Tun Dr. Mahathir dan Mukhriz melawat pos undi BN

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali hari ini membuang undi di SK Titigajah, dekat Kepala Batas, Alor Setar, Kedah pagi ini. Sejurus selepas itu, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah telah menyertai calon BN P005 Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir melawat pos pos undi BN sekitar kawasan Parlimen ini.

p1030725.jpg

 

 dscn4065.jpg

Tempat pertama yang dilawati Tun Dr. Mahathir ialah Sekolah Agama Melele, dekat Kodiang, Kedah. Tun Dr. Mahathir disambut meriah oleh petugas petugas BN dan pengundi dipos itu. Melele berada dalam DUN N03 Kota Siputeh. Selepas itu, beliau telah ke SK Air Hitam, dalam DUN 04 Air Hitam.

Published in: on March 8, 2008 at 13:31  Comments (5)  

Nasib Mukhriz ditentukan pengundi P005 Jerlun

Hari ini merupakan hari terakhir berkempen, sebagaimana yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Jam 12 tengah malam tadi, semua aktiviti berkempen perlu dihentikan. Besok, seramai 10.9 juta rakyat Malaysia layak membuang undi untuk memilih 222 wakil mereka ke Dewan Rakyat dan 505 wakil di 12 buah Dewan Undangan Negeri.

Kedudukan Dato’ Mukhriz Mahathir, calon BN Parlimen P005 Jerlun yang pertama kali akan diuji dalam Pilihanraya Umum, akan ditentukan lebih 45,000 pengundi yang layak membuang undi di 35 pusat pengundian seluruh kawasan Parlimen ini. Pengundi yang sama juga akan menentukan calon BN bagi DUN 03 Kota Siputeh Dato’ Abu Hassan Sarif dan DUN 04 Air Hitam Dato’ Osman Aziz.

 dscn4056.jpg

Semenjak Selasa 4 Mac 2008, booklet pengenalan calon BN P005 ini telah diedarkan seluruh Jerlun, bagi memperkenalkan pengundi pengundi mengenai calon BN Dato’ Mukhriz Mahathir, 43 tahun. Dalam booklet ini mengandungi maklumat seperti latar belakang, kerjaya dan daya keusahawanan, penglibatan dalam politik dan penglibatan dalam badan bukan Kerajaan dan usaha membantu mereka dalam bencana, sesuai dengan tuntutan fardu kifayah.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dijadualkan akan membuang undi pagi esok jam 1030 di Sekolah Kebangsaan Titigajah, dalam Parlimen P006 Kubang Pasu.

Published in: on March 8, 2008 at 02:59  Comments (2)