Pengerusi BN: Rakyat Jerlun ‘restui’ Mukhriz Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa rakyat Jerlun “Memberi restu kepada Mukhriz”. Beliau menegaskan ini dalam ucapan dalam ucapan sessi ‘Bersama rakyat’ di Padang Sera, Jerlun, sebahagian dari rangkaian lawatan kerja satu hari ke Kedah, hari ini.

pm-in-jerlun-27ii08.jpg

Beliau, yang juga Presiden UMO dan Pengerusi BN berkata demikian apabila member reaksi kepada tepukan gemuruh yang diberikan hadirin, semasa Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mahadzir Khalid memperkenalkan Dato’ Mukhriz Mahathir, sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen P005 Jerlun.

 dscn3868.jpg

Dalam sidang media selepas majlis, PM Abdullah menjelaskan bahawa kadar KDNK yang diumumkan Bank Negara sebenarnya akan memberi keyakinan kepada masyarakat perniagaan dan mengiktiraf ekonomi Negara semakin kukuh.

Jerlun merupakan salah satu dari destinasi  PM Abdullah dalam siri kempen ke Kedah ini. Pagi tadi, beliau berada di Kuala Kedah dan selepas Jerlun, beliau singgah disebuah sekolah pondok di Melele, Kokdiang, Kubang Pasu sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Besok, Timbalan Perdana Menteri  Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan ke Pendang dan Sik.

Turut serta dalam majlis iini ialah kedua dua calon DUN BN dalam Parlimen P005 Jerlun iaitu DUN Air Hitam Dato’ Osman Aziz dan DUN Kota Siputeh Dato’ Abu Hassan Shariff.

 

 

Published in: on February 27, 2008 at 19:36  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/27/pengerusi-bn-rakyat-jerlun-restui-mukhriz-mahathir/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Interesting coverage!

    Some general information. New online magazine http://sirehdancengkeh.com have an interesting interview with Marina Mahathir. We welcome any kind of comments and contributions.

    Thank you.

  2. Pada hemat saya Mukhriz adalah calon yg terbaik bukan saja kerana anak bekas PM tetapi telah memperlihatkan kewibawaan dan pendirian yg matang. Tak ramai diantara calon calon UMNO yg telah memainkan peranan amal diarina dunia – selain Mukhriz. Jerlun telah lama diabaikan oleh Kerajaan BN Kedah. Banyak ranjau yg perlu dilalui oleh Mukhriz khusus mengesan duri duri dalam daging. Dia harus berwaspada kerana ramai musuh didalam selimut. Sebaliknya diyakini dia boleh diterima ramai.

  3. Pada pandangan saya, Mukhriz mesti membawa perubahan kepada penduduk Jerlun demi membalas jasa penduduk yang menerima dengan tangan terbuka kehadiran beliau disitu walaupun pada suatu ketika beliau seperti “dipandang sepi” oleh penduduk di kawasan yang lain. Pembangunan yang perlu dibawa adalah mengikut aspirasi, keperluan dan keutamaan penduduk Jerlun . Sokongan penduduk terhadap BN,khususnya UMNO tidak perlu dipertikaikan lagi.Bagi penduduk Jerlun, UMNO tetap relevan .Selamat Berjuang Dato’ Mukhriz dan terima kasih Dato’ Man.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: