Penyelaras Aman Malaysia Dato’ Mukhriz Mahathir, yang mengetuai missi kemanusiaan membawa bahan bahan ubatan, makanan, cokolat dan permainan kanak kanak petang tadi menyerahkan semua bekalan kepada pihak Persatuan Palang Merah Gaza di Kaherah. Dalam penyerahan pertama, bekalan ubatan bernilai suku juta ringgit telah diserahkan pagi tadi.
Persatuan Palang Merah Gaza akan mengusahakan membawa bekalan ini masuk ke Gaza, melalui pintu sempadan tiga penjuru Mesir-Gaza-Israel Karm Abu Selm beberapa hari lagi. Pintu ini dibawah penguasaan tentera rejim Zionis Israel. Keputusan ini dibuat kerana semua pintu pintu sempadan ke Gaza ditutup.
Dalam perhubungan terus menerus dari Kaherah, Dato’ Mukhriz juga menyerahkan 80kg cokolat Famous Amos (yang dibekalkan UMNO Cheras) dan permainan kanak kanak (yang dibekalkan YAM Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris, isteri Tunku Mahkota Johor) kepada kanak kanak Palestin di hospital Palang Merah Gaza di Kaherah tengahari tadi (waktu Mesir). Turut berada semasa penyerahan tersebut ialah Pengarah Hospital Palestin di Kaherah Dr. Zaghloul dan Duta Besar Palestin ke Mesir, Munther Ezzidin Al Dajani.
Ketua missi kemanusiaan Aman Malaysia Dato’ Mukhriz mahathir amat puas hati dengan sempurna penyerahan kedua ini dan penghantaran kepada kumpulan sasaran. Kejayaan melaksanakan missi bermakna pasukan Aman Malaysia ini sudah bersedia untuk pulang.
Pasukan missi keamanan Aman Malaysia ini yang berlepas dari KLIA petang Khamis, 7 Februari 2008 akan bertolak balik ke Kuala Lumpur malam esok (waktu Mesir).
Sebagai seorang pemimpin Pemuda UMNO yang amat prihatin dengan nasib masyarakat Palestin di Gaza dan amat fokus dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai Exco Pemuda Hal Ehwal Antarabangsa, beliau sanggup meninggalkan alam politik tanahair yang sedang dalam kesibukan persiapan untuk Pilihanraya Umum ke XII, yang dijangkakan diumumkan bila bila masa dalam tempoh terdekat ini. Semoga keikhlasan dan kesungguhan mereka yang mengusahakan dan menyumbang kepada missi kemanusiaan Aman Malaysia ke Gaza ini diberikan ganjaran sewajarnya sebagai fardhu kifayah.
Sumbangan seterusnya boleh dimasukan terus kepada akaun:
Peace Malaysia, No. Acc.: 1420-0007389-058 CIMB
atau menyerahkan derma kepada alamat
Blok B-13-D2, Plaza Mont Kiara,
No 2, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur
*Perkembangan terkini pada 10.45 malam, Ahad 10 Februari 2008
Laporan Bernama.com atas missi kemanusiaan ke Gaza ini, dari Kaherah:
10 Februari, 2008 22:14 PM |
Pasukan Aman Malaysia Tidak Akan Memasuki Rafah
Daripada Syed Azwan Syed Ali
KAHERAH (Mesir), 10 Feb (Bernama) — Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia tidak akan memasuki Rafah untuk menyampaikan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada penduduk Gaza, selepas pihak berkuasa Mesir menghentikan pergerakan keluar dan masuk di kawasan sempadan Gaza-Mesir itu.
Penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir berkata Duta Palestin ke Mesir Munther Ezzidin Al-Dajani menasihatkan pasukan Aman Malaysia supaya tidak memasuki kawasan itu kerana keadaannya yang tidak selamat.
Beliau berkata bekalan ubat-ubatan sumbangan rakyat Malaysia akan disalurkan kepada Pasukan Palang Merah Palestin, menerusi Dr Salah A. El Khaldi dari Kementerian Kesihatan Palestin yang berpusat di wilayah Gaza.
“Kita tidak akan ke Rafah tetapi misi utama menghantar ubat-ubatan kepada 1.5 juta penduduk Gaza yang memerlukan akan diteruskan,” katanya kepada Bernama selepas menemui Munther di Kedutaan Palestin di sini tengah hari waktu tempatan.
Dalam pertemuan itu Munther berkata, bantuan Aman Malaysia amat dialu-alukan pihak berkuasa Palestin memadangkan krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing sejak rejim Israel menutup semua pintu sempadannya Jun lalu.
Beliau berkata tindakan Israel itu bertujuan membangkitkan isu berkaitan krisis kemanusiaan bagi menyekat keamanan di wilayah berkenaan, dan menurutnya bantuan Aman Malaysia itu sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban penderitaan rakyat Gaza.
“Bantu kami tamatkan pendudukan ini,” katanya menerusi penterjemah ketika ditemui di luar pejabat Kedutaan Palestin di dini, yang dipenuhi rakyat Palestin yang ingin memohon pelbagai bantuan.
Pasukan Aman Malaysia yang tiba di Kaherah sejak Selasa lepas telah berusaha untuk memasuki Rafah, kira-kira 300km dari sini, melalui pelbagai saluran, namun keadaan bergolak di kawasan itu tidak mengizinkan mereka berbuat demikian.
Difahamkan insiden berbalas tembakan dilaporkan berlaku hampir setiap hari di kawasan itu.
“Pasukan Palang Merah Palestin akan menyalurkan ubat-ubatan yang kita beri kepada 198 klinik kecemasan di Gaza,” kata Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Difahamkan pihak berkuasa Mesir mengadakan sekatan jalan sehingga ke El-Ariesh, kira-kira 35km dari Rafah dan Sinai di sebelah Israel, atas sebab-sebab keselamatan. Hanya sempadan Karm Abu Selm (sempadan tiga penjuru antara, Mesir, Gaza dan Israel) masih dibuka tetapi dikawal oleh rejim Israel.
Lapan puluh lima peratus atau 800,000 orang daripada 1.5 juta penduduk Gaza yang bersempadan dengan Mesir, Israel dan Laut Mediteranian, kini mengalami krisis kemanusiaan teruk dan memerlukan bantuan daripada luar.
— BERNAMA
Inilah PEMIMPIN UMNO yang KITA MAHU!
Mengutamakan tanggung jawab, laksana fardhu kifayah dan menyahut ‘panggilan’ kemanusiaan dahulu dari kepentingan politik sendiri, tatkala pemimpin UMNO lain sibuk buat persiapan dan ‘pasang badan’.
Semoga Allah s.w.t. ganjarkan pulangan yang lebih lumayan kepada Dato’ Mukhriz dan seluruh warga Aman Malaysia, penyumbang derma dan termasuk pemimpin UMNO Cheras dan Raja Zarith.
Amin. InsyaAllah….. 🙂
Dear Big Dog
Thank you so much for taking so much interest into these selfless deeds of Aman Malaysia. Hopefully, though your support, we could bring more Malaysians interested to contribute towards humane global issues.
Aman Malaysia’s humanitarian efforts in Egypt at the moment is an extension of the various work done before this. These include the Tsunami relief in Acheh, earthquake relief in Pakistan and JogJakarta, war relief in Lebanon, typhoon relief effort in Bangladesh and several other missions around the globe, on top local disasters like the two most recent major floods.
Referring to the article above, If I may humbly point out, there seems to be an error with regards to the Peace Malaysia account number. The correct account for the public to use is 1420-0007389-058 CIMB.
May Allah bless your continuous support.
Thank you again
Azrin Zizal Abdul Aziz
Media Officer to YBhg Dato’ Mukhriz Mahathir
Thanks for the correction. Error been rectified.
We here at BigDogDotCom are very proud of the humanitarian work and effort Peace Malaysia undertaken, under Dato’ Mukhriz Mahathir.🙂
Syabas pada Dato’ Mukhriz, sedang tokoh politik yg lain sibuk melobi sana sini, Dato’ Mukhriz tetap buat kerje membantu masyarakat dlm dan luar negara. Semoga Allah merahmati jasa-jasa Dato’ Mukhriz.
Kalau ada peluang, saya nak join Aman Malaysia untuk sama-sama pergi ke sana demi membantu saudara2 kita yang memerlukan…semoga dengan sumbangan kita yang sedikit ini dapat memberikan impak yang besar kepada keamanan di sana. Ajal maut di tangan ALLAH, tak siapa yang dapat menentukan bila, di mana n bagaimana… Ya Allah, selamatkanlah kanak-kanak yang tidak berdosa…Jika telah sampai ajal mereka, usahlah kau beri kesakitan kepada mereka, semoga pintu syurga sentiasa terbuka buat hamba2mu yang tidak berdosa…amin.
Jika dah habis stugy nanti, saya nak join Aman Malaysia…semoga ayah n ibu, juga insan tersayang merestui niat saya ni… I love u all n May Allah bless Gaza & their childrens.
what should i do to be a member of this organization
How do i go about to have aman malaysia to give briefing, slide show sort off on Palestine- Gaza to be held at my Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh
saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan malaysia kerana membantu mangsa perang di semananjung gaza