Tun Dr. Mahathir: PM ‘Flip Flop’ Abdullah tak malu, lena dan perlu undur

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa PM ‘Flip Flop’ Abdullah Ahmad Badawi sebagai “Tidak malu kerana enggan berundur walaupun telah kalah di 5+1+2 negeri”.

Beliau juga menegaskan “Mesti sedar dari lena” bahawa Kepimpinan tidak lagi diyakini rakyat, termasuk Istana.

Beliau berucap diperasmian mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong, disebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang. Semalam, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diberikan sambutan hambar semasa tiba diLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam sessi soal jawab, beliau menjelaskan bahawa pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988 ialah mengikut peruntukan Perlembagaan dan berdasarkan undang undang. Mantan Presiden UMNO juga menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai “Man of many tongues” dan kerap berkata lain kepada lain lain kumpulan, walaupun atas isu yang sama. Mengenai laporan Jerusalem Post membuat analisa bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang, Tun Dr. Mahathir bersetuju bahwa Anwar mendapat sokongan kuat Yahudi seluruh dunia dan juga menambah “Anwar sesuai menjadi PM Israel”.

Tun Dr. Mahathir berkata “Ahli UMNO mendapatkan kembali ‘hak mereka’ kerana UMNO dan empat parti lain telah dirosakan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah”. Yang dimaksudkan ialah BN, UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Beliau juga mengingatkan ahli UMNO tidak perlu gentar untuk menyuarakan pendapat mereka dengan jelas dan membuat pilihan. Ianya tidak bermaksud ahli UMNO perlu memberontak. Sekadar melakukan apa yang ahli UMNO bertindak kepada Presiden UMNO pada 1951 dan 1969, “Walaupun Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra berjasa begitu besar kepada UMNO, tetapi perlu berundur untuk kebaikan parti dan orang Melayu”.

Semasa sidang media, beliau ditanyakan mengenai calon Presiden UMNO “Ramai ahli UMNO sesuai menjadi Presiden UMNO”. Apabila ditanya adakah maksud beliau ianya terdiri dari Ahli MT UMNO sekarang, “Mungkin juga dan mungkin ada yang lain yang lebih sesuai. yang pentingnya, Presiden UMNO tidaklah bergantung pada ‘pengapit’ (adviser) dari keluarga sendiri!”. Ini merupakan desakan yang amat lantang kepada Presiden UMNO dalam negerinya sendiri, terutama apabila Presiden UMNO itu sendiri ‘kehilangan’ negerinya sendiri.

*Perkembangan terkini Isnin, 31 Mac 2008 2.45am

Ini merupakan laporan Bernama.com:

  30 Mac, 2008 21:15 PM
Orang Melayu Akan Diperalat Jika Pilih Anwar Jadi PM, Kata Dr M Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

PULAU PINANG, 30 Mac (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh bangsa asing jika memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau mendakwa Anwar, adalah seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.

“Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama. Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga.

“Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana,” katanya pada sesi soal jawab selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang peserta di mesyuarat itu mengenai laporan media asing yang mendakwa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.

“Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar). Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara,” katanya.

Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang layak bertanding jawatan tertinggi Umno yang dikekalkan semasa menjadi Presiden Umno adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja boleh bertanding dan bukan bagi kepentingan peribadi.

Di bawah sistem kuota itu, perlembagaan Umno mensyaratkan seseorang calon perlu memperoleh pencalonan sekurang-kurangnya daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding jawatan presiden diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi.

Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi.

Dr Mahathir berkata: “Apa ada kepentingan saya. Saya menang bukan banyak tu aja. Saya menang tanpa bertanding banyak kali.”

“Ini kita buat semua tu sebab kalau tidak, akan jadi macam Sulaiman Palestin. Dia bukan ada sokongan sangat tapi bertanding,” katanya.

Dr Mahathir berkata pada masa beliau memimpin Umno untuk mendapatkan 60 pencalonan daripada bahagian tidak menjadi masalah.

Ini terbukti semasa Anwar mencabar jawatan Timbalan Presiden parti daripada Tun Ghafar Baba, katanya di mana “Dia (Anwar) dapat bukan main banyak…lebih 30 peratus pencalonan tapi dia dapat banyak (pencalonan) kerana pada masa saya tidak ada kawalan.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar hari ini bahawa beliau sebagai seorang anggota Jawatankuasa Perlembagaan parti telah mengemukakan kepada Dr Mahathir cadangan anggota parti akar umbi untuk menarik balik kuota 30 peratus.

Bagaimanapun Dr Mahathir memintanya membiarkan sahaja, dan ini kata Muhyiddin kebanyakkan disebabkan pada hakikatnya Dr Mahathir ialah presiden Umno pada ketika itu dan peraturan ini akan melemahkan sebarang cabaran kepada presiden.

Dr Mahathir menjelaskan langkah Umno berkenaan meneruskan sistem tersebut pada ketika itu bagi memastikan pemilihan parti dilaksanakan secara serius kerana “orang yang dicalonkan bukan secara serius dan kita nak adakan pemilihan makan masa.”

— BERNAMA

Published in: on March 30, 2008 at 15:54  Comments (29)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/30/1181/trackback/

RSS feed for comments on this post.

29 CommentsLeave a comment

  1. I like that 5 + 1 + 2. In fact, I used that on my blog …

  2. Tunggoi kayu buruk ni orang kedah tau la macamana..di kelilingi pulak dengan taik kerbau.. eeeee….tak taulah apa nak jadi

  3. Kalu Anwar layak jadi :PM israel”..mahathir pulak layak jadi Pelingkup Msia-waktu Tun Razak, Tun Hussein.. xdak la haru biru Msia hrni..sapa yg start contol media,sapa yg start control polis..takan mukhriz kut time tu..lani baru nak bisisng..tu pun sebab x jadi jmbtn bengkok sebab sebab kesian org bawah x cukup duit nak beli susu anak..comeonlah..slgi dari ameno semua sajala..tapi tun razak tun hussein,,tunku aku respect lagi dari bekas2 PM lani …

  4. Bukan sebab kesian kat rakyat x cukup duit nak beli susu anak

  5. Last kopek – I am sure Tun M felt guilty for the unavoidable bad things he has done in the past – perhaps he felt responsible for what happened today, as a result of his own plannings… is he pushing for his Plan B? Perhaps…. Good luck BN.

  6. Teringat saya ketika Badawi memegang tampok kerajaan dengan luahan sajak ‘mencari damai abadi’, ramai orang Malaysia telah tertipu dengan beliau yang bertopengkan ‘insan alim’.
    Tanggappan itu mula berkecai apabila ‘Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari. Umum mengetahui ianya bukan datang dari pemikiran belia tetapi dari menantu beliau yang menciplak penulisn Prof. Anuar Al Junid yang digunapakai oleh ajaran Freemason di Barat. Bermula dari itulah merosotnya pengaruh Pak Lah.
    Berjanji hendak memerangi rasuah, tetapi Pak Lah yang pelupor dan galakkan rasuah dalam kerajaan. Jika beliau amanah, beliau tidak akan meyokong anaknya untuk mendapat kontrak ‘ oil for food’ dari USA. Saya cadangkan hukuman lebih berat dikenakan bagi perasyuah dan Pak Lah patut dibawa kemuka pengadilan kerana memberi kontrak bernilan billion ringgit kepada keluarganya. Saya sangat bersetuju DR M kata Pak Lah tak malu. Beliau sebenarnya ‘munafik. Janji satu tahun tapi mungkir. Tidak menepati janji. Tidak Amanah dan bercakap bohong.
    Dean KL

  7. ramai pemimpin-2 UMNO juga tak tau malu,MMT,Ali Rostam,Hamidi,Nazri,Razak,Toyo,Rafidah(after 50 years,her english still broken),Idris,AAB,KJ,Hamid,Baharum,the Pahang Gangster Head,send them to RED SEA!

  8. AURA PAK LAH
    TAK RELEVAN LAGI !

    Tiga minggu PRU 12 berlalu
    Tsunami politik sebutan baru
    Calon-calon BN ramai dikedu
    5 + 1 negeri catat sejarah pilu

    Di P.Pinang, BN ditundukkan
    PRU terburuk UMNO rasakan
    Negeri presiden, lawan tawan
    Aura pak lah tidak lagi relevan

    Sungguh masih perdana menteri
    Hambar sambutan pak lah rasai
    Patut pak lah memuhasabah diri
    Di negeri sendiri, sedikit hargai

    Di majlis kesyukuran sungai dua
    Pak lah bagai ayam yang taji luka
    Ibarat pawang pengubat hati lara
    Taji sendiri luka tak mampu jaga

    Selaku presiden parti teramanah
    Parti dan rakyat jangan dimamah
    Regu pak lah & KJ sumbang padah
    Diundurkan supaya kembali cerah

    serling
    [30.03.08]
    ahad
    ….

  9. why all the UMNO heads like cock?
    yes,only the extremists could climb-up to that level,including TDM!
    the non-malays rily suffered a lot for the past 50 years,it’s time to do a correction!still not too late!

  10. both TDM n Lah no more relevant

  11. Camana pak imam islam hadhari ni jadi ketua, dalam kalangan keluarga sendiri pun dia tak boleh suruh buat perkara yang mudah ikut perintah Allah ni pulak nak jaga seluruh rakyat Malaysia. Dia ingat jadi ketua ni senang, lupa ke bila mati nanti dalam kubor kena jawab banyak soalan. Itu belum sampai di Makhshar lagi! Dah tak percaya ke dengan benda benda tu? Taubat lah segera muga2 ada pengampunan Allah. Kalau tak percaya juga tanyalah bapa anda, dengar apa katanya. Lepas tu buat le keputusan sama ada nak masuk neraka ke atau shurga. Terima kasih

  12. aku tak pangkah BN tahun 1999 sbb Maha Firaun
    aku pangkah BA tahun 2008 sbb DSAI
    kasihan org tua yg hilang kuasa dan hulang punca

  13. semua dasar pentadbiran Dr.M dlu Pak Lah da x pakai.Pak Lah ikut pentadbiran yg adil n x berahsia.Dr.M plak cmuanyer die btl.pdahal msa die PM dlu mcm2 dok berahsia.Anwar dipenjara tp bila Pak Lah jd PM trus Anwar dibebaskan.bermakna Pak Lah da tau Anwar x bersalah tp masa 2 die TPM so kuasa dbwah Dr.M.tp Dr.M dok ngutuk Pak Lah.padahal cmua dasar dlm UMNO n BN Dr.M yg tetapkn.PRU-12 adalah yg terbaik dan yg paling telus dimana Pak Lah bijak menggunakan peti undi ‘TRANSPARENT” yg nampak di dalam.masa DR.M dulu cemua peti undi warna hitam “BLACK” yg x nampak di dalam.Pak Lah lg adil berbanding DR.M.kluw nk ikutkan dari dlu lg pembangkang menang byk.tp kite x nampak rahsia disebaliknya.Dr M x puashati sbb Pak Lah x ikut dasar sediada die yg dirancang untk bakal PM.Pak Lah byk merubah dasar Dr M dulu.sedarlah Dr M bahawa skrang Pak Lah adalah PM.kamu hnyalah mantan PM.Apepon Dr M semua nk ikut cakap die dan cmua die btl.Pak Lah salah Anwar pon salah.Dr M betul.pas2 cina jd PM baru melayu padan muke

  14. TDM ought to keep his smelly mouth shut now he is not in office. Y now is he giving ideas to cause the downfall of Pak Lah Lah Lah. TDM is a hypocrite, I think the opposition should voice it out in parliment to put this old fart to trial for all the mismanagement, dictatorship and all the shit he had done the pass 23 years in office. He thinks he is above the law?

  15. I wish i could understand it

  16. CONGRATULATION from
    blogrank.info
    for the hot post

  17. Biar UM NO mati begitu je.meresap (vapourised). apa sebok sebok Nak suruh pak Lelah letak jawatan…tak payah.bior dia telukup sendiri.Barisan Rakyat buat je kerja.bagi kita orang seronok dibawah peralihan BE END to BE AAAAA

  18. “gaduh politik” biasa…! Masing-masing mahu mengatakan: “aku je yang betul dan terbaik”.Macam Akedemi Fantasia,masing2 cuba untuk menjadi juara.Setiap kali persembahan ada juri dan pengkritik.Undi pos banyak melalui sms.Sapa yang kurag penyokong,pasti mengucapkan “selamat tinggal” di akhir setiap kali pertandingan dibuat.Bertahan atau berundurnya seseorang dari arena ini adalah suara dari audien macam kita yang jadi pemerhati di kalangan rakyat. Maka sedarlah wahai bangsaku;bukan pertelingkahan yang boleh mengubah sesuatu tetapi TINDAKAN !

  19. […] Presiden UMNO ini juga mengulangi sindiran sinis mengesa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dan juga memberi […]

  20. My dear Raymond,you guys should have praised UMNO in every single blood droop that flows in your body. It was UMNO that let your grandparent became a citizen of Malaya [The name Malaya is derived from the word Malay meaning Melayu ]I actually disagree with Tengku Abdul Rahman decision, you guys should have been pack in a chinese junk and sail it back to Kwang Tung.

  21. pelik gak dgn org melayu ni kan ! even mamat sodomy yg jahat & suka memecah-belah kan org melayu tu pun ada penyokong fanatik. makes me really wonder !

  22. Ada pakcik tua ni cakap kat aku, dulu masa Ghafar Baba sampai di airport penang, Anwar Ibrahim pi hasut orang tanjung supaya jangan pi sambut Ghafar Baba kat airport. Kesian org tua tu.

    Ghafar Baba lah org yg paling byk berjasa utk org Melayu dan patut sentiasa diberi kehormatan. Ghafar berjiwa murni. Anwar memang LUPA siapa diri dia. Sebab itu aku tak suka Anwar. Dia TAK LAYAK utk memimpin Malaysia.

    Kalau Pak Lak & Anwar TAK LAYAK, aku rasa Ku Li lah org paling layak.

  23. I feel it’s time for TDM to shut up. Let UMNO current members decides. TDM should watch this God Father PIII, Don Tomashino time’s up but became counselor to Micheal Corleone (at the end Don Tomashino also dead, kena tembak!). Anyway both also jahat so can go along LAH.

    Wether DSAI can be Israel PM or M’sia PM is not you who decides, it’s the rakyat looking at current scenario. So be it the current Pak LAH, be it either he is sleeping or weak. Partly the rakyat was involved in deciding him. Now let the rakyat within the UMNO decides.

    Anyway I don’t favour any one of you politicians, most of you will soon get rich after a few months become ADUN or MP especially UMNO, and it is an open secret that surely you UMNO MP or ADUN will somehow get involve in business. As a result kekayaan negara hanya berkisar pada orang2 tertentu sahaja. People like me and many more still scraping here and there to make a halal living whereby you people don’t even care to bother!

    So once a while look beyond the future i.e the life after death as death has never forgets anyone including you TDM.

  24. “the non-malays rily suffered a lot for the past 50 years,it’s time to do a correction!still not too late!” – seems there’s no sense of gratitude at all from u Mr Raymond.Plz dun be like Hindraf who tends to exaggerate things.Think rationally b4 make any nonsense comments.U guys are not suffering here.We all know u enjoy living in Malaysia and enjoy the Malaysian citizenship.Ask ur grandparents what they think about living in a Malay land.Were they suffered like the Tibetans in China?Think wisely bro..

  25. Saya sokong Dr M. Dia lah hero bangsa melayu…kita kena tgk trak record sapa yang banyak bawa perubahan pada rakyat terutama bangsa melayu…dasar yang dibawa oleh dr m memang benar-benar memfaatkan rakyat..kita tak nafikan semua sistem dalam umno yg diwujudkan dulu ada yang kurang disenang tp ia bermanfaat untuk semua pihak….itu sbb masa dr m memerintah kita tak pernah kena tawan…hanya kelantan saje

    Kita tengok dasar penswastaan, dasar kepimpinan melalui tauladan, dasar ekonomi baru, dasar bersih cekap amanah dan banyak lagi…semuanya kini dah terlaksana dengan sendiri. Ia menguntungkan rakyat.

    Satu lagi…dr m seorang politikus yang berkaliber.Dah terkenal seluruh dunia…ini membeza dengan ‘paklah yang kalah’. Dia memang seorang yang lansung tak layak lansung diangkat sebagai pemimpin…ckpnya, bahasanya, body languagenya, politiknya, pencaturannya semua tak bergeliga…seorang pemimpin kena bijak berpolitikus dan pandai bermain ayat.

    Saya syorkan paklah berhenti, rehatlah dengan menaiki kapal layar (rm30juta), terbanglah dengan jet pribadi (rm200juta, tidurlah dengan ‘jeane'(berjuta-juta) kat austrlia..

  26. Lantaklah apa nak jadi dengan orang politik ni… semuanya penipu…

  27. Macamana ye??
    Kat Malaysia ni masih ada kah lagi Ketua UMNO yang betul2 berani dan yang betul2 takutkan hanya Allah..kalau ada, tolonglah bagitau, berdosa aku tak pilih dia.

  28. Aku sebenarnya dari dulu penyokong dr m, tapi aku tak setuju dengan cara dia menghentam paklah. Aku rasa kalau dr m masih menjadi pm apa yang berlaku di pru 2008 telah berlaku di pru 2004 setelah melihat trend pru 1999.

  29. sy dr dulu lg penyokong pak lah..tp,skrg niii barang smua dh naik..sy skrg ni,dh x sokong die,sy sokong tun..sbb,tun lebih berpengalaman dr pak lah..hidup tun..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: