Tun Dr. Mahathir: Anwar dihukum Mahkamah

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak sesekali merasa bersalah atau ralat “memenjarakan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim”, sebagaimana heboh diperkatakan orang ramai selepas sebuah video dalam You Tube diterbitkan seolah olah beliau mengaku sebaliknya.

Malah, beliau memperjelaskan bahawa video yang disunting itu sebenarnya manipulasi pihak pihak yang menyokong Anwar dan bertujuan khusus sebagai niat jahat untuk mengembalikan Anwar kepada persada politik perdana, dalam siri kempen Pilihanraya Umum ke XII. Taktik ini dilakukan kunun kunun ‘membersihkan’ nama buruk Anwar, yang memang telah bankrap politik. Beliau mengatakan demikian semasa diteruramah oleh Bernama dikediaman Pondok Maharizan, Titigajah, Kedah mala mini, sebelum memulakan kempen dimarkas gerakan BN Kampung Golok Puting, dekat Kerpan malam ini.

“Yang mendapati Anwar bersalah ialah Hakim. Tujuh orang hakim mendengar kes dan mendapati beliau bersalah dan dijatuhi hukuman penjara, bukan saya!”. Beliau memaksudkan kes salahguna kuasa dimana Anwar telah dipenjara selama 6 tahun. Manipulasi video itu ialah sebenarnya dibuat dalam sebuah ceramah dengan nada ‘menyindir’, dua tahun lepas.

Tun Dr. Mahathir memberikan contoh kenyataan mantan Timbalan Presiden Keadilan Dr. Chandra Muzaffar dimana Anwar disifatkan sebagai ‘pembohong’ dan “Negara akan rosak jika Anwar menjadi Perdana Menteri”. Mantan orang kanan Anwar dalam PKR Dato’ S. Nallakarupan juga mengesahkan laporan ini, dengan sudut pandangan beliau sendiri.

tun-dr-mahathir-interview-with-bernama.jpg

Mantan Presiden UMNO juga menyingkap peristiwa dimana Anwar telah meminta berjumpa dengan beliau pada tahun 1982 dan melahirkan hasrat untuk menyertai UMNO, walaupun Anwar dikatakan cenderung kepada PAS dan sering menyerang UMNO apabila diberikan peluang. Alasan beliau menyertai UMNO ialah “ingin memperbaiki UMNO dari dalam”. Walaubagaimanapun sejurus selepas menyertai UMNO dan diberikan tempat untuk bertanding Pilihanraya Umum VI 1982 dan dilantik Setiausaha Parlimen, Anwar sudah ‘menunjukan belang kerakusan kuasa’ dan mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO dari tangan Hj Suhaimi Kamaruddin.

“Saya menjadi ahli UMNO selama 18 tahun baru diberikan peluang bertanding Pilihanraya dan 28 tahun baru diberikan jawatan dalam pentadbiran. Tetapi Anwar tidak macam itu. Anwar tidak sabar!”.

Dipetik dari Bernama.com:

Berita Utara


March 05, 2008 23:55 PM  

Saya Tak Pernah Rasa Bersalah Terhadap Anwar, Kata Dr Mahathir

ALOR STAR, 5 Mac (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa dakwaan kononnya beliau menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menangkap dan memenjarakan bekas timbalannya itu adalah satu “sinis” atau sindiran.

Katanya, rakaman klip video ucapannya yang menyentuh mengenai penyalahgunaan kuasa dan kes Anwar adalah dipetik dalam satu ceramahnya dua tahun lepas.

“Ya memang saya berkata begitu dalam sinis atau “camdek” kata orang Kedah kerana saya hairan masih ada orang yang percaya saya menangkap Anwar dan penjarakan dia sedangkan yang mendapati dia salah tu bukan saya, mahkamah, hakim.

“Tujuh hakim kata dia salah jadi macamana dia masih juga berkata kononnya saya merasa bersalah kerana melakukan tangkapan terhadap dirinya…Saya tidak mengaku bersalah (memecat Anwar). Itu soal salah tak salah tak timbul sama sekali. Dia ditangkap adalah atas dakwaan pihak polis, pendakwa raya dan mahkamah yang menghukumnya bahawa dia memang bersalah,” kata beliau kepada Bernama di kediamannya di Kampung Titi Gajah di sini hari ini.

Katanya beliau sendiri merasa pelik apabila sesetengah individu masih mendakwa beliaulah yang menghukum Anwar sedangkan perkara itu terbukti tidak benar.

Dr Mahathir berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu) adalah seorang yang tidak mempunyai pendirian malah sanggup menggunakan apa cara untuk mendapatkan peluang demi kepentingan dirinya.

Beliau berkata Anwar adalah seorang yang sangat oportunis dan disebabkan itu walaupun Anwar (sebelum menyertai Umno) sering mengkritik Umno tetapi Anwar kemudiannya memohon untuk menyertai parti itu kerana mahu menjadi perdana menteri.

Katanya, Anwar datang berjumpa dengan beliau dan memohon untuk menyertai Umno dengan alasan beliau percaya dan yakin dengan prinsip perjuangan Umno dan mahu “mengubah dari dalam”.

“Dia nak masuk PAS. Tetapi dia nampak jika masuk PAS, tiada peluang langsung untuk menjadi perdana menteri…dia mintak nak masuk Umno…bukan kita panggil…saya tak bawak dia masuk (Umno).

“(Kononnya) Dia nak ubah Umno dari dalam…Yang sebenarnya masuk-masuk sahaja (Umno) tak dan (belum sampai) dua hari, dah nak jadi ketua pemuda, setahun lagi naib presiden, setahun kemudian nak jadi timbalan presiden…saya lapan belas tahun baru boleh jadi wakil rakyat dan 28 tahun baru boleh jadi menteri…Saya sanggup tunggu, dia masuk-masuk tu nak pergi jadi perdana menteri sampai sanggup suruh budak-budak dia maki saya dan kata saya amalkan kronisme dan nepotisme, sedangkan Anwar yang bersikap begitu”, katanya.

Dr Mahathir berkata Anwar memang seorang yang bermuka muka dan sekarang menyebabkan rakan baiknya Dr Chandra Muzaffar mengkritiknya.

Dahulu, bekas perdana menteri itu berkata Chandra menyokongnya sepenuhnya dan marah kepada beliau kononnya beliau (Dr Mahathir) menganiaya Anwar. Tetapi kini lihat apa Chandra kata tentang Anwar.

“Anwar jika bercakap dengan orang Palestin, dia sokong Palestin, bila cakap dengan orang Cina dia sokong Cina. Bila cakap dengan Hindraf dia pun kata Hindraf betul. Bila cakap dengan orang Melayu…dia orang Melayu…,” katanya.

— BERNAMA

   

 

Apabila ditanya Bernama adakah Tun Dr. Mahathir akan terus mengkritik UMNO selepas ini (Dato’ Mukhriz diberikan peluang untuk bertanding Pilihanraya), beliau menjawab “Saya tidak kritik UMNO. Saya sayang UMNO! Yang saya kritik ialah beberapa pemimpin UMNO dan apa yang mereka buat tidak betul. Kalau buat tidak betul, kita kritikla!”.

Dalam pertemuan dalam pusat gerakan BN Kampung Golok Puting malam ini, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa beliau berkeyakinan penuh keikhlasan Dato’ Abdul Rahman Ariffin untuk berundur dan kemudian berkerja keras untuk membantu calon penganti yang ditetapkan Kepimpinan parti iaitu Dato’ Mukhriz Mahathir. Beliau juga menafikan bahawa khabar khabar angin mengatakan mereka yang menyokong Dato’ Rahman kini secara senyap senyap berusaha untuk sabotaj kempen Mukhriz.

p1030601.jpg

Semasa di pusat gerakan BN Kampung Lana Bulu selepas itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad disertai oleh mantan Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dalam kempen untuk kawasan Parlimen P005 Jerlun ini. Tan Sri Sanusi menyingkap dengan panjang lebar kepertanggung jawaban Tun Dr. Mahathir sebagai pemimpin untuk membangunkan dan memperjuangkan orang orang Melayu dan kemudian orang orang Islam, diperingkat antarabangsa. “Mukhriz mewarisi ketokohan ayahnya”.

Tun Dr. Mahathir disertai oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan dijangka akan berada sekitar Jerlun sehingga hari pembuangan undi pada Sabtu 8 Mac 2008. Mereka akan mengundi dikawasan Parlimen P006 Kubang Pasu.

Published in: on March 6, 2008 at 01:50  Comments (4)