Mike Tyson larang ahli UMNO hadir “Forum UMNO Pasca PRU 12”?

Dalam mesyuarat BN Negeri Selangor, Pengerusi BN Selangor baru Senator Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib memutuskan ahli UMNO dilarang sama sekali untuk menyertai Forum “UMNO Pasca PRU 12” anjuran portal politik MyKMU.net Selasa 1 April 2008 ini di Petaling Jaya.

Amaran dikeluarkan sekiranya ada ahli UMNO yang akan menghadiri forum tersebut, yang akan dirasmikan oleh Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad dan panel perbincangan pula terdiri dari Mantan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir dan Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi, tindakan akan diambil keatas mereka.

Persoalan sekarang, atas dasar apa tindakan akan diambil keatas ahli UMNO yang hadir pada Forum itu? Fasal mana dalam Perlembagaan UMNO yang menyalahi ahli UMNO menghadiri forum perbincangan terbuka yang terdiri dari tiga wakil rakyat dan Mantan Presiden UMNO?

Mike Tyson, Ketua Penerangan UMNO dan baru baru ini kembali sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO ini samada tidak pernah meneliti Perlembagaan UMNO atau selain dari Bahasa Inggeris, beliau juga lemah Bahasa Melayu kerana gagal memahami dan member tafsiran realistik kepada Perlembagaan UMNO.

Apa pun, Forum “UMNO Pasca PRU 12” ini diharapkan menjurus kepada mencari kenapa rakyat, terutama orang Melayu mula hilang sokongan dan keyakinan kepada UMNO dan BN dan kenyataan Mike Tyson ini tidak langsung membantu kearah mengembalikan keyakinan dan sokongan masyarakat.

UMNO dulu, kini dan selamanya atau apa, untuk siapa dan bila?

Published in: on March 31, 2008 at 00:07  Comments (43)