Mukhriz bertanding di P005 Jerlun

 

Exco Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Mukhriz Mahathir akan dicabar AJK PAS Pusat Idris Ahmad dalam kerusi Parlimen P005 Jerlun pada Pilihanraya Umum ke XII, 8 Mac 2008 ini. Kedua dua calon ini, telah mengemukan kerts pencalonan mereka di SMK Air Hitam, Jerlun pagi tadi dan diumumkan sebagai calon oleh Pengurus Pusat Pilihanraya, selepas waktu bantahan 11.00 pagi tamat.


p1030038.jpg

 

 

Dato’ Mukhriz telah ditemani oleh bapanya, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ketua Bahagian UMNO Jerlun Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Ketua Wanita UMNO Jerlun Dato’ Maznah Hamid dan lebih 3,000 penyokong, termasuk pemimpin pemimpin parti komponen BN dan UMNO Jerlun mengiringi beliau ke tempat penamaan calon. Mereka mula berkumpul diperkarangan Masjid Kerpan sejak jam 7.30 pagi dan bergerak berjalan jam 9.0gi. Turut berada diSMK Air Hitam ialah mantan Menteri Besar Kedah dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun-Langkawi.

p1030054.jpg

p1030072.jpg

Tiada sebarang insiden yang tidak dikehendaki berlaku.

p1030094.jpg

Dato’ Mukhriz akan memulakan kempenya di Pejabat Kemas, Alor Biak, Jerlun jam 3.00 petang ini.

*Perkembangan terkini pada 600pm, Ahad 24 Februari 2008

Ini merupakan senarai mereka yang telah menang tanpa bertanding, setelah kertas pencalonan dan tempoh bantahan tamat.

Dipetik dari Bernama.com:

24 Februari, 2008 16:00 PM

BN Menang Enam Kerusi Parlimen, Dua Kerusi Negeri Tanpa Bertanding Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Barisan Nasional (BN) mendahului parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum kali ini apabila memenangi enam daripada 22 kerusi Parlimen dan dua daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tanpa bertanding selepas proses penamaan calon selesai hari ini.

Pembangkang memenangi satu kerusi negeri menerusi calon PAS, Wan Ubaidah Omar bagi kerusi DUN Kijang, Kelantan, tanpa bertanding apabila pencalonan wakil BN, Mustopha Ahmed ditolak kerana beliau muflis.

Pada pilihan raya umum 2004, BN menang 17 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN tanpa bertanding manakala PAS menang tanpa bertanding kerusi DUN Senggarang di Johor.

Berdasarkan perkembangan ini, Pilihan Raya Umum 8 Mac ini bakal menyaksikan pertanding di 216 kerusi Parlimen dan 502 kerusi DUN.

BN menang di kawasan Parlimen Selangau, Kapit, Kanowit dan Tanjung Manis, kesemuanya di Sarawak, dan Kalabakan di Sabah serta Pengerang di Johor.

Calon-calon berkenaan ialah Joseph Entulu Belaun (Selangau), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Norah Tun Rahman (Tanjung Manis), Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan) dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), yang juga menang kerusi itu tanpa bertanding pada 2004.

Pakatan 14 parti itu menang tanpa bertanding di kerusi DUN Bugaya di Sabah (Datuk Ramli Marahaban) dan Sementa di Selangor (Datuk Abdul Rahman Palil).

— BERNAMA

Dalam pada itu, BN telah hilang kerusi DUN Kijang di kelantan apabila calon BN Mustopha Ahmed telah diisytihar muflis.

  24 Februari, 2008 20:20 PM
Najib Kesal Calon DUN Kijang Tidak Layak Bertanding Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

PEKAN, 24 Feb (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa kesal dan dukacita beliau serta Barisan Nasional (BN) terhadap apa yang berlaku kepada calon BN kerusi negeri kawasan Kijang, Mustopha Ahmed yang didapati muflis dan tidak layak untuk bertanding. “Kami (BN) sangat dukacita dengan apa yang berlaku dalam kes Adun kami di Kijang walaupun kawasan itu dulunya dipegang PAS tapi kami kesal ia berlaku,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Tunggal Daerah Pekan di sini hari ini. Bagaimanapun, Timbalan Presiden BN itu berkata beliau telah mengarahkan siasatan dilakukan berhubung kes itu. “Kami dah bagi arahan supaya segala siasatan dibuat dengan pihak jabatan yang berkenaan untuk kami menyemak dari segi sama ada seorang itu bankrap atau tidak, jadi saya tak pasti apa yang terjadi dalam kes ini. “Tapi kami akan lakukan siasatan sepenuhnya kerana itu satu daripada perkara yang sebenarnya yang kami telah tetapkan yakni semua calon BN mestilah bebas daripada siasatan aktif Badan Pencegah Rasuah dan bukanlah dalam kategori bankrap malah kalau dia ada hutang besar pun kami takkan biarkan dia bertanding,” katanya. Najib berkata semakan dan siasatan segera adalah penting bagi mengetahui masalah sebenar yang menghalang calon itu daripada bertanding. “Kita kena semaklah. Saya tak tahu apa yang berlaku dan boleh jadi secara tekniknya dia belum dicaj bankrap,” katanya. Ditanya sama ada perkara itu menjejaskan misi BN untuk “merawat” Kelantan dalam pilihan raya umum kali ini, Najib berkata: “Tidak…tidak…tidak…mood di Kelantan masih lagi positif terhadap BN”. — BERNAMA

Published in: on February 24, 2008 at 12:29  Comments (6)