Tun Dr. Mahathir: Tiba masa Melayu perlu ‘menderhaka’ dan ada ‘Majlis Presiden’ untuk UMNO

 

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’, sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO, untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.

dscn4178.jpg

Beliau masih lagi menegaskan bahawa masih lagi ujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang. “Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh Negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.

Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan” dan “Bila saya meminta PM Abdullah meletak jawatan, tiada siapa menyahutnya tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”

Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18, 000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang. “Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.

Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau member tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun. Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.

Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘menderhaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka. Ini mengundang soal mencabar Kepimpinan dan kemungkinan berlaku perpecahan kepada UMNO, maka reaksi beliau ialah “UMNO masa saya pun biasa berpecah. Dua kali. Sekali Tengku Razaleigh cabar saya dan sekali lagi kes Anwar. Namun UMNO berjaya dipulihkan dan orang Melayu kembali bersatu, dalam masa terdekat. Lihat bagaimana UMNO begitu kuat dalam tahun 2004 (Walaupun kes Anwar Ibrahim memecahkan UMNO dan sokongan orang Melayu)”.

Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.

‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO. Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlis Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”. Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekiranya Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”.

*Perkembangan terkini, Sabtu 22 Mac 2008 1.16am

Bernama.com membuat laporan ini:

21 Mac, 2008 23:13 PM

 

Dr Mahathir Sokong Cadangan Mesyuarat Agung Luar Biasa

Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau menyokong cadangan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah supaya Umno mengadakan mesyuarat agung luarbiasa pada 11 Mei depan.

Beliau berkata mesyuarat agung luarbiasa itu perlu diadakan bagi membincangkan sebab-sebab mengapa Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno hilang majoriti dua pertiga dan mengalami kekalahan di lima buah negeri pada pilihan raya umum lepas.

Beliau mendakwa banyak orang termasuk anggota Umno mengundi parti pembangkang bukan kerana mahu menyokong parti lawan, tetapi disebabkan mereka tidak menyukai kepimpinan parti tersebut.

“Tetapi mereka takut untuk menyuarakan pendapat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk “Management Astray: Resuscitating Ailing Organisations” yang ditulis Allayarham Tan Sri Basir Ismail, di sini.

Ditanya sama ada beliau menyokong hasrat Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno bagi memulihkan parti itu, beliau berkata soal siapa mahu bertanding sepatutnya dibincangkan selepas mesyuarat agung luar biasa tersebut.

Dr Mahathir berkata: “Mungkin ada orang lain juga berminat nak jadi presiden, jadi kena beri peluang kepada semua orang. Bukan soal presiden, soalnya Umno. Apa yang kita lihat pada pilihan raya lepas ramai anggota Umno telah mengundi parti lawan.

Beliau berkata rasa takut untuk menyuarakan pendapat di kalangan anggota Umno tampak jelas kerana tiada seorangpun anggota Umno yang berani menyokongnya semasa beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum. “Namun saya berjumpa dengan banyak daripada mereka ini yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan (sekarang),” dakwa beliau.

Beliau mendakwa anggota Umno sekarang tidak berani menyuarakan pendapat mereka tentang kepimpinan parti kerana takut diambil tindakan sekiranya mengatakan sesuatu yang tidak disukai kerajaan.

Ditanya sama ada Umno kemungkinan berpecah jika Tengku Razaleigh mencabar presiden parti, Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri, Umno berpecah sebanyak dua kali tetapi bercantum semula.

Dr Mahathir juga mencadangkan Umno meminda perlembagaannya untuk memperuntukkan penubuhan majlis presiden untuk menasihatkan presiden kerana “kita tidak boleh mengamanahkan terlalu banyak kuasa pada satu orang”.

Beliau berkata anggota majlis itu tidak boleh dipilih oleh bahagian parti kerana mereka kemungkinan dimanipulasi, dan mereka sepatutnya terdiri daripada anggota parti yang tidak cenderung kepada mana-mana pihak serta orang luar daripada golongan profesional.

Katanya perkara itu perlu kerana akhir-akhir ini Majlis Tertinggi Umno didapati tidak efektif berikutan anggota menganggap tindakan mengkritik pucuk pimpinan sebagai sikap tidak hormat.

Mengenai 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal Melayu yang bersepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) untuk menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik, beliau berkata ia baik tetapi perlu dilihat kepada tujuan ia ditubuhkan.

Mengenai tiada wakil Wanita Umno dalam Kabinet, beliau berkata mereka sepatutnya memprotes tetapi beliau mendengar “pemberontakan itu hanya sekerat jalan sahaja dan selepas itu kata, saya sokong”.

Ditanya mengenai ada cubaan membeli anggota Parlimen dari BN untuk menyertai pembangkang, beliau secara sinis berkata ia berlaku pada kedua-dua pihak dan `ia sangat demokratik’.

— BERNAMA

 

 

Published in: on March 21, 2008 at 17:36  Comments (56)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/21/tun-dr-mahathir-tiba-masa-melayu-perlu-menderhaka-dan-ada-majlis-presiden/trackback/

RSS feed for comments on this post.

56 CommentsLeave a comment

  1. wahahaha!
    budak2 tingkat 4 diturunkan malaikat?
    TDM patut2nya ckp dia org diturunkan oleh ‘ILLUMINATI’ utk merosakkan Malaysia.
    Semuanya sbb termakan hasutan ‘Zionist’ KJ & Singapura

  2. Majlis Presiden UMNO’ sepatutnya di bukak pada semua . Tanpa mengira aliran Parti dan Anutan Agama,walau pun mereka bukan menjadi ahli UMNO .

    Yang penting minda yang bernas . Kearah Mencintai Allah Yang Maha Esa dan Saling Berkasih Sayang Sesama Manusia .

    ‘Majlis Presiden UMNO’; Katakunci disitu ialah UMNO. Oleh itu, untuk menanggotai badan ini, perlu menjadi ahli UMNO. Apa masalah untuk menjadi ahli UMNO, kalau ingin menanggotai badan ini dan benar benar ikhlas ingin menyumbang untuk kebaikan orang Melayu?

  3. Tubuhlah Majlis Presiden . Tak perlu dikaitkan dengan nama UMNO . Sebab UMNO dah tak relevan pada zaman Kebangkitan Islam sekarang .

    Yang releven ialah agama Islam . Agama yang mengajak manusia agar bertuhankan pada Allah Yang Maha Esa dan bukan bertuhan pada akal dan hawa nafsu manusia

  4. Kesian orang melayu /UMNO. Dalam keadaan dimana perubahan besar boleh dibuat,mereka tidak mengambil kesempatan.
    UMNO banyak sekali melahirkan ‘ parasites ‘ dan tidak susah pucuk pimpinan mengekalkan kedudukan status quo dengan cara memberi atau tidak memberi makan kapada parasites-parasites ini.
    Tapi ini bukan berlaku di Malaysia sahaja tetapi dimana-mana sahaja.
    Sebab itu kalau ketua tak jadi ketua parasite ,harapan ada lagi pada…Jangan terlampau banyak berpolitik dan menjadikannya core business tapi tengok-tengok sikit orang kampung yang. Kalau nak jadi businessman bercakap stock market naik tak henti-henti, naik kan taraf letrik, harga petrol lebih baik suruh Ananda Krishna jadi PM ..lagi berkesan. Kalau sebok cerita modal insan aje – cerita ini dah tak pakai di negara Barat.
    Jadi n e g a r a w a n.

  5. Baik tun ni senyap cukup la. Diala orang yang paling hipokrit dalam politik. KAtakan kita melayu mudah lupa, bak dia sendiri yang teRlupa akan hal-hal yang sekarang melanda negara kita akibat polisi-polisi dan isu-isu yang memecah belahkan rakyat jelata.

    Please mr.grand old master of politics, the nation and its citizen has awoken to the crap you threw to them since your 22 years of rule. The people are fed up of your party and the policies it practice. You are by far the worst PRIME MINISTER after this current one. You lay the foundation for corruption, judiaciary manipulation, big business cronyism, social disintergration, and your fireband of using race as a tool to home run your points is absolutely evident.

    This country has your fingerprint all over every sect of society. You build a legacy which is now crumbling before your eyes. You built a country base on what you see as fit and proper not on the citizen’s terms..but by your EVER SO BIG EGO and so called righteousness. Now you come out being the so called hero? Oh please…you are a joke. Your calls for change is like spitting on a bon fire. It will not work as the people and the people who voted for opposition are FED UP with you and your constant nagging.

    Please retire for good. you are a lost cause.

    My children’s children will remember you as the ” Grand master of racial chaos” and nothing more.

  6. Bukan sebab TDM ke Malaysia jadi macam sekarang? Saya rasa TDM lupa, macam slogannya, “Melayu Mudah Lupa”. Mungkin kita boleh ingatkan TDM: 1981-1982 Spekulasi Matawang yang merugikan 1987; Ops Lalang (the lobotomised of the freedom of speech), 1988; Kes Tun Saleh Abbas (the raping of the judiciary), 1990 Spekulasi matawang Pound Sterling yang merugikan, 1994 Spekulasi matawang yang merugikan (lagi, memang Melayu mudah lupa), 1998 Kes Anwar Ibrahim (judiciary, enforcement agency all down the drain)…

    Antara semua ini, ada kes Perwaja Steel, Proton yang tak menguntungkan, Renong yang bangkrap, DRB- Hicom yang tak membanggakan, Bakun Dam yang memalukan…tapi, orang kate bukan salah TDM ini semua mismanagement. Mungkin, tapi bukan ini semua sebahagian polisi pet projects TDM?

    Mungkin TDM faham perkataan “irony”. Secara peribadi, TDM tak mungkin akan dapat mendalami maksudnya. UMNO pincang sekarang kerana penuh dengan orang yang tidak berkaliber, yang juga berada dengan TDM semasa TDM menjadi presiden UMNO juga dahulu. Budaya UMNO sekarang adalah legacy budaya UMNO TDM dahulu. Kalau siapa yang memahami situasi ini, ini dikenali dengan perkataan “bitter irony”. Atau pot calling kettle black. Pilihlah mana-mana yang dapat membantu anda memahami maksud perkataan tersebut.Sekian.

    Adil Izhan Alias- Melayu yang tidak taksub kepada TDM

  7. TDM cakap pasal “Iklim Takut”?
    Tetapi sebenarnya TDM ia-lah perancang utama “Budaya Takut” – “Culture of Fear”, sampai semua pemimpin UMNO dijadikan parasite bodek TDM. “Budaya Takut” dimainkan setiap kali sebelum adalah pilihan raya.

    TDM kuasa 22 tahun, semua lawan nya di malukan.

    Adakah TDM dalam “Phobia Takut” terhadap DSAI dan lihat mulai cari alasan sejak AAB bebas DSAI selepas menjadi PM.

    Apa yang TDM mahu rahsiakan sehingga sekali lagi peralatkan mangsa baru ia-itu lawan lamanya Ku Li.
    Ada kah agenda sebenarnya membawa Mukriz jadi PM selepas Ku Li.

    Alasan kempen TDM untuk merawat UMNO atau sebaliknya memusnah UMNO tidak pertimbang langsung terhadap ekonomi dan rakyat jelata.

    Samy Vellu hancurkan harapan orang India di MIC, silap2 TDM – yang sebenarnya dari Kerala, India akan hancur UMNO.

    Kalau DSAI jadi PM dalam masa terdekat, TDM kemungkinan besar diserang “STROKE” langsung tidak boleh gerak dan cakap lagi.

    UMNO terimalah kekalahan PRU-12 sebagai satu ajaran pahit2.
    ANGKUH
    TIDAK PEDULI RAKYAT
    SUKA MAIN ISU PERKAUMAN – “CULTURE OF FEAR”
    PERMIMPIN UMNO – UNTUK CARI KEKAYAAN
    NEPOTISMA, KORUPSI, KRONISMA
    SUKA PERSALAKAN ORANG LAIN
    SUKA BUAT DIVERSI RAKYAT
    SUKA HASUT RAKYAT, BODOHKAN RAKYAT DENGAN MEDIA

    Orang UMNO harus menyedar diri apa yang tak kena dengan tindakan dan kelakuan sampai rakyat memulau mereka.

    Anjur kan session kutuk sendiri saperti “Alcoholics Anonymous” – cadangkan Tun Dr Mahathir sebagai speaker pertama.

    UMNOputra – you guys ain’t stupid, you are just….
    Worst than your own….

  8. i think our TUN has done a lot for the rakyat. what he has done for his own gain should be put aside coz’ he has built a fine MALAYSIA but its good to keep his mouth shut as i too can see he is trying to gain something for his son same goes as what he has mention…..retire and pass the post to son-in-law.
    so to my beloved TUN…..keep your big mouth shut

  9. The uncouth person with a filthy name talks alot. Name one racial chaos during TDM’s time. The reason you can be so filthy is probably due to bad upbringing. No wonder your grandchildren will have negative ideas. They have moron for a grandfather.

  10. Ahai Tun. You should be the last person to condemn Dollah. Through ‘Leadership by Example’, you showed UMNO leaders how to run this country. Dollah is just following your ways. Dollah is not stepping down despite the calls for him to do so, just as you didn’t when people were asking for you to do so. So Tun, when you look at Dollah, don’t you see the similarities in attitude with you?

    Though I despise Dollah’s leadership as how I despised yours, I just don’t see how you feel that you deserve the right to condemn his ways as he has portrayed to us all that he is your best student.

  11. hehehe..

    Your name says it all ‘fcukingfedup’.. by using vulgar nickname you do not fit to make comments about Tun nor to other people. Shame on you if you have kids or grand kids of ur own…tst..tst..tst Check your facts coz Anwar’s the one who create problems immediately joining the cabinet… Dun listen to rumors bro..heheh…apo nak di kato..(“,)

  12. Fcukingfedup terlalu emosi
    22 tahun Tun buat tak rasai
    Dendam apa sangat marahi
    Hasilkerja Tun telah nikmati

    Susunkata fcukingfedup terapi
    Konon buruk Tun, kita warisi
    Hal pak lah serta KJ disusupi
    Merudum PRU 12 kena baiki

    Suasana baik, pak lah warisi
    Ahli UMNO / BN mengakui
    Bila masalah, Tun kena maki
    Patut focus bagaimana baiki

    Tulisan fcukingfedup kongsi
    Cuba tutup masalah dihadapi
    UMNO / BN merosot kerusi
    Putar belit anwar sila halusi

  13. Majlis Presiden macam tak sesuai jer. Apa yang perlu dilakukan, mansuhkan kuota pemilihan jawatan dalam Umno. Selagi ada benda tu politik wang akan terus berleluasa dalam Umno dan percayalah Pak Lah akan menang tanpa bertanding !!!

  14. cukuplah kutuk TDM tu. Biarkanlah dia. Kesianlah org tua tu. maklumlah dah lali sikit. But my advice to TDM, you r the one who started the mess. the current happening is the climax of ur hypocritism. wat you introduced in sabah befor is now a back fire to semenanjung Msia. Dah dilanda .”TULAH”!

  15. sudahla fuckingfedup. lu ingat lu bagus ka…

  16. cintai kucing ..

  17. fuckingfedup should be fuckinggotanwarfuckme or fucknikazizfuckme or fuckdaplickmyass ha ha..
    Dendam kesumat macam anuar, sampai libat anak anak dan cucu cucu.Typical malay.

  18. why there are lot of idiot people in this posting…… fcukingfedup, Adil Izhan Alias, Iskandar A, alan ong, Awangngah, ongkor anak… your stupidity amaze me…!

  19. Tun is a true Man beyond our time. I have always wonder why there are still people who are NOT able to see what most people see in him. To those of you who condemns this true man and then live in the trails he left behind, you are just one of those people – who are blinded by veangance. Tun is a Man Beyond YOUR Time. Selamatlah Malaysia if all of us hidup untuk menyalahkan orang lain – Move Forward. Go and mirror yourself – are you perfect? Noone is – or else, we won’t be here. So to those of you who have been rude and ungrateful, no wonder Melayu susah nak Maju! I am ashamed to have you in my Country. I ONLY KNOW one PM and that is Tun – a leader who I am grateful of.

  20. Piirah..tun oii..macamlah hang tak pernah buat salah.

  21. Those who talked a lot about Tun M probably was busy enjoying the fortunes of the good economy during his leadership that they forgot that man is his the one who created opportunities in all field of economy for the country, companies and people. He even allowed people to talk, discussed and hold ceramahs that is anti him. We lived peacefully, had extra money to spend for, people dont talk nonsense, UMNO never become so arrogant, you dont have people flouting their wealth openly and breaking all land laws, politicians who asked to closed one eye and etc.

    We had good economies for years, development that created job opportunities. Of course there are two side of the coins, but the good ones outweigh the bad ones! We are respected by everyone from all corners of earth…You people are simply arrogant and kacang lupakan kulit!

  22. Semua manusia melakukan kesilapan, tetapi jika seseorang itu mengakui melakukan kesilapan dan ingin memberi pandangan membaikinya, wajar masyarakat dan rakyat menyokong dan memberi sokongan moral. Tidak ramai yang berani mengaku kesilapan sendiri seperti blogger di ruangan ini, mereka hanya pandai mengkritik orang lain tetapi terlupa kepada kebodohan diri sendiri. TDM telah menyumbang sedikit sebanyak jasanya kepada negara, apa yang telah kita sumbangkan untuk negara ?

    Seperti bekas banduan, atau seperti bekas penagih dadah, mereka perlu diberi sokongan moral membina hidup baru dan bukannya mengungkit cerita lampau. Pengkritik yang tidak normal dan melampau seperti di atas adalah perosak masyarakat.

  23. tu la dia, kalau kita dah jadi macam tu, nak buat lagu mana?

  24. Saya setuju dgn kluangman. Kepada sesiapa yg kutuk2 TDM banyak2 tu minta maaf la byk2 sebelum terlambat.TDM tu memang sepatutnya berehat tetapi kerana risaukan maruah negara dari dijual beliau terpaksa bersuara. Semasa saya belajar di luar negara bertahun2 dulu, ramai orang diluar sana memuji beliau,kagum, menggeruni dan hormat pada TDM. He had put our country on a big world Map. Sudah tentu semua manusia tidak sempurna dan akan membuat kesalahan lebih2 lagi bila ada kuasa.TDM pun mesti dah fikir kesan perbuatannya dulu dan apa intepretasi masyarakat, yang penting beliau berani dan tidak mengikut araus, ini yang kita nak, bukan yang penakut. Apa2 pun jangan ingat keburukan orang itu sahaja, ingat la kebaikan orang tu dan jasa terhadap negara.Luaskan pandangan.

  25. TDM SATU SATU NYA PEMIMPIN YANG TAK LAPUK DIK ZAMAN OIII…..HANGPA ADA APA…TADBIR RUMAH SENDIRI PON TAK BOLIH….CUBA HANGPA TENGOK DIRI SENDIRI…KALAU TAK DIA SEMUA ORG MALAYSIA TANAM SAYUR,NOREH GETAH,TANAM PADI,LOMBONG BIJIH TIMAH DAN LAIN-LAIN LAGI…TAK DAK PROTON HANGPA PUN TAK TAU NAK BUAT SCREW..HANGPA SEMUA BODO…CAKAP ORANG BOLIH DAPAT PHD…LEBIH-LEBIH LAGI TU YANG NAMA FUCKING AMENDA……

  26. Asalamualaikum

    Secara jujur saya menyatakan bahawa pendapat Tun Mahathir memang tepat..Beliau sudah sekian lama menyatakan AAB memang tidak layak memimpin UMNO/BN apatah lagi negara ini..Tetapi bagaimana untuk mengubah mentaliti ahli dan pemimpin UMNO/BN yang bongkak dan tidak mahu menerima kenyataan..Harus diingat bahawa negara ini bukan sekadar untuk memuaskan hati pemimpin UMNO/BN..Yang penting adalah rakyat jelata dapat hidup dalam kesejahteraan.

  27. very typical melayus’.

    nilah kalau kita bergantung sgt dengan org lain. susah sikit bising kalau dapat sebatang rokok senyap!

  28. I’m not a great admirer of TDM. Infact I used to critised him and his policies when he was the PM. However, whatever he did; right or wrong he did it because he believed it is for the good of the country. Most important, he did it his way, his own judgement and he’s committed to whatever he believed in.

    AAB, sad to say, rumours has it that he’s influenced previously by his late wife and lately by KJ, his beloved son-in-law or is it ‘outlaw’. He has the tendency to change his mind, which shows lack of committment.

    As to TDM critizing AAB, I don’t see anything wrong with it. May be, TDM has learned from his own mistakes and out of love for the country doesn’t want AAB to repeat the same mistake or make more and worst mistake than he (TDM) did before.

    Look at the positive side of everything.

  29. I AM NOT MALAY BUT I AM SABAHAN
    BUT I RESPECT TUN DR. MAHATHIR AND HIS LEADERSHIP.

    Those whose talking nonsense about him are actually pointing to them selves and being the worst hypocrite in Malaysia. Your attitude of accusing him and blaming on him is the worst ever.

    About the Economic speculation, I was 16 in 1997 till 1998 I can see and feel how hard he struggled on us his peoples the Malaysian. Are we like Indonesia? or Thailand that is still having debt with World bank?
    Or what ever!

    He is the most outstanding leader in the world far more better than other. But because of you all his peoples the Malaysian, can’t you mirrored your self how spoilt you were in his leading era till now.
    Feh~! You all are the worst hypocrite.

    “Like a good Healthy tree but with bad fruits cause you all receive a lot of sugar yet did not optimized it to grow and get ripe on that tree, causing the tree be the one to blamed.”
    [This is my own words. Use as lesson only]

    That Pak lah :[
    Meng~ I tell ya all. He is far worst than a snail. I dunno why but I tell ya Fuuuuuh~ I just feel bad since he appointed as the PM. He and Samy Vellu are the same.
    XO both are corrupt!!!
    I HATE THE ROAD HE MAKE ALL ARE LIKE THE ROAD TO HELL CAUSE YOU WILL DEAD ANYTIME ON IT!!!

  30. PAK LAH & KJ,
    BERSIH SUCI ?

    Merundum UMNO/BN diakui
    Memiliki 140 dari 222 kerusi
    DAP,PAS dan PKR riang hati
    Ahli UMNO/BN sebalik lalui

    Jika kata UMNO bagai bahtera
    Nakhoda dan anak kapal bahaya
    Kesan pukulan tsunami tak reda
    Gegeran dalam bahtera terus ada

    Konon inkuiri bebas atasi bahana
    Yang dipasti kosnya murah tiada
    Siasatan bebas akan makan masa
    Segala rahsia parti dibuka belaka

    Selaku NP, muhyidin sokong aja
    Setuju inkuiri bebas buat segera
    NP UMNO begini gugurkan dia
    Tolak KJ, boleh pilih sebaiknya

    Kes Politik Wang ahli, ikuti cara
    UMNO hebat, veteran ahli guna
    Walau hasilnya buatkan kecewa
    Perlu disiplin ahli, presiden juga

    Rosotan UMNO amat luar biasa
    Kaedah rawatan pun begitu juga
    Himpunan luar biasa buat segera
    Sekali jumpa akan dijimat masa

    Andaikata inkuiri bebas yakini
    Kemungkinan buruk boleh jadi
    Tergambar dapatan mencurigai
    Pak lah & KJ dilihat bersih suci

    serling
    [22.03.08]
    sabtu
    …..

  31. for those who still never see and never proud to have our beloving TDM, really stupid, nincompoop and real MORON. Moron should not stay in Malaysia. Balik negeri masing-masing laaaaaa ooii…….bengong

  32. All those people who talk bad about TDM forget that they were sleeping happily with their children because of this one man.Those who come out with filthy comments do not realise the greatesness of this man. Probably they are born out of wedlock. Please call your mothers and clarify because only she knows who slept with her while your legal father was at the toddy shop or mahjong parlour.

  33. Tun Mahathir have the longest opportunities to help Malaysia but almost make it bankrupt. Who pre-sell our crude oil?????

    Poor Pak Lah cannot use his power because of the many hangovers from Tun Mahathir’s Cabinet. Umno is still controlled by the same group. Why blame Pak Lah for not being able to deliver? UMNO loss in the last Parliamentary Election is a rejection of Mahathirisms which continues in Pak lah’s last term. Why was he not given the chance to stamp his legacy or just give it back to Anwar to clean-up the deadwoods?

    UMNO members must either give Pak Lah the mandate to carry out his program to clean up or just go back to support Anwar to carry out his agenda which was betrayed by Tun M. Of course, KJ also let down his father-in-law.

  34. Kadang-kadang kita jadi terlalu taksub kepada seseorang atau kumpulan dan kita akan sentiasa memandang buruk kepada pihak lain. Tetapi jika kita masih waras,kita tidak akan menghina sedemikian rupa. Benar beliau lakukan kesilapan dan keburukan,tetapi tidak kah ada beliau lakukan kebaikan? Kenapa kita lihat keburukan pada zaman beliau sebagai hasil usahanya manakala apabila ada kebaikan kita akan rasakan bahawa itu adalah kerana nasib kita yang baik. Lihat diri sendiri. Tidaklah sebaik mana orang lain dibandingkan dengan TDM.

  35. Here is the latest blog created by my conscience …

    RAJA MONGREL @ http://rajamongrel.blogspot.com/
    Creating An Absolute Monarchy In Malaysia Based On Royal Supremacy

    Hear me confess: My Lies, My Plots, My Hypocrisy … Things that you can never find at my official site @ Malaysia-Today.net

    Yours truly,
    Raja Petra bin Raja Kamarudin
    URL: http://rajamongrel.blogspot.com/

  36. Apa yang TDM cakap real…UMNO skrang sedang menuju kehancuran…Rasakan Orang Melayu..Minta satu hari LIm Kit Siang jadi PM..semoga Malaysia akan adil saksama..biar Melayu rasa akibatnya..biar anak cucu kita berterimakasih pada kita..terimakasih UMNO terimakasih PAS…hapuskan DEB biar peluang samarata..biarkan kontraktor melayu hancuss,,padan muka..

  37. Partistar, you talk through your anal canal. Shut-up if you have nothing sensible to say.

  38. fcukingfedup…lawak la.Say whatever you like, Tun was the best PM this country ever produced, no body perfect, as perfection is impossible in a human, there were time when our growth reaced 12%, there were time when we dare to say the US is a proxy to the israelis, and said it infront of their face.There were time when we stood tall at least I did. Now…hampaih apa pun tak dak, dulu masa nak buat penang bridge..uncle you Lim Kit Siang kata ‘ its a waste of people fund ‘sekarang uncle you jugak merungut bila tersadai kat penang bridge sebab too congested. Pak Lah bila jadi PM halt projek landasan keretapi berkembar, lepas tu dah 3,4 tahun baru nak buat…harga materials dah melambung naik, cost makin naik.WE NEED A LEADER WITH A VISION

  39. Jika KitSiang Derhaka kerana membantah perlantikan MB Pas di perak,

    ADAKAH UMNO JUGA PENDERHAKA? krana memboikot perlantikan MB kat Trengganu?

    ADAKAH UMNO ORANG YANG BIADAP? krana mencabar keputusan Sultan Zainal Abidin?

    UMNO MENCABAR KETERTINGGIAN SULTAN DAN RAJA

    UMNO MEMANG LIDAH BERCABANG DUA

    sakit hati lihat orang melayu menentang raje dan sultan

    memang kurang ajar

  40. TABIK TDM…..
    WALAU PUN BESAR KESALAHAN MU..(KALAU DI KATAKAN SALAH)
    BESAR LAGI JASA MU PADA NEGARA ….
    TIADA LAGI GANTI SETARAF DGN MU….
    HANYA PEMIMPIN SELEPAS MU YANG MENGATA KAMU..
    KERANA APA….? TAKUT TAK DAPAT JADI ORG BESAR…RAKYAT
    TETAP MENYAYANGI MU…..JAI MAHATHIR..JAI MAHATHIR..

  41. TDM adalah pemimpin yang terbaik yang pernah dilahirkan. Dia mungkin tidak sempurna tapi banyak lagi kebaikan yang pernah dia sumbang untuk negara. Belajar lah berterima kasih la woiii….

  42. Macam TDM kata ada tak setuju dengan kepimpinan hari ini tetapi cakap sokong di depan. Ini semua hipokrit dan politik jaga perut saja. Kuasa politik untuk jaga mertabat agama, bangsa dan negara. Ramai pemimpin politik dalam UMNO yang suka bermuka-muka saja dan TAKUT untuk menyampaikan yang HAK. Kalau nak jadi ahli politik UMNO jangan takut kena cantas tetapi akhirnya akal yang bernas dikenang jua!

  43. fcukingfedup, adil izhan, iskandar a..korang ni bodo betul la..tak pernah jumpa orang bodo macam korang..melayu ke?..aduh..malu..malu

  44. TIDUR lah dulu…lewatdah ni.esok boleh bangun pergi jogging (selagi malaysia aman)……zzzzz
    “jane…..mana hang pi”

  45. Tun mase plihanraye 1999 ramai benci Tun tapi xtolak UMNO & BN…………….
    Pak Lah rakyat tak kate benci tapi dalam diam membenci Pak Lah rakyat terus tolak UMNO & BN….
    Kire ape yang Tun buat sampai Rakyat xsuke kat Tun ade kebaikan utk negara dan rakyat….
    kali ni pon Mahathir fikir psal negara & espicially UMNO….
    so fikirlah mane baik mane buruk….
    xpayah kutuk orang diri sendiri xbetul….

  46. From Sabah. I agree! TDM is a capable man! All leaders make mistakes. But his mistakes are still forgivable compare to what he has done to Malaysia. He is a very far sighted man. Anyway, my comment is simple. Maybe we all should talk about Multiracial parties ruling Malaysia. Its time we got rid of all this race base parties. I believe we can work it out!

  47. ape la korg ni…cb korg pikir org kt luar sn bertepuk tgn ble tgk korg btelagah…kemana hilangnye smgt perpaduan yg tlh dipupuk rentetan tragedi 13 may…jgn terlampau ikutkn prasaan sgt…kite sbg manusia kene bersyukur… jgn asyik terlampau fikir keburukan yg TDM dh bt saje sebaliknye lihat gak kemajuan yg die dh wat utk kite sume…die wat tu sume bkn utk kepentingan die sorg je…cb pikir kalo lah die ikut nsihat anwar trima bantuan IMF jgn harap la kite mampu hdup tenang di tanah tumpah negara kite ni…sal kes anwar tu ak mmg x berani nk komen pape r…coz ak mmg xtau sejauh mane kebenaran kes die tu wlaupun ak mgikuti kes tu…sal ku li nk lwn pak lah tu…lantaklah…kite tgg dan lihat je dl…inilah realiti politik yg sebenar…msing-msing nk tunjuk sape lg hebat…

  48. Jembalang apa yang dah merasuk orang Melayu ? Sanggup hina pemimpin yang sudah banyak berjasa kpd bangsa dan negara. Terpengaruh dengan iblis dan pengikut2 yang lidah bercabang dua. Mungkin budak2 muda ni tak pernah rasa hidup papa, sbb celik mata semua dah tersedia. Rasa diri dah cukup hebat dan perkasa hingga tak kenang jasa. Biadab sungguh anak bangsa ku ini ada otak penuh tahi, ada telinga tp tuli dan ada mata tapi tak reti. Sanggup pangkah PKR yang tidur sebantal dengan DAP. Paling tragik PAS yang mengaku ISLAM sanggup buka kandang BABI. Harap study kembali pesan nenek moyang dalam pantun dan puisi.. Semoga hidup Tun terus diberkati. Untuk Pak Lah dan menantu cepat2 lah undur diri..UMNO perlu reformasi sbb di dalamnya ada banyak syaitan yang bertanduk di dahi…

  49. Setinggi-tinggi penghargaan untuk Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fariz Petra atas ucapan di PWTC semalam penuh bermakna dan mungkin dapat memberikan kesedaran dan pemahaman kepada ahli-ahli Umno yang selalunya pendek akal.

    Antara isi kandungan ucapannya yg menarik perhatian saya;

    1) Hak2 istimewa orang melayu dan kedudukan agama Islam memang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan, justeru timbul sebarang persoalan bahawa kedudukan mereka tergugat.

    Maknanya, Umno tak payah ribut-ribut kerana tak ada satu partipun yang bercita2 untuk mengubah peruntukan2 ini. Rakyat mengundi PR kerana bimbangkan Umno dan juak2nya menghakis kehebatan kontrak sosial ini dan menggunakannya utk kepentingan taliperut mereka.

    2) Raja2 Melayu dan institusi Istana akan menjadi benteng terakhir dan akan terus mempertahankan kedudukan istimewa ini.

    Maknanya, putera raja yang bijaksana ini beritahu ahli2 Umno, dalam sejarah Umno sejak merdeka, setiap kali Umno merosakkan hak2 ini dan membuat negara dalam keadaan kucar-kacir, Tuanku-tuanku Sultan telah memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan.

    Contohnya, Raja Perlis dan Terengganu tidak menerima calon MB yang rasuah dan menindas rakyat, sebaliknya memilih mereka yang berkredibiti dan berjiwa rakyat untuk memimpin Perlis dan Trengganu masing2. Saya percaya, jika kedua2 MB ini bertukar perangai dalam penggal ini, baginda Sultan tidak teragak2 menolak mereka.

    Apabila tiada parti yg mendominasi kerusi2 Dun di Perak, Sultan Perak telah menggunakan kebijaksanaan baginda dalam memperkenankan kerajaan campuran PR di Perak. Baginda Sultan tidak pedulikan provokasi perkauman BN dan huru-hara Umno Perak serta propaganda KJ di media arus perdana.

    Makna ke-2, Umno memang tak boleh harap, sehinggakan Istana terpaksa mainkan peranan. Tak faham2 ker.

    3) Banyak maklumat yang salah diterima sebagai benar, contohnya sms dan email.

    Maknanya, baginda mengingatkan Umno supaya jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat, periksa dahulu kebenarannya jangan telan bulat2. Untuk maklumat lanjut eloklah rujuk kenyataan Ku Li dalam EGM Umno Gua Musang baru2 ni.

    Baginda mungkin juga merujuk akan kedangkalan puak2 BBPM yang menyangka perpecahan dalam Umno adalah perpecahan bangsa Melayu. Tidakkah mereka sedar walaupun bernama melayu, Umno turut dianggotai pendatang2 haram Filifina di Sabah dan orang2 Thailand di Kelantan, malah Umno bahagian Bukit Bintang turut dianggotai oleh Bangla dan nepal yang dapat IC ekspress.

    Tak semena2 muncul pulak Aziz Tapa bercerita pasal gerabak keretapi yang tergelincir sebab kepala lokomotifnya rosak. Tak pelikpun, Subky Latif dah sebulan cerita pasal tukar kepala gerabak Umno supaya gerabak-gerabak yang tergelincir dapat berfungsi semula.

    Kisah keretapi masuk sungai kat Tenom, Sabah bolehlah dijadikan panduan untuk puak2 BBPM yang payah nak faham.

    Ampun tengku, patik merafak sembah mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas nasihat2 tuanku ini. Patik akan sebarkan titah tuanku ke seluruh pelosok negara di bawah batu jemala patik ini.

    anakbulan
    http://bulanpenuh2012.blogspot.com
    noontimesilence@yahoo.com

  50. […] provisions to limit the power of the Prime Minister, he elaborated the necessity of the concept on “Presidential Advisers” and give example that PM ‘Flip-Flop’ Abdullah is now getting advice and over reliance […]

  51. Sudahlah Mahathir, hang nak bising2 lagi pasal apa? Cukup lah, masa hang memerintah dulu banyak buat dosa, banyak buat naya kat orang, akhlah merudum, gejala sosial terlalu banyak – hang tak ambil tindakan mencegah, mengata orang, cajkap bohong dan banyak lagi.. Sepatutnya dapat umur ‘bonus’ macam ini, beribadatlah banyak2, bertaubat, pakai kopiah duduk dimesjid, minta ampun kpd orang2 yang hang dah buat naya. Hang kena ingat,semua nikmat yg hang terima sekarang adalah ujian dan peluang supaya hang bolih jadi insaf dan iman menjadi lebih kuat.

  52. Saya setuju benar barisan kepimpinan UMNO sekarang dibubarkan dan diganti dengan yg baru, yg bersemangat, yg kuat semangat kebangsaan melayu, yg bersih, berwibawa dan dihormati supaya perjuangan parti dapat diperbetulkan tanpa kepentingan peribadi demi masa depan bangsa dan negara Malaysia yg tercinta ini. Semua pemimpin yg ada sekarang tidak bersih dan bermasalah. Pemimpin nombor wahid sedia maklum tidak berkemampuan (silap besarlah orang yg melantiknya dulu= bengong and bangang), najib laki bini tak bersih, ali rustam dgn idea2 lapuk dan feelnya yg tak bertamaddun, hisam..dgn keris kemetot dan cakap berpusing2, mike tyson dah rejek dan bawa duit berjuta2 di australia, rahim tkecik tak bersih penuh putar alam, mahyudin pernah ada kes masa jadi MB Johor, adnan MB Phg samsing mentaliti tunjuk bontot, khairy gelojoh, azlina asyik pakai seluar, anuar musa org K’tan dah reject, khir toyo korup tunjuk penyapu.. Mana ada pemimpin UMNO yg bersih? Takkan nak lantik semula mahathir yg dah nyanyuk tu biarlah dia beribadah di mesjid. Demi masa depan bangsa, kita mesti berani buat perubahan. Cepat bertindak!

  53. […] mengulangi lagi soal cadangan untuk Majlis Presiden untuk menentukan Kepimpinan tidak mudah menyalah gunakan kuasa dan ianya akan menjurus kepada apa […]

  54. Bigdoggy,

    Yo Liberated Woman!
    Hello Marina,

    CheDet?

    Special Note
    Posted by Dr. Mahathir Mohamad at June 22, 2008 11:09 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)

    On Friday June 19th, chedet.com was locked by the administration of Bloggers.com for what was termed as “suspected spam blog”. Following that chedet.com has not been able to publish any new posting pending approval by Bloggers.com.

    Depsite repeated appeals Bloggers.com have yet to “unlock” chedet.com to allow for posting of new comments. Due to this measures have been taken to migrate chedet.com from Bloggers.com in an effort to avoid further disruption, hence the new page set up.

    Chedet.com apologises to all readers and commentators for the inconvenience caused. Chedet.com would like to notify readers that comments for previous postings have not been attached currently while the technical team resolves certain matters. As for new postings commentators are only required to follow the simple registration steps accordingly before submitting comments.

    In line with this chedet.com would like to remind commentators that critical comments are welcome but in efforts to maintain the integrity of this site and to promote healthy debate, readers are urged to refrain from using deragotary terms, name-calling and racial and seditious remarks. Such comments including comments that are UNRELATED to the posting WILL NOT be given priority…Chedet.com

    How’s the going, babe?

  55. Tun kata kalau sultan bunuh org (dulu kes sultan hayun caddy ngan kayu golf)
    baru kite tentang, kerana itu adalah kesalahan. Walauun dia sultan tapi tak patut buat mcm tuh.

    So Tun Tentang Sultan atas isu itu dengan menarik Kuasa Immunity Diraja.
    So kalau ader kaum kerabat yg buat salah buleh didakwa di mahkamah mcm org lain.

    Namun ape yg terjadi dengan Nizar, Sultan tak buat ape2 salah pun. Dia dok istana diam2 je.
    Nizar yg pegi istana mintak perkenan sultan. namun bile sultan tak perkenan nak lawan sultan pulak.
    Ape tuh? Itu baru derhaka namanya.

    Dulu cakap nak mintak perkenan Sultan, Lepas tuh cakap semua terpulang atas keputusan Sultan.
    Tapi bila SUltan dah buat keputusan memberontak pulak. Kumpul kaum ramai2 buat demonstrasi mcm biasa.
    Siap Tido atas jalan pegang bendera palestine (ape kejadahnyee ni?)

    Kalau tak bule terima keputusan sultan, baik dari awal takyah mintak perkenan sultan.

    Tahniah Kpd PKR yg kuat pusing statement yg separuh2. Pilihanraya kecil akak membuktikan
    betapa rakyat sudah makin tidak percaya dengan kata2 rhetorik ketua PKR dengan janji2 manisnya.
    Manin teka teki sana sini tapi semua kata2 hanya dusta.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: