Mukhriz hantar surat minta PM Abdullah letak jawatan

Petang Rabu 12 Mac 2008, empat hari setelah Negara dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke XII, Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah menghantar sepucuk surat peribadi meminta PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan semua jawatan termasuk Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.

Surat ini telah disalin kepada Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Wira Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO dan Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung UMNO.

suratmukhriz01.jpg

suratmukhriz02.jpg

 

Mukhriz yang berterima kasih kerana diberi kepercayaan bertanding di P005 Jerlun atas tiket Barisan Nasional menjangkakan akan menerima kesan negatif kerana surat ini, termasuk risiko dipecat sebagai ahli UMNO.

 

Published in: on March 14, 2008 at 02:42  Comments (124)