Calon BN P005 Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir telah menang dengan majoriti bertambah 2,205. Undi rosak berkurangan kepada 599. Jumlah yang keluar mengundi ialah 81.95%, antara yang tertinggi di Kedah. Mukhriz mendapat 19,424 undi mengalahkan Idris Ahmad dari PAS yang berjaya meraih 17,219 undi.
Sila lihat rakaman video mengenai pengumuman kemenangan Mukhriz ini.
Pada Pilihanraya Umum XI Mac 2004, calon BN P005 Dato’ Abdul Rahman Ariffin menang dengan majoriti 2,142.
*Perkembangan terkini Ahad 9 Mac 2008, 2.29 pagi
Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi baru sahaja mengumumkan bahawa BN berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah, setelah SPR mengesahkan BN mendapat kerusi minima untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Bigdog,
Thanks for your coverage. Let’s hope mukhriz can do something at PAU. Thanks to Tun M for , at least , giving malays something to go on. Hidup Melayu! Hidup Mukhriz!
Mukhriz is one person I don’t mind to vote for Prime Minister…..
Tahniah. Pengajaran yang perit buat BN yang semakin jauh dari perjuangan sebenar. semoga Dato’ Mukhriz dapat berkhidmat dengan sebaiknya.
Selangor,Perak,Penang ,Kedah !!!
….. Bring back Tun !!! please.
Kemenangan Mukhriz bukan saja satu saguhati utk UMNO/BN Kedah bahkan mungkin harapan terakhir Melayu dan UMNO.
Syukur mukhriz menang undi
Karpet berduri berjaya dilalui
BN menang di Jerlun dinanti
Matang para pengundi hargai
Salam,
Menjadi pemimpin seharusnya berani. Ini lah ciri-ciri yang ada pada Mukriz dan Tun dan tiada pada pemimpin UMNO yang lain.
Harapan rakyat semoga Mukriz semakin berani mengatakan apa yang benar dan rakyat memilih saudara kerana itu.
Semoga maju berjaya.
Balasan derhaka Mahadzir Khalid kepada Tun. Sila keluar dari Kediaman Rasmi dengan pantas!!!
Musa Hitam kata this is a Badawi election. It seems more like a Badawi rejection.
hidup mukhriz ! hidup tun ! padan muka samdol..hang pi perasan hang best sangat…hang telah merosakkan sokongan rakyat kepada umno !!!!resign !!!!!!
Big Dog,
Let’s hold hands and move forward as a nation.
AKURLAH KEPUTUSAN
PENGUNDI PRU 12 !
Syabas pada semua pengundi
Keputusan undian dihormati
Persekutuan kekal BN kuasai
Tetapi tewas beberapa negeri
P.Pinang jadi milik DAP kini
Di kelantan, PAS terus kuasai
Perlis dan Melaka selamat lagi
Negeri sembilan tetap dimiliki
Terengganu kekal BN terajui
Johor dan Pahang tetap kuasai
Di Sabah, BN punya majoriti
Serawak jua masih BN terajui
Bagi negeri bukan BN kuasai
Balasan selera ikut hajat hati
Samalah pakat tenguk apa jadi
Jangan sampai rakyat bekelahi
Tewas di P.Pinang satu tragedi
Ngapakah pak lah malang jadi
BN tertewas di negeri sendiri
Pak lah wajib muhasabah diri
Elok rasanya pak lah rehat diri
Ikutilah seperti Tun M contohi
Serahkan pada majoriti tinggi
Najib selaku timbalan,rundingi
serling
[09.03.08]
ahad
……
Pak lah still tido ke..??????????????
RESIGN LA PAK LAH!!!!
BN gagal pertahankan majoriti
Walaupun dewan rakyat kuasai
Memenangi kurang 2/3 majoriti
Tamparan hebat pak lah rakami
Untunglah rakyat P.Pinang nanti
RM6,000 setahun DAP buat janji
Janji DAP segerakan jadi realiti
Agih RM500 bulanan kena tepati
Akhir bulan Mac mulakan agihan
RM500 sebulan jadikan imbuhan
Jangan buat alasan gagal agihkan
Harapan pengundi usah hampakan
By god, we did it, we did it, we did it … we did it.
We did it , we did it, we did , … and indeed we did!
Alhamdulillah. Thank god. Not to forget our family for their support.
May God bless our work bro.
Ada lagi perjuangan yang belum selesai. … and miles to go before we sleep!!!!
big .. bilamasa hang jadi orang kedah ? Hang tak ngudi ke??
thanks Bigguy for keeping us updated with all the latest news from Jerlun..hopefully he will be among those who are going to save and repair UMNO,demi agama,bangsa dan tanahair!u’ll have my support,Dato Mukhriz!!
Tahniah atas kemenangan Riz M.
Amat menunggu sandiwara bertikam-tikam belakang pada GA UMNO ’08 ini. Hahahaha
Munkin ini kabar angin…Ramai yang cakap di utara nih sebelum pilihanraya…
Betul ker Si Khairi mengatur rancangan supaya orang Umno kedah peringkat2la tak membantu Kempen Tuan Mukhriz…gamak dia buat macama tu no…Mula nya dia yang aturkan supaya geng langkawi tak ndak Mukhriz…tapi bila SU sorang saja tak suka…Yang lain suka Mukhriz..pelek tapi benar….
lepa stu depa adjust Jerlun kat Mukhriz kot kot terkena disitu…Tapi tak menjadi beb…Mukhriz bukan kata orang umno sokong ..orang pas pun tak bantai dia…Dia ada persenality pemimpin…ada bakat awal…yang lain cuma duet banyak ..boleh jadi pemimmpin…tapi kalau dok kat Kubang Pasu lagi best…ambik tempat Johari baharom tu…Dia tu cuma tumpang popularity mahadir saja…baru lah sesuai…Apapun …Tahniah Tuan Mukhriz…bantu orang susah…tak bantu mereka tetap akan susah
globalmalau
alhamdulillah syukur dan tahniah buat YB Dato Mukhriz Tun Mahathir.Kejayaan mu menngharungi ujian getir pertama menjadi titik permulaan dalam dunia politik anda.Banyak harapan yang menanti anda serta tanggungjawab yang menggunung.Tugas diJerlun sebagai suara rakyat dan juga tugas keramat memperbetulkan parti UMNO kini menjadi tanggungjawab saudara jua.Doa dan harapan menggunung ini pikul lah dengan sebaiknya kerana saudara dilihat mampu meneruskan langkah terbilang pemimpin tersohor Tun Mahathir untuk memberi keyakinan kepada kami untuk terus bersama UMNO dan kerajaan.Syabas dan pikullah tanggungjawab dengan sebaik mungkin.