Pengerusi BN: Rakyat Jerlun ‘restui’ Mukhriz Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa rakyat Jerlun “Memberi restu kepada Mukhriz”. Beliau menegaskan ini dalam ucapan dalam ucapan sessi ‘Bersama rakyat’ di Padang Sera, Jerlun, sebahagian dari rangkaian lawatan kerja satu hari ke Kedah, hari ini.

pm-in-jerlun-27ii08.jpg

Beliau, yang juga Presiden UMO dan Pengerusi BN berkata demikian apabila member reaksi kepada tepukan gemuruh yang diberikan hadirin, semasa Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mahadzir Khalid memperkenalkan Dato’ Mukhriz Mahathir, sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen P005 Jerlun.

 dscn3868.jpg

Dalam sidang media selepas majlis, PM Abdullah menjelaskan bahawa kadar KDNK yang diumumkan Bank Negara sebenarnya akan memberi keyakinan kepada masyarakat perniagaan dan mengiktiraf ekonomi Negara semakin kukuh.

Jerlun merupakan salah satu dari destinasi  PM Abdullah dalam siri kempen ke Kedah ini. Pagi tadi, beliau berada di Kuala Kedah dan selepas Jerlun, beliau singgah disebuah sekolah pondok di Melele, Kokdiang, Kubang Pasu sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Besok, Timbalan Perdana Menteri  Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan ke Pendang dan Sik.

Turut serta dalam majlis iini ialah kedua dua calon DUN BN dalam Parlimen P005 Jerlun iaitu DUN Air Hitam Dato’ Osman Aziz dan DUN Kota Siputeh Dato’ Abu Hassan Shariff.

 

 

Published in: on February 27, 2008 at 19:36  Comments (3)