Tun Dr. Mahathir: Undi anak saya

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini berkempen di Kampung Kandis, dekat Kokdiang, Jerlun, Kedah. Beliau merayu agar pengundi pengundi dalam kawasan Parlimen P005 Jerlun agar mengundi anaknya, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir.

dscn3940.jpg

Beliau berkata, dahulunya kawasan Kokdiang ini merupakan sebahagian dari kawasan Parlimen Kubang Pasu, dimana mantan Presiden UMNO pernah menjadi MP disitu selama 30 tahun. Oleh demikian, wajar kali ini diberikan sokongan yang sama kepada anaknya, yang menjadi pilihan parti sebagai calon.

dscn3947.jpg

Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato’ Mukhriz Mahathir, calon BN untuk DUN Kota Siputeh Dato’ Abu Hassan Sarif , calon BN untuk DUN Air Hitam Dato’ Osman Aziz, Ketua UMNO Bahagian Jerlun Dato’ Abdul Rahman Ariffin dan barisan pemimpin UMNO Bahagian Jerlun. Tempat begitu penuh sesak dengan penduduk tempatan untuk melihat dengan dekat calon mereka dan menyapa mantan Perdana Menteri yang sangat dihormati dan menjadi kebanggaan seluruh warga Kedah itu.

Dalam ucapanya lagi, Tun Dr. Mahathir berseloroh mengatakan anaknya sebenarnya ‘lebih tua’ dari dirinya, walaupun beliau sudah hampir 83 tahun. Ini kerana Mukhriz sudah jarang rambutnya sedangkan ayahnya masih lebat dan penuh rambut. Jenaka ini menghiburkan semua yang hadir, termasuk media!

dscn3951.jpg

Pengerusi majlis juga berseloroh dimana jentera UMNO sekitar P005 Jerlun menghadapi masalah kerana banyak poster calon BN untuk kerusi Parlimen ‘hilang’ kerana “Terlalu ramai mengambil souvenir! Maklumlah, calon BN begitu tampan dan menarik!”. Mukhriz juga mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama sama penduduk tempatan. Jelas beliau begitu ppopular dikalangan pengundi wanita dan kaum ibu.

Semasa sidang media selepas jamuan teh, Tun Dr. Mahathir berkata beliau menasihatkan anaknya, sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat “Kena rajin balik tengok kawasan, dengar masalah rakyat. Jangan jadi macam saya, kuat tidoq!”.

Malam ini Tun Dr. Mahathir dijadualkan untuk berucap di UMNO Bahagian Jerlun, Wisma Jerlun, Air Hitam, Kedah jam 8.30 malam.

*Perkembangan terkini, pada Sabtu 1 Mac 2008 12.30pagi

Malam ini, bertempat di Wisma Jerlun, lebih 4,000 orang segenap lapisan masyarakat Jerlun berkumpul untuk melihat dengan dekat calon Parlimen P005 Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir dan mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kedua pemimpin anak beranak ini telah tiba dari sembahyang Isyak di Masjid Kerpan. Turut hadir bersama ialah Ketua Bahagian UMNO Jerlun Dato’ Abdul Rahman Ariffin dan calon BN untuk DUN Kota Siputeh dan Air Hitam, Dato’ Abu Hassan Sarif dan Dato’ Osman Aziz.

mukhriz-in-wisma-jerlun.jpg

Dato’ Rahman, menyingkap kisah pengalaman bertugas sebagai pegawai KCS dan berkhidmat dalam Kubang Pasu. Ketegasan Dr. Mahathir menjadi inspirasi kepadanya. Beliau juga menafikan sekeras keras khabar angin bahawa beliau cuba mengkhianati calon calon BN yang dinamakan. Rahman menegaskan bahawa ketaat setiaan beliau kepada parti tidak berbelah bagi.

Dalam ucapan, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri, terdapat usaha untuk mencalonkan anak anak beliau dalam Pilihanraya. Tetapi beliau menolak cadangan itu kerana tidak mahu dipandang sebagai mengamalkan ‘pilih bulu’ (nepotism). Beliau juga menegaskan bahwa pencalonan Mukhriz dalam pusingan ini adalah atas keputusan kepimpinan parti dan beliau sama sekali tidak terlibat dalam mana mana proses itu, termasuk melobi. Tun Dr. Mahathir juga mengumumkan bahawa beliau akan kembali untuk ‘membantu’ kempen Mukhriz pada 5 Mac 2008 sehingga selesai pembuangan undi.

Rombongan Tun Dr. Mahathir meninggalkan majlis untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 11.00 malam.

*Perkembangan terkini, Sabtu 1 Mac 2008, 9.00pagi

Ini laporan Utusan Malaysia, pagi ini:

Mukhriz Mahathir janji berkhidmat sebaik ayah

JITRA 29 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bersedia memberikan khidmat yang terbaik seperti khidmat ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menurutnya, beliau akan mengambil contoh kepimpinan bapanya yang sentiasa mengutamakan rakyat dan mempunyai wawasan yang jauh demi memajukan negara.

“Sebaik mana khidmat yang ayah berikan ketika menjadi wakil rakyat di Kubang Pasu, sebaik itu juga khidmat yang akan saya berikan kepada penduduk Jerlun,” ujarnya ketika melawat peti undi di Kampung Kandis, Kodiang di sini hari ini.

Turut hadir memberi sokongan kepada Mukhriz ialah bapanya, Dr. Mahathir; calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif; calon BN bagi DUN Ayer Hitam, Datuk Othman Aziz; Ketua Wanita UMNO Jerlun, Datuk Maznah Hamid serta bekas ahli Parlimen Jerlun, Datuk Abd. Rahman Ariffin.

Penduduk kampung seramai 500 orang sanggup meredah hujan menunggu kehadiran Mukhriz dan Dr. Mahathir ke kampung mereka yang membuktikan kehadiran Mukhriz sebagai calon baru BN sentiasa dinantikan.

Mukhriz berkata, beliau mahu penduduk Jerlun memberi sokongan kepadanya seperti mana mereka menyokong bapanya ketika beliau masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri kerana hanya BN sahaja mampu meneruskan kemajuan bagi rakyat.

“Kemajuan yang kita capai dahulu patut dikekalkan dan BN sahaja yang mampu meneruskan apa yang telah kita capai sekarang.

“Jangan kerana kita tersilap membuat pilihan, anak cucu kita yang akan merana di masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir menyifatkan Mukhriz merupakan seorang anak yang rajin, malah lebih rajin daripada beliau sendiri.

‘‘Saya bukan mahu memuji anak sendiri namun itulah hakikat peribadi Mukhriz yang sebenar. (Berbanding) saya malas, nak tidur sahaja,” kata beliau sambil berseloroh.

Dr. Mahathir berkata, jika Mukhriz menang dalam pilihan raya ini, beliau hendaklah mengambil berat mengenai masalah rakyat di dalam kawasannya serta menggunakan kepercayaan yang telah diberi rakyat untuk membantu mereka.

 

Published in: on February 29, 2008 at 18:29  Comments (11)  

Mukhriz berkempen dalam hujan lebat

Dato’ Mukhriz Mahathir, calon BN untuk kerusi Parlimen P005 Jerlun malam tadi berkempen dalam hujan. Inilah pertama kali Jerlun hujan semenjak hari penamaan calon 22 Februari 2008.

dscn3885.jpg

 

Beliau telah pergi ke Padang Perahu dan Pida Batu 3 1/2 untuk bertemu pengundi dan petugas bilik gerakan BN. Masyarakat memang kelihatan berminta untuk datang melihat sendiri calon BN, yang selama mereka hanya tatapi dalam TV sahaja. Walaupun hari hujan lebat, ini tidak langsung mematahkan semangat mereka yang berusaha untuk menghadirkan diri.
dscn3895.jpg

 Krew Malaysia Hari Ini TV3 mengikuti kempen Dato’ Mukhriz.


dscn3906.jpg

Dalam pada itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan lawatan sehari ke P005 Jerlun hari ini. Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star dijadualkan sembahyang Jumaat di Masjid Zahir, melawat puat gerakan pos undi Kandes, Kokdiang pada 430 petang dan satu majlis ramah-mesra di Bahagian UMNO Jerlun, Wisma Jerlun, Air Hitam, Kedah 830 malam ini.

 dscn3918.jpg

 

Published in: on February 29, 2008 at 12:42  Comments (1)