Petisyen menyokong desakan Mukhriz mengesa PM Abdullah berundur

Isnin 10 Mac 2008 lepas, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional”, selepas kekalahan di 5 + 1 negeri dan prestasi buruk seluruh Negara. Kemudian, pada Rabu 12 Mac 2008, Mukhriz menghantar sepucuk surat peribadi kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mengesa agar berundur dari semua jawatan.

suratmukhriz011.jpgsuratmukhriz021.jpg

Sesuai dengan prinsip kepertanggung jawaban (accountability) dan melunaskan tanggung jawab fardu kifayah (sesuai dengan prinsip kedua Islam Hadhari – Kerajaan yang bertanggung jawab dan diyakini rakyat) kepada rakyat, masyarakat dan Negara, PM Abdullah wajar berundur kerana rata rata rakyat sudah hilang keyakinan dengan pentadbiran dan kemampuan Kepimpinan beliau.

Sebagai menyahut langkah berani dan tidak mementingkan diri sendiri Mukhriz itu, demi Agama, Bangsa dan Tanahair, maka sebuah petisyen awam online ini dikhaskan kepada semua pengguna alam siber untuk sama sama menyokong dan menunjukan kesungguhan mendesak agar PM Abdullah berundur dari semua jawatan serta merta.

Sila e mail semua sokongan (lengkap dengan nama penuh, no. MyKad/IC, no- telefon (dan no. keahlian UMNO, sekiranya ada) – sebagai membuktikan kesahihan penanda tangan petisyen) kepada:

petitbadawi@gmail.com

dan/atau

petition against Abdullah Badawi

 

Sekian, terima kasih. Allah selamatkan Malaysia, tanahair tercinta!

Published in: on March 15, 2008 at 22:51  Comments (29)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/15/petisyen-menyokong-desakan-mukhriz-mengesa-pm-abdullah-berundur/trackback/

RSS feed for comments on this post.

29 CommentsLeave a comment

  1. BEZA CARIK DAUN,
    BULU DAN KAIN !

    Banyak jenis carik-carik ada
    Cari-carik daun pisang bahya
    Carik bulu ayam bertaut juga
    Carik kain malu pemakainya

    Ciri UMNO suatu organisasi
    Dalam sifatnya sebuah parti
    Mudah runtuh banding baiki
    Khas punca pimpinan tinggi

    Ngapa runtuh mudah berlaku
    Kerna peminpin tunjuk kuku
    Siapa menegur dicakar selalu
    Banyak ahli sengaja membisu

    Ketika Tun jadi presiden parti
    Disebarluas Tun berkuku besi
    Lihat bekas S46 rujuk kembali
    Tidak benar apa diuar sanasini

    Carik apakah sebenar berlaku
    Samada kain, daun atau bulu
    Ditangan pak lah pilihan tentu
    Utamakan diri, UMNO celaru

    MCA, MIC dan Gerakan alami
    Presiden partinya terusir diundi
    Kekal pak lah, hikmah renungi
    Isyarat UMNO, muhasabah diri

    Hamba ahli UMNO sejak dulu
    Urus tadbir pak lah jurus laku
    SUA UMNO warnai halatuju
    Disalahguna kuasa ikut mahu

    Faham pak lah mesej pengundi
    Kenapakah berdolak dalih lagi
    Masa depan KJ kah yang hantui
    Usah tiada beban, batu dukungi

    Serling
    [15.03.08]
    Sabtu
    …….

  2. Dua Tiga Kucing Berlari
    Manakan Sama Si Kucing Belang
    Dua Tiga Boleh Ku Cari
    Manakan Sama Pak Lah seorang …. hehehe

  3. Manakan sama pak lah seorang
    Buat ahli UMNO menjadi berang
    Kalau komander di medan perang
    Organisasi UMNO mudah goyang

  4. Tanggapan mengatakan rakyat bukan menolak BN teapi sebaliknya hanya sebagai protes harus dikaji semula. Ini lebih kepada teori ego BN sekadar menyedap hati mereka sendiri, sekaligus mereka masih menidakkan kuasa dan perasaan rakyat, bagi mereka, rakyat bodoh, bagi mereka rakyat silap..

    Rakyat memang menolak BN kini dan selamanya. PRU13 akan menjadi titik noktah terungkainya perpaduan BN dan selepas itu mereka berpecah dengan identiti masing masing, mengecil, bercakaran dan lemah.

    Seharusnya paklah dibenarkan meneruskan kepimpinan lembeknya, biarlah ia menjadi sejarah bahawa UMNO hancur dan musnah ditanan pemimpin sesat dan munafik. Kalau dulu pakleh sebok usung bini tak berapa cantik keluar negara biarlah kali ini dua mengusung panadol siang dan malam, rasakan… Najib, Hishamudin dan lain lain sudah tidak relevan dan punya jati diri lagi. Mereka pembelot dan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam. Biar mereka terkubur bersama petualang.

  5. Kluangman luahkan rasa
    Dirakam marah membara
    Kongsilah perawatan cara
    Samada relevan buat guna

  6. […] sape2 yg nak pak lah undur tu, bolehlah zahirkan sokongan anda dengan mengisi petisyen online nih. [more info here] […]

  7. PRU 12 berlalu sudah
    keputusan dah tau dah
    BN kini berpecah belah
    Tunggu Pak Lah nak belah

    BN kini sudahlah parah
    Hanya tunggu masa nak rebah
    Kalau PM tak diubah
    Orang UMNO beralih arah

  8. Kalau AAB letak jawatan,Siapa penganti.Datuk Mongolia…LAGI TERUK

  9. Malang pak lah buat tak reti
    Salahbuat dia, ahli terbebani
    Jejak cara MCA wajar ikuti
    Berkumpul ahli kemas parti

    Utama parti bukan peribadi
    Jejak presiden2 dulu hayati
    Mereka yang undur hormati
    Amanah ahli mereka penuhi

  10. Ini masalah keluarga UMNO.

    Bukan ahli UMNO sudah menyuarakan suara hati di PRU12.

    Tapi aku keliru, apakah Mukhriz ada apa apa halatuju atau action plan bagi UMNO maju ke hadapan? Belum pun dengar apa-apa yang sedemikian dari golongan pembesar-pembesar UMNO. Yang kedengaran hanya perasaan emosi individu sahaja. Itu tidak cukup bagi UMNO bergerak meninggalkan keadaan haprak sekarang. Selagi tiada sesiapa yang dapat mengajukan sesuatu yang ‘substantive’, tiada gunanya beranjak dari presiden kini.

  11. yang bakal naik dah bersedia nak batalkan koridor-koridor yang banyak tu, termasuklah WPI. Masa tu nanti, Pak Lah akan bangun mengkritik pula penggantinya kerana batalkan projek-projek yang telah dirancang olehnya. Walhasil balik asal, pi mai, pi mai tang tu jugaklah

  12. Petisyen ini penting untuk masa depan politik UMNO. I will promote it. Say No to Pak Lah.!!!

  13. Thank you, You can visit http://nghecon13.googlepages.com“>
    “The top blogs of the day” report

  14. Biarkan saja Dolah Badawi KEKAL jadi PM.
    Dengannya UMNO akan main cepat terhapus.

    Lantik KJ jadi timbalan PM pun tak apa. Lagi cepat UMNO masuk tongtaik.

  15. Pak Lah tolonglah berundur,
    Demi kebaikan rakyat seluruh,
    Suara rakyat marah sampai kat Sungai Buloh,
    Takkan nak tunggu sampai tahun 2020.

    BN pasti dah layu,
    Pasal dipimpin oleh Melayu,
    Melayu memang bodoh macam kayu,
    Macam mana negara nak maju?.

    UMNO dan BN dah takde erti,
    Pasal UMNO sebuah parti sebusuk babi,
    PRU 13 pasti UMNO akan mati,
    Lenyap ke dalam butoh dan puki.

  16. Ex-Premier Mahathir’s call to PM Abdullah to step down (NST Monday March 10, 2008) can be one of these: a denial syndrome, an attempt to remain relevant, or an attempt to deflect the root of the BN’s problem i.e. from himself. Notwithstanding the complex analysis by political pundits, voters voting values can only take the simplest of forms in order to coelesce a common stand. The only problem is that these values are not accurately identified or succintly articulated. Take the poor performance of BN in this election. The result of this election is a logical and continual response of unresolved events that started in the 1999 election when Mahathir sacked Anwar. Notwithstanding the court processes, the voters sensed unfairness and expressed this at the ballot box. It was a vote against Mahathir and BN fared poorly though still managed two-third majority through whatever means. In 2004 BN did extremely well and many said it was Abdullah’s pull-factor. But more likely voters were happy to get rid of Mahathir and were attracted to Abdullah’s promise of a clean government, translating it as getting rid of Mahathir’s legacy and correcting any injustice percieved. If Mahathir had insisted to continue leading BN during 2004 election the result could have been worse than this year’s election, but that is history. It is exactly the percieved inability of Abdullah to fulfill this promise and for maintaining most of the old gaurds that has brought the adverse response of voters this time around. Coupled with a more organised opposition that allowed voters a simple choice it was easy for the voters to express their dissatisfaction towards this unresolved issue. The voters are saying – if the government won’t change we will change them. Worst still Mahathir has uttered his preference for the Deputy Prime Minister. This means selecting the Deputy Prime Minister is tantamount to continuing Mahathir’s legacy which the electorate has responded with loath the past three elections. Suppporting Mukhriz is no different.

    The ex-Premier did say that he will not be active in politics on his retirement. Maybe he should just honour his promise.

    Silent Observer

  17. Sekiranya kepercayaan rakyat hilang terhadap BN, maka rakyat tanpa berdolak-dalih akan terus menyokong PKR sbg penyelamat Agama, Nusa & Bangsa. Rakyat Malaysia sekarang ni bukan lg hidup dalam dunia fantasi tp reliti. Meraka sedar mana positif & negatif untuk memilih Barisan Kepimpinan yang utuh dr semua segi dan bidang. Apa lagi yang kita mahu makan untuk memenuhi selera, sedangkn kita tahu perut kita tengah lapar?

  18. kenapa hendak suruh pm down mantan pm dulu lagi terok sekarang melaluia anaknya untuk jadi amarican hero

  19. If we give the benefit of doubt to PM AAB, we should congratulate him for the rise of opposition parties so that Malaysia will slow her descend towards destruction.

    PM AAB declared that he wanted to be PM for all Malaysians. That was never the intention of TDM who could have easily carried out that pledge if he had wanted to. But he chose to stick with the cronyism, nepotism and corrupted approach in the name of Ketunan Melayu. He might have thought it necessary because a Mamak is a Mamak though he had masqueraded all his political life as the most talented Malay. Even though his rise in UMNO hierarchy in the 1960s and 1970s was based on his more-Malay than Malay approach, but his mixed breed could have helped to make Malaysians accept a Malaysian Malaysia concept. That could have freed him from having to suffer the inferiority complex of not being the true Malays. He could have change the mindset of Malays into accepting real competition as the key to success. Instead he chose to make himself indispensable.

    For his own personal interest, TDM chose to criticize PM AAB for not measuring up to the job. But the single most important remarks which served to cause tension in the multiracial country during the early days of AAB’s administration was that AAB had not done enough for Malays.

    The son-in-law of AAB was stupid enough to fall for the trap set by TDM. He declared that he had sold his share in ECM Libra to a Malay concern even tough he could have gotten more had he sold them to the highest bidder. That was his effort to claim the he was equally a racist, in competition to the ultra racism TDM was credited in his rise to power. Since then he endeavoured to show his contribution to his Bangsa and Ugama spearheading Malay Agenda in UMNO Youth GA and his anti non-Islam credential. The movement created the more racist-than-thou competition in the UMNO GA where May 13 was invoked to call attention to AAB perhaps that he was wrong to declare in his statement of becoming the PM for all Malaysians. Some backbenchers also learned the short-cut to success, and in their interest to serve the race urged non-Malays to leave, to attain ethnic cleansing effect. UMNO heavy weights such as the MB of Johore considered the Bangsa Malaysia concept offered undue advantage to non-Malays as full Malaysians. It was a clear challenge to AAB for claiming that all Malaysians are equal. AAB maintained his elegant silence all this while. It can only confirm that he regretted what he promised.

    The statement of TDM that AAB did not do enough for Malays stopped AAB from showing that he dared even to make good his statement of a PM for all Malaysians. When a PM had to live up to the expectation of his ex-boss in being racist, and when the juniors in the party are fighting to be more racist than the other, after 50 years of independence, what hope have non-Malays in the future of the country? The let the government know their feeling that there was nothing else to lose, when they have lost all.

    TDM knew that the only way to bring down AAB was to make him lose the election. Did AAB know that he can only make changes when UMNOputras realise that they could lose the government, and that he had allowed destruction of UMNO to facilitate reconstruction. I wonder.

  20. Biasanye manusia sukar unuk menerima perubahan tetapi sebenarnya perubahan amat penting untuk memperbaiki manusia itu sendiri…itulah apa yg terjadi di negara kita pada masa ini…jd marilah kita sama2 berfikir untuk kebaikan setiap individu…jgn hujan sudah lebat br nak cari payung…belum tentu kita jumpa apa yg kita mahu pada masa tu..

  21. Perlukah PM berundur – Jawapan, TIDAK PERLU. Kenapa tak perlu. Kerana parti beliau memang. Memang dengan lebihan satu kerusi pun dianggap memang.

  22. Sila rujuk ke website yg diberi.
    http://persatuanmelayuantarabangsa.blogspot.com/

  23. To all Malaysians,

    Hidup Malaysia,ini cuma adalah satu penghinaan kepada segala rakyat Malaysia yang kita sayangi dan sanjungi.Ingat kepada Rukun Tetangga kita sebelum kita meluahkan perasaan yang tak terkawal.Kita perlu ‘optimistic’ dan memberikan amanah kita kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat, mengikut satu dasar diplomatik melalui ‘election’.Sejak merdeka, negara kita berada dalam pimpinan kerajaan yang kuat dengan keamanan dan kemakmuran yang telah dikurniakan.Orang melayu.cina,india dan lain-lain(Malaysian,itulah ‘objective’Malaysia yang memang tidak boleh dinafikan.
    My comments:-Kepimpimnan perlulah adil.Sekiranya NEP adalah isunya,saya setuju tetapi tujukan kepada golongan miskin yang ketinggalan dalam mengejar kejayaan negara.Sekarang,orang yang kaya,terlalu KAYA.Orang yang miskin,lagi miskin.Itulah puncanya kakalahan BN,saya rasa!
    Kepada pihak yang ‘insulting’ perdana menteri perlu menimbang adakah ini semua untuk kepentingan sendiri atau ‘instruction’ dari sesuatu sumber rahsia. Kita bukan musuh negara tetapi keadaan sekarang macam ‘cold war’.I suggest perdana mentari perlu diberikan ‘extra time’ demi untuk melaksanakan apa yang perlu,ketingalan,
    peningkatan mutu dan mempertahankan negara tercinta kita iaitu MALAYSIA.Give him some more time and support him instead of condemning him(set a time frame)

    Kita BOLEH

  24. MALAYSIA BOLEH.. itulah slogan yg kita bw ke mana2 shj kita mahu..Kita mmg boleh lakukan apa yg kita mahu tp adakah apa yg boleh dilakukan itu memberikan 1001 kebaikan kepada kita apatah lagi kpd semua org yg berada disekeliling kita..jgn jd spt Enau dlm belukar boleh melepaskn pucuk masing2 tp x mengendhkn Enau2 yg lain..adkh itu yg kita mahu tnamkn dlm diri setiap individu di Malaysia utk menyelamatkn agama, nusa & bangsa..Tentulah TIDAK..

  25. Pak Lah,in his own capacity has been dawned by following existing policies of UMNO an BN.The rakyat has changed to times and greatly are looking for transperancy in judiciary freedom and in the current administration.I for once admire Pak Lah for giving us the fredom to voice out our feelings to a certain extend.We might need more of this freedom but absoulute freedom corrupts too.He is in the arena of gigantic opposition individuals who became opposition due to his predeccesor.He needs time to asses and evaluate his need and his dispensibilty as a PM and a leader to our beloved country.
    Hurray !!!! Rakyat has last won !!

  26. Segelintir melayu Penang mana yang asyik kritis saja terlalu emosi…jangan buat lagi la…malu kat UMNO…Depa perentah Penang 50 tahun melayu tak maju lagi ka…DAP baru setahun jagung

  27. The 2004 mandate given to AAB was because of the feeling of ephoria of having got out of the dark ages after 22 years of ketuanan and arragance when every basic right and freedom of malaysians of all races other then the tuans had been trampled and institulised The pattern now reflects the voters sentiment that having got the mandate AAB has only been able to give lip service at best whereas the vetrans from the old regime and upstarts from the new regime were becoming louder and even more arragant.
    I think we owe the current situation to the following who were vocal

    1. Hishamuddin

    2. Khairy

    3. Nazri

    4.Zam

    5.Bung Mokhtar.

    and the following who remained silent.

    1.Samy Vellu

    2.Ong Ka Ting

    3.Koh Sue Koon.

    I am not even going into repression of peaceful protests using undue force and rampant corruption,and cronyisim and unfair treatment of all Malaysians including the Malays who could not get into the inner circle of Tuans.

  28. AN OLD AND OUTDATED WITH DIRTY TACTICS AND CORRUPT PRACTICES SHOULD BE DESTROYED AND BURNT.

    AFTER 50 YEARS, WE MALAYSIANS ARE MATURED ENOUGH
    TO THINK FOR OUR FUTURE. CANNOT BE CHEATED
    AGAIN AND AGAIN BY A BUNCH OF CROOKS AND CORRUPTED GOVERNMENT AND SERVANTS.

    LET US MOVE ON AND CHANGE THEM WITH A NEW BOOK FOR A BRIGHTER FUTURE AND BE HAPPY MALAYSIANS.

    HAVE A GREAT DAYS AHEAD TO ALL MALAYSIANS.

  29. […] dan Pengerusi BN dan berundur segera, sehari selepas PRU 12. Tiga hari kemudian, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir juga meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur. Hari yang sama, Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mengutus surat  kepada […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: