PM ‘Flip Flop’ mengkhianati UMNO dan Melayu tatkala desakan untuk berundur atau dicabar makin intensif?

Makin banyak pihak pihak dalam UMNO mengesa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar mengambil tanggung jawab penuh (accountable) atas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN dalam Pilihanraya Umum XII (PRU 12) 8 Mac 2008.

Bermula dengan mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesa PM ‘Flip Flop’ Abdullah berundur, sejurus tamat PRU 12. Bahagian Muar telah secara lantang membuat gesaan PM ‘Flip-Flop’ berundur, setelah Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun, membuat kejutan dengan tersebar berita mengenai surat peribadi kepada Presiden UMNO itu dua minggu lepas. Masa yang sama, ketua Bahagian UMNO Gua Musang Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mencadangkan bahawa akar umbi UMNO meminta satu EGM diadakan untuk membincangkan kemelut yang UMNO hadapi hari ini dan hala tuju UMNO dan Melayu. Bahagian lain pula, seperti UMNO Cheras dengan lantang menyuarakan agar diadakan pemilihan jawatan UMNO disemua peringkat, termasuk Kepimpinan. Malah usaha untuk ‘mempertahankan’ Kepimpinan, seperti apa yang berlaku di Pemuda UMNO Bukit Bintang semalam, telah gagal.

Walaubagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib mencadangkan bahawa pemilihan UMNO ditangguhkan sehingga 2009, kunun kunun menurut kehendak wakil wakil Zon yang bertemu dengan Presiden UMNO secara tertutup semenjak minggu lepas.

Ini disanggah oleh Mukhriz, dengan menegaskan bahawa penangguhan pemilihan UMNO akan makin melemahkan parti. Kegagalan Presiden UMNO untuk menunaikan apa yang dijanjikan tahun lepas akan mengkukuhkan sifat ‘Flip-Flop’ beliau itu.

Dipetik dari Bernama.com:

Pemilihan Umno Tidak Harus Ditunda Lagi, Kata Mukhriz Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

Oleh Azeman Ariffin

JERLUN, 25 Mac (Bernama) — Pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini tidak wajar ditunda bagi menghormati suara para anggota Umno untuk memilih siapakah pemimpin yang mereka kehendaki, kata Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pemilihan parti adalah sesuatu yang sangat penting dan ia merupakan satu proses demokrasi yang harus dilalui oleh parti.

“Saya merayu kepada kepimpinan Umno supaya tidak menunda pemilihan dan ikutlah seperti apa yang telah dikatakan (oleh Presiden parti pada tahun lepas) iaitu pemilihan akan diadakan pada tahun ini”, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mukhriz, yang juga anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno, itu berkata beliau yakin pertandingan merebut jawatan tidak akan menyebabkan perpecahan dalam parti kerana perwakilan sekarang mampu membuat keputusan yang bijak tanpa emosi.

Beliau berkata pemimpin Umno mesti mengikut perlembagaan parti dan semua anggota Umno harus membuat keputusan yang rasional dan bijak.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini berkata badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan supaya pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan kekecohan dalam parti.

Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata badan-badan perhubungan itu termasuk ketua masing-masing sebulat suara menyatakan persetujuan itu dalam beberapa pertemuan berasingan dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak Jumaat lepas.

Pemilihan Umno yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan pilihan raya umum ke-12. Kali terakhir pemilihan diadakan adalah pada tahun 2004. Mengikut perlembagaan parti, pemilihan Umno boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir pada Jun 2009.

Mukhriz berkata jika terdapat pertandingan di peringkat jawatan Presiden sekalipun, beliau yakin Umno tidak akan berpecah jika pertandingan diadakan secara “gentleman”.

“Yang paling penting jangan ada rasuah politik kerana itulah yang boleh menyebabkan perpecahan… Saya tidak nampak boleh berlaku sebarang perpecahan jika kita bertanding dalam suasana yang terkawal dan tanpa emosi,” kata beliau.

Mukhriz berkata semua anggota parti haruslah mengutamakan keharmonian parti kerana semua tindakan mereka akan mendapat perhatian umum.

“Untuk kebaikan parti, yang penting kita mesti sedar bahawa semua tindakan kita mendapat perhatian umum dan lebih-lebih lagi jadi tradisi kepimpinan teratas lazimnya Presiden dan Timbalan Presiden adalah juga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” kata beliau.

— BERNAMA

Dalam pada itu, desakan ini semua menjurus kepada tekanan yang memuncak. Sebagai reaksi berbaur emosi, kenyataan yang dibuat oleh PM ‘Flip-Flop’ Abdullah jelas menampakan hasrat ‘kurang sihat’ dan menjurus kepada “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar” dan membelakangkan kepentingan parti dan orang orang Melayu. Semasa bertemu wakil wakil Bahagian UMNO Zon Utara pada hari Ahad, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dikhabarkan berkata, “Najib belum sesuai lagi” dan kalau beliau terpaksa melepaskan jawatan paling utama Negara itu “Mungkin diberikan kepada Anwar Ibrahim”.

PRU 12 menyaksikan bahawa keyakinan rakyat, termasuk orang orang Melayu kepada UMNO/BN makin tiris dan sebagai Presiden UMNO untuk mencadangkan personaliti yang secara strategik dan sistematik cuba menjahanamkan UMNO dan penaja program perpecahan orang Melayu, dengan apa cara sekalipun wajar dianggap sebagai ‘Mengkhianati UMNO dan orang orang Melayu’!

Setelah berjaya merampas Selangor dari BN dan menubuhkan Kerajaan Negeri, parti Anwar sudah awal awal lagi menyatakan kesanggupan untuk membelakangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari dilaksana dan terapkan dalam Selangor. Kalau dikaji, ini bukan fenomena baru yang timbul dalam siri kempen pra PRU 12 ini. Cadangan ini mula timbul , dianggarkan satu perancangan ‘Budak Budak Tingkat 4’, yang diluahkan mula mula sekali oleh Pengerusi Penasihat IDRA Tun Musa Hitam tahun lepas. Dalam jamuan makan malam bersama kommuniti perniagaan diKuala Lumpur tahun lepas, PM ‘Flip Flop’ mengiyakan cadangan Musa ini.

Apakah PM ‘Flip Flop’ Abdullah melaksanakan ‘program’ membelakangkan kepentingan Melayu ini, secara terancang? Bukankah ini satu PENGKHIANATAN KEPADA BANGSA????

Published in: on March 26, 2008 at 01:43  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/26/pm-flip-flop-mengkhianati-umno-dan-melayu-tatkala-desakan-untuk-berundur-atau-dicabar-makin-intensif/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. nak bagi anwar jadi pm… serius ke… macam mana dolah boleh ada power besar nak handover jawatan kepada orang di luar partinya sebagai pm…

    pelik tapi ajaib… zaman dolah ni macam-macam ada…

  2. Dia tak kenal si Anwar ni. Si Baghal ni ingat Anwar sanggup tunggu setgahun dua lagi untuk jadi PM. OI!!!!! BANGUNLAH!!!!!!! ANWAR SEDANG BERSEDIA MENJADI PM TAHUN INI BUKAN NAK TUNGGU KAU BANGUN TIDUR DAN MASUK UMNO!!!!

  3. tolong jgn tunda pemilihan UMNO sehingga tahun depan sebab ini membolehkan Pak Lah masa untuk consolidate his position. Daripada tak kuat sekarang ni, akan jadi kuat tahun depan kerana sudah ada masa untuk beli bahagian2 yg sekarang tak menyokongnya. Lihat dalam kes Ahmad Said, daripada nampak tak berkuasa pd mula di umumkan namanya jadi MB T’ganu, sekarang dia sudah nampak kedudukannya sebagai MB semakin utuh. Jadi, jgn biarkan Pak Lah tangguhkan pemilihan UMNO kerana kedudukannya sebagai PM akan makin lama makin kuat. We strike while the iron is still hot!

    Terima kasih.

  4. Wahai semua ahli UMNO! Sedarlah bahawa penyokong Pak Lah cuba nak memperbodoh-bodohkan awak semua dengan ugutan cerita Anwar! Kalau awak semua takut dan telan cerita dia tu, dia akan terus memerintah negara dan negara akan terus lingkup. Kalau pemilihan tak dibuat tahun ini, kuatkan semangat semua MP utarakan undi tak percaya terhadap Pak Lah apabila Parlimen bersidang nanti dan mudah-mudahan negara kita akan terselamat. Kepentingan orang-orang persaorngan mesti diketepikan demi kepentingan negara. Jangan ikut imosi. Biarlah rasional.

  5. big guy, betul ke YDP kasi statement nak kasi Anwar Ibrahim sebagai pengganti beliau…chiss kalau betul lah memang diaorg berdua ni dah berpakat dari dulu lagi nak naik kan anwar semula ke puncak kuasa…

  6. Akar umbi sendiri akan mengutuk pemimpin tertinggi UMNO sekiranya pemilihan ditangguhkan sehingga tahun depan. Ini kerana mereka berpendapat bahawa pemimpin tertinggi UMNO (termasukalah ketua penerangan UMNO sendiri) takut akan kedudukannya tergugat sekiranya ada pertandingan diperingkat tertinggi.

    Dan kini, sekiranya KJ ditentang, pastinya dia akan menemui kegagalan. Itulah sebabnya dia, melalui proxynya, Md Taib, mencadangkan agar pemilihan ditangguh ke tahun depan, agar dia dapat menaburkan lebih banyak RM kepada pemuda-pemuda UMNO agar menyokongnya. Dan juga ramai diantara Pemuda tidak dapat bertanding kerana melepasi umur 40 tahun, dan peluang ni lah yang dinanti oleh KJ, kerana dia beranggapan pemuda UMNO (yang lebih muda) senang dibeli dengan project dan wang ringgit!

    Lets have Dato’ Mukriz sebagai Ketua Pemuda UMNO! Hidup Dato’ Mukriz!

  7. POLITIK TAIK


Leave a reply to budakjb Cancel reply