Petisyen mendesak PM Abdullah berundur

Laman portal pro UMNO MyKMU.net, semalam menerbitkan satu petisyen untuk meminta Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan dan berundur:

PETISYEN:

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”

Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO http://www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:

a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup – elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:

a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan: a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:

a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.

b. membenarkan “media bashing” terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.

c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit

d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involve” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.

e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.

f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO

a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempeunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.

b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.

c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.

d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan

e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.

f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.

g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”

h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.

9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO. Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat.

Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.

Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

ATAU

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.

Sekian, terima kasih.

 
 
Sila e mail semua sokongan keatas petisyen ini, lengkap dengan nama penuh, no. keahlian UMNO dan no. telefon (sebagai menunjukan kesahihan tanda-tangan petisyen) kepada demokrasimalaysia@yahoo.com
Advertisements
Published in: on March 12, 2008 at 10:46  Comments (34)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/12/petisyen-mendesak-pm-abdullah-berundur/trackback/

RSS feed for comments on this post.

34 CommentsLeave a comment

  1. PM wajar undur. Tidak harus ada rasa malu.

  2. isk bukan ahli umno tapi menyokong umno tak boleh involved ka?

  3. memang saya tak suka dengan paklah.diharap turun dari presiden.jgn jadi muka tak malu.undurla dgn baik.

  4. Pak Lah patut undur. Kekalahan BN bukan kerana isu kenaikan harga barang atau pun kerana kekuatan pihak pembangkang, tetapi rakyat lebih melihat kepada ketidak upayaan Pak Lah dalm pentadbiran serta sikapnya yang leih byk menyokong tindakan Khairy hingga membelakangkan parti komponen serta org2 UMNO itu sendiri. Tolong la berundur jgn sampai negara semakin kucar kacir. TQ

  5. PM wajib sedar dan bangun dari mimpinya kerana mesej rakyat teramat jelas menolak kepimpinanya sebelum ia menjadi barah dan lebih parah .Kemenangan 99 kerusi di semananjung amat nipis dan tipis dengan semua >99% kerusi yang dimenangi, majoriti menjunam.Mesej itu sangat jelas.Jangan tidor lagi.Kami sayangkan UMNO tapi tidak sayang kepimpinannya. Jangan mengharap akan bangun semula semudah dijangka dalam tempoh terdekat.
    Kepimpinan kalangan professional pihak BA tidak boleh dipandang sinis. Hadiah rakyat 2004 sebaiknya disanjungi.Malang sekali.Awas!,Pendekar2 di sekeliling akan ……… lagi sekiranya tak terpilih menganggotai kabinet.lihatlah nanti.Muhasabahlah diri untuk kesejahteraraan ummah.

  6. Apa yang berlaku sekarang ini adalah rentetan dari era MAHATHIR.Mahathir tidak kurang ajar? tidak berlaku zalim dan kejam? Bagaimana tersipunya Mahathir mengaku membuat penganiayaan terhadap ANWAR? Mahathir telah menyumbat Anwar ke dalam Sg Buluh! Mahathir ini kalau kritik orang memang dia suka tapi dia tak boleh kena kritikan orang lain!Waktu pemilihan UMNO dalam 90an tidak berlaku politik wang? Mahathir dengan ISA dan OSA menyebabkan semua rakyat Malaysia kecut dan takut dengan tindakan Mahathir.

    Semua projek kerajaan dari kutipan cukai duit rakyat di mana Mahathir dengan wewenangnya memberi kepada kroninya.Mahathir dengan Daim Zainuddin menjadikan Samy Vellu sebagai rubber stamp di mana Daim pintas lalu dengan PMC membolot semua projek kerajaan.Apakah kita dah lupa??

    Mahathir tidak memecahbelahkan UMNO? lihat sejarah 1987…Mahathir kata walau satu undipun di kira menang! Inilah telah menjadi satu precedent dalam apa saja pemilihan sama ada dalam UMNO atau GE.Mahathir telah memecahbelahkan tradisi UMNO dan begitu juga dalam Kerajaan.Kita masih ingat dalam 80an di mana Mahathir nyaris-nyaris menyingkirkan sistem beraja.

    Bloggers bernasib baik waktu era Pak Lah. Pengundi bernasib baik dalam pilihan raya zaman Pak Lah.Kalau Mahathir… tak tau lah. Berapa ramai kena sumbat meringkuk di Kemunting! Mahathir juga bertanggungjawab memilih AAB menjadi penggantinya tanpa desakan dari mana-mana pihak.Tak taulah jika Lingam memainkan peranan di belakang tabir….

  7. Memang patut sangat Pak Lah letak jawatan.. Dah org tak suka, letak je la.. Pak lah bertanggugjawah sepenuhnya atas kekalahan ini…

  8. Pak Lah,

    Orang Melayu kata, pemimpin itu hendaklah arif, kearifan itu digambarkan sebagai “sekilas ikan di air jelas jantan betinanya”, ertinya dapat memahami ‘persekitaran’ dengan cepat dan tepat.

    Kalau keadaan sekarang dianggap ‘tsunami’ oleh orang UMNO, lalu Pak Lah masih menggapnya sebagai kocakan air di cangkir kopi, saya merasa amat malang sekali.

    Meletakan jawatan kerana kegagalan bukan satu kehinaan, tapi itulah satu lambang kejantanan seorang pemimpin yang patut ditradisikan dalam UMNO. Kita semua tahu orang Jepun akan ‘hara kiri’ di hadapan semua ahli keluarganya jika ia gagal dalam kepimpinannya.

    Semoga kami mempunyai pemimpin yang ‘jantan’

  9. BeLAH la wei! Tak tahu malu ke?

  10. ABDULLAH BADAWI is going to resign if he cant meet the political demand from BN Sarawak and Sabah.Sabah and Sarawak would definitely ask for the important ministries- Finance,Home Affairs,Mindef etc etc..

    Assuming Abdullah cant deliver from those demand, it’s not surprising BN from both states will cross over to BA.If 40 MPs walk over to BA due to the fact that people from Semenanjung have rejected BN/ AAB last Saturday then UMNO/BN becomes Opposition in the Parliment.We dont need to push him.

  11. Keputusan pilihanraya….bukan tak sayang UMNO, tapi betul betul tak setuju dengan banyak polisi PM….. Sampai hari ini, masih tak convinced IDR tu betul-betul menguntungkan orang melayu.

  12. dengar sini paklahtaktau nak bagi amanat hadhari.
    hari ini tarikh 13. hari bertuah aku.
    aku nak tidur. jangan kacau. bulan depan, aku masih memanda menteri, menteri kewangan, menteri dalam negeri. dan sekarang bila takde samy dan maidin, gua pun akan memangku menteri penerangan, kerjaraya (kontrak toll la bader!!), dan menteri kerajaan tempation dan perumahan…jangan bising, gua nak berdengkur.

  13. Pak Lah, dengarlah rintihan hati ahli-ahli Umno. Mereka bukannya membenci Pak Lah, tetapi mereka tidak mahu nama Pak lah akan terpalit sebagai orang yang memusnahkan Umno. Tolonglah Pak Lah,ambil keputusan yang bernas,buat sembahyang istiharah.
    Dan kalau Pak Lah ingin meletakkan jawatan,orang yang paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri,bukan Najib,bukan Muhyiddin,bukan Hishammuddin,orangnya ialah DATOK SHAHRIL SAMAD.
    Sekian..

  14. […] Petisyen mendesak PM Abdullah berundur […]

  15. Selepas kekalahan teruk BN PRU 12, Pak Lah tidak membuat sebarang kenyataan berterimakasih kepada pengundi BN, pekerja BN dan semua yang terlibat dengan kerja-kerja di PRU 12, ini menandakan semua yang terlibat walaupun ada yang tidak diberi upah berjuang semata-mata parti tidak di hargai, pada pandangan saya pada hari pengumuman BN mendapat simple majority sepatutnya satu ‘simple statement’ berupa kata-kata terimakasih diucapkan oleh beliau.

  16. pak lah memalukan keturunan ulamak. leave and be a gentleman….please.

  17. saya sayang negara lebih dari parti. simple as that.
    aab nak jadi mcm cerita dongeng melayu menang sorak negara tergadai. Digadai oleh AAB and co.

  18. Dah , sudahlah, insaflah, undurlah, Pak Lah Lah Lah Lah Lah

  19. Abdullah seorang yang tidak berkaliber dan tidak pula tajam akalnya. mana boleh jadi pemimpin!!Banyak dasar ataupun keputusan yang tidak menguntungkan rakyat. Lihat saja kekalahan BN baru-baru ini. Entah berapa BILLION wang negara habis dibelanjakan. Dahlah bertanding padang tak rata. Pihak pembangkang walaupun tidak mempunyai dana pilihanraya yang besar tapi mampu untuk menutup keangkuhan pemimnpin BN. Jadi berundurlah Pak Lah sebelum anda digulingkan oleh rakyat.

  20. Pak Lah bukan ulamak… tapi ular dalam semak. even ular kalau diberi akal pun tahu malu berbanding pak lah yg tak sedar diri, tak tahu malu lagi tak sedar dek untung!!!

  21. the rakyat has spoken. do the right thing and resign.
    ps.Sabah should have been the 6th state.

  22. paklah,

    letak jawatan adalah sesuatu yg mulia pada ketika ini..tetapi jika keadaan sudah parah nanti lagi memalukan..baik serahkan segera kepada orang yg lebih layak demi kepentingan negara keseluruhannya.
    Dah berdarah jgn biarkan parah….

  23. Memang patut pak lah bertanggungjawab dan letak jawatan. Kalau terlalu takut dan ikut saja kata-kata khairy elok lah berhenti semua jawatan dan mengasuh saja anak khairy. Masa tu dengarlah cakap khairy sapa pun tak marah.

  24. resign, u r still in dreamland. you r fit to lead us. get out

  25. resign, u r still in dreamland. you r not fit to lead us anymore. get out

  26. Tidur lagi, BN akan tumbang

  27. Aku ahli pas bukan UMNO. Tapi bersetuju supaya dia meletak jawatan sebab banyak isu, takde charisma, pendirian, bertanggungjawab kalah pilihanraya …..etc….etc…..(banyak sangat)

  28. Kalau orang suruh kita turun tu.. turun ajelah.. buat apa nak tunggu.. yang suruh turun tu bukan orang sebelah tapi rakyat.. Pelik jugak orang tak suka masih nakkk.. jugak…. Pengorbanan kita kerana Allah.

  29. Hey dei tambhi dollah. anne sudah kalah itu mintri tak mau. tapi ko punya PM jawatan kasi lepas lah. Ramei calon bagus ada tunggu. Chit pooraaahhhhh. Kasi berenti lah.

  30. Percepatkan proses petisyen ini sehingga ke akar umbi, terutama sekali cawangan UMNO di seluruh negara semakin lama Pak Lah berkuasa semakin sukar untuk saya meyakinkan semula persepsi rakyat luar bandar tentang kelemahan BN tentang isu barang naik. Turunkan harga petrol dll itulah satu2nya cara paling baik bagi menyakinkan semula rakyat kepada BN khususnya UMNO kita hanya ada masa 4 tahun sahaja lagi. Selamatkan UMNO demi memertabatkan Agama Islam dan Bangsa Melayu.

  31. Hampir seluruh negara kini mahukan Pak Lah berundur. Kenapa masih bertahan lagi? Bukan mereka yang menganggotai UMNO bencikan anda. Tetapi demi masa depan UMNO yang gemilang, pertimabngkanlah perkara ini dengan saksama!

  32. Pak Lah BODOWIE….. nama pun dah bodo..

  33. semoga paklah terus kan misi dan visi..era 2008 ini jika letak siapa pun Pm umno pasti akan kecundang..naib baik paklah” masih ada yg syg.kalu tun M” mbe umno hancus terus…pakalh jgn undur teruskan agenda..hari ini bkn kesilapan kita”angaplah kritikan itu sebagai satu suara perosak bangsa.yg sehati dgn TUN M’…mahu melihat kuasa umno semakin lemah…bkn utk membantu d perbaiki.PENGKHIANAT ada sebangsa sendiri yg suka melihat bangsa nya rebah.TUN elok duduk rehat shj mkn segala hasil duit2 semasa zaman dia menjadi PM ..jgn mkn seorg shj..

  34. ahhh undur;;;;;;;;jgn sekali Paklah”,BN bkn lemah tetapi telah d tikam dari belakang oleh perosak bangsa”ada gunting dlm lipatan rupanya”,,,,,TUN M’ knp nk menyesal2…apakah tun ada membantu utk kemenangan BN dlm pru 12 lalu..semua nada suara yg keluar dari mulut matan PM ini serupa dgn agenda pembangkang…apa kata tun M” ketika berusap d shah alam cukup mengembirakan pembangkang..sedar2 lah tun


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: