Mukhriz menerima sokongan padu akar umbi

 

Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir, yang telah mengesa Kepimpinan “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN” dalam sebuah sidang media semasa di Seberang Perai, Pulau Pinang Isnin 10 Mac 2008 dan menghantar surat peribadi kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengesa beliau meletakan semua jawatan pada Selasa 12 Mac 2008, mendapat reaksi positif kepada tindakan beliau.

Walaupun beberapa pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan negatif dan mengesa tindakan diambil, disamping media perdana pula ‘memutar belitkan’ (spin) laporan untuk mengelirukan orang ramai, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mukhriz menerima pesanan khidmat ringkas (sms) dan panggilan telefon tidak putus putus, dari beribu orang, ramai daripadanya tidak dikenali, menyatakan sokongan padu dan memberikan kata kata semangat atas tindakan berani ini.

Setakat petang ini, beliau menerima 1,048 sms pada telefon bimbit, dimana 99.9% daripadanya menyatakan sokongan dan kata kata semangat. Lebih 1,600 orang telah menanda tangani petisyen yang diujudkan online bagi orang ramai menyuarakan sokongan kepada tindakan beliau mengesa PM Abdullah meletakan jawatan dalam surat 12 Mac itu. Lebih 100 e mail juga diterima.

Ini menunjukan rakyat, terutama ahli UMNO dan orang orang Melayu begitu mahukan perubahan drastik, setelah mereka menghantar ‘mesej jelas’ dalam Pilihanraya Umum ke XII yang baru selesai pada 8 Mac 2008.

Besok, jam tiga petang, Exco Pemuda UMNO akan bermesyuarat diTingkat 38, Menara Dato’ Onn, PWTC. Isu surat Mukhriz ini dijangkakan akan dibincangkan.

Published in: on March 17, 2008 at 18:53  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/17/mukhriz-menerima-sokongan-padu-akar-umbi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 CommentsLeave a comment

  1. wat i can’t understand, why blame tun when dollah/government didn’t performance. kalau tak betul, perbetulkan. empat tahun…nothing!

    mukriz, i’m here. i’m with you.

  2. At least you have guts. Reflects good upbringing. Don’t worry abput the consequences. You may be fated to follow the path taken by papa. Be steadfast. Don’t join the new kings. They won’t last. My prayers for you.

  3. its heartening to see Mukhriz receiving so much support. We dont have many brave people within UMNO like him any more and what he has done was a breath of fresh air in this whole stinking ordeal. And thanks to you too Big Dog for updating us on things Mukhriz-related. btw, i read your comments/postings on KMU and I am glad that there are still people like you who keep the ‘pejuang’ spirit alive.

  4. When Tun is not around there are alot of smart alecs commenting. The fools forget that Tun gave Malaysians an identity. Talking about corruption! How many of you paid for services or goods? If you wanted legal service, you don’t have to pay. You only bribe when you do somethimg illegal. When you pay a policeman not to take action when you run a red light, it is not corruption but bribery!~

  5. Heh heh. After the exco meet, that apa nama….Hishamudin will issue a kiss ass statement followed by an announcement that mukriz is let off with a stern warning. Lame and predictable. Fellows, let’s face it, we are so doomed.

  6. what ever said.. Tun has done the best to our country. i’ve travelled to many countries and i found nothing like malaysia.. WE HAVE IDENTITY and PRIDE!! We malaysian passport do not required visa to most of the countries.. thanks to TUN we are recognized.. in middle east i was often being told… “oh Malaysia… is Mahathir” no one knows who badawi is… but yes Mahathir!!!!. Look at our neighbouring countries.. they are treated badly when they travel (except Singapore lah). I have no words to Thanks Tun and i believe those who keeps complaining are those who has no gratitude. I’m proud to be Malaysian!!!!

  7. ASSALAMUALAIKUM
    DAN SALAM PERJUANGAN !

    MUKHRIZ DAN PERAWATAN BUAT UMNO/BN.

    Belajarlah daripada sejarah.

    Memandang sepi peristiwa-peristiwa bersejarah adalah suatu kesilapan sangat besar.

    PRU 12 banyak mendatangkan ikhtibar untuk dihayati dan perlukan tindakan reaktif serta proaktif.

    Dahulu pakatan UMNO, MCA dan MIC membentuk PERIKATAN sejak sebelum awal kemerdekaan 50 tahun lalu sehingga tergugat dalam PRU tahun 1969. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Presiden UMNO yang juga ketuai PERIKATAN bertindak bijak mengundurkan diri dan tempatnya diambil alih oleh Tun Abdul Razak bin Husain.

    Kepada para pengundi tahun 1969 tentu mengingati tanggal 16 MEI 1969 apabila MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dibentuk dengan Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Mneteri ketika itu dilantik Pengarah MAGERAN untuk mentadbirkan negara lantaran Parlimen digantung oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Timbalannya Tun Abdul Razak bin Husain pada tahun 1970. Seterusnya pada awal 1971, Tunku melepaskan pula jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO.

    Lengkaplah jawatan Presiden parti dan PM disandang oleh insan yang sama, iaitu Tun Abdul Razak bin Husein mulai 1971.

    Kesanggupan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serahkan jawatan kepada timbalannya Tun Abdul Razak bin Husain tercatat dalam tinta emas sejarah negara dan UMNO sendiri. Ternyata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengutamakan kepentingan negara dan UMNO yang didokongi oleh orang melayu selaku teras PERIKATAN yang memerintah negara.

    Peristiwa 13 MEI 1969 telah mendorong Tun Abdul Razak bin Husein perkenalkan RUKUNNEGARA pada tahun 1970. Kalau kita terlupa eloklah kita hayati prinsipnya seperti berikut:
    • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    Tun Abdul Razak bin Husein kekal selaku presiden UMNO dan PM Malaysia sehinggalah beliau kembali kerahmatullah di London pada tahun 1976. Tun Hussein Onn telah meneruskan kesinambungan selaku presiden UMNO dan PM negara kita.

    Barisan Nasional yang sinonim disebut BN adalah air tangan Tun Abdul Razak bin Husein ditubuhkan pada tahun 1974 dengan membesarkan keahlian kesepakatan asal UMNO, MCA, MIC ditambah GERAKAN dan parti-parti lain termasuk di Sabah dan Serawak.

    BN senjak pembentukannya sehinggalah ke PRU 12 adalah diketuai oleh sesiapa sahaja Presiden UMNO semasa, ketika ini Pak Lah. Sejarah sebelum Pak Lah, BN diketuai oleh Tun Dr Mahathir (1981 – 2003) yang menyambung peranan Tun Hussein Onn (1976 – 1981).

    Kebetulan Pak Lah sendiri pernah berperanan Setiusaha MAGERAN ketika ditubuhkan senjak 1969, tentu agaknya banyak menghayati caragaya kepimpinan mantan Presiden UMNO, PERIKATAN / BN dan semua mantan PM Malaysia terdahulu.

    Mungkinkah telah tersurat dan tersirat sejarah negara kita sedemikian rupa, ketika gawat pemasalahan 1969 dibaikpulih oleh si bapa, maka kini bertepatan pula Timbalan Perdana Menteri semasa adalah si anak pula.

    Keutamaan kita adalah untuk Agama, Bangsa dan Negara seperti pegangan UMNO selama ini bukan utamakan diri mana-mana individu termasuk pucuk kepimpinan sendiri dalam merealisasikan cogankata UMNO iaitu: BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT kepada semua rakyat Malaysia.

    Tangguh atau berdolakdalih akan menjejaskan parti UMNO selaku teras BN. Undur bukan bermakna menjatuhkan maruah. Tunku selaku bapa kemerdekaan negara kita sanggup berundur bila tiba masa. Tidak perlulah mana-mana pihak berkepentingan diri mengatasi UMNO menjadi punahsihat kepada Pak Lah hingga beliau berat hati menurut jejak langkah Bapa Kemertdekaan Negara kita.

    Jika tawaran MERAWAT Kelantan sempena PRU 12 lalu telah ditolak, jangan pula sampai gagal merawat UMNO dan BN sendiri.

    Tsunami politik yang terjadi buatkan UMNO/BN bagaikan bergoyang akibat ledakan luar dan dalam. sendiri. Ketepikan gabungan dua faktor ini ibaratkan mebiarkan goyangan itu reda sendiri dan akhirnya menjadi mantap kembali.

    Kaedah pemulihan ikut nasib ini amat bahaya dan lambat, kerana rawatan terbaik punca utama goyangan mesti diselesaikan barulah rawatan-rawatan lain boleh menyegarkan kembali UMNO/BN.

    Saranan Mukhriz perlu diberikan perhatian bukannya Mukhriz diserang dengan berbagai gelaran dan mempelekehkan oleh para pembodek dan punahsihat berlagak hulubalang.

    Teguran-teguran terhadap presiden UMNO sangat bertepatan tempat dan masa.

    Selamatkan UMNO / BN. Mudahan hidup rakyat kekal SELAMAT – AMAN- MAKMUR .

    Pemantapan UMNO / BN perlu dimulakan sekarang bukan tunggu saat PRU 13 nanti. !

    Wassalam,

    Hamba ahli UMNO,
    serling
    [18.03.08]
    Selasa
    …..

  8. yang taktahan, pada masa PM Abdullah dengar hal Mukhriz ni, dia terus sebut nama Pemuda UMNO akan mengambil tindakan kepada Mukhriz.

    ai..itu macam ‘suruh’ ambik tindakan.

    tapi ntah la. lepas ni, akan ada tindakan, dan dikemudian hari PM Abdullah dapat cuci tangan la, dan dia kata, tu bukan keputusan dia.

    ntah apa nak jadi dengan cucu Onn Jaafar kita sorang tu. suruh ke Permatang Pauh, pergi. Suruh marah orang, buat. suruh itu, suruh ini. sedar-sedar, diri ditelan raksasa sebab dorang suruh p bagi makanan kat raksasa.

    masa tu dah terlewat bang..

  9. Yo BigDog, please sms me Mukriz number so that I can sms him my support to him. Do let me know also if there is anything I can do to show my whole-hearted SOKONGAN TAK BERBELAH BAGI, if there is any function that I shud attend or what so ever… can’t wait to see him at the top, proud to have at least one brave Melayu like him that willing to risk anything to show the truth what best for our future. Kudos…. All the best to him and… u also.

  10. tu la dia… pak lah
    akan serahkan kepada orang lain untuk ambil tindakan.
    tu memang style dia la… kononnya tak nampak la yang dia yang ambek tindakan tu..

    tu lah taktik pak lah donde..nampak tak chara dia tu yang tak mau bertanggungjawab.. sepatutnya dia la ambek tindakan sebab dia presiden parti…

    mcm manalah tuan mahathir tak marah kat dia?

  11. At least Hisham has some good blood in him. Tired of being a push-over boy for the sleeping king, he has passed the buck back in the Mukhriz issue.Because he ( and we) knows that Mukhriz is 100% right. Now let the king take action! Wonder whether the Male Monkey was at the meeting or he is still at Serangoon road.

  12. That’s true Hira. When I was performing the Haj in 2005, I was buying some dates to take back home. These Arabs are cut-throats, but when I told him that I was from Malaysia, he just said ‘Mahathir!’ and gave me a 1 rial discount without my asking. It is not the monetary value but the respect they had ( and I still believe they still have ) for the Great Tun.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: