Lebih ramai Pemuda UMNO minta adakan pemilihan Kepimpinan segera

Lebih ramai Pemuda UMNO mahukan pemilihan jawatan dalam UMNO, termasuk Kepimpinan disegerakan tahun ini. Ini adalah untuk kebaikan UMNO, terutama setelah UMNO menyaksikan kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi menurun dalam negeri yang lain dalam Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008.

Laporan Bernama.com:

26 Mac, 2008 21:38 PM

Pemimpin Akar Umbi Pemuda Mahu Pemilihan Umno Tahun Ini

 

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Pemimpin Pemuda Umno peringkat akar umbi mahu pemilihan parti diadakan tahun ini bagi membuktikan bahawa Umno sebuah parti bertanggungjawab dan mengamalkan demokrasi tulen demi kepentingan anggotanya dan rakyat secara amnya.

Mereka berpendapat bahawa ini penting bagi menunjukkan bahawa Umno adalah sebuah parti yang mendahulukan hak dan kepentingan anggotanya serta tidak melindungi kepentingan individu tertentu dalam parti.

“Kita sudah berada dalam masa tambahan selepas pemilihan ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum ke-12, keputusan pucuk pimpinan (menangguhkan pemilihan) akan menidakkan hak ahli untuk memilih pemimpin mereka,” kata pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat Ahmad Faizal Azumu kepada Bernama di Putrajaya Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib semalam bahawa badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan pemilihan parti ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan daripada berlakunya malapetaka kepada parti.

Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata ketua-ketua badan perhubungan negeri telah menyatakan persetujuan berhubung perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno.

Pemilihan Umno yang dijadual tahun lepas telah ditunda ke tahun ini bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum ke-12 selepas kali terakhir diadakan pada 2004. Mengikut perlembagaan Umno, pemilihan boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir Jun 2009.

Pemerhati politik menjangkakan pemilihan Umno pada tahun ini akan menyaksikan akar umbi menyuarakan pendirian tegas mereka kepada pucuk pimpinan berhubung prestasi Umno yang pudar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, antara lain, menyaksikan beberapa calonnya tumbang di tangan pembangkang.

Faizal berkata pemilihan parti perlu diadakan pada tahun ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan anggota Umno terhadap kredabiliti kepimpinan parti.

“Melalui pemilihan ahli boleh menilai pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang tidak “perform” dalam parti dan semasa pilihan raya umum lepas. Dengan kata lain, pemilihan parti ini pembetulan kepada apa yang silap.

“Kalau pemimpin itu gagal, maka ini masa yang sesuai untuk tak terima sebarang pencalonan,” kata Faizal yang turut menyokong pandangan Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir merangkap anggota Parlimen Jerlun bahawa pemilihan perlu disegerakan bagi menghormati suara akar umbi dan bukti bahawa demokrasi dalam Umno masih segar.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa Idham Yasser berkata penangguhan pemilihan itu seolah-olah usaha untuk melindungi atau mengekalkan individu tertentu dan bukannya untuk mengembalikan kekuatan parti.

“Kita tak mahu orang kata Umno tak relevan ataupun ahli Umno hanya tahu angguk sahaja. Kita sepatutnya betulkan keadaan dengan mengadakan pemilihan parti ini,” katanya.

Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Alawi Dahalin, cadangan penangguhan itu akan menyebabkan pemimpin Pemuda yang berpotensi hilang kelayakan untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi dalam pergerakan itu ekoran had umur 40 tahun mengikut perlembagaan parti.

“Pemilihan parti perlu diadakan pada tahun ini untuk beri peluang kepada ahli menilai kembali siapa yang layak jadi pemimpin dalam Umno sepertimana rakyat menilai Umno dalam pilihan raya umum lepas,” katanya.

Beliau berkata pucuk pimpinan tidak boleh menafikan realiti di akar umbi ekoran kehilangan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menunjanginya dengan menangguhkan pemilihan parti yang sememangnya medan kepada anggota Umno untuk memberikan pandangan dan pendirian mereka.

Pandangan Alawi itu senada dengan pandangan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Aminuddin Muhammad yang menyatakan bahawa Umno akan kesuntukkan masa untuk menghadapi pilihan raya akan datang sekiranya menangguhkan pemilihan parti.

“Kalau tak buat (pemilihan parti) maka ia bukan untuk pilihan raya tapi kepentingan individu tertentu. Lebih baik kita bergaduh dalam pemilihan untuk kebaikan parti daripada menangis lagi di kemudian hari (pilihan raya akan datang),” katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Nornekman Osman berkata penanguhan pemilihan parti dalam jangka masa panjang itu akan mewujudkan kelompok-kelompok yang melemahkan Umno serta lari daripada fokus utama kepimpinan parti untuk memulihkan Umno.

Beliau berkata pertembungan dalam suasana hangat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan ekoran keputusan pilihan raya lepas yang menuntut kepimpinan memfokuskan usaha menguatkan parti melebihi kepentingan lain.

Katanya pemilihan itu akan membuktikan kepada anggota khasnya dan rakyat amnya akan ketelusan dan sifat bertanggungjawab parti dalam mengembalikan keyakinan mereka kepada Umno.

— BERNAMA

Pemilihan parti adalah cara untuk UMNO membuktikan bahawa hanya pemimpin yang sesuai sahaja layak memimpin parti nasionalis Melayu yang mempunyai tradisi cemerlang membela rakyat ini. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO menjadi lebih kuat dan membawa kebaikan bertambah untuk kepentingan orang Melayu dan Negara, selepas berlaku proses ‘penghayatan semula’ (regeneration), melalui proses pertukaran Kepimpinan, walaupun pra-matang (pre-mature).

Apabila Pengasas UMNO Dato’ Onn Jaafar mengundurkan diri dalam tahun 1951 dan Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih sebagai Yang DiPertua, UMNO mengubah slogan dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka” dan bergerak secara konsisten kearah itu. Akhirnya, enam tahun kemudian Malaya yang merdeka dan diterajui kepimpinan Melayu lahir dengan mengamalkan sistem raja berpelembagaan.

Sekali lagi, apabila Tunku Abdul Rahman Putra menerima ‘tekanan’ untuk berundur, setelah rata rata orang Melayu amat tidak puas hati dengan tahap kemajuan dan pembangunan mereka dan berlaku peristiwa rusuhan berdarah 13 Mei 1969, Tun Razak Hussein mengambil alih pada tahun 1970 dan berlaku transformasi dan program penyusunan masyarakat paling strategik, menyeluruh dan aggresif dalam sejarah. Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula diperkenal dan laksanakan untuk membasmi kemiskinan dengan memberikan penekanan kepada pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan kepada penduduk luar Bandar dan desa. Kesanya amat memberangsangkan sehingga Negara mampu memacu kepada cita cita kearah sebagai status negara maju 20 tahun kemudian apabila “Wawasan 2020” dilancarkan.

Saranan “Perubahan Kepimpinan UMNO akan membawa lebih kebaikan kepada orang Melayu dan Negara” dan “UMNO tidak patut gentar kepada perubahan Kepimpinan pra-matang” ini mula diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Johor Bahru pada 10 Februari 2007.

Published in: on March 27, 2008 at 01:35  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/27/lebih-ramai-pemuda-umno-minta-adakan-pemilihan-kepimpinan-segera/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. Sepatutnya tak perlu dengar orang atas buat kenyataan dan ikut…lama lama jadi tradisi sebelum hilang ditelan zaman…semua ahli UMNO sepatutnya ada hak untuk memilih ketua…Tradisi setiap tahun memang begitu tetapi akhir akhir zaman ini tak ndak pulak nak buat mesyuarat agong…tentu bukan ahli dan ahli Umno sendiri jadi heran sebab apa tak mau buat perhimpunan…team majlis tertinggi semua Pak Turut…takut menghadapi tekanan dari perengkat bawah…Team puteri kami tabik dah mendahului Pemuda yang tak tau nak ikut mana sebab Khairi control…tulah ceritanya…

    Kena buat juga Perhimpunan

  2. maklumat baru diterima pak lah nak letak jawatan bulan Jun ini

    globalmalau

  3. Bigdog,

    Ingatkan Mukhriz dan bahagian Muar saja yang ada telur.
    barulah sekarang I nampak orang lain pun bertelur. Dah macam ayam pulak dia orang ni. Anyhow bagus jugak.

  4. […] berikutan desakan banyak Bahagian UMNO termasuk ahli MKT sendiri agar pemilihan diadakan dalam tahun ini juga dan tidak ditangguhkan, terutama perasaan ‘kurang senang’ dan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: