Seorang pemimpin UMNO yang beraspirasi untuk pergi jauh, telah mendukung ICT sebagai alat untuk menyebarkan maklumat dan memaparkan aktiviti beliau sebagai pemimpin UMNO tempatan. Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Tan Sri Hamid Jumat, Naib Ketua Bahagian UMNO Pulai telah melancarkan web TV, yang dinamakan UMNO Pulai TV.
Anak mantan Naib Presiden UMNO itu mengunakan sepenuhnya peluang yang meluas dalam ruang cyber untuk terus menentukan kesinambungan Perjuangan, yang diwarisi ayahandanya.
Difahamkan, ICT digunakan kerana peluang untuk pemimpin UMNO peringkat sedemikian diberikan perhatian dan ruang oleh media perdana amat tipis kerana ruang terhad.
Tengku Putra telah berjaya menganjurkan program sempena memperingati 50 Kemerdekaan di Danga Bay, Johor Bahru, Johor pada 11 Ogos 2007.