Mukhriz: Plan pembangunan untuk P005 Jerlun

Pagi tadi, semasa di Pusat Giat MARA, Alor Biak, Jerlun Kedah, calon BN untuk kerusi Parlimen P005 Dato’ Mukhriz Mahathir menyenaraikan plan pembangunan untuk Jerlun, sekira dipilih mewakili mereka.

Plan Pembangunan BN P005 Jerlun

1. Ekonomi
-Mengusahakan program pembangunan usahawan yang disediakan pelbagai agensi untuk IKS desa bagi industri hiliran asas-tani
-Membangunkan program eko-pelancongan yang berkenaan sumber semula jadi

2. Pendidikan
Mengusahakan program meningkatkan penyerapan/penguasaan pendidikan/latihan kemahiran/ICT dgn kerjasama agensi berkenaan, sebahagian dari melaksana dasar Kerajaan Pusat mengenai ‘Modal Insan’

3. Infrastruktur
-Menentukan projek/program pembangunan infrastruktur yg dirancang dilaksanakan
-Meningkatkan pencerapan ICT dalam masyarakat

Ini dinyatakan oleh Mukhriz semasa ditemuramah RTM, selepas menghadiri mesyuarat di Pusat Giat MARA itu. Beliau juga menyentuh mengenai terdapat rumah rumah penduduk dalam Kawasan Jerlun yang daif dan mempunyai masalah tanah, yang perlu dibantu dan diselesaikan.

dscn3872.jpg

Untuk empat hari pertama selepas pencalonan, Mukhriz focus untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat Jerlun. Mulai hari ini, beliau akan melihat permasalahan masyarakat Jerlun dan menjelaskan apa yang dirancang untuk Jerlun sekiranya dipilih.

Malam ini, beliau akan berada diprogram “Mesra rakyat” di Padang Perahu dan Pida Batu 3 1/2, Pida. Pemberita MHI TV3 dijangka akan membuat liputan program kempen Mukhriz untuk malam ini.

Published in: on February 28, 2008 at 13:19  Leave a Comment