Missi kemanusiaan Aman Malaysia berjaya serah bekalan kepada Palang Merah Gaza

Penyelaras Aman Malaysia Dato’ Mukhriz Mahathir, yang mengetuai missi kemanusiaan membawa bahan bahan ubatan, makanan, cokolat dan permainan kanak kanak petang tadi menyerahkan semua bekalan kepada pihak Persatuan Palang Merah Gaza di Kaherah. Dalam penyerahan pertama, bekalan ubatan bernilai suku juta ringgit telah diserahkan pagi tadi.

aman-malaysia-in-cairo.jpg

Persatuan Palang Merah Gaza akan mengusahakan membawa bekalan ini masuk ke Gaza, melalui pintu sempadan tiga penjuru Mesir-Gaza-Israel Karm Abu Selm beberapa hari lagi. Pintu ini dibawah penguasaan tentera rejim Zionis Israel. Keputusan ini dibuat kerana semua pintu pintu sempadan ke Gaza ditutup.

aman-malaysia-in-cairo-ii.jpg

Dalam perhubungan terus menerus dari Kaherah, Dato’ Mukhriz juga menyerahkan 80kg cokolat Famous Amos (yang dibekalkan UMNO Cheras) dan permainan kanak kanak (yang dibekalkan YAM Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris, isteri Tunku Mahkota Johor) kepada kanak kanak Palestin di hospital Palang Merah Gaza di Kaherah tengahari tadi (waktu Mesir). Turut berada semasa penyerahan tersebut ialah Pengarah Hospital Palestin di Kaherah Dr. Zaghloul dan Duta Besar Palestin ke Mesir, Munther Ezzidin Al Dajani.

aman-malaysia-cairo-iii.jpg

Ketua missi kemanusiaan Aman Malaysia Dato’ Mukhriz mahathir amat puas hati dengan sempurna penyerahan kedua ini dan penghantaran kepada kumpulan sasaran. Kejayaan melaksanakan missi bermakna pasukan Aman Malaysia ini sudah bersedia untuk pulang.

aman-malaysia-cairo-iv.jpg

Pasukan missi keamanan Aman Malaysia ini yang berlepas dari KLIA petang Khamis, 7 Februari 2008 akan bertolak balik ke Kuala Lumpur malam esok (waktu Mesir).

Sebagai seorang pemimpin Pemuda UMNO yang amat prihatin dengan nasib masyarakat Palestin di Gaza dan amat fokus dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai Exco Pemuda Hal Ehwal Antarabangsa, beliau sanggup meninggalkan alam politik tanahair yang sedang dalam kesibukan persiapan untuk Pilihanraya Umum ke XII, yang dijangkakan diumumkan bila bila masa dalam tempoh terdekat ini. Semoga keikhlasan dan kesungguhan mereka yang mengusahakan dan menyumbang kepada missi kemanusiaan Aman Malaysia ke Gaza ini diberikan ganjaran sewajarnya sebagai fardhu kifayah.

 

Sumbangan seterusnya boleh dimasukan terus kepada akaun:

Peace Malaysia, No. Acc.: 1420-0007389-058 CIMB

atau menyerahkan derma kepada alamat

Blok B-13-D2, Plaza Mont Kiara,

No 2, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur

 

*Perkembangan terkini pada 10.45 malam, Ahad 10 Februari 2008

Laporan Bernama.com atas missi kemanusiaan ke Gaza ini, dari Kaherah:

10 Februari, 2008 22:14 PM  

Pasukan Aman Malaysia Tidak Akan Memasuki Rafah

Daripada Syed Azwan Syed Ali

KAHERAH (Mesir), 10 Feb (Bernama) — Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia tidak akan memasuki Rafah untuk menyampaikan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada penduduk Gaza, selepas pihak berkuasa Mesir menghentikan pergerakan keluar dan masuk di kawasan sempadan Gaza-Mesir itu.

Penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir berkata Duta Palestin ke Mesir Munther Ezzidin Al-Dajani menasihatkan pasukan Aman Malaysia supaya tidak memasuki kawasan itu kerana keadaannya yang tidak selamat.

Beliau berkata bekalan ubat-ubatan sumbangan rakyat Malaysia akan disalurkan kepada Pasukan Palang Merah Palestin, menerusi Dr Salah A. El Khaldi dari Kementerian Kesihatan Palestin yang berpusat di wilayah Gaza.

“Kita tidak akan ke Rafah tetapi misi utama menghantar ubat-ubatan kepada 1.5 juta penduduk Gaza yang memerlukan akan diteruskan,” katanya kepada Bernama selepas menemui Munther di Kedutaan Palestin di sini tengah hari waktu tempatan.

Dalam pertemuan itu Munther berkata, bantuan Aman Malaysia amat dialu-alukan pihak berkuasa Palestin memadangkan krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing sejak rejim Israel menutup semua pintu sempadannya Jun lalu.

Beliau berkata tindakan Israel itu bertujuan membangkitkan isu berkaitan krisis kemanusiaan bagi menyekat keamanan di wilayah berkenaan, dan menurutnya bantuan Aman Malaysia itu sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban penderitaan rakyat Gaza.

“Bantu kami tamatkan pendudukan ini,” katanya menerusi penterjemah ketika ditemui di luar pejabat Kedutaan Palestin di dini, yang dipenuhi rakyat Palestin yang ingin memohon pelbagai bantuan.

Pasukan Aman Malaysia yang tiba di Kaherah sejak Selasa lepas telah berusaha untuk memasuki Rafah, kira-kira 300km dari sini, melalui pelbagai saluran, namun keadaan bergolak di kawasan itu tidak mengizinkan mereka berbuat demikian.

Difahamkan insiden berbalas tembakan dilaporkan berlaku hampir setiap hari di kawasan itu.

“Pasukan Palang Merah Palestin akan menyalurkan ubat-ubatan yang kita beri kepada 198 klinik kecemasan di Gaza,” kata Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Difahamkan pihak berkuasa Mesir mengadakan sekatan jalan sehingga ke El-Ariesh, kira-kira 35km dari Rafah dan Sinai di sebelah Israel, atas sebab-sebab keselamatan. Hanya sempadan Karm Abu Selm (sempadan tiga penjuru antara, Mesir, Gaza dan Israel) masih dibuka tetapi dikawal oleh rejim Israel.

Lapan puluh lima peratus atau 800,000 orang daripada 1.5 juta penduduk Gaza yang bersempadan dengan Mesir, Israel dan Laut Mediteranian, kini mengalami krisis kemanusiaan teruk dan memerlukan bantuan daripada luar.

— BERNAMA

 

Published in: on February 10, 2008 at 20:12  Comments (7)  

Kroni PM `Flip-Flop’ gadai 27 ekar tanah UM

Kroni PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Annuar Zaini, telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah premier (bernilai tinggi) dalam kawasan kampus Universiti Malaya (UM), kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.

Annuar, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya (merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat Universiti Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00/ kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 / kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja. Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 / kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.

Annuar juga merupakan Pengerusi Bernama dan penulis ucapan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Sebagai usaha membetulkan imej yang ‘dicalari’, beliau telah menemu-ramah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah pada sebuah rancangan khas TV 3 yang disiarkan 7 Ogos 2006, sebagai respons awal kepada kritikan kiritikan terbuka mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai beberapa isu. Antara yang menjadi ‘mercu tanda’ temu ramah ini ialah apabila PM ‘Flip-Flop’ mengatakan Kerajaan tidak terlibat memberi kontrak kepada Scomi (yang dikuasai Dato’ Kamaluddin Abdullah) dan menantu beliau (Khairy Jamaluddin) tidak terlibat langsung dalam apa apa proses keputusan Kerajaan.

Annuar juga ialah seorang ahli lembaga pengarah Malaysia Airlines. Beliau, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang baru baru ini ‘menjawab’ bagi pihak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah segala kritikan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam satu forum anjuran Alumni UM, adalah antara alumnus UM ini.

*Tambahan maklumat dan kemas kini kepada cerita asal, pada 12.00 tengahari, 11 Februari 2008

Pada 2005, PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga seorang alumnus UM, telah merasmikan pecah tanah bangunan rumah kelab Alumni UM ditapak ini. Oktober 2007 pula, Dato’ Annuar Zaini, selaku Pengerusi UM Holdings Sdn. Bhd., telah bersetuju pada dasar untuk menyerahkan tapak ini kepada syarikat usahasama Mint PPC Glomac Whitestone, untuk dibangunkan sebagai kondominium mewah. Syarikat usahasama ini bersetuju untuk membina rumah kelab Alumni yang sedang dibina itu, ditapak lain sebesar 5 ekar juga dalam kampus UM.

Oleh itu, kerja pembinaan dihentikan. Dalam masa yang sama, syarikat usahasama ini, dengan kerjasama rapat UM Holdings Sdn. Bhd. sedang mengusahakan kelulusan dari semua pihak dan agensi berkenaan, agar projek pembangunan hartanah lumayan ini dapat diteruskan.

Pengerusi Alumni UM Dato’ Nordin Razak, yang juga mantan Ketua Pengarah DBKL, dikatakan menentang kuat deal ini.

Published in: on February 10, 2008 at 00:03  Comments (26)