Mukhriz: Usaha kemanusiaan ialah cara tunai fardhu kifayah

“Bila cerah masa depan Dato’ Mukhriz, maknanya cerah masa depan penduduk Jerlun!”, merupakan mesej utama dan ungkapan akhir calon BN untuk N3 Kota Siputeh Dato’ Abu Hassan Sarif semasa memperkenalkan calon BN untuk kerusi P005 Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir kepada penduduk dan pengundi Kampung Pering, Padang Sera, Kodiang, Kedah.

dscn3980.jpg

Mukhriz menegaskan bahawa missi keamanan dan kemanusiaan yang beliau usahakan merupakan cara beliau mengerjakan fardhu kifayah, untuk membantu saudara Islam yang dalam bencana. Beliau juga mengingatkan bahawa setiap kali beliau ke luar Negara untuk missi serupa ini, belaiu merasa insaf dan terharu bagaimana Negara dan rakyat berada dalam keadaan jauh lebih baik, aman, tenteram dan makmur, berbanding dengan orang lain.
dscn3988.jpg

Oleh itu, beliau merayu agar rakyat mengekalkan ketabilan, keamanan dan kemakmuran ini dengan menetukan bahawa Barisan Nasional terus memerintah dan meneruskan usaha yang dijalankan sepanjang lebih 50 tahun merdeka ini.
dscn3978.jpg

Dalam kempen hari ini juga, Mukhriz telah disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Dato’ Seri Abdul Wahid “AWO” Omar. Wahid telah datang, selepas menemui Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mahadzir Khalid di Seri Mentaloon.

Selepas majlis ini, Wahid telah ke Pulau Pinang untuk menyertai  kempen Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Published in: on March 2, 2008 at 19:10  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/02/mukhriz-usaha-kemanusiaan-ialah-cara-tunai-fardhu-kifayah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. semoga mukriz dan pasukan kempen berjaya memperoleh kemenangan…amin………..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: