Tengku Razaleigh minta EGM diadakan bincang kekalahan UMNO

Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah telah menghantar surat kepada semua Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Puteri Bahagian, AJK Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO seluruh Negara mengesa agar diadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) pada 11 Mei 2008.

Ini adalah kerana membincangkan kekalahan dan pretasi buruk UMNO dalam Pilihanraya Umum ke XII yang baru selesai 8 mac 2008. Ini juga sebagaimana yang diperuntukan Perlembagaan UMNO Fasal 14.6.1 dan 8.5.3

Sebanyak 18,000 pucuk surat yang bertarikh 12 Mac 2008 ini telah dihantar melalui pos kepada pemimpin pemimpin UMNO disemua peringkat diseluruh Negara, yang bertajuk “Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 dan masa depan UMNO dan Orang Melayu”. 11 Mei merupakan hari perayaan ulang tahun UMNO ke 62 dan ianya amat sesuai digunakan untuk membincangkan topik sebagaimana yang dicadangkan.

dscn4160.jpg

dscn4155.jpg

Ini merupakan tindakan positif seorang pemimpin UMNO yang cuba mencari jalan membetulkan keadaan, setelah rakyat, terutama orang orang Melayu telah mengahantar ‘mesej jelas’ kepada Kepimpinan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengesa agar tidak mendengar khabar angin mengenai surat Tengku Razaleigh dan cadangan agar EGM dianjurkan, sebagaimana yang dinyatakan jelas dalam dokumen dua muka ini.

Dipetik dari NST:

2008/03/16

Rumours about letter from Razaleigh

KUALA LUMPUR: Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib has called for a stop to rumours about a meeting of all Umno division heads to discuss the resignation of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 

Several Umno division leaders, when contacted, said they had heard that a letter, purportedly sent by Tengku Razaleigh Hamzah, was being forwarded to all divisions requesting them to attend a meeting on May 11.However, several attempts to get a copy of the alleged letter failed.”I was also informed of the letter but I have not seen it,” he said.He said it could be the work of unscrupulous and irresponsible people out to create problems within Umno and also to destroy the country.

“These mischievous people are out to destroy the party and the nation. Do not fall for their dirty tactics,” he told New Straits Times.He said when Barisan Nasional lost Kelantan to Pas in 2004 “there was no such mischief”. “Why is it happening now?” he asked, adding that he would look into the matter.Three Umno division chiefs in Kelantan, when contacted, said they were not aware of any such letter.Several attempts to contact Razaleigh ended in failure.

A veteran Umno politician, Razaleigh has been the representative of the Gua Musang parliamentary constituency in Kelantan for 39 years.

Sekiranya laporan NST ini tepat, nampaknya Muhammad telah tersilap maklumat kerana tiada pun dinyatakan dalam cadangan Tengku Razaleigh ini bahawa EGM itu diadakan bertujuan untuk membincang soal “Perletakan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi”. Amat malang bagi UMNO sekiranya Ketua Peneranganya ada kemungkinan salah maklumat, walaupun surat ini diedarkan secara meluas kepada 18,000 pemimpin UMNO semua peringkat seluruh Negara dan ianya bukan rahsia.

Apakah pemimpin seperti Muhammad paranoid dalam cuba ‘mempertahankan gelombang’ keresahan akar umbi UMNO, yang rata rata sedang perlahan lahan memuncak dan ‘mencabar’ Kepimpinan?

Ini juga menunjukan bertapa penting, relevan dan perlunya UMNO duduk berbincang dalam soal hala tuju parti, termasuk personaliti dan kemampuan mereka memegang jawatan tertentu dan strategik dalam parti.


Published in: on March 17, 2008 at 01:37  Comments (27)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/17/tengku-razaleigh-minta-egm-diadakan-bincang-kekalahan-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

27 CommentsLeave a comment

  1. satu lagi langkah tersusun untuk membetulkan kacau bilau dalam parti mengikut saluran yang disediakan oleh Perlembagaan. sila semak fasal berkenaan dan ambil tindakan yang selaras untuk membolehkan Musyuarat Agung Luar Biasa dipanggil atas kehendak ahli.

  2. sokong2…

  3. Berfikir dengan Terbuka…Terima kenyataan…

  4. […] Tengku Razaleigh minta EGM diadakan bincang kekalahan UMNO […]

  5. i thought we malaysian has the right of FREEDOM OF SPEECH… but the way the these top UMNO ppl are reacting is as thou we have no rights!!!! We need ppl like KU LI and MUKHRIZ to express the right things!! i think we malay should be more open minded to success and ensure we are in right path. Please stop all the ‘bodek’.

    dah tersungkur pun nak bodek lagi.. jgn sampai negara tergadai baru nak sedar!!!!

  6. Balik-balik dengan pepatah Melayu yang mengundurkan bangsa iaitu, “ini bukan masa untuk kita menuding jari”. Nak tunggu sampai kita dah jadi pembangkang didalam Parlimen baru nak cari siapa yang salah ke? Ini adalah cara untuk orang2 Melayu mengelak dari bertanggungjawab keatas kesilapan mereka. Kita harus mengambil iktibar dari prinsip dan moral tinggi kaum Cina. Di sini nampaknya nilai maruah mereka lebih tinggi dari pemimpin2 UMNO.

    Apabila orang menyuarakan pandangan peribadinya, mereka suruh gunakan saluran yang tertentu, tetapi apabila seorang ketua Bahagian menggunakan saluran dari fasal perlembagaan UMNO mereka kata ini adalah niat jahat sesetengah pihak yang hendak menjahanamkan negara.

    Mungkin saluran yang lebih sesuai dari pandangannya untuk menyampaikan segalanya ini kepada pucuk pimipinan adalah melalui saluran najis Ketua Penerangan UMNO.

    UMNO sudah nak ditolak dengan penuh kehinaan, ahli2 MKT bukannya hendak mencari sebabnya dan bersifat lebih bertanggungjawab, sebaliknya hendak menutup kesilapan mereka dengan mengazankan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi untuk Presiden dan menyuruh jari kita supaya tidak menuding.

    Andaikata ada diantara mereka mengaku dimana kelemahan mereka dan seterusnya bertanggungjawab keatasnya, kita tidak perlu menuding jari.

    Nyahkan mereka dari kerusi Majlis Tertinggi di pemilihan UMNO akan datang!

  7. Sokong2.. apa nak jadi kalau elok nak betulkan..nak tengok kelemahan kita dan nak betulkan kesilapan ok apa..kalau dok bagi betoi jugak benda yang tak betoi ni apa punya orang ni..Bodek melampau sampai rosak negara patut di hapuskan.

  8. NAMPAK tak berubah-berubah sikap pemimpin UMNO. Asyik nak mengampu aje. Ingatlah PRU12 adalah mesej jelas minta UMNO berfikiran terbuka, pengalisis rasional bukan membodek sepanjang masa. Ini bukan soal menuding jari Mat Taib ooi! Bukalah minda, terimalah kritik. Dah tinggal 140 kerusi parlimen aje. SPR pula tak sudah-sudah kata PRU12 telus dan bersih. Tapi dia orang sedaq tak, persempadanan semula pada 2003 makan diri sendiri? INi kerja nya Rashid tu lah. Nawaitu kena bersihlah Rashid ooiii. Jangan lontar batu sembunyi tangan. AYuhlah pemimpin UMNO, berdirilah di bumi yang nyata. Media pun sama. Ingat lepas PRU12 ni akan bebas dan menyiarkan berita-berita yang adil. Kita nak tahu juga apa kata sebelah sana. Ni tak, asyik nak bodek jugak. Saya salahkan media atas kekalahan ini. Bos-bos ini perlu disingkir dan digantikan dengan yang telus, bukan yang menjaga kerusi mereka dan rasuah. Kita tahu ada bos media cetak dapat projek berjuta-juta ringgit menerusi isteri dan saudara mara. Taubatlah.

  9. Betambah teruk prestation mat taib … hehehe

  10. MUHAMAD MUHAMAD TAIB NI BANGANG KE APA? APA PUNYA KETUA PENERANGAN UMNO DAA SAMPAI MAKLUMAT TERKINI PUN DIA TAK TAHU. SEPATUTNYA, KETUA PENERANGAN UMNO MESTI ORG YG UP TO DATE WITH THE SURROUNDINGS. SOMEONE WHO KNOWS WHAT’S GOING ON IN THE PARTY NO MATTER HOW MINISCULE THE MATTER IS. TAPI SI MUHAMAD MUHAMAD TAIB NI TAK TAHU HUJUNG PANGKAL. THIS SHOWS HOW UMNO HAS NO CAPABLE LEADERS!!!! I SUGGEST THE PRESIDENT, DEPUTY PRESIDENT, VICE PRESIDENTS, UMNO YOUTH LEADER, UMNO WOMEN LEADER AND THEIR DEPUTIES, SECRETARY GENERAL, INFORMATION CHIEF AS WELL AS THE TREASURER RESIGN FOR THE SAKE OF THE COUNTRY BECAUSE CLEARLY NON OF THESE PEOPLE HAS THE CLOUT AND ABILITY TO LEAD UMNO IN THE COMING YEARS.

  11. Pat Lah sepatutnya dari awal lagi perlu mengaku dia bertanggungjawab atas kekalahan teruk UMNO,tirulah macam presiden Gerakan Koh Tsu Khoon apa salahnya? Mungkin ramai ahli2nya boleh memaafkannya.Ini tidak.

    UMNO dah parah dan perlu orang baru jika ianya nak reinvent itself,tetapi kalau muka-muka lama masih dikekalkan di barisan atas,termasuk Khairy,alamat tak lama lagi,ia akan kojol terus.Tetapi macam biasa,UMNO never learns from their own mistake,masih kata mereka itu sang Hanuman.

    Pat Lah,your time is up,please pack and leave….

    cheers.

  12. Kenapa tiba-tiba ramai orang bukan Melayu menyokong Pak Lah walhal sebelum ini mereka mengecamnya dan menggesa beliau berundur?

    Mereka menyokong Pak Lah walaupun akur dengan hakikat bahawa Pak Lah terlalu lemah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Mereka juga tahu Pak Lah perlu bertanggung-jawab ke atas kekalahan teruk UMNO/ BN selain juga bertanggung-jawab kerana enggan melihat isyarat yang menunjukkan kepada kepincangan dan pelbagai penyakit dalam UMNO.

    Ketara ada agenda penting apabila pembangkang pun beriya-iya menyokong kepimpinan beliau.

    Bangga orang UMNO melihat perubahan ini, tetapi orang Melayu di akar umbi tidak mungkin dapat berbangga melihat akan sikap ‘masuk bakul angkat sendiri’ ini.

    Mereka sedar. Kesedaran mereka tidak memerlukan kupasan intelektual oleh para profesor atau penganalisis berkelulusan Oxford, Harvard, Columbia atau Yale. Ia begitu terserlah. Hanya orang yang betul-betul biol atau dunggu tidak dapat meneyedari segala hakikat di sini.

    Pembangkang yang termasuk juga golongan kroni dalam UMNO sebenarnya lebih mahukan Pak Lah kekal memegang pucuk pimpinan sisa-sisa BN/UMNO kerana mereka menjangka Pak Lah akan sentiada hidup dalam penafian (living in denial) dan meneruskan ‘perjuangan’ yang merugikan agama, bangsa (terutama orang Melayu) dan negara.

    Dan dengan terus mengampu Pak lah, mereka (termasuk parti pembangkang) akan dengan mudah memberikan pukulan maut kepada UMNO dan BN dalam pilihan raya ke 13 nanti. Kemenangan pembangkang akan terjamin dan akan terus terbina di atas keruntuhan UMNO yang hidup dalam pelbagai penafian realiti.

    Pembangkang takut orang seperti tengku Razaleigh bergerak ke tengah pentas. Ini kerana semangat kemelayuan tokoh veteran UMNO itu akan sedikit sebanyak menyatukan kembali orang Melayu, lantaran akan menyulitkan status quo baru politik Malaysia.
    Di atas premis ini pembangkang akan terus mengapi-apikan sokongan terhadap Pak Lah supaya ia akan lebih melalaikan Presiden UMNO itu.

    Sementara itu, di penjuru-penjuru lain, orang-orang besar (kroni dan oportunis) dalam UMNO juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Pak Lah kerana keuntungan mereka akan terjamin dan terbina di atas kelemahan Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu.

    Mereka tidak mahu kecundang dalam usaha meraih dan memantapkan empayar kewangan mereka di atas sokongan ikhlas dan berperkerti daripada akar umbi di kampung-kampung dan desa yang hanya mendapat sekadar tempiasan dan sisa basi yang dihulurkan pihak atasan yang menerima keistimewaan sebenar.

    Dan dalam pada itu ada pihak yang menyokong Pak Lah walaupun hati mengatakan sebaliknya, kerana dengan kelemahan Pak Lah dan usaha percaturan dan pendalangan PM oleh orang-orang terdekat, mereka juga akan dapat meraih keuntungan.

    Inilah senario yang sebenarnya berlaku.
    Mereka berkata Pak Lah baik. Ya, kita tidak dapat menafikan bahawa Pak Lah seorang yang baik dan berhemah, tetapi di sebalik kemuliaan itu tersemat pelbagai kelemahan yang begitu mudah menjadikan dirinya sebagai alat pihak-pihak terdekat tanpa disedarinya.

    Pembangkang berkata Pak Lah baik kerana beri banyak kebebasan, tetapi hakikatnya kebebasan itulah yang memporak-perandakan UMNO dan orang Melayu kini.
    Sekarang sudah jelas pembangkang sudah mendapat formula dan strategi keemasan mengawal dan menundukkan UMNO. Mereka tidak akan membunuh ‘the goose that lays the golden egg’ (angsa yang menghasilkan telur emas).

  13. Tak kesah dengan Pak Lah…yang heran nya Johari baharum pahal asyik hentam Mukhriz…tak nampak ker apa nak jadi politik orang BN…Mukhriz tlah mengingatkan kita semua punca kekalahan…Pakat pakat bantulah bagitau Paklah apa yang ndak buat…rakyat dah kenal siapa pemimpin yang telus…
    kalau asyik keluar paper hentam mukhriz tak lama la tuuu…akan tenggelam di pulau masyarakat…

    Salam pada Pak Lah…bila ramai yang cakap…satu hari ada betulnya…

  14. Now that the opposition parties have won control of 5 state governments and denied BN two third majority in the parliament, do the next stage by petition for a Royal Commission on Electoral Reform (RCER) in Malaysia.

    If you want to have a better future for our children in Malaysia, do your part by signing the on-line petition at http://www.petitiononline.com/RCER2008/petition.html

    This is one way to bring our message to the Government.

    Don’t just sit there, stand up and be counted! We want a fair and transparent election.

    WHY DO WE NEED TO REFORM THE ELECTION COMMISSION?

    1) Gerrymandering. The discrepancy between number of voters in voting areas is too great. The smallest parliamentary seat (Federal Territory, Putrajaya) has only 6,608 voters while the parliamentary seat for Kapar in Selangor has 112,224 voters. What this means is that one vote in the Putrajaya parliamentary constituency is equivalent to 17 votes in the Kapar constituency.

    2) Phantom voters. A common tactic is to ‘buy’ the identity card of the voters. Party members from the ruling parties will then vote on the voters’ behalf. Random checking of a person’s identity must be conducted using those finger print checking device (like the bank use). Any voting done on another person’s identity must be made a serious offence under the election law.

    3) Postal votes. The rules on postal voting must be reviewed, tightened and amended. The current rule favours the ruling party as the armed forces personnel and policemen who vote by ‘postal voting’ would obviously not jeopardize their career or promotion prospect by voting for the opposition. Voting under postal voting is not secret as it is under the watchful eyes of the senior officers. Christina Liew of DAP (Api-Api) lost due to postal votes. The ruling party has control of 250,000 postal votes!

    4) Spoiled votes. How do we define spoiled votes. It is very easy to turn good votes into spoiled votes (by adding one more x to the ballot paper). Are spoiled votes being verified and watched over by the party representatives? In marginal areas in which the winning margin is razor thin, the so-called spoiled votes need to be scrutinized.

  15. tolong lah jgn asyik hentam mukhriz je…kalau KJ ckp nape xde org umno nak hentam…takot ke???

  16. Itulah kesilapan pimpinan umno belum apa2 dah melen ting.Baca dan faham dulu baru komen.Ini tidak presiden tak boleh sebut terus tuduh biadapla.kurang ajarlah.apa ni macam dah hilang akhlak.moral memang dah tak ada.sebagai pemimpin kita kena terima hakikat ada pro dan kon kalau tak leh terima jgn jadi pemimpin.Itu sebab bangsa melayu mudah kotak katikan sebab kita cepat melenting/melatah.kenapa takut dengan bayang-bayang kalau betul kuat nahhhhhhhhhh beri ruang pada semua orang beri pendapat bukan sekat/cantas.apa sangatlah pandangan mukhriz tu kalau berada dalam kedudukan yang kuat mcm presiden kata buat apa nak kalangkabut buat ditertawakan musuh2 politik sahaja.bukalah minda wahai pemimpin umno…………..

  17. ASSALAMUALAIKUM….PADA SEMUA AHLI POLITIK UMNO YANG MEMANG SEMANGAT YANG KONONNYA NAK MEMBELA NASIB ORANG MELAYU DIBUMI MALAYSIA(DULU TANAH MELAYU,SEKARANG BANYAK TANAH MELAYU YANG TELAH TERGADAI PADA BANGSA LAIN).BILA TERBACA SURAT YB.MUKHRIZ DAN SURAT YB.TENGKU RAZALEIZH HAMZAH.. SAYA TERKENANG ALMARHUM AYAH SAYA YANG BEGITU KUAT SEMANGAT UMNO DAN BN SERTA TELAH MELALUI ZAMAN PENJAJAH DAN MERDEKA…SAYA RASA SUDAH TENTU DIA SEDIH ATAS YANG TELAH TERJADI PADA PARTI KESAYANGANNYA TAMBAHAN SELEPAS PRU-12 YANG BARU BERLALU INI.
    PADA PENDAPAT SAYA…DALAM ISU INI PAK LAH & GENG(KHAIRY),PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DISEMUA PERINGKAT DAN SEMUA AHLI KOMPENAN BN PATUT BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA DITERIMA DALAM PRU-12 INI..TAPI KITA KENA FIKIR SEBELUM PENAMAAN CALON BN DLM PRU-12 DIWAR-WAR KAN KEPUTUSAN MUKTAMAD DIBUAT OLEH PENGERUSI BN SENDIRI(APA YANG DILIHAT DAN DENGAR DALAM TV/RADIO ZAINUDIN MAIDIN PUNYA).SEKARANG ADALAH MASA NYA UNTUK BINCANG..MENGAPA ORANG MELAYU TIDAK MEMIHAK PADA PARTI UMNO (DIKECUALIKAN PADA AHLI UMNO YANG DAPAT LABA DAN KEMEWAHAN DARI KERAJAAN UMNO- SAMADA SECARA SAH ATAU SEBALIKNYA…HANYA ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUINYA)
    MUNGKIN ATAS SEBAB-SEBAB BERIKUT:
    1.BANYAK HUJAH-HUJAH ATAU TUDUHAN PARTI PEMBANGKANG (BA) DALAM KEMPEN PRU-12 TIDAK TERJAWAB IAITU ISU KES RASUAH PEMIMPIN UMNO,PEMIMPIN KOMPENAN BN SERTA KAKITANGAN KERAJAAN.
    2.ISU PERLANTIKAN HAKIM (KES LINGAM)
    3.ISU ANAK DAN MENANTU(KHAIRY)PAK LAH YANG PANDAI BERNIAGA DAN UNTUNG BERJUTA-JUTA RM APABILA PAK LAH JADI PERDANA MENTERI.
    4.ADA RAKYAT HIDUP DALAM KEDAIFAN DAN SENGSARA..SEPERTI YANG DISIAR RANCANGAN ‘BERSAMAMU TV3’…BAGAIMANA ADUN,PENGHULU ATAU JKKK TIDAK DAPAT KESAN KELUARGA MISKIN DIDALAM KAWASAN MEREKA..INI MENUNJUKKAN MEREKA TIDAK MENJALANKAN AMANAH RAKYAT.
    5.RAKYAT SUDAH MUAK MENDENGAR KEDUDUKAN EKONOMI NEGARA YANG KDNK MENINGKAT DAN BAGUS TAPI HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK JUGA (MUNGKIN PAK LAH DAN MENTERI-MENTERI TAK PERNAH PERGI MEMBELI BARANG KEPERLUAN DIPASAR)
    6.BANYAK KES RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA OLEH PEMIMPIN UMNO DAN BN DALAM PROJEK KERAJAAN(TAK PERLU DISEBUT,AHLI2 UMNO DAN RAKYAT MENGETAHUI)
    7.PEMIMPIN DAN AHLI UMNO SENDIRI YANG MEROSAK DAN MENGAGALKAN DEB DAN 30% DALAM EKUITI EKONOMI MALAYSIA DAN MENGKHIANATI ORANG MELAYU SENDIRI..CONTOHNYA BANYAK PROJEK-PROJEK YANG DIBUAT CARA RUNDING TERUS DAN TANDER(MACAM-MACAM SURAT SOKONGAN DARI PEMIMPIN UMNO DIKELUARKAN PADA KONTRAKTOR PILIHAN MEREKA,YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU).SETENGAH KONTRAK DIBERI TERUS PADA PEMIMPIN UMNO PERINGKAT NEGERI, BAHAGIAN, CAWANGAN, PEMUDA DAN PUTERI….KEMUDIAN ADA SETENGAHNYA PROJEK DIJUAL PADA CINA UNTUK MENDAPAT UNTUNG CEPAT 3% KE 5%MENGIKUT KOS PROJEK YANG DITERIMA, JADI MACAMANA NAK CAPAI 30% BUMIPUTRA DALAM EKONOMI MALAYSIA.
    8.BILA PROJEK TELAH DIJUAL PADA CINA, SELEPAS ITU TIADA KONTAKTOR KECIL BUMIPUTRA DAPAT MENUMPANG MAKAN LAGI ATAS PROJEK TERSEBUT.
    9.JADI FIKIR-FIKIRLAH AHLI POLITIK SEMUA, TAK KIRA DARI PARTI MANA TENTANG AMANAH DAN KEPERCAYAAN RAKYAT YANG DIBERI PADA ANDA.SEBAGAI OARANG ISLAM ANDA TELAH BERSUMPAH JAWATAN DENGAN DISAKSIKAN NASKAH AL-QURAN..DAN INGAT KITA SEBAGAI UMAT ISLAM ADA KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN DAN DITANYA APA YANG TELAH DILAKUKAN DIATAS MUKABUMI….ADA RAKYAT TAK HALALKAN APA YANG TELAH ANDA LAKUKAN SEMASA HIDUP DAN BERKUASA…BUKAN TIDAK BOLEH MENCARI HARTA TAPI BERPADA-PADA LAH,JANGAN LAH DIKUMPUL HARTA BERTIMBUN UNTUK 10 GENERASI HADAPAN YANG AKAN MENGGUNAKAN HARTA YANG TIDAK HALAL SUMBERNYA…..

    PARTI UMNO SUDAH TERPESONG JAUH DARI MAKTALAMAT ASAL UNTUK MEMBANTU ORANG MELAYU KEPADA MEMBANTU ANAK BERANAK DAN SANAK SAUDARA SERTA KRONI…YANG TELAH MENAFIKAN HAK RAKYAT JELATA YANG ANDA DATANG SEMASA MUSIM PILIHANRAYA UNTUK MENDAPAT UNDI RAKYAT…SEMUA PEMIMPIN ADALAH BUKAN YANG BERHORMAT TETAPI YANG SEDIA BERKHITMAT….PADA RAKYAT, JANGAN SAMPAI RAKYAT TIDAK HALALKAN YANG ANDA LAKU SEMASA RAKYAT MEMBERI KUASA… JIKA TIADA PERUBAHAAN YANG DRASTIK DAN KETELUSAN DALAM KEPIMPINAN BN KALI INI….KITA AKAN DAPAT SATU LAGI GELOMBANG KUASA RAKYAT DALAM PRU-13….INSYALLAH.

  18. The Law Of Malaysia has to be ammended to accomodate the appointment of Deputy Prime Minister I from Sarawak, and Deputy Prime Minister II for Sabah.
    Let not the disease of Kosovo spread to Malaysia.

  19. Tolong cari Lima ekor Kambing Hitam untuk di sembelih. Baru aman kes PRU12 yang kalah teruk sanggat ni. Kambing hitam ini adalah untuk melepaskan geram dan lagi pun mereka-mereka ini biadap dan lapar akan kuasa politik. Mereka ini tidak sedar bahawa mereka dilantik oleh rakyat untuk berbakti pada rakyat bukan untuk makan duit rakyat.

    Nama nama dicalonkan untuk Kambing Hitam yang perlu di panggang.
    1. Khir Toyo – Tak mampu halang PKR dari menang. Shah Alam tumbang teruk. Aziz Shamsudin pendek terpaksa kerja di Taska.
    2. Khairy Jamaluddin – bisa dan duri dalam UMNO. Kerana pelakuan dia yang buruk dimata rakyat, maka undi berpaling tadah.
    3. Mohamad Taib @ Tyson. Lambang kebencian yang meluap-luap orang Selangor dan pembangkang. Simbol pelakuan salah guna kuasa dizaman kegemilangan beliau.
    4. Shahidan Kassim – anugerah biadap tertinggi bangsa melayu. Tiada PR. Tidak belajar kelas sivik. BN adalah parti dan parti boleh bertukar. Tuanku Perlis adalah lambang kedaulatan Melayu. Kalau tidak diperkenankan maka tidak boleh membebel sana-sini nak pangkat MB. Udah lah tu…we know what you did last tenure as MB of Perlis. And now, would you please come down to earth and start eating Bubur Kacang with Roti Bengali with Teh O serbuk 999. Not at fancy hotels.
    5. Hishamuddin aka Mat Keris. Waving the Kris is cutting more `Chi` element of UMNO. Suwei maa. Niamah. The hatred of other races who would have voted BN swing their votes. Thanks to your darah “Pendekar Mustar” apa kau ingat ni filem Semerah Padi ka?

    Sembelih semua kambing ini ~ Pak Lah akan tidak mengantuk lagi dan boleh naik kapal layar Turki kan Pulau Duyong Terengganu.

  20. I nak sign petition untuk AAB to resign but after reading the many blogs, it makes sense that AAB should not resign. Why? Sebab Najib is no better than AAB. So is KJ, Kerismuddin, Muhyiddin, and so on so forth.
    So, how about a petition for the top guns in UMNO to be removed. I will definitely support all the way. I do not mind who rules the country even if it is BN-UMNO even though I am Chinese. Like everyone said, we want capable people who are non-racist, and does not practise nepotism, cronyism to rule the country. Simple!
    No more Ketuanan Melayu. The other races in Malaysia respect the fact so please do not use the term to press the other races as and when they (UMNO) like. You are creating hatred among the races. See, can you see any animosity between Chinese and Indians?
    It is always Malay and the other races.

  21. Looks like Gerakan chickenes out. nampak nak pupus, cadang BN open to all as a single party.

  22. Hanchus melayu disebabkan pemimpin-pemimpin UMNO tahun 2008 – it will go down in history of the malays – unless drastic actions are taken to remedy the situation.

  23. […] hari lepas, Tengku Razaleigh menarik perhatian Negara kerana surat yang dikirimkan kepada semua pemimpin UMNO disemua peringkat, berjumlah 18,000 mencadangkan satu Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) diadakan kurang dari 60 hari […]

  24. […] diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18, 000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan M…, Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan […]

  25. […] hari lepas, Tengku Razaleigh menarik perhatian Negara kerana surat yang dikirimkan kepada semua pemimpin UMNO disemua peringkat, berjumlah 18,000 mencadangkan satu Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) diadakan kurang dari 60 hari […]

  26. Perubahan telah berlaku di Johor

    Sabtu 22 Feb, Seperti biasa pada hari sabtu 1135, saya akan menhantar isteri saya ke Singapura mengajar pelajar-pelajar menengah untuk belajar ilmu agama di salah sebuah masjid di sana. Keadaan pagi itu yang tenang, panas terik juga cuacanya, saya telah merancang dengan isteri saya untuk pergi makan di daerah Johor Bahru sebelum dia pergi mengajar di Singapura. Dalam perjalanan, banyak perkara yang kami bincangkan sepanjang perjalanan. Akibat topik2 hangat dibualkan, saya telah terlupa untuk membawa isteri saya makan dahalu, lalu sempat saya berpatah balik di City Squre menuju ke gerai makan. Kelihatan beberapa orang anggota FRU meronda di kawasan City Squre. Pelbagai persoalan bermain di benak kepala saya. “ape keje la diorang “main2” kat sini ni! Soal hati saya. Mereka berjalan bertiga-tiga. Ada demonstrasi ke.. ai kubu kuat UMNO pun ada demonstrasi. Saya meneruskan perjalanan saya ke tempat yang hendak dituju.

    Dipertengahan jalan terjumpa lagi dua buah kereta polis berhenti di jalan Lingkaran Dalam di Sebelah TNB. Saya menjadi hairan. Betulke ada demonstrasi kat JB ni. Sempat saya melihat dua kain banner telah dipasang di pagar TNB tersebut. Aik.. sah la.. ini kain rentang yang telah dipasang di area K.L dan Selangor ni. Banner yang menuntut Pak Lah turun. Tekejut saya melihat banner itu. Orang UMNO Johor pun da buka mata pasal hal ini. Ini satu peningkatan. “wa… orang UMNO kat JB da buka minda la” kata saya pada isteri saya. “Tapi apa pasal polis-polis tu berhenti kat depan kain rentang tu?…” kami meneruskan perjalan ke tempat makan.

    Sehabis makan, perasaan saya untuk melihat banner itu bermain lagi. Saya terus ke persimpangan Jalan Kolam Ayer di Dataran MPJB. Anak mata saya terpandang satu lagi Banner di tepi dataran… aik? Poster yang sama ker?… saya terus mendekati banner tersebut dan melihat …ya.. banner anak-anak Malaysia yang menyuarakan hasrat hati mereka dalam Negara yang merdeka ini sesiapa pun berhak menegur dan bersuara. Mereka menyuruh pemimpin yang mereka sanjungi itu supaya turun. “Jangan tinggi2, nanti gayat!!!”. Saya meneruskan perjalan saya menghantar isteri ke Johor Interchange melalui jalan yang sama. Lampu isyarat berwarna merah di Jalan Lingkaran Dalam di TNB. Mata saya melirik kearah Banner yang telah dipasang di pagar TNB tersebut. Hairan saya, mana pergi kain rentang tersebut?… SAHLA… polis da jadi kuli UMNO. Ni mesti polis punya kerja ni. Banner tersebut telah hilang.

    Saya meneruskan lagi perjalanan dan kelihatan di flyover Jalan Yahya Awal ada lagi kain rentang tersebut. Saya kata.. kalau lah mase ni saya ade kamera da tentu saya ambil gambar jadikan bukti. Macam mana polis menurunkan kain rentang yang menyuruh Pak Lah turun. Memang zaman Pak Lah dah berakhir. Dengan kempen Kami sayang Pak Lah, dan lagu Pak Lah yang berkumandang di corong2 radio membuktikan aura Pak Lah tidak sehebat aura Mahathir. Bila mendengar lagu yang dinyanyikan itu, teringat lagu yang dinyanyikan salah seorang kumpulan May (Mus) untuk Ayah Pin. Takkan macam tu sekali kalau nak kempen pun. Lagu untuk mahathir tak ada ker?.

    Kalau Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan, Kalau Tun Razak Bapa Kemodenan, Kalau Tun Husein On Bapa , Kalau Mahathir Bapa , Pak Lah juga Bapa… bapa mertua kepada Khairi Jamaludin.
    sampanpecah@wordpress.com

  27. […] juga meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur. Hari yang sama, Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mengutus surat kepada 18,000 Cawangan UMNO meminta diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membincangkan PRU 12, halatuju UMNO dan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: