Selm belum dapat ditentutkan lagi buat masa ini.

 

Published in: on February 9, 2008 at 04:10  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/09/missi-kemanusiaan-sampai-di-kaherah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. semoga misi saudara mukriz dilindungi Allah swt…

    InsyaAllah. Doa rakan rakan Pejuang Bangsa sekelian amat dihargai

  2. […] kepada Palang Merah Gaza Penyelaras Aman Malaysia Dato’ Mukhriz Mahathir, yang mengetuai missi kemanusiaan membawa bahan bahan ubatan, makanan, coklat dan permainan kanak kanak petang tadi menyerahkan semua bekalan kepada […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: