Mukhriz berkempen dekat Kodiang dan Straits Times, Singapura membuat liputan

Calon P005 Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir hari ini memulakan hari beliau dengan menghadiri program gotong royong sebuah SK Padang Perahu. Kemudian, beliau pergi berkempen di kawasan DUN Kota Siputeh. Beliau telah pergi ke pasar Nat dipekan Kodiang, Utara Jerlun untuk bertemu pengundi pengundi. Nyata kehadiran beliau sangat disenangi.

dscn3956.jpg

dscn3957.jpg

p1030425.jpg

Selepas itu, beliau telah melawat KEMAS di Kampung Iman, Padang Perahu. Jelas begitu ramai, terutama wanita dan warga tua berpusu pusu untuk melihat calon BN yang juga anak mantan Perdana Menteri itu.

dscn3962.jpg

Hari ini juga, Straits Times Singapura membuat liputan berkenaan kempen Mukhriz. Ketua Biro ST, Carolyn Hong telah datang dari Kuala Lumpur awal pagi bersama jurugambar untuk membuat liputan kepada calon BN yang paling ‘diburu media’ seluruh Kedah.

dscn3968.jpg

Sebelah petang, beliau dan isteri, Datin Norzieta Zakaria, telah menghadiri sebuah program anjuran Puteri UMNO di pekan Kuala Sanglang, bersempadan dengan Perlis.

Ini merupakan laporan akhbar perdana hari ini, mengenai kempen Mukhriz dan lawatan sehari mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Jerlun, semalam.

Dipetik dari Utusan Malaysia:

Mukhriz Mahathir janji berkhidmat sebaik ayah

JITRA 29 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bersedia memberikan khidmat yang terbaik seperti khidmat ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menurutnya, beliau akan mengambil contoh kepimpinan bapanya yang sentiasa mengutamakan rakyat dan mempunyai wawasan yang jauh demi memajukan negara.

“Sebaik mana khidmat yang ayah berikan ketika menjadi wakil rakyat di Kubang Pasu, sebaik itu juga khidmat yang akan saya berikan kepada penduduk Jerlun,” ujarnya ketika melawat peti undi di Kampung Kandis, Kodiang di sini hari ini.

Turut hadir memberi sokongan kepada Mukhriz ialah bapanya, Dr. Mahathir; calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif; calon BN bagi DUN Ayer Hitam, Datuk Othman Aziz; Ketua Wanita UMNO Jerlun, Datuk Maznah Hamid serta bekas ahli Parlimen Jerlun, Datuk Abd. Rahman Ariffin.

Penduduk kampung seramai 500 orang sanggup meredah hujan menunggu kehadiran Mukhriz dan Dr. Mahathir ke kampung mereka yang membuktikan kehadiran Mukhriz sebagai calon baru BN sentiasa dinantikan.

Mukhriz berkata, beliau mahu penduduk Jerlun memberi sokongan kepadanya seperti mana mereka menyokong bapanya ketika beliau masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri kerana hanya BN sahaja mampu meneruskan kemajuan bagi rakyat.

“Kemajuan yang kita capai dahulu patut dikekalkan dan BN sahaja yang mampu meneruskan apa yang telah kita capai sekarang.

“Jangan kerana kita tersilap membuat pilihan, anak cucu kita yang akan merana di masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir menyifatkan Mukhriz merupakan seorang anak yang rajin, malah lebih rajin daripada beliau sendiri.

‘‘Saya bukan mahu memuji anak sendiri namun itulah hakikat peribadi Mukhriz yang sebenar. (Berbanding) saya malas, nak tidur sahaja,” kata beliau sambil berseloroh.

Dr. Mahathir berkata, jika Mukhriz menang dalam pilihan raya ini, beliau hendaklah mengambil berat mengenai masalah rakyat di dalam kawasannya serta menggunakan kepercayaan yang telah diberi rakyat untuk membantu mereka.

Dipetik dari The Star:

Dr M: Balding son a thinker

ALOR STAR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad joked about his son Datuk Mukhriz who is balding, saying it was a sign that he was a deep thinker.

He also said Mukhriz was more hardworking than him.

On serious note, Dr Mahathir said he was confident Mukhriz would live up to his reputation.

Father’s son: Mukhriz has received good reviews from his father Dr Mahathir.

“I hope he does not spoil my name,” he said in jest when addressing election machinery workers and supporters at Kandis Barisan Nasional operation centre in Jerlun.

A jovial Dr Mahathir said that he still had hair on his crown at 82 but his son, at 43, does not.

Later during a press conference, Dr Mahathir advised his son to take public woes and grouses seriously.

“He must also take care of the problems in his constituency. If elected, he must use his position as an elected representative to get as much (federal) aid as possible,” he said.

On Barisan’s chances, Dr Mahathir expressed confidence that the result would be much better than 1995 but not as good as 2004.

He also said Barisan’s performance dipped in 1999 because people were upset with him.

This year, he said the rakyat were generally upset about the rising cost of living.

On how many agencies he referred to when selecting candidates, Dr Mahathir said he listened to all, even to those on the ground.

Earlier in his speech, Mukhriz pledged to promote economic growth in Jerlun if the constituents gave him the mandate.

 

 

Published in: on March 1, 2008 at 22:51  Leave a Comment