Langkawi mahukan Mukhriz wakili mereka

Inilah kenyataan pengundi pengundi Langkawi pagi semalam, yang disuarakan melalui Pengerusi Tetap UMNO Bhg. Langkawi dan mantan ADUN Kuah Ismail Yaacob, bersama sama Ketua Komponen BN (MCA, Gerakan dan MIC) Langkawi, sebagai reaksi kepada kenyataan unilateral Setiausaha UMNO Bhg. Langkawi Mohd. Saiful Mustaffa yang wujud elemen pembohongan dan memutar belitkan fakta.

Dipetik dari Utusan Malaysia, pagi ini:

Pemimpin Langkawi sokong Mukhriz

LANGKAWI 19 Feb. – Para pemimpin Barisan Nasional (BN) di Langkawi menyokong Datuk Mukhriz Tun Mahathir bertanding di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Langkawi, Johari Bulat berkata, setakat ini, 33 tandatangan pemimpin yang menyokong pencalonan itu telah diperoleh.

‘‘Ini menunjukkan Mukhriz mendapat sambutan baik di Parlimen Langkawi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Johari, tujuh ahli jawatankuasa Bahagian UMNO Langkawi serta beberapa pemimpin MCA dan MIC bersetuju untuk menyokong Mukhriz.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Sungai Itau, Maton Mahmud berkata, selepas 17 tahun berkhidmat kini sudah tiba masanya Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib memberi laluan kepada Mukhriz.

Menurut beliau, pencalonan Mukhriz akan membolehkannya meneruskan perjuangan bapanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membangunkan pulau legenda itu.

Ketua MCA Bahagian Langkawi, Datuk Chew Liau Weng pula berkata, beliau kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bahawa Mukhriz tidak layak dicalonkan di kerusi Parlimen berkenaan semata-mata kerana beliau bukan anak kelahiran Langkawi.

Liau Weng berkata, Abu Bakar memang dihormati dan disenangi di Langkawi, tetapi beliau perlu memberi laluan kepada muka baru untuk terus memajukan pulau berkenaan.

Ketua MIC Bahagian Langkawi, Manogaran Thopasamy berkata, orang Langkawi tidak akan lupa jasa Dr. Mahathir yang membangunkan pulau itu.

Beliau juga yakin Mukhriz mampu membawa pembangunan lebih cemerlang ke Langkawi.

Jelas orang Langkawi rata rata “tidak mudah lupa” dan mahukan pembaharuan, dengan tenaga muda yang lebih terdedah dan pengalaman luas kepada industri tulang belakang ekonomi Langkawi.

Orang UMNO Langkawi sendiri meluahkan perasaan tidak senang hati yang terbuku dalam sanubari hati mereka usaha segelintir pihak pihak tertentu, untuk mengekalkan Dato’ Paduka Abu Bakar Taib, yang sudah pun mewakili masyarakat Langkawi semenjak 1990 lagi.

Ini juga dengan secara tidak langsung, memaparkan bahawa orang orang Langkawi menghargai jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara bersungguh sungguh berusaha membawa pembangunan langsung dan perubahan.

*Perkembangan terkini pada 3.45ptg, Rabu 20 Februari 2008

Sokongan padu dari pemimpin pemimpin peringkat AJK Bahagian dan Cawangan UMNO Langkawi kepada Dato’ Mukhriz Mahathir makin intensif, terutama selepas menafikan kenyataan unilateral Setiausaha Bahagian UMNO Langkawi Mohd. Saiful Mustaffa disiarkan petang Isnin 18 Februari 2008 dan kemudian dipaparkan dalam berita TV malam itu. Jelas apa yang dinyatakan Saiful bukanlah  reflektif kepada sentimen sebenar, samada  pemimpin peringkat Cawangan maupun akar umbi UMNO Bahagian Langkawi.

Bernama.com menyiarkan berita ini:

20 Februari, 2008 15:33 PM

Mukhriz Kononnya Terima Hampir ‘100 Peratus’ Sokongan Bertanding Di Langkawi Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

LANGKAWI, 21 Feb (Bernama) — Sokongan kepada anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum 8 Mac ini “hampir mencapai 100 peratus”, demikian menurut Pengerusi Tetap Umno Bahagian Langkawi Johari Bulat.

Katanya beliau “tidak putus-putus” menerima panggilan telefon hari ini daripada ketua-ketua cawangan Umno dan anggota parti komponen Barisan Nasional yang menyokong Mukhriz bertanding di Langkawi.

“Walaupun mereka menghubungi saya secara individu ia tetap perkembangan baik selepas 33 daripada 91 ketua cawangan di Langkawi menyatakan pendirian secara terbuka semalam menyokong pencalonan Mukhriz,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Baru-baru ini Mukhriz, dari Bahagian Kubang Pasu, mengumumkan kesediaannya bertanding bagi kerusi Langkawi tetapi kenyataan itu menyebabkan Umno bahagian itu mengadakan mesyuarat tergempar pada 12 Feb untuk membantah dengan alasan Mukhriz bukan anak tempatan dan mahukan penyandang Datuk Abu Bakar Taib terus bertanding.

Ketua Umno cawangan Bendang Baru, Ismail Yaakob berpendapat penduduk Langkawi sedia menerima siapa saja calon Barisan Nasional manakala ahli-ahli Umno akan kembali bersatu selepas kata sepakat dicapai.

Pada pilihan raya 2004, Abu Bakar menewaskan Zubir Ahmad dari PAS dengan majoriti 10,772 undi.

— BERNAMA

 


Published in: on February 20, 2008 at 10:45  Comments (3)  

Mukhriz appear in Astro Awani on Gaza

Peace Malaysia Co-ordinator Dato’ Mukhriz Mahathir, who is also UMNO Youth Exco in-charge of International Affairs, will appear in Astro awani (Ch 123) this morning, to talk about Gaza.

He would also relate  on his recent humanitarian mission  deliveing much needed medicines and food and toys to  Palestine communities, via International Red Cross  in Cairo, Egypt.

Published in: on February 20, 2008 at 09:46  Leave a Comment