Tun Dr. Mahathir: PM ‘Flip Flop’ Abdullah tak malu, lena dan perlu undur

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa PM ‘Flip Flop’ Abdullah Ahmad Badawi sebagai “Tidak malu kerana enggan berundur walaupun telah kalah di 5+1+2 negeri”.

Beliau juga menegaskan “Mesti sedar dari lena” bahawa Kepimpinan tidak lagi diyakini rakyat, termasuk Istana.

Beliau berucap diperasmian mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong, disebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang. Semalam, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diberikan sambutan hambar semasa tiba diLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam sessi soal jawab, beliau menjelaskan bahawa pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988 ialah mengikut peruntukan Perlembagaan dan berdasarkan undang undang. Mantan Presiden UMNO juga menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai “Man of many tongues” dan kerap berkata lain kepada lain lain kumpulan, walaupun atas isu yang sama. Mengenai laporan Jerusalem Post membuat analisa bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang, Tun Dr. Mahathir bersetuju bahwa Anwar mendapat sokongan kuat Yahudi seluruh dunia dan juga menambah “Anwar sesuai menjadi PM Israel”.

Tun Dr. Mahathir berkata “Ahli UMNO mendapatkan kembali ‘hak mereka’ kerana UMNO dan empat parti lain telah dirosakan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah”. Yang dimaksudkan ialah BN, UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Beliau juga mengingatkan ahli UMNO tidak perlu gentar untuk menyuarakan pendapat mereka dengan jelas dan membuat pilihan. Ianya tidak bermaksud ahli UMNO perlu memberontak. Sekadar melakukan apa yang ahli UMNO bertindak kepada Presiden UMNO pada 1951 dan 1969, “Walaupun Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra berjasa begitu besar kepada UMNO, tetapi perlu berundur untuk kebaikan parti dan orang Melayu”.

Semasa sidang media, beliau ditanyakan mengenai calon Presiden UMNO “Ramai ahli UMNO sesuai menjadi Presiden UMNO”. Apabila ditanya adakah maksud beliau ianya terdiri dari Ahli MT UMNO sekarang, “Mungkin juga dan mungkin ada yang lain yang lebih sesuai. yang pentingnya, Presiden UMNO tidaklah bergantung pada ‘pengapit’ (adviser) dari keluarga sendiri!”. Ini merupakan desakan yang amat lantang kepada Presiden UMNO dalam negerinya sendiri, terutama apabila Presiden UMNO itu sendiri ‘kehilangan’ negerinya sendiri.

*Perkembangan terkini Isnin, 31 Mac 2008 2.45am

Ini merupakan laporan Bernama.com:

  30 Mac, 2008 21:15 PM
Orang Melayu Akan Diperalat Jika Pilih Anwar Jadi PM, Kata Dr M Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

PULAU PINANG, 30 Mac (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh bangsa asing jika memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau mendakwa Anwar, adalah seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.

“Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama. Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga.

“Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana,” katanya pada sesi soal jawab selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang peserta di mesyuarat itu mengenai laporan media asing yang mendakwa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.

“Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar). Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara,” katanya.

Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang layak bertanding jawatan tertinggi Umno yang dikekalkan semasa menjadi Presiden Umno adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja boleh bertanding dan bukan bagi kepentingan peribadi.

Di bawah sistem kuota itu, perlembagaan Umno mensyaratkan seseorang calon perlu memperoleh pencalonan sekurang-kurangnya daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding jawatan presiden diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi.

Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi.

Dr Mahathir berkata: “Apa ada kepentingan saya. Saya menang bukan banyak tu aja. Saya menang tanpa bertanding banyak kali.”

“Ini kita buat semua tu sebab kalau tidak, akan jadi macam Sulaiman Palestin. Dia bukan ada sokongan sangat tapi bertanding,” katanya.

Dr Mahathir berkata pada masa beliau memimpin Umno untuk mendapatkan 60 pencalonan daripada bahagian tidak menjadi masalah.

Ini terbukti semasa Anwar mencabar jawatan Timbalan Presiden parti daripada Tun Ghafar Baba, katanya di mana “Dia (Anwar) dapat bukan main banyak…lebih 30 peratus pencalonan tapi dia dapat banyak (pencalonan) kerana pada masa saya tidak ada kawalan.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar hari ini bahawa beliau sebagai seorang anggota Jawatankuasa Perlembagaan parti telah mengemukakan kepada Dr Mahathir cadangan anggota parti akar umbi untuk menarik balik kuota 30 peratus.

Bagaimanapun Dr Mahathir memintanya membiarkan sahaja, dan ini kata Muhyiddin kebanyakkan disebabkan pada hakikatnya Dr Mahathir ialah presiden Umno pada ketika itu dan peraturan ini akan melemahkan sebarang cabaran kepada presiden.

Dr Mahathir menjelaskan langkah Umno berkenaan meneruskan sistem tersebut pada ketika itu bagi memastikan pemilihan parti dilaksanakan secara serius kerana “orang yang dicalonkan bukan secara serius dan kita nak adakan pemilihan makan masa.”

— BERNAMA

Published in: on March 30, 2008 at 15:54  Comments (29)