KM DAP: DEB tidak akan dilaksanakan, dalam negeri PM Abdullah sendiri?

Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri DAP pertama dalam sejarah politik Malaysia, Setiausaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dipetik dari Utusan Malaysia:

Pulau Pinang bebas DEB – Guan Eng

11/03/2008 8:59pm
PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kon trak kerajaan.

DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandu ngi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.

Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

“Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.” — BERNAMA.

*****************

Dengan kenyataan ini, bermakna Pulau Pinang akan sekarang ini secara berstruktur dan rasmi akan meminggirkan orang orang Melayu dari arus perdana pembangunan. Ini akan menentukan pengurangan jurang kedudukan mereka dari segi penguasaan ekonomi, tahap pendidikan dan jumlah graduan dan professional berbanding kaum lain dalam pulau yang begitu pesat membangun dan pertumbuhan ekonomi yang rancak.

Yang nyatanya, orang orang Melayu Pulau Pinang masih memerlukan DEB untuk membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan, terutama dalam paradoks dinamisma pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat dipulau mutiara itu. Secara rata rata, Pulau Pinang maju dan membangun sekitar pantai timur Pulau Pinang dan sebahagian Seberang Perai sedangkan kawasan Melayu seperti barat Pulau Pinang dan pendalaman timur masih lagi terpinggir.

DEB diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Razak Hussein semasa menjadi Perdana Menteri pada tahun 1971. Ianya program pembangunan ekonomi dan penyusunan masyarakat yang komprehensif, yang berteraskan pembasmian kemiskinan, mewujudkan program pembangunan ekonomi dan menitik beratkan pembangunan pendidikan dan usahawan kecil dan serdehana bagi keseluruhan rakyat Malaysia, terutama orang orang Melayu untuk keluar dari kemelut penghidupan desa dan luar bandar yang ditinggalkan pembangunan. Penguasaan 30% kaum Bumiputra dalam ekonomi disasarkan semasa DEB dilancarkan, sebagai usaha proaktif untuk mengelakan rasa tidak puas hati orang orang Melayu dan tercetus konflik berdarah antara kaum.

Melalui perlaksanaan DEB, pertumbuhan ekonomi yang pesat berjaya dijana dimana keturunan Bukan Bumiputra, terutama golongan peniaga mendapat kesan pertumbuhan dan program pembangunan yang diusahakan. Kawasan kawasan pertumbuhan baru dibangunkan seluruh negara dan program program pembangunan infrastruktur rata rata berjaya memberi kesan positif bagi golongan peniaga Bukan Melayu.

Apabila ‘kek ekonomi’ bertumbuh dan cambah, ramai golongan peniaga terutama sektor peruncitan dan pembekalan, rata rata masyarakat Cina mendapat peluang dan menafaat positif. DEB merupakan formula yang berjaya dan mendukung pertumbuhan ekonomi yang konsisten dan berjajaran, sehingga Malaysia berjaya melakukan transformasi dari sebuah negara yang bergantung kepada perusahan utama kepada negara pembuatan dan kuasa ekonomi yang meningkat hebat dan penting diAsia.

Ironi pengumuman ini ialah Presiden UMNO itu sendiri, seorang yang sepatutnya mempertahankan kepentingan orang orang Melayu, berasal dari Pulau Pinang. Apakah erti sekiranya orang yang sepatutnya mempertahankan kepentingan dan hak istimewa kini gagal melaksanakanya dalam ‘rumah’ sendiri?

Ini sendiri adalah mesej jelas Kepimpinan PM Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak lagi berkesan dan relevan dan keyakinan rakyat kepada formula ‘kongsi-kuasa’ yang BN selama ini berjaya terapkan lebih 50 tahun sudah tiris kepada kadar yang membimbangkan.

Setakat memberikan amaran semata mata, tidak lagi memadai malah mungkin disifatkan sebagai dimalukan oleh parti chauvinis Cina ini. Keadaan sudah terdesak dimana rhetorik dan bermain slogan bukan lagi masa yang sesuai. Sudah tiba masanya Presiden UMNO PM Abdullah Ahmad Badawi berundur segera dan memberi peluang kepada pemimpin lain untuk menebus kekalahan buruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke XII yang baru selesai lima hari lepas.

Tikus sekor ini sudah menjahamkan labu. Wajar tikus ini tidak lagi diberikan labu lagi, untuk dijahanamkan.


BERUNDURLAH PM ABDULLAH, UNTUK KEPENTINGAN DAN PERJUANGAN MELAYU YANG BELUM SELESAI!

*Nota kaki untuk Tan Sri Dr. Nordin Kardi: Versa terakhir lagu nukilan beliau, “Melayu kan gagah di Nusantara”?

Published in: on March 13, 2008 at 00:02  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/13/km-dap-deb-tidak-akan-dilaksanakan-dalam-negeri-pm-abdullah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. BILA GUAN ENG
    TUNJUK TARING !

    Di negeri asal pak lah dia berkata
    Ketika kuasa KM disahkan mula
    Orang P. Pinang patuhilah sahaja
    Tiada guna nangis bengkak mata

    Konon DEB tidak telus dikata
    Bebas DEB dalam ucap utama
    Guan Eng selaku KM bersuara
    Dasar perjuangan DAP dikota

    Atas prinsip, guan eng bersuara
    Barulah inspirasi parti menjiwa
    Agenda DAP terjunjung kepala
    Jatuh bangun DAP tetap bersetia

    Hal demikian hamba menjangka
    Pada ahli DAP dibukti janji kata
    Tetapi musa hitam lain pula cara
    Di WPI agenda DEB dinyah saja

    Musa hitam dan guan eng berbeza
    Musa serta sealiran, jati diri tiada
    DEB idea parti tidak pula percaya
    Gaya caturan musa undang bahaya

    DAP adik PAP singapura, tahu kita
    Bermentorkan Singapura boleh aja
    Manfaat besar WPI buat Singapura
    P.Pinang fotokopikan telah terduga

    serling
    [12.03.08]
    rabu
    …..

  2. Patutlah Pak Lah marah. Beliau dari Penang. Apa credential Ahli Parlimen Kepala Batas untuk bersuara, sedangkan dari 13 kerusi BN dapat 2 saja.

    Dalam nada gurau, ada kawan beri komen baru-baru ini, “Pulau Pinang pun tak boleh jaga, ingat mampu jaga MALAYSIA ka?”. Saya faham maksudnya walaupun hati sangat pedih.

  3. Masa Makchik Melayu tu dirundung malang di Melaka hanya Guan Eng yg mempertahankan beliau, walaupun jawatan Wakil Rakyat habis, pencen habis dan sampai masuk jel – dan tadak sekoq pun muka Melayu DEB yang pi sua nak tolong Makcik Melayu tu.

    Hanya org2 Melayu yg dah dapat projek negotiated beratus juta bawah DEB, saperti Patrick B yang akan terpinggir. Mungkin Melayu yang betul-betul susah kali ini dapat bantuan yang sepatutnya.

    Kita perati tenguklah….

  4. […] Kit Siang iaitu Guan Eng yang baru mengangkat sumpah sebagai KM Pulau Pinang mengumumkan bahawa DEB tidak akan dilaksanakan dinegeri itu. Jelas kesilapan memberikan golongan KURANG AJAR ini kuasa terserlah hanya empat hari […]

  5. 1. Mana mungkin Pak Lah bleh mempertahankan Hak Orang Melayu sedangkan character dia lebih kepada cina.
    2.Mana mungkin DAP mememgang DEB sedangkan mereka dipersalahkan dalam 13mei 1969.
    3. Mana mungkin UMNO bleh berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah sekalipun untuk orang melayu kerana kempimpinan UMNO masih memikirkan poket masing masing.
    4. Mana mungkin rakyat melayu bisa bangun sedangkan pemikiran politik mereka tidak berubah sedikitpun selepas merdeka walaupun dari segi teknologi melayu sudah maju.

    Mana mungkin.. tidak mungkin

  6. DEB?? Adakah Melayu di pulau pinang maju seperti kaum lain semasa pemerintahan BN kerana DEB?? Untuk Siapakan keitimewaan DEB ini kerana saya lihat Melayu di takuk yang sama sahaja??? Adalah DEB ini hanyalah untuk menakut nakutkan melayu supaya mengundi BN?? Tepuk dada tanya rakyat.

  7. Correction: YAB Lim Guan Eng bukan Lim Kit Siang.

    Bawah Gerakan pun DEB tidak dilaksanakan hanya mereka tidak umumkan sahaja kerana pemimpin Melayu P Pinang Bangang.

  8. Semua maklum DAP tu memang kurang ajar dari dulu. Tetapi kenapa pengundi(termasuk Melayu) memenangkan pihak yang kurang ajar ni? Sudah pasti ada pihak yang lebih kurang ajar dari DAP kebelakangan ini… tak lain tak bukan… BN..!!!

    Kesimpulannya, undur-LAH Pak Lah…!!!

  9. IF the Malays are still marginalized after decades of rule by the BN then definitely something is rotten in the BN, no?

    Actually, the rot started in Kubang Pasu and just spread over the Nation.

    Give meritocracy and open tenders a chance. You will be surprised at how many capable Malay contractors and businessman are out there. They were denied opportunities due to simple fact that they were not UMNO cronies.

    YAB Lim Guan Eng went to prison defending a Malay lady’s dignity and rights before. Where was UMNO during that shameful period?

  10. Depa hanya cakap segala polisi polisi yang berunsur perkauman akan ditolak. Dari sekrang, kerajaan pulau pinang akan mengamalkan sistem meritokrasi. adakah syarikat2 bumiputera tidak boleh bertanding di sistem terbuka?

    tambah lagi, di mana penjuangan melayu/umno, apabila si thamby chik merogol budak pompuan MELAYU di melaka?

  11. gamal abdul nasser memang tepat.

    Mana ada DEB di Penang. Pernahkah BN lihat nasib orang Melayu Penang Orang melayu pulau ramai – ramai pindah seberang prai sebab tak mampu nak beli landed property walaupun hanya 200K sahaja. Yang ada semua tinggal dalam flat murah. Pulau Pinang maju – sapa yang rasa. Mungkin BN patut buat tour lihat sendiri bukan tiap2 kali p Penang tengok hotel je, memang nampak melayu ramai kat hotel sebab depa kerja kat sana – lower rank.

    Tanah Melayu Penang BN ambik until develop konon untk semua rakyat. Rakyat mana nooooo.

    Secara terancang BN pindah semua Melayu p seberang – lani kat pulau sapa nak pangkah BN.

    -SAMA MAU INGAT-

  12. Don’t you see the Malays in Singapore are more educated, speak better English, more respected by MNCs, can stand taller in all 4 corner of the world, earn more and travel more too?

    Blame it on UMNO if the Malays are behind! Guan Eng is the hope of the Malays.

  13. 1) Tepuk dahi tengok korang duk asik bertempik cerita 4 hari sudah. Tak ke mana. Melayu zaman MCA lah, DAP lah. Gelak dan ‘padankan’ lah agama korang sendri.

    2) Rasa marah sebab cerita buruk lama diungkit.. hey you guys…MOVE FORWARD !!!!

    3) Eating Ubi Kayu,
    Malays in Singapore are more educated ? So, Melayu Msia kokak sangat ke ?
    Speak Better English ? I doubt.
    Respected by MNCs ? Give me one BIG MNCs by Malays in Singapore.

    Havent you heard/seen that Melayu Kg Gelam tu dok migrate ramai2 ke TANAH ASING ????????

    Ya Allah…Unbelievable ! I thought Malays are now thinking forward after what had happened ? Ada lagi yang berkokok blaiming each other!!!!

  14. Lepas ni Cina anak haram Guan Eng nak buat apa pulak kat Penang. Anwar gay tak boleh buat apa dan Hadi kambing pun tak boleh buat apa. Apa yang dapat kita lihat kemusnahan Melayu secara besar besaran. hahahahahaha
    Selamat Datang ke Palestin versi Malaysia
    hahahahahahahah

  15. bagaimana melayu bisa maju kalo masih banyak belum terbebas dari virus rasis.
    wahai melayu malaysia tengoklah singapura yang jauh lebih maju dan beradab walau luas wilayah negara mereka kecil.
    rakyat singapore harmonis tidak seperti malaysia yang disekat rasis melayu,cina dan india.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: