Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat petang ini memutuskan bahawa pemilihan UMNO akan diadakan hujung tahun ini. Pemilihan UMNO akan diadakan semasa Perhimpunan Agung UMNO pada 16-20 Disember 2008. Semua jawatan akan dipertandingkan.
Ini berikutan desakan banyak Bahagian UMNO termasuk ahli MKT sendiri agar pemilihan diadakan dalam tahun ini juga dan tidak ditangguhkan, terutama perasaan ‘kurang senang’ dan kegusaran akar umbi makin menebal, setelah UMNO mengalami kekalahan di 5 + 1 negeri dan prestasi buruk dalam Pilihanraya Umum XII 8 Mac lepas.
Bermula dengan gesaan mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima tanggung jawab penuh dan berundur, pada hari selepas PRU 12. Ini disusuli pula gesaan ‘berlapik’ Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun “Yakin PM ‘Flip-Flop’ akan membuat terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN” di Seberang Perai, 10 Mac 2008 dan surat peribadi yang diutuskan pada 12 Mac 2008 mengesa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan semua jawatan. Dalam masa yang sama juga, Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menulis kepada kesemua 18,000 Cawangan UMNO agar sebuah perhimpunan agung (EGM) UMNO diadakan segera untuk membincangkan PRU 12 dan hala tuju UMNO dan orang Melayu.
MT UMNO juga mengesahkan perlantikan Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu setelah berlaku kontroversi mengenai kemelut perlantikan beliau, apabila diumumkan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja awal minggu ini dan tindakan 22 ADUN UMNO/BN mengugut untuk memboikot perlantikan dan upacara mengangkat sumpah jawatan.
*Perkembangan terkini, Khamis 27 Mac 2008 8.45pm
Laporan mengenai mesyuarat empat jam di Tingkat 38 Menara Dato’ Onn, dipetik dari Bernama.com:
Majlis Tertinggi Umno Tetapkan Perhimpunan Agung Dan Pemilihan Parti Pada Disember Ini
|
|
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Majlis Tertinggi Umno hari ini menetapkan perhimpunan agung dan pemilihan parti akan diadakan pada 16 hingga 20 Dis tahun ini, kata Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pemilihan parti akan diadakan tahun ini seperti dijadualkan, katanya pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung hampir empat jam di Menara Datuk Onn di sini, hari Khamis.
Sebelum ini beberapa ketua bahagian Umno telah mencadangkan supaya pemilihan parti ditunda sehingga Jun tahun depan tetapi beberapa pemimpin parti tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Jawatankuasa Pengurusan parti yang bermesyuarat semalam turut berpendapat bahawa pemilihan parti wajar diadakan tahun ini juga.
— BERNAMA |
|
|
*Perkembangan terkini, Khamis 27 Mac 2008 9.45pm
PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menjawab berkenaan isu perletakan jawatan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato’ Ghapur Salleh, yang juga MP Kalabakan dan menafikan soal ‘rasa kurang senang’ UMNO Sabah mengenai penagihan wakil mereka dalam Kabinet yang diumumkan minggu lepas. Beliau juga menafikan berlaku ketirisan keyakinan keatas Kepimpinan, selepas perletakan jawatan ini, dua Timbalan Menteri lain dan Setiausaha Agung UMNO Dato’ Radzi Sheikh Ahmad.
Laporan dipetik dari Bernama.com:
Abdullah Perjelas Peletakan Jawatan Ghapur
|
|
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata hari ini beliau menerima peletakan jawatan Datuk Ghapur Salleh sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Abdullah, bagaimanapun, menolak andaian bahawa peletakan jawatan Ghapur ada kena mengena dengan soal Ahli Parlimen Kalabakan, Sabah itu hilang kepercayaan terhadap beliau.
“Beliau memberikan alasan beliau dan ini tidak kena mengena dengan soal itu (hilang kepercayaan). Ini sebab yang cukup peribadi,” presiden Umno itu memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno selama empat jam di Menara Datuk Onn di sini.
“Beliau ingin menemui saya, tetapi saya tidak dapat, sebab terlibat dalam banyak hal. Jadi, beliau tinggalkan surat untuk saya,” kata Abdullah, dan menambah yang beliau telah membaca surat itu.
Ghapur memberitahu BERNAMA hari ini beliau melepaskan jawatan timbalan menteri itu berkuatkuasa semalam.
Beliau berkata beliau mengemukakan surat peletakan jawatan itu kepada perdana menteri di Putrajaya malam tadi.
Beliau menolak cakap-cakap yang beliau akan melompat ke pihak pembangkang, yang dikatakan cuba memujuk beberapa orang MP dari Sabah dan Sarawak.
Ghapur, yang memenangi kerusi berkenaan tanpa bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac, berkata beliau akan terus menjadi wakil rakyat dan ketua Umno bahagian Kalabakan.
Beliau adalah MP kedua dari Sabah dan orang ketiga meletak jawatan sebagai timbalan menteri persekutuan sejak pilihan raya umum itu.
MP Anifah Aman menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan sementara Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar, MP Jerantut, menolak jawatan Timbalan Menteri Luar.
Ditanya mengapa beliau memutuskan untuk melepaskan jawatan lapan hari selepas menerimanya, Ghapur, 64, berkata: “Saya tidak mahu terikat dengan tugas seorang timbalan menteri kerana saya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap penduduk Kalabakan.
Beliau berkata beliau mempunyai ramai anak yang belajar di seberang laut dan selaku timbalan menteri akan menghadkan waktunya untuk melawat mereka.
— BERNAMA |
|
|
Like this:
Like Loading...
Related
mcm ni laporan?? laporan mcm pundek!
PAHIT JADAM
BUAT PAK LAH !
Hikmah sebalik episod MB terjadi
Menderhaka melayu itu jauh sekali
Kelihatan Raja, rakyat menyayangi
Patut dulu lagi Rukunnegara hayati
Buat MT UMNO, syabas ucapkan
Akurkan perkenan raja dilakukan
Selisih faham jadi perlu kuburkan
Sengketa Raja dan rakyat elakkan
Episod MB ganu selesai sudah
MT UMNO akur terhadap titah
Perkenan raja tak boleh sanggah
Idris jusoh jadi MB tamat sudah
Kepada pak lah jadikan peringatan
Masalah rumit jangan dimudahkan
Jangan sendirian, MT bincangkan
MT UMNO sewajarlah dirujukkan
Tahniah Ahmad said di atas tuah
Sabar penantian tanpa ngelabah
Umpama ditelan emak atau ayah
UMNO ganu mesti mantap gagah
Jasa idris rakyat trengganu hargai
PRU 12 buat jadi kayu ukur bukti
UMNO/BN masih perintah negeri
Bukan MB pun boleh lagi berbakti
Firasat hamba dari jauh memerhati
Tika exco bawah idris jusuh alami
Banyak hal ahmad said menghayati
Jangan lupa, kemaman naikkan seri
serling
[27.03.08]
khamis
……
Hmmm
Nampak gaye nye sampai November terus tangguh lagi. Tangguh la.. Nasib melayu…
Sdr BigDog
Boleh ke MT ubah lagi decision?
Susah tentu!
Dan Kepimpinan akan memberikan segala macam alasan untuk keputusan ‘Flip-Flop’ mereka. Nampaknya, ‘suara terpendam’ ahli MT UMNO sudah mula ‘bergema’, walaupun masih lagi perlahan
SEJARAH UMNO
DIRESTUI RAJA !
Bersamalah muhasabah diri
Anggota UMNO seluruh negeri
Ahli biasa dan jawatan parti
Taraf sama, dinilai satu undi
Takdirkan PM atau menteri
Bukan guna perkayakan diri
Bukan juga membina dinasti
Perlembagaan parti, dihayati
Di istana, UMNO lahir rasmi
Bandar J.Baharu tetap ingati
Tanda perkenan raja perolehi
UMNO dan raja wajar selari
Raja berperlembagaan diikui
YDA giliran cara demokrasi
Istimewa kita, Raja lindungi
Hak minoriti juga tak kecuali
Jangan antara kita terlupa diri
Raja melayulah terbanyak kini
Raja serta rakyat kemas jatidiri
Sesama kita usah luka melukai
Derhakakan raja usah dipamiri
Pada rakyat, jangan raja zalimi
Raja dan rakyat, disatukan hati
Pesanan hang tuah kekal realiti
serling
[27.03.08]
khamis
……
BD,
berhati hati kepada bakal calon yang berhasrat bertanding menentang Kem AAB kerana pelbagai perkara yang pelik pelik akan berlaku dalam Umno.
Sudah mesti para penasihatnya dalam dan luar negeri akan all out nak pastikan pemilihan akan berpihak kepadanya.
Kepada yang tak ada telur, elok lah awak nasihat mereka untuk bersara sahaja.