PM Abdullah perlu bukti semangat patriotisme dan nasionalisme, dan berundur

PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke XII Sabtu, 8 Mac 2008 perlu berundur segera, untuk menyelamatkan UMNO dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN, atas alasan:

1. Rakyat memberikan mesej awal, yang diluahkan dalam perhimpunan raksaksa 10 dan 25 November 2007. Namun PM Abdullah dengan angkuhnya mencabar rakyat agar pergi ke peti undi

2. Isu isu dimana rakyat merasa kos hidup meningkat dan PM Abdullah ‘memperlekeh kepintaran’ rakyat

3. Isu isu melibatkan keluarga beliau terlibat dalam pelbagai keputusan Kerajaan, nepotism dan kronism tidak lagi boleh diterima rakyat

Kali terakhir Presiden UMNO di’hantar mesej’ sebegini ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan beliau sebagai seorang lelaki budiman, berundur secara terhormat. Banyak perkara positif berlaku kerana tindakan ini dan Malaysia menjadi progressif selepas itu.

Apakah dunia hari ini belum lagi belajar dan mengambil iktibar keangkuhan Adolf Hitler, tergamak membiarkan Jerman, sebuah kuasa perindustrian unggul dunia hancur sebagai ‘padang jarak, padang terkukur’, sebelum beliau membunuh diri apabila tentera merah Soviet menjarah kotaraya Berlin?

PM Abdullah perlu ada sifat kepertanggung jawaban dan pengunduran serta merta dari semua jawatan adalah cara terbaik untuk membuktikan bahawa sebagai pemimpin, beliau mempunyai sifat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi, mengutamakan fardu kifayah dan membatasi segala kepentingan peribadi.

BERUNDURLAH, UNTUK MALAYSIA, UNTUK MELAYU

*Perkembangan terkini, Khamis 14 Mac 2008 2.00pagi

Semalam, Rabu 12 Mac 2008, YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah mengutus sepucuk surat peribadi kepada PM Abdullah dan meminta beliau untuk berundur:

suratmukhriz01.jpg

suratmukhriz02.jpg

 

Published in: on March 13, 2008 at 21:18  Comments (4)  

Kemelut lantikan MB Perak: DAP sudah tunjuk KURANG AJAR!

Penasihat DAP Lim Kit Siang sudah menunjukan ‘belang sebenar’ (true colours) KURANG AJAR, sebagai pemimpin parti chauvinis Cina yang memang terkenal dengan sifat anti Melayu itu. Hari ini, beliau mengumumkan bahawa kesemua 18 ADUN DAP yang menang pada Pilihanraya Umum XII (PRU 12) Sabtu lepas akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar (MB) Perak yang dijadualkan akan berlangsung esok dihadapan DYTM Pemangku Sultan Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Laporan ini dipetik dari Bernama.com:

12 Mac, 2008 23:47 PM

Pakatan DAP, PKR Dan PAS Di Perak Mula Kelihatan Retak

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan PAS yang pada mulanya bersetuju menubuhkan kerajaan campuran di Perak, kelihatan sudah mula retak.

Semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak diarahkan supaya tidak menghadiri majlis angkat sumpah Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang baru, yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah esok.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan untuk melantik ADUN Pasir Panjang itu sebagai Menteri Besar Perak, amat mengejutkan dan membingungkan pemimpin-pemimpin DAP.

“Memandangkan pelantikan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak itu mewakili parti politik yang ketiga yang paling kecil dalam kerajaan campuran yang dicadangkan, ia tidak mendapat mandat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC),” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu wakil rakyat DAP Perak tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah Menteri Besar yang dijadualkan esok.

“Mesyuarat tergempar CEC yang diadakan di Pulau Pinang Ahad lepas sudah memberikan kebenaran untuk pembentukan sebuah kerajaan campuran Perak yang mengandungi 18 wakil rakyat DAP, tujuh wakil rakyat PKR dan enam wakil rakyat PAS,” katanya.

Lim, yang merupakan Anggota Parlimen Ipoh Timur berkata DAP bersedia menerima Pengerusi DAP Negeri dan ADUN Sitiawan Ngeh Koo Ham, atau ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR sebagai Menteri Besar Perak.

— BERNAMA

PRU 12 yang selesai Sabtu lepas menampakan DAP menang 18 ADUN dari 59 DUN Perak. Dalam pakatan tidak rasmi Bukan BN, kerjasama DAP-PKR-PAS memungkinkan Kerajaan Negeri dibentuk bukan dari ADUN BN. Namun begitu, berlaku kemelut yang rumit dalam proses menentukan siapa yang layak dan ‘diterima’ istana untuk menduduki jawatan MB Perak.

Ini kerana PRU 12 melihatkan kerjasama DAP-PKR-PAS berjaya meraih 18-7-6. Oleh demikian DAP berhasrat untuk menduduki kerusi MB Perak. Walaubagaimanapun, Undang Undang Tubuh Negeri Perak jelas termaktub bahawa hanya orang Melayu-Islam sahaja yang layak dan berhak untuk dilantik kejawatan terutama negeri itu.

Oleh demikian, DAP tiada pilihan lain kerana mana mana wakil mereka yang dipilih melalui proses demokrasi, yang terdiri dari mereka Bukan Melayu-Islam tidak layak untuk dilantik.

Setelah berunding beberapa kali antara sesame mereka dan pihak istana, maka selesaian terbaik ialah MB Perak dilantik dari ADUN Melayu-Islam, samada dari PAS atau PKR. Setiausaha Pas Perak Ir. Mohd. Nizar menjadi nama yang paling tertinggi dari senarai mereka yang dikemukakan.

Oleh kerana kemenangan besar DAP luar jangkaan dan keengganan mereka menerima konsep ‘Perjuangan Negara Islam PAS’, maka hari ini Pemimpin DAP selama lebih 41 tahun itu mengumuman pemboikotan ADUN DAP dari upacara mengangkat sumpah esok.

Jelas parti chauvinis Cina ini tidak langsung menghormati Perlembagaan Negeri Perak dan Raja Melayu sebagai Ketua Negeri. Malah keangkuhan memboikot perlantikan MB Perak ini umpama ingkar kepada perkenaan baginda Pemangku Sultan Perak yang boleh disifatkan sebagai KURANG AJAR KETERLALUAN!

Sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia ialah Raja Perlembagaan. Sekiranya DAP angkuh dan ingkar untuk menghormati Perlembagaan dan Raja Melayu, maknanya DAP merupakan mereka yang tidak lagi layak menjadi warga Perak, jauh sekali pemimpin politik.

Ini bukan kali pertama DAP menunjukan KURANG AJAR mereka, selepas memenangi Pilihanraya Umum. Selepas memenangi banyak kerusi Pilihanraya Umum 10 Mei 1969, DAP merupakan pengerak utama siri perarakan sekitar Kuala Lumpur yang mencemuh dan menghina orang orang Melayu. Langsung ianya membangkitkan kemarahan dikalangan orang orang Melayu dan berlakulah peristiwa rusuhan kaum berdarah 13 Mei 1969.

Apakah DAP dan Lim Kit Siang dengan angkuhnya sengaja cuba menjolok sarang tebuan api lagi, kali ini dengan tindakan politik KETERLALUAN dan KURANG AJAR ini? Apa untungnya masyarakat majmuk dan Negara Malaysia sekiranya tindakan KETERLALUAN dan KURANG AJAR ini akan membangkitkan kemarahan dan berulang kejadian yang semua pihak berusaha untuk elakan, hampir 40 tahun ini?

Sebelum ini, anak Kit Siang iaitu Guan Eng yang baru mengangkat sumpah sebagai KM Pulau Pinang mengumumkan bahawa DEB tidak akan dilaksanakan dinegeri itu. Jelas kesilapan memberikan golongan KURANG AJAR ini kuasa terserlah hanya empat hari selepas menang!

Published in: on March 13, 2008 at 04:33  Comments (28)  

KM DAP: DEB tidak akan dilaksanakan, dalam negeri PM Abdullah sendiri?

Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri DAP pertama dalam sejarah politik Malaysia, Setiausaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dipetik dari Utusan Malaysia:

Pulau Pinang bebas DEB – Guan Eng

11/03/2008 8:59pm
PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kon trak kerajaan.

DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandu ngi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.

Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

“Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.” — BERNAMA.

*****************

Dengan kenyataan ini, bermakna Pulau Pinang akan sekarang ini secara berstruktur dan rasmi akan meminggirkan orang orang Melayu dari arus perdana pembangunan. Ini akan menentukan pengurangan jurang kedudukan mereka dari segi penguasaan ekonomi, tahap pendidikan dan jumlah graduan dan professional berbanding kaum lain dalam pulau yang begitu pesat membangun dan pertumbuhan ekonomi yang rancak.

Yang nyatanya, orang orang Melayu Pulau Pinang masih memerlukan DEB untuk membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan, terutama dalam paradoks dinamisma pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat dipulau mutiara itu. Secara rata rata, Pulau Pinang maju dan membangun sekitar pantai timur Pulau Pinang dan sebahagian Seberang Perai sedangkan kawasan Melayu seperti barat Pulau Pinang dan pendalaman timur masih lagi terpinggir.

DEB diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Razak Hussein semasa menjadi Perdana Menteri pada tahun 1971. Ianya program pembangunan ekonomi dan penyusunan masyarakat yang komprehensif, yang berteraskan pembasmian kemiskinan, mewujudkan program pembangunan ekonomi dan menitik beratkan pembangunan pendidikan dan usahawan kecil dan serdehana bagi keseluruhan rakyat Malaysia, terutama orang orang Melayu untuk keluar dari kemelut penghidupan desa dan luar bandar yang ditinggalkan pembangunan. Penguasaan 30% kaum Bumiputra dalam ekonomi disasarkan semasa DEB dilancarkan, sebagai usaha proaktif untuk mengelakan rasa tidak puas hati orang orang Melayu dan tercetus konflik berdarah antara kaum.

Melalui perlaksanaan DEB, pertumbuhan ekonomi yang pesat berjaya dijana dimana keturunan Bukan Bumiputra, terutama golongan peniaga mendapat kesan pertumbuhan dan program pembangunan yang diusahakan. Kawasan kawasan pertumbuhan baru dibangunkan seluruh negara dan program program pembangunan infrastruktur rata rata berjaya memberi kesan positif bagi golongan peniaga Bukan Melayu.

Apabila ‘kek ekonomi’ bertumbuh dan cambah, ramai golongan peniaga terutama sektor peruncitan dan pembekalan, rata rata masyarakat Cina mendapat peluang dan menafaat positif. DEB merupakan formula yang berjaya dan mendukung pertumbuhan ekonomi yang konsisten dan berjajaran, sehingga Malaysia berjaya melakukan transformasi dari sebuah negara yang bergantung kepada perusahan utama kepada negara pembuatan dan kuasa ekonomi yang meningkat hebat dan penting diAsia.

Ironi pengumuman ini ialah Presiden UMNO itu sendiri, seorang yang sepatutnya mempertahankan kepentingan orang orang Melayu, berasal dari Pulau Pinang. Apakah erti sekiranya orang yang sepatutnya mempertahankan kepentingan dan hak istimewa kini gagal melaksanakanya dalam ‘rumah’ sendiri?

Ini sendiri adalah mesej jelas Kepimpinan PM Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak lagi berkesan dan relevan dan keyakinan rakyat kepada formula ‘kongsi-kuasa’ yang BN selama ini berjaya terapkan lebih 50 tahun sudah tiris kepada kadar yang membimbangkan.

Setakat memberikan amaran semata mata, tidak lagi memadai malah mungkin disifatkan sebagai dimalukan oleh parti chauvinis Cina ini. Keadaan sudah terdesak dimana rhetorik dan bermain slogan bukan lagi masa yang sesuai. Sudah tiba masanya Presiden UMNO PM Abdullah Ahmad Badawi berundur segera dan memberi peluang kepada pemimpin lain untuk menebus kekalahan buruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke XII yang baru selesai lima hari lepas.

Tikus sekor ini sudah menjahamkan labu. Wajar tikus ini tidak lagi diberikan labu lagi, untuk dijahanamkan.


BERUNDURLAH PM ABDULLAH, UNTUK KEPENTINGAN DAN PERJUANGAN MELAYU YANG BELUM SELESAI!

*Nota kaki untuk Tan Sri Dr. Nordin Kardi: Versa terakhir lagu nukilan beliau, “Melayu kan gagah di Nusantara”?

Published in: on March 13, 2008 at 00:02  Comments (15)