Tun Dr. Mahathir: PM Abdullah wajar berundur

Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesa agar Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar berundur dan meletakan jawatan, setelah sebilangan besar keputusan Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008 diumumkan. Beliau menjelaskan bahawa PM Abdullah perlu menerima kepertanggung jawaban kekalahan teruk Barisan Nasional, semenjak Parti Perikatan menghadapi Pilihanraya Umum pertama 1955 dan Barisan Nasional bermula Pilihanraya Umum 1974.

Tun Dr. Mahathir memanggil sidang khas media pagi ini dikediaman peribadinya Seri Cahaya di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor setelah beliau menerima pelbagai permintaan untuk kenyataan dibuat mengenai kekalahan Kerajaan BN di 5 buah negeri. Setakat ini, BN hanya mampu mengekalkan 147 kerusi Dewan Rakyat dari keseluruhan 222 kerusi. Ini pertama kali BN kehilangan 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat.

Menurut mantan Presiden UMNO dan Pengerusi BN selama selebih 22 tahun itu PM Abdullah telah “Menhancurkan UMNO dan BN”. “Bukan sahaja orang Cina dan orang India marah dan hilang keyakinan kepada BN, orang Melayu kini juga berperasaan sama!”. Apabila ditanya prestasi buruk BN semasa Pilihanraya X Nov 1999 dimana PAS memenangi 27 kerusi dan PKR 5 kerusi, beliau menjawab “Kita menang Pilihanraya itu. Kita mendapat majoriti 2/3!”. Jelas kali ini, BN mengalami kekalahan teruk apabila beberapa Presiden parti komponen seperti MIC, Gerakan dan PPP dan Menteri Kabinet seperti Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Dato’ Seri Aziz Shamsuddin dan Dato’ Seri Zainuddin “Zam” Maidin kehilangan kerusi masing masing. Bendahari UMNO Dato’ Azim Zabidi, yang pertama kali mencuba nasib juga kecundang.

Beliau juga membuat komen khusus mengenai kejayaan Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mendapat majoriti bertambah di Parlimen Pekan. “Ini menunjukan rakyat menerima baik kepimpinan Najib”, komen Tun Dr. Mahathir.

Tun Dr. Mahathir berlepas ke Arab Saudi sejurus selepas sidang media itu dan akan pergi ke Iran tiga hari lagi.

 *Perkembangan terkini, Ahad 9 Mac 2008 3.00pm

Dipetik dari Bernama.com:

 

09 Mac, 2008 15:52 PM

Abdullah Perlu Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya Bagi Kekalahan, Kata Dr M Hantar berita ini kepada rakan  Versi bolehcetak berita ini  

 

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.

“Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh setiausaha agung Umno pada ketika itu.

“Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama – Melayu, Cina dan India.

“Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri,” katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya,” kata bekas perdana menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa disebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

“Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka,” katanya.

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata bagaimanapun terserah kepada Umno untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih. “Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara,” katanya.

Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu.

Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas perdana menteri berkata beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu. Mengenai kebangkitan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih “relevan” tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi perdana menteri negara ini.

Ditanya mengenai kemungkinan Pembangkang memenuhi janji mereka sepertimana yang dinyatakan dalam manifesto mereka, kata:”Mereka hanya membuat janji itu kerana mereka tidak fikir yang mereka akan membentuk kerajaan tetapi saya sangsi yang mereka dapat menunaikan janji apabila mereka menawan lima negeri.”

Dr Mahathir berkata beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu.

“Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara,” katanya.

Mengenai kemenangan anaknya Datuk Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar.

— BERNAMA

 

Published in: on March 9, 2008 at 13:26  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/09/tun-dr-mahathir-pm-abdullah-wajar-berundur/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. aku rasa pak lah ni akan berdegil utk kekal berkuasa sebab kalau dia lepaskan jawatan dia akan malu dan di cop sebagai seorang PM MALAYSIA YANG GAGAL!!!!

    tapi sebagai rakyat aku berpendapat PAK LAH MESTI RESIGN!!!! KALAU ORANG DAH TAK SUKA BUAT APA NAK KEKAL BERKUASA…!!!!

    PAK LAH…. RESIGN LAH!!!

  2. Tun Mahathir you are the best. Please lead UMNO to gain back the respect.

  3. Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana memberikan kemenangan majoriti kepada Barisan Nasional. Dengan izin Allah subhanahu wa taala, BN dan khususnya UMNO akan berusaha sedaya upaya bekerja dan berbakti bagi membalas kepercayaan yang telah diberikan.

    Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia kerana menganugerahkan semolek-molek sebab untuk Pak Lah berundur.

    Sudah dikatakan jika PAU tak bermaya untuk mempamerkan ketidakpercayaan terhadap Pak Lah, maka jangan sampai terperanjat apabila PRU yang menunjukkan jalannya: jalan keluar bagi Pak Lah.

    UMNO bukan mainan hirarki atasan dan samseng-samseng upahan (mercenaries) mereka.

    Rakyat tidak pernah, walau sejak merdeka, berhutang walau sesenpun kepada UMNO. UMNOlah yang sebenarnya sentiasa berhutang kepada rakyat. UMNO adalah perjuangan rakyat untuk rakyat. Tanpa sokongan rakyat, maka tiadalah UMNO.

    Oh ya, saya tidak mampu menahan diri saya daripada bertanyakan khabar: Apa khabar orang Selangor? Apa khabar orang Kedah? Apa khabar orang Perak? Apa khabar orang Pulau Pinang?

    Kepada Pak Lah pula: Siapa UMNO tanpa Johor?

    ALLAH BERKATI JOHOR!

  4. bring back Tun M before it’s too late!!!

  5. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN !

    UMNO PERLUKAN RAWATAN

    Belajarlah daripada sejarah.

    PRU 12 banyak mendatangkan ikhtibar untuk dihayati dan perlukan tindakan reaktif serta proaktif.

    Dahulu pakatan UMNO, MCA dan MIC membentuk PERIKATAN sejak sebelum awal kemerdekaan 50 tahun lalu sehingga tergugat dalam PRU tahun 1969. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Presiden UMNO yang juga ketuai PERIKATAN bertindak bijak mengundurkan diri dan tempatnya diambil alih oleh Tun Abdul Razak bin Husain.

    Kepada para pengundi tahun 1969 tentu mengingati tanggal 16 MEI 1969 apabila MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dibentuk dengan Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Mneteri ketika itu dilantik Pengarah MAGERAN untuk mentadbirkan negara lantaran Parlimen digantung oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Timbalannya Tun Abdul Razak bin Husain pada tahun 1970. Seterusnya pada awal 1971, Tunku melepaskan pula jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO.

    Lengkaplah jawatan Presiden parti dan PM disandang oleh insan yang sama, iaitu Tun Abdul Razak bin Husein mulai 1971.

    Kesanggupan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serahkan jawatan kepada timbalannya Tun Abdul Razak bin Husain tercatat dalam tinta emas sejarah negara dan UMNO sendiri. Ternyata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengutamakan kepentingan negara dan UMNO yang didokongi oleh orang melayu selaku teras PERIKATAN yang memerintah negara.

    Peristiwa 13 MEI 1969 telah mendorong Tun Abdul Razak bin Husein perkenalkan RUKUNNEGARA pada tahun 1970. Kalau kita terlupa eloklah kita hayati prinsipnya seperti berikut:
    • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Tun Abdul Razak bin Husein kekal selaku presiden UMNO dan PM Malaysia sehinggalah beliau kembali kerahmatullah di London pada tahun 1976. Tun Hussein Onn telah meneruskan kesinambungan selaku presiden UMNO dan PM negara kita.

    Barisan Nasional yang sinonim disebut BN adalah air tangan Tun Abdul Razak bin Husein ditubuhkan pada tahun 1974 dengan membesarkan keahlian kesepakatan asal UMNO, MCA, MIC ditambah GERAKAN dan parti-parti lain termasuk di Sabah dan Serawak.

    BN senjak pembentukannya sehinggalah ke PRU 12 adalah diketuai oleh sesiapa sahaja Presiden UMNO semasa, ketika ini Pak Lah. Sejarah sebelum Pak Lah, BN diketuai oleh Tun Dr Mahathir (1981 – 2003) yang menyambung peranan Tun Hussein Onn (1976 – 1981).

    Kebetulan Pak Lah sendiri pernah berperanan Setiusaha MAGERAN ketika ditubuhkan senjak 1969, tentu agaknya banyak menghayati caragaya kepimpinan mantan Presiden UMNO, PERIKATAN / BN dan semua mantan PM Malaysia terdahulu.

    Mungkinkah telah tersurat dan tersirat sejarah negara kita sedemikian rupa, ketika gawat pemasalahan 1969 dibaikpulih oleh si bapa, maka kini bertepatan pula Timbalan Perdana Menteri semasa adalah si anak pula.

    Keutamaan kita adalah untuk Agama, Bangsa dan Negara seperti pegangan UMNO selama ini bukan utamakan diri mana-mana individu termasuk pucuk kepimpinan sendiri dalam merealisasikan cogankata UMNO iaitu: BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT kepada semua rakyat Malaysia.

    Tangguh atau berdolakdalih akan menjejaskan parti UMNO selaku teras BN. Undur bukan bermakna menjatuhkan maruah. Tunku selaku bapa kemerdekaan negara kita sanggup berundur bila tiba masa. Tidak perlulah mana-mana pihak berkepentingan diri mengatasi UMNO menjadi punahsihat kepada Pak Lah hingga beliau berat hati menurut jejak langkah Bapa Kemertdekaan Negara kita.

    Jika tawaran MERAWAT Kelantan sempena PRU 12 lalu telah ditolak, jangan pula sampai gagal merawat UMNO dan BN sendiri.

    Pemantapan UMNO / BN perlu dimulakan sekarang bukan tunggu saat PRU 13 nanti. !

    Wassalam,

    Dari ahli UMNO,
    serling
    [09.03.08]
    ahad
    ….
    p/s:
    -menyakini bahawa UMNO / BN sahajalah menetukan kecapaian halatuju WAWASAN 2020 jadi realiti.

  6. UNDURLAH PAK LAH…kami pejuang2 bangsa melayu mengharap PAK LAH letak JAWATAN.demi masa depan Bangsa MELAYU..UNDURLAH…UNDURLAH…UNDURLAH…PAK LAH.Naikkanlah NAJIB dan berbincanglah dengan TUN MAHATHIR untuk kembalikan masa hadapan yang GEMILANG untuk BN.tiada apa lagi yang boleh kami katakan…walaupun lepas ini apa juga cara yang dilakukan oleh PAK LAH …melainkan rasa BENCI dan MENYAMPAH kepada PAK LAH selagi dia mentadbir negara..UNDURLAH PAK LAH…MELAYTU KINI MEMBENCI PAK LAH…SAMPAI BILA-BILA.

  7. PEGI MAMPUSSSSS LAH PM KITA…BAIK DAP CINA JE JADI PM…BANYAK LUBANG BISNESSS…MA

  8. PAK LEMBIK…BN KALAH…ORANG MELAYU PN SEMAKIN LEMBIK MACAM PAK LAH…CUBA BAYANGKAN LIMA TAHUN LAGI DIBAWAH PAK LAH..BUKANYA JE LEMBIK..MAMPUSSS TERUS…BN UMNO DAN MELAYU..

  9. masa berundur tentu telah dijadualkan…kita tunggu jerrr…yang jelas dan paling tak suka adalah media…kerana media malysia telalu lambat ndak mengumumkan pembangkang menang…terutama nya dikedah…rakyat sudah tahu lebih awal dari media…mengapa media rasa takaut nak lapurkan benda betul tu lebih awal…Seluroh malaysia dah tahu PAS menang di Kedah tetapi Media perdana malasia yang buat Live lambat bagi maklumat…apapasal…Jelas sekali media malaysia pilihkasih untuk menyiarkan maklumat…saya takndak ucap tahniah kepada media masa malaysia kerana lembab

    itu yang sebenarnya disedari oleh rakyat malaysia kerana media main peranan menghentam pembangkang
    dengan ayat ayat sama berterusan kat TV …Rakyat malaysia amat meluat dengan kenyataan Pemimpin UMNO yang keluar kenyataan sama…mereka telah membuat rakyat rasa tertipu dengan propaganda itu…TV sama sekali tidak memberi kelonggaran kepada pembangkang…Rakyat yang menonton merasa kesian dengan pehak pembangkang yang kekurangan serbaserbi dihentam bertubi tubi…semua dah meluat dan malas nak nonton TV…sebab tu BN kalah…Muka muka UMNO yang itu saja keluar kat TV…merka dah jemu dan perlu merubah…Tidak perlu buat kejadian kerana kalah…Tepok dada tanya selera…
    terlalu over punca UMNO kalah…Orang kedah semua sayang Dr mahathir…penggerak IT…Bukti bukti mengapa jadi begitu…Cuba anda lihat kat TV bila pemimpin UMNO jawab berkaitan pilihanraya…semua nak salah orang…tak nak salah diri sendiri…tak nak kaji kenapa orang cakap begitu…semua tunjuk pandai mcam dr mahathir cakap…satu lagi yang kerap diberitahu orang umno bawah …orang umno yang ada jawatan belagak2 semuanya…sebab itu mereka kalah…dan satu lagi mengapa pi cari isu lama seperti bab mencarut tak relevan…orang kata umno tak ada edea…lagipun pi tudoh orang yang rakyat target nak sokong…silap …mereka banyak simpati dengan pembangkang dan muak dengan loghat orang UMNO yang kaya tapi tak tolong

    sekian…komen …takkesah…salam pada MUkhris
    PM malaysia 2020

  10. Satu lagi kiter nak tanya…dakwat Tanda kuku semasa mengungdi sudah dibeli…juta2 harga…siapa yang beli…berapa harganya…bagaimana dengan dakwat itu sekarang…SPR buat apa dengan dakwat itu

    chalipbong

  11. Untuk apa Pak Lah masih nk berkuasa? Nak menambah sakit hati rakyat ker.. sementara masih berkuasa eloklah berundur jgn tergolek sebab disingkirkan.. cuma Najib je yg dpt majoriti lebih besar dari pilihanraya 2004.. so sedarlah.. Pak Lah.. kalau boleh harap2 Tun Mahathir boleh memimpin kita lagi.. pemimpin yg digeruni adalah lebih baik dari pemimpin yg lemah…

  12. PM bermaruah harus mengundur diri apabila menerima isyarat rakyat memprotes dlm PRU12 lalu. Setuju bahawa antara penyebab kekalahan BN adalah faktor Khairi. Ada keraguan tentang kemenangan Khairi dan ini akan membuatkan rakyat akan menyimpan dendam yang mendalam. Yang jelas, kita lihat bahawa pemimpin No 1 kita tidak menunjuk bahawa beliau telah sedar akan kesilapan dan menginsafinya. Pemimpin lainpun menunjuk sokongan kepada beliau. Sikap kepura-puraan dan mengampu begini akan membuatkan keadaan lebih parah. UMNO perlu diremajakan dan di reformasikan dari dalam, jika tidak rakyat akan mereformasikan dan menterjemahkannya sepertimana dalam PRU12 yang baru lalu.

    umnoproDrM

  13. aku risau sangat lah dengan malasyia sekarang….

    aku harap kalau la masih boleh lagi tun dr mahathir yang jadi PM kan bagus….tapi masalahnya dia pon dah makin tua dan sakit-sakit….sampai bila kalau nak harap dia jek…

    semoga negara kita jumpa pengganti yang setanding dengan dato dr mahathir….

    pak lah bagus undurlah…..

  14. Dah le2 Pak Lah…..Koi dah lelah…..jangan lah banyak helah…..lebih baik blah.
    Dun semantan ni kalah sebab telah dinafikan wakil yang sebetul layak dan digantikan dengan …….? Lagipun Pak Lah kedekut sangat, bonus pun tak nak bagi. Mana boleh tak cukup duit sebab Harga Minyak dah naik banyak kali. Baik Pak Lah undur diri je lah. Bawa isteri bercuti diluar negeri, manalah tahu nanti dapat baby, tentu nanti Pak Lah senang hati dan tak payah duk fikir pasal Khairi. Biar dia berdikari.

  15. tulah asyik2 gi luar negara ja. negara sendiri terbiar..nak dekat election, masih jalan2 lagi. calon2 bn tapis smpi 7 tapisan pn kalah juga. aparah… itu lambang org x cerdik tu. apa2 pn kena tanggungjawab juga klu x org tak caya lagi…

  16. salam…buat semua rakyat MALAYSIA-‘MELAYU’ kenapa korg x nak bersatu hah!! SEMUA yg kutuk2 bangsa sendiri dan tanah air sendiri tu, mcm x PERNAH BELAJAR SUBJEK SEJARAH jerk kat skolh…atau korg x sekolah…Hal ini kerana, lihat2lah peristiwa masa lampau, apa akan berlaku dengan keadaan negara yg rakyatnya xbersatu hati, senang2 jerk nant musuh@ org asing nak perintah negara. Jgn tunggu sampai’nasi sudah jadi bubur’sodar2lah bangsaku…

  17. looo

  18. paklah2 undur je lah

  19. […] morning after, Fourth Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad urged PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abd… and resign for the humiliating defeat that BN had to face. However, the latter in thick-face  BN […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: