Tun Dr. Mahathir: Undi anak saya

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini berkempen di Kampung Kandis, dekat Kokdiang, Jerlun, Kedah. Beliau merayu agar pengundi pengundi dalam kawasan Parlimen P005 Jerlun agar mengundi anaknya, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir.

dscn3940.jpg

Beliau berkata, dahulunya kawasan Kokdiang ini merupakan sebahagian dari kawasan Parlimen Kubang Pasu, dimana mantan Presiden UMNO pernah menjadi MP disitu selama 30 tahun. Oleh demikian, wajar kali ini diberikan sokongan yang sama kepada anaknya, yang menjadi pilihan parti sebagai calon.

dscn3947.jpg

Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato’ Mukhriz Mahathir, calon BN untuk DUN Kota Siputeh Dato’ Abu Hassan Sarif , calon BN untuk DUN Air Hitam Dato’ Osman Aziz, Ketua UMNO Bahagian Jerlun Dato’ Abdul Rahman Ariffin dan barisan pemimpin UMNO Bahagian Jerlun. Tempat begitu penuh sesak dengan penduduk tempatan untuk melihat dengan dekat calon mereka dan menyapa mantan Perdana Menteri yang sangat dihormati dan menjadi kebanggaan seluruh warga Kedah itu.

Dalam ucapanya lagi, Tun Dr. Mahathir berseloroh mengatakan anaknya sebenarnya ‘lebih tua’ dari dirinya, walaupun beliau sudah hampir 83 tahun. Ini kerana Mukhriz sudah jarang rambutnya sedangkan ayahnya masih lebat dan penuh rambut. Jenaka ini menghiburkan semua yang hadir, termasuk media!

dscn3951.jpg

Pengerusi majlis juga berseloroh dimana jentera UMNO sekitar P005 Jerlun menghadapi masalah kerana banyak poster calon BN untuk kerusi Parlimen ‘hilang’ kerana “Terlalu ramai mengambil souvenir! Maklumlah, calon BN begitu tampan dan menarik!”. Mukhriz juga mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama sama penduduk tempatan. Jelas beliau begitu ppopular dikalangan pengundi wanita dan kaum ibu.

Semasa sidang media selepas jamuan teh, Tun Dr. Mahathir berkata beliau menasihatkan anaknya, sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat “Kena rajin balik tengok kawasan, dengar masalah rakyat. Jangan jadi macam saya, kuat tidoq!”.

Malam ini Tun Dr. Mahathir dijadualkan untuk berucap di UMNO Bahagian Jerlun, Wisma Jerlun, Air Hitam, Kedah jam 8.30 malam.

*Perkembangan terkini, pada Sabtu 1 Mac 2008 12.30pagi

Malam ini, bertempat di Wisma Jerlun, lebih 4,000 orang segenap lapisan masyarakat Jerlun berkumpul untuk melihat dengan dekat calon Parlimen P005 Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir dan mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kedua pemimpin anak beranak ini telah tiba dari sembahyang Isyak di Masjid Kerpan. Turut hadir bersama ialah Ketua Bahagian UMNO Jerlun Dato’ Abdul Rahman Ariffin dan calon BN untuk DUN Kota Siputeh dan Air Hitam, Dato’ Abu Hassan Sarif dan Dato’ Osman Aziz.

mukhriz-in-wisma-jerlun.jpg

Dato’ Rahman, menyingkap kisah pengalaman bertugas sebagai pegawai KCS dan berkhidmat dalam Kubang Pasu. Ketegasan Dr. Mahathir menjadi inspirasi kepadanya. Beliau juga menafikan sekeras keras khabar angin bahawa beliau cuba mengkhianati calon calon BN yang dinamakan. Rahman menegaskan bahawa ketaat setiaan beliau kepada parti tidak berbelah bagi.

Dalam ucapan, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri, terdapat usaha untuk mencalonkan anak anak beliau dalam Pilihanraya. Tetapi beliau menolak cadangan itu kerana tidak mahu dipandang sebagai mengamalkan ‘pilih bulu’ (nepotism). Beliau juga menegaskan bahwa pencalonan Mukhriz dalam pusingan ini adalah atas keputusan kepimpinan parti dan beliau sama sekali tidak terlibat dalam mana mana proses itu, termasuk melobi. Tun Dr. Mahathir juga mengumumkan bahawa beliau akan kembali untuk ‘membantu’ kempen Mukhriz pada 5 Mac 2008 sehingga selesai pembuangan undi.

Rombongan Tun Dr. Mahathir meninggalkan majlis untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 11.00 malam.

*Perkembangan terkini, Sabtu 1 Mac 2008, 9.00pagi

Ini laporan Utusan Malaysia, pagi ini:

Mukhriz Mahathir janji berkhidmat sebaik ayah

JITRA 29 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bersedia memberikan khidmat yang terbaik seperti khidmat ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menurutnya, beliau akan mengambil contoh kepimpinan bapanya yang sentiasa mengutamakan rakyat dan mempunyai wawasan yang jauh demi memajukan negara.

“Sebaik mana khidmat yang ayah berikan ketika menjadi wakil rakyat di Kubang Pasu, sebaik itu juga khidmat yang akan saya berikan kepada penduduk Jerlun,” ujarnya ketika melawat peti undi di Kampung Kandis, Kodiang di sini hari ini.

Turut hadir memberi sokongan kepada Mukhriz ialah bapanya, Dr. Mahathir; calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif; calon BN bagi DUN Ayer Hitam, Datuk Othman Aziz; Ketua Wanita UMNO Jerlun, Datuk Maznah Hamid serta bekas ahli Parlimen Jerlun, Datuk Abd. Rahman Ariffin.

Penduduk kampung seramai 500 orang sanggup meredah hujan menunggu kehadiran Mukhriz dan Dr. Mahathir ke kampung mereka yang membuktikan kehadiran Mukhriz sebagai calon baru BN sentiasa dinantikan.

Mukhriz berkata, beliau mahu penduduk Jerlun memberi sokongan kepadanya seperti mana mereka menyokong bapanya ketika beliau masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri kerana hanya BN sahaja mampu meneruskan kemajuan bagi rakyat.

“Kemajuan yang kita capai dahulu patut dikekalkan dan BN sahaja yang mampu meneruskan apa yang telah kita capai sekarang.

“Jangan kerana kita tersilap membuat pilihan, anak cucu kita yang akan merana di masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir menyifatkan Mukhriz merupakan seorang anak yang rajin, malah lebih rajin daripada beliau sendiri.

‘‘Saya bukan mahu memuji anak sendiri namun itulah hakikat peribadi Mukhriz yang sebenar. (Berbanding) saya malas, nak tidur sahaja,” kata beliau sambil berseloroh.

Dr. Mahathir berkata, jika Mukhriz menang dalam pilihan raya ini, beliau hendaklah mengambil berat mengenai masalah rakyat di dalam kawasannya serta menggunakan kepercayaan yang telah diberi rakyat untuk membantu mereka.

 

Published in: on February 29, 2008 at 18:29  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/29/tun-dr-mahathir-undi-anak-saya/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. Is it right, moral and elderly to campaign for his ALONE? You call that great leadership? Oh, you can pussyfoot anyone, but I must say this is a utter disgrace. Why can’t he campaign for the rest of UMNO members including Khairy? Nepotism at its peak.

  2. tun,, you are the greatest and not to late to correct certain mistake u or your people made

  3. BILA MANTAN PM
    IKUT BERKEMPEN !

    Syukur perkembangan terkini
    Berkempen bantu anak sendiri
    Gerak mantan perdana menteri
    Ketika berkuasa tidak sebegini

    Semasa berkempen ke sana sini
    Tentu dirasakan mendalam hati
    Beza sambutan perdana menteri
    Begitulah adat di atas dunia ini

    Wajar pengundi di Jerlun ingati
    Jasabuat mantan perdana menteri
    Bukan menuntut balas jasa bakti
    Tapi kesinambungan hal diingini

    Kuah dan nasi, regu melengkapi
    Mukhriz dan Tun, politik selari
    Hanya BN jadi landasan berbakti
    Selaku ahli parti,mukhriz harungi

    Hikmah dikarpet berduri tandingi
    Mantapkan jati diri politik harungi
    Baldukan karpet berduri jadi misi
    Plan pembangunan P05 ditunggui

    Diharap kemantangan pengundi
    Tun M berkempen bukti direstui
    Tolak Mukhriz , buang dari hati
    Undi Mukhriz di hari buang undi

    serling
    [29.02.08]
    jumaat
    …..

  4. insyaallah, dato mukhriz will win the seat.AMIN

  5. Bro, its Kodiang.

  6. “Is it right, moral and elderly to campaign for his ALONE? You call that great leadership?”

    It is right, moral for any elderly father and retired politician to campaign for his own son. I would be proud to call out ‘Babak saya’. Whether to campaign for SIL or not should be his own prerogative and not ours.

    Definition of nep·o·tism n.: Favoritism shown or patronage granted to relatives, as in business.

    TDM is no longer in business, as PM, to bestow favoritism and patronage for anyone. His son still need to depend on actual votes casted (and you are part of that decision maker) to become an office bearer. How can the ‘greatest nepotism’ come into play here lah.

  7. Mr V.sab,

    moral is definitive of what the masses wants.in other word, what you are saying are utterly garbage.
    and as for khairy, do you really actually definitely and wholesomely believe that khairy needed Tun’s Help. Wakeup la bro..

  8. Assalamualaikum…
    Walaupun Dato’tidak bersama di Langkawi namun sokongan pada pada dato tetap terpahat di hati.Saya sentiasa doakan kejayaan cemerlang Dato’ di Jerlun.. InsyaAllah Dato’ akan berjaya…

  9. saya benar2 berharap anak Tun dapat menolong betullkan keadaan…orang melayu berpecah kerana x sanggup lihat ada segolongan melayu yang makan melayu lain…cara melayu lain itu terlalu melampau…and tak dengar cakap rakyat.inilah padahnya…saya doakan anak Tun dapat menjaga melayu yang ada dan paling penting pertahankan agama ISLAM dalam parliment…takut bila yang bukan ISLAM ramai dalam parliment macam2 boleh jadi…semoga ALLAH menjaga kita semua dan kita terus pertahankan AGAMA ALLAH…amin…

  10. Dear Tun…im not a finatic 2wrds politics….but what had happened is an eye opener and a wake-up call for the BN n UMNO…not to be complecent to easily. Read yr article in the ppr tis morning, i personally agreed with yr comment…..Long live n good health to you. Amin n Salam.

  11. Dato’.. saya harap benar dato mengikuti jejak Tun mahathir memerintah Malaysia. Beliaulah Legenda Pemimpin teragung yang pernah Malaysia miliki….. semoga Tun sihat sejahtera berpanjangam….. aminnn


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: