Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah tidak diyakini Raja dan berhadapan krisis Perlembagaan

Selepas kemenangan BN dalam lapan negeri selepas Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008, kini PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhadapan dengan krisis baru, yang mengundang lembaran baru antara hubungan politik dengan istana. Dua negeri mengalami masalah perlantikan Menteri Besar (MB).

Mula mula ialah Perlis. Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Dato’ Seri Shahidan Kassim yang berjaya mendapat 14 dari 15 DUN yang dipertandingkan, gagal dilantik sebagai MB.

Kemudian Terengganu. Selepas dua minggu PRU 12, MB Terengganu masih lagi belum dilantik dan mengangkat sumpah. Ini kerana pihak istana dikatakan tidak member perkenan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh untuk menjadi MB.

Laporan Utusan Malaysia:

Istana mahu Ahmad Said — 23 ADUN berdiri teguh di belakang Idris

Oleh: NOR AZIAH JAAFAR dan WAN RAMLI WAN MUHAMAD

mh_01_big.jpg

Dato’ Seri Idris Jusoh dan Dato’ Ahmad Said


  

Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Pelantikan tersebut mengetepikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Ekoran kenyataan dari Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.

Mereka juga bertegas tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah yang dijadual berlangsung di Istana Tetamu, di sini pukul 8 pagi esok.

Kedudukan pelantikan Menteri Besar Terengganu berbeza dengan pergolakan jawatan yang sama di Perlis kerana Idris mendapat sokongan penuh ADUN BN.

Di Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hanya disokong oleh lima ADUN manakala sembilan lagi ADUN menyokong Datuk Dr. Md. Isa Sabu pada waktu pergolakan itu. Ini membolehkan Md. Isa dilantik sebagai Menteri Besar.

Kesemua 23 ADUN diketuai ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pada sidang akhbarnya petang ini, menyatakan sokongan kepada Idris dan tidak akan hadir pada upacara angkat sumpah jika calonnya bukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Rosol yang juga Setiausaha UMNO negeri memberitahu, 23 ADUN BN akan turut membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu yang baru sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Idris.

‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih.

‘‘Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya sekali lagi,” tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di sini hari ini.

Pengumuman mengenai pemilihan Ahmad dihebahkan melalui kenyataan akhbar yang dihantar menerusi faksimile oleh Pengelola Istana Sultan Terengganu, Mohd. Yasim Awang pada pukul 5.36 petang ini.

Kenyataan akhbar itu memberitahu, MPPR dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja memilih untuk melantik Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Pelantikan tersebut dibuat mengikut Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2) dan upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Kuala Terengganu esok.

Pelantikan Menteri Besar Terengganu menjadi isu apabila upacara mengangkat sumpah jawatan masih tidak diadakan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Majlis tersebut yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Istana Maziah pada 10 Mac lalu ditangguhkan pada saat-saat akhir menjadikan Terengganu yang kekal di bawah Barisan Nasional (BN) merupakan satu-satunya negeri yang belum mempunyai Menteri Besar walaupun selepas dua minggu pilihan raya berakhir.

Dalam pada itu, Rosol berkata, tindakan tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah jawatan esok bukan perbuatan menderhaka kepada raja, sebaliknya dilakukan atas alasan untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

Ditanya sama ada tindakan itu hanya untuk kepentingan satu pihak, beliau berkata, ia sebaliknya dilakukan atas kepentingan rakyat yang memilih mereka sebagai wakil.

Rosol berkata, mereka akan menghantar surat sokongan kepada Idris yang ditandatangani oleh 22 ADUN BN kepada MPPR dan Abdullah pagi esok meminta Perdana Menteri mencari penyelesaian masalah itu.

Dalam pada itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR negeri itu.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan tersebut yang baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar di negeri berkenaan.

Menurut Abdul Gani, berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam.

‘‘Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja.

‘‘Justeru, baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut,’’ kata Abdul Gani.

22 ADUN UMNO Terengganu telah membantah calon MB Terengganu yang diperkenan pihak istana, iaitu ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said dan mereka secara kolektif telah menghantar dua pucuk surat kepada Pemangku Sultan Terengganu.

Episod ini membuka lembaran baru kepada hubungan politik-istana, walaupun Perlembagaan Persekutuan mengariskan jelas bahawa pihak yang mendapat sokongan majoriti sebarang DUN atau Dewan Rakyat berhak dilantik sebagai MB atau Perdana Menteri.

Ini jelas membuktikan bahawa bukan sahaja rakyat sudah ‘tidak yakin’ kepada Kepimpinan, pihak istana juga sudah tidak yakin dan kurang percaya. Samada cara istana bertindak menurut prinsip ‘Raja Berpelembagaan’ atau tidak, bergantung kepada perspektif yang cuba dipertahankan.

Petang ini, wakil wakil Bahagian UMNO Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah di Seri Perdana.

*Perkembangan terkini, 10.58pm

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyifatkan krisis perlantikan Dato’ Ahmad Said sebagai MB Terengganu pagi tadi dan perkembangan pasca PRU 12 yang berlaku di Terengganu merupakan “Tidak menurut Perlembagaan”, selepas bertemu wakil wakil Bahagian UMNO Kelantan, Terengganu dan Pahang di Seri Perdana, Putrajaya petang tadi.

Laporan Bernama.com:

23 Mac, 2008 19:39 PM

Pelantikan Ahmad Said Sebagai MB Terengganu Tidak Ikut Perlembagaan, Kata Abdullah

SEPANG, 23 Mac (Bernama) — Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut Perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan daripada segi sokongan.

“Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan,” kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu yang membantah pelantikan Ahmad, Ahad.

Terdahulu, Abdullah menyaksikan edisi ke-10 perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Sepang. Beliau turut menyampaikan piala kejuaraan kepada pelumba Scuderia Ferrari Marlboro, Kimi Raikkonen.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, Ahad pagi.

Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.

BERNAMA

*Perkembangan terkini, Isnin 24 Mac 2008 12.25am

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail apabila diminta untuk membuat ulasan mengenai krisis perlantikan MB Terengganu, menegaskan bahawa pihak istana Terengganu, iaitu Pemangku Sultan Terengganu dan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu perlu akur kepada peruntukan Perlembangaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Negeri Terengganu, yang jelas termaktub bahawa perlantikan seseorang MB perlu mendapat sokongan majoriti ADUN negeri itu.

Dalam kes perlantikan ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said sebagai MB Terengganu, beliau jelas tidak mendapat sokongan 23 ADUN dan sebaliknya, ADUN UMNO/BN ini memberikan sokongan kepada Mantan MB Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Terengganu. Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan bahawa majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat Khamis ini untuk membincangkan permasalahan krisis ini dan tindakan akan diambil. Ini juga termasuk keputusan untuk memecat Dato’ Ahmad Said sebagai ahli UMNO, kerana menentang keputusan Kepimpinan.

Dalam kes perlantikan Dato’ Dr. Md. Isa Sabu sebagai MB Perlis minggu lepas, beliau telah mendapat sokongan 9 ADUN dari kesemua 15 ADUN Perlis. Ini dipastikan sendiri secara peribadi oleh Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail, Raja Perlis, yang bertemu kesemua 9 ADUN itu di Istana Siraj, Kuala Lumpur walaupun Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Perlis Dato’ Seri Shahidan Kassim mendapat watikah perlantikan parti dari Kepimpinan UMNO/BN.

Jelas krisis perlantikan MB Terengganu ini bertambah rumit dan menunjukan jelas bahawa Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ yang disifatkan ‘lemah’ ini tidak mendapat ‘keyakinan’ dan ‘kepercayaan’ istana (ditafsirkan jelas dengan keengganan istana ‘menerima dan mengiktiraf’ calon MB Terengganu yang dipilih parti yang mendapat majoriti DUN), selain dari mesej jelas rakyat yang ditafsirkan dengan kekalahan BN di 5 + 1 negeri dan prestasi menurun di seluruh Malaysia.

*Perkembangan terkini, Isnin 24 Mac 2008 1.25 pagi

Krisis perlantikan MB Terengganu ini bertambah rumit.

Kini, 23 ADUN UMNO yang menentang perlantikan ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said sebagai MB Terengganu malam ini menyatakan bahawa ada kemungkinan mereka meletakan jawatan dan perlu diadakan Pilihanraya Kecil, walaupun baru 2 minggu memenangi kerusi wakil rakyat.

Ini dinyatakan Ketua Kumpulan 23 ADUN tersebut Dato’ Rosol Wahid, yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu dan pendapat ini disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Tengku Dato’ Putera.

Dipetik dari Bernama.com:

 

24 Mac, 2008 01:13 AM

23 ADUN Terengganu Tidak Tolak Kemungkinan Lepas Jawatan Jika Ahmad Said Jadi MB

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara Ahad malam, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua ADUN berkenaan.

Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.

“Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas. “Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya ADUN Kijal berseorangan dalam perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Ahmad menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua Ketua Umno bahagian di Terengganu menyokong pelantikan Ahmad, Rosol berkata ada di antara ketua bahagian yang dinamakan itu menafikan perkara tersebut.

“Saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tadi, ada dua tiga ketua bahagian menafikan apa yang dikatakan oleh Tengku Putera itu.

“Yang bersama-sama kita ialah Ketua Umno Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Ketua Umno Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Ketua Umno Setiu Datuk Mohd Jidin Shafiee,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan mereka boleh dianggap sebagai mencabar institusi beraja negeri, Rosol menegaskan bahawa perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana mereka hanya patuh kepada perlembagaan parti, perlembagaan persekutuan dan menuruti kehendak presiden parti, selain selari dengan undang-undang tubuh negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan dengan terperinci perkara berkenaan selain memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil ke atas Ahmad. “Sehingga tempoh tersebut, kita akan berusaha mengadakan beberapa rundingan bagi mencapai kata sepakat. Kita tidak mahu parti berpecah belah dan masih berusaha untuk mencapai kesepakatan dan kestabilan,” katanya.

— BERNAMA

Published in: on March 23, 2008 at 17:35  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/23/pm-flip-flop-abdullah-tidak-diyakini-raja/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. Boss, if he is stripped off his UMNO’s membership, whats going to happen next? will there be a by-election or something silly like that?

    If Dato’ Ahmad Said is expelled from the party, he need not resign his ADUN seat. However, his position as MB is questionable, as he no longer in the ruling party.

    At this moment, he also does not enjoy the support of majority of the ADUNs, therefore his legality as MB Terengganu is highly questionable, as per what the AG confirmed.

  2. How can a Sultan stand his Menteri Besar show more respect and reverence for Patrick Lim than for his Sultan?

  3. Nampaknya kalau ada PR lagi kat terengganu alamant jatuh lagi la satu lagi negeri BN … kalau PAS main sentimen UMNO derhaka pada Sultan impaknya besar

  4. KITA CABAR ITU ADUN2 SUPAYA LETAK JAWATAN DAN ADAKAN PILIHANRAYA SEMULA. U CAN BET YOUR LAST KEROPOK LEKOR THAT PAS WILL WIN AT THE PLEASURE OF THE ISTANA LIKE WHEN TUN DECIDED TO DEFEND WAN MOKHTAR TO REMAIN AS MB.

  5. dasar idris jusuf and umno reput munafik alias firaun.Daki dunia sejemput pun nak berebut.Hancur umno hahahahah…

  6. Deris went to Masjid Kristal and got his hidayah there.

  7. Siapa yang kurang ajar sekarang?

  8. NGAPA MUDAH,
    JADI SUSAH !

    Raja dan rakyat, berpisah tiada
    Jika tiada rakyat, guna apa raja
    Terhadap raja, usah menderhaka
    Kepada rakyat, raja adil saksama

    Rakyat derhaka, selidiki perkara
    Adakah disengaja atau silap raja
    Jika silap raja, maruah raja dijaga
    Bagai tepung dan rambut tatacara

    Derhaka babi buta, hukum mereka
    Raja berpelembagaan, amalan kita
    Pakar perlembagaan, rujuk segera
    Tersilap tatacara, bertautlah semula

    Hayati bersama pesan orang tua-tua
    Muka bumi tak ditimpa hujan, tiada
    Hal lantik MB ganu, uruslah segera
    Raja dan rakyat tidak manis sengkita

    Bukankah kita pandukan rukunegara
    Rukunegara teramat jelas dan nyata
    PRU 12 serlahkan hikmah untuk kita
    Terlihat pak lah & KJ tidak rasa apa

    Persepsi ternilai atas buatan dan kata
    Lantik MB perlis, tepat tindakan raja
    Salah awalan pak lah persulitkan cara
    Terlihat pak lah selaku PM jadi punca

    KJ selaku menantu jaga dirinya sahaja
    Jika pak lah tidak PM, nak menteri dia
    Adakah semua ini, punahsihat KJ juga
    Sedemikianlah rakyat banyak bersuara

    Semenjak gelojoh KJ kuasai pemuda
    Tanpa jemu peringatan hamba pekata
    Regu pak lah & KJ bawa malapetaka
    Sendiwara anwar & KJ kena waspada

    serling
    [24.03.08]
    isnin
    ….
    p/s:
    -Adakah kerna P.P tiada raja, pak lah tak biasa adat beraja ?
    -Adakah didikan luar negara si KJ buatkan dia gelojoh demikian rupa ?

  9. these people really make it very tough for us, the ordinary UMNO members.

    when the opposition say about KJ and konco2, then we cannot say anything back.

    when they say about Patrick and Abdullah, then we cannot say anything back.

    when they say UMNO people arguing with Sultan and show no respect at all, then? we cannot say anything back.

    saying anything back doesnt mean arguing them, but then only to tell the truth oso we dont know what to say. because they are all true!

    i believe if the rotten head got cut out, then the rest would be just ok.

  10. kita berdiri teguh dibakang Sultan..

  11. pantang Melayu d’haka..kenapa bila Kit
    siang DAP nak pulau angkat sumpah menteri besar Perak kita kata d’haka pada Sultan..

    bila org 22UMNO pulau angkat sumpah x lak drhaka…
    cam ni ler sbgi ahli UMNO saya mencadangkan supaya kita adakan P.Raya balik bubar dewan..
    pasal 22 dah letak jawatan..kita tengok cam ner mereka berani ke letaka jawatan atau cuma acah2 jer ugut…
    tujuannya supaya kita dapat menyatu padukan semula UMNO yg kini d kehancuran..

  12. kenapa lak ikut gn istana, siapa yg berkuasa sekarang raja ke rakyaat..
    kalau x ada rakyaat mana ada raja berdaulat..
    kenapa raja kena campur tangan pasl politik kan raja dah x nak berpolitik
    m,mereka sebagai payung dan pelindung agama dan rakyaat.
    jangan rakayat derhaka…..padah..
    kalau bkn UMNo dah lama raja2 ni masuk bakul
    x ada lagi kerpet kuning……….

    lawan idris Jusuh ..kita tetap bersama anda lawan PAk lah malaysia ni rakyaat punya bukan sulataN YG punya…raja adil raja disembah raja zalim raja di cangah..Hidup UMNO..hidup PK LAH

  13. kenapa lak ikut gn istana, siapa yg berkuasa sekarang raja ke rakyaat..
    kalau x ada rakyaat mana ada raja berdaulat..
    kenapa raja kena campur tangan pasl politik kan raja dah x nak berpolitik
    mereka sebagai payung dan pelindung agama dan rakyaat.
    jangan rakayat derhaka…..padah..
    kalau bkn UMNo dah lama raja2 ni masuk bakul
    x ada lagi kerpet kuning……….

    lawan idris Jusuh ..kita tetap bersama anda lawan PAk lah malaysia ni rakyaat punya bukan sulataN YG punya…raja adil raja disembah raja zalim raja di cangah..Hidup UMNO..hidup PK LAH

  14. Sedih sungguh rasa dihati bila melihat UMNO yang selama ini ku perjuangkan demi orang melayu yang beraja menjadi seperti ini.

    Mengapa pabila pembangkang mencabar kewibawaan raja bagai halilintar orang UMNO bingkas menentang …. sungguh ku bangga ketika itu mengibarkan bendera UMNO dianjung rumahku.

    Namun apabila UMNO mencabar Raja tak tau mana nak letak muka ku ini. Adakah ini orang melayu..??? yang dipilih oleh orang melayu..???? Jangan cakap kami dipilih oleh rakyat…. Sekiranya perkara ini terjadi sebelum PRU12 .. percayalah tiada satu orang melayu yang benar-benar memperjuangkan bangsanya ingin ingin memilih kamu.

    Kami rakyat melayu pendukung UMNO hanya memilih kamu kerana UMNO… sekiranya kamu menunjukkan perangai buruk dan bodoh kamu yang berdolak dalik sebelum PRU12 nescaya tersungkur menyembah tanah dan terengganu jatuh semula ke tangan PAS.

    Bukannya kami menyokong pembangkang, tetapi sekiranya tiada apa yang dilakukan oleh pihak atasan UMNO nescaya UMNO akan menjadi sejarah. Berundurlah…. berikan kepada orang yang dipercayai oleh kami. Bukannya Tingkat 4 yang serakah menjamah harta rakyat dan melayu.

    Cukuplah harta Khazanah Nasional dijual untuk kepentingan sendiri

  15. Hoi Halim!!
    Institusi raja telah ujud sebelum UMNO. Kat terengganu dah ade sejak 1300 masehi. Merdeka UMNO hanya negeri negeri selat iatu melaka, penang, dan singapura.
    Halim, jangan bongkak dan jadi melayu bodoh. Sultan Terengganu, kalau x de UMNO, tak de ape ape. Tapi kalau Sultan Terengganu x der dalam malaysia, UMNO dan KJ nak makan ape. Tunjukkan dan bukti kan HALIM bodoh, dimana zalim raja, jika dia ambik mat said, dari UMNO jugak. bodoh punya HALIM.Sultan masih ambik rakyat dari kalangan UMNO.
    ADUN UMNO BODOH je x setuju. Rakyat setuju mana mana calon sultan pilih, ADUN boleh ke same rakyat setuju dengan sultan? Nampak nye anda, HALIM, bangang dan bodoh macam UMNO terengganu besut.

  16. hoi mat halim.. awat hang ni bengong.. hang tak sedag ka.. hang pikiag UMNO tu berkuasa sangat ka.. Ingat lah ALLah sama nanti hang mati kut kubog berasap baru hang tau.. cara hang cakap tu macam tak wujud hari pembalasan..Takbur teruk hang ni… kembalilah bertaubat..hang tak tanya ka mat deris tu pasai apa yang dia gila kuasa sangat.. Ingat…

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPADAN DAN KESUSILAAN

    hang tak pernah baca ka benda ni..
    mat dan di perlih tu garang-garang dia pun akur jugak
    dan hormat jugak dia pada raja..
    heiii..terok hang ni…

  17. Aku mmg setuju Istana tak lantik Deris jadi MB, tp aku pelik pesal Istana bleh lantk Dato Ahmad Said ni.. Aku ras Ahmad Said nie lagi “kotor” banding Deris, dalam DUN pun perangai macam budak tak sekolah, ade ke patut pergi ajak wakil pAS bergaduh di luar Dewan Undangan Negeri(Ade Video kat YouTube)

  18. Halim bodoh..ko sedar tak yang ko ni melayu yang hidup kat negara melayu…jangan derhake weh..silap2 mati..

  19. UMNO PENDERHAKA sultan!!!
    kononnya memperjuangkan ketuanan melayu etc…tidak malukah anda dan tidak sedarkah diri anda penderhaka kepada sultan???
    janganlah nak berlakon lagi sebagai pejuang2 ketuanan melayu…PENDERHAKA!!!
    kalo zaman hang jebat ni,kamu semua nih dah kena hukum mati dah!!!
    memalukan melayu,sedarlah dirimu wahai para penderhaka!!!
    tukarlah nama parti jadi UNO sahaja lepas nih…
    selamat.
    p/s:maaf kerana emosi,saya hanya seorang melayu biasa,tak berdiri di belakang mana2 pertubuhan yang kononnya memperjuangkan melayu…sungguh mengaibkan!!

  20. Hai deris and the geng, tolong lepaskan jawatan anda semua, tunaikan janji janji mu itu, kita lihat siapa yang menyokong Yang Mulia Sultan dan Ahmad Said jangan lah menjadi seorang insan yang tamak dan haloba.Terimalah ia sebagai ketentuan Allah yang maha esa.Tunaikan sumpah dan janji mu wahai Rosoul. kita sama sama lihat siapa sokong siapa dan ramai lagi pemimpin melayu dibawah sana yang tidak riak dan bongkak.
    Kebawah Duli Tuanku, patik dan rakyat keseluruhanya begitu bangga mempunyai sikap dan kepimpinan yang tegas dan menjadi contoh kepada umat islam seluruhnya.Daulat Tuanku

  21. […] Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad made a specific comment on this highly complex and delicate crisis, published this morning. This ‘flip-flop’ness of Abdullah’s administration is […]

  22. MOHD YASIM AWANG BAGUS

  23. NAK SENANG KENAPA TAK LANTIK MOHD YASIM AWANG JADI MB TERENGGANU TAK PAYAH NAK GADUH-GADUH LAGI

  24. hadri cerdik

  25. […] a refused to appoint PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s nominated Menteri Besars. These unprecedented incidences almost became a constitutional crisis in Perlis and […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: