Mukhriz: Berdiri disisi saya untuk kembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO

“Berdiri disisi saya, untuk cari Kebenaran, yakinkan rakyat, yakinkan orang UMNO kembali, syiarkan ugama Islam, martabatkan Bangsa dan majukan Negara!”, desak Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir di Forum UMNO PASCA PRU 12 anjuran KMU.net disebuah hotel di Petaling Jaya.

umno-pasca-pru-12.jpg

Mukhriz juga mengulas apa yang terjadi kepada UMNO hari ini ialah akibat pemimpin UMNO ada ‘Budaya Takut’; “Takut hilang jawatan, takut hilang kontrak, takut tidak mendapat sokongan Kepimpinan”. Tambah beliau lagi “Golongan muda, terutama yang berpendidikan kini menjadi tersisih dan menjauhi UMNO”.

Ahli Parlimen Batu Pahat Dr. Hj. Mohd. Fuad Zarkashi berpendapat bahawa MT UMNO perlu rombakan, sebagaimana pengharaman UMNO 4 Feb 1988, berlaku “Pembetulan, pembersihan dan ‘akhlak politik’ pemimpin”. “UMNO dipimpin oleh ramai yang suka ‘mengangguk”. Reform keatas UMNO, lebih lebih lagi Pemuda UMNO ini perlu dilakukan segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu dan pandangan suara golongan muda perlu dikaji dan jadikan aspirasi untuk membuat keputusan.

Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengulas mengenai semua pihak tidak puas hati mengenai perlaksanaan DEB dan perlu melihat semula formula yang perlu diguna-pakai.

umno-pasca-pru-12-ii.jpg

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas gema sorakan dan respons para hadirin hari ini merupakan “Bunyi UMNO dahulu”. Beliau juga menjelaskan sistem kuota yang diperkenalkan oleh UMNO kerana pemimpin seperti Anwar Ibrahim mampu mengulingkan seorang pemimpin UMNO yang amat berjasa seperti En. Ghaffar (Baba) tetapi sekarang bersetuju sistem kuota ini dimasuhkan kerana ahli ahli UMNO kini dilarang ‘bersuara’ dan ujud budaya takut.” Beliau juga menambah Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mencabar beliau untuk jawatan Presiden UMNO dan beliau hampir kalah.

Tun Dr. Mahathir kini membuat ‘fikiran kedua’ mengenai Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai calon mencabar Kepimpinan dan juga menegaskan mana mana pemimpin yang berhasrat untuk menerajui parti perlu dipilih Perwakilan dan mendapat sokongan kuat akar umbi. Beliau menyokong mesyuarat agung luar (EGM) UMNO sebagaimana yang dicadangkan oleh Tengku Razaleigh tetapi menambah EGM juga wajar memutuskan sistem kuota dan undi bonus ini dimansuhkan.

Mantan Presiden UMNO ini juga mengulangi sindiran sinis mengesa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dan juga memberi gelaran “DYMM Sultan Abdullah Shah”, sebagai merujuk kemelut krisis dengan pihak istana.

Dalam sidang media, apabila ditanya pemberita, Mukhriz mengaku bahawa pilihan peribadi beliau untuk Presiden UMNO ialah Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan bersedia menimbang untuk dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO hanya selepas Dato’ Seri Hishamuddin Hussein membuat keputusan mengenai kedudukan beliau dalam pergerakan sayap kiri UMNO itu.

*Perkembangan terkini Selasa 1 April 2008 9.00pm:

Bernama.com membuat laporan:

 

01 April, 2008 20:14 PM

Mahathir Cadang EGM Pinda Perlembagaan Umno Mansuh Undi Bonus

PETALING JAYA, 1 April (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat agung khas atau luar biasa (EGM) Umno, jika diadakan, perlu meminda perlembagaan Umno bagi memansuhkan peraturan undi bonus bagi pertandingan jawatan parti Disember depan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata jika ada desakan ramai, Majlis Tertinggi (MT) Umno akan setuju mengadakan mesyuarat khas itu yang juga perlu mengkaji punca kekalahan besar Umno yang menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. “Saya tertarik dengan cadangan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah supaya Umno) mengadakan mesyuarat khas membincangkan kekalahan…tapi perlu juga bincang soal undi bonus,” katanya pada forum “Umno Pasca Pilihan raya Umum ke-12” di sebuah hotel di sini hari ini.

Forum anjuran Mykmu.net turut dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, anggota Exco Pemuda Umno dan anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Ketua Penerangan Umno Johor yang juga anggota Parlimen Batu Pahat Dr Puad Zarkashi.

Tengku Razaleigh yang merupakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang baru-baru ini mencadangkan mesyuarat agung khas diadakan bagi membolehkan pimpinan Umno akar umbi memberi pendapat berhubung kekalahan BN di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang serta kegagalan merampas Kelantan daripada PAS.

Dr Mahathir berkata beliau mengakui undi bonus diperkenalkan semasa beliau menerajui Umno dulu, tetapi menurutnya, pada masa itu anggota Umno bebas mencalonkan sesiapa untuk bertanding.

Sebaliknya, beliau berkata kini anggota Umno takut pada kepimpinan parti dan memberi contoh ketika Tengku Razaleigh mengumumkan hasrat bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan lepas, bahagian-bahagian yang berjanji akan mencalonkan beliau tidak berbuat demikian.

Beliau berkata dalam senario Umno hari ini, apa yang penting ialah bagi anggota Umno untuk bersuara secara berani memberitahu pendapat mereka mengenai apa yang salah mengenai parti dan kepimpinannya.

Dr Mahathir memberi amaran jika anggota Umno tidak berani mulai sekarang menyuarakan apa yang benar, maka Umno akan menghadapi jalan kehancuran kerana jika tunggu sampai pilihan raya akan datang, apa juga pendapat yang disuarakan adalah terlambat.

Malahan katanya, Umno akan menjadi tidak relevan, jika negeri-negeri yang sekarang ditadbir kerajaan campuran PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menunjukkan prestasi baik hinga menyebabkan pelbagai kaum termasuk orang Melayu terus menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika sesi soal jawab, Dr Mahathir berkata peluang harus diberi kepada sesiapa yang tampil ke hadapan untuk bertanding jawatan presiden Umno.

“Walaupun dulu kata (Timbalan Presiden Datuk Seri) Najib (Tun Tazak) patut ganti…tapi tak tahu kenapa…(sekarang) saya tukar fikiran.

“Masa itu kita buat penilaian apakah Najibkah…Muhyiddinkah (Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin) …sesiapa,” kata Dr Mahathir.

Sambil menegaskan beliau tidak mahu menyokong pemimpin yang tidak baik bagi parti dan negara, Dr Mahathir berkata Umno boleh dipulihkan jika semua anggota berani menyuarakan pendapat.

Dr Mahathir berkata beliau tidak gentar disingkir daripada parti akibat kelantangannya menyuarakan pendapat, kerana beliau pernah mengalaminya sebelum ini.

Mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ramai pihak menganggap telah memperkayakan segelintir pihak, Dr Mahathir berkata tidak ada apa yang salah dengan dasar itu, tetapi yang salah adalah pada pemimpin.

— BERNAMA

*Foto adalah ehsan Photo-Bloggo-Journo Jinggo

 

Published in: on April 1, 2008 at 13:51  Comments (39)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/01/mukhriz-berdiri-disisi-saya/trackback/

RSS feed for comments on this post.

39 CommentsLeave a comment

  1. Alhamdulillah..

    Senang hati bila tok mukhriz ckp “Syiarkan Ugama Islam”..

    Insya Allah, mudah2an termakbul… slow2 kayuh, lama2 di atas jalan yg benar kita…

    Jgn jadi mcm “Islam Hadhari”.. isinya elok, pelaksanaan hancus… lebih baik buat keja x dak branding daripada branding lebih, laksana takdak..

  2. Tutup je UMNO. Buat parti lain atau join DAP atau PKR atau PAS. Habis cerita. TDM, Pak Lah, Najib, Khir toyo dll telah menjadi sejarah hitam dalam negara kita. Mari kita sama-sama pandang ke hadapan…

  3. Any shocking incidents happenned today? I heard Khir Toyo was heckled by Umno Selangor. Plus some individuals asked whether anwar ibrahim can be brought back into Umno. Is this true?

  4. Islam yang ada sekarang pon dah elok, dah semporna dah… Nabi sendiri yang bawak sendiri pastu sebarkan kepada semua manusia.. Islam tu dah cukup asam garam dia…

    apa lagi yang DYMM Sultan Abdullah Shah nak ubah?
    pandai dia nak cover diri dia… belakang Islam Hadhari tu, dia benda yang tak elok… naya ooooooooooooo PM camnie….macham mana org nak respek…

  5. Senang kira la…
    Dr. Mahathir punya signature memang mahai lagi la, walaupon dia dah tak jadi PM… aura dia tu kuat gila lah… jangan la nak tipu dia…

    Semoga UMNO akan dapat sorang pemimpin yang bulan DYMM tu….

  6. BD,

    So bila MAt TAik nak pecat semua orang Umno yang attend hari ni. Aku nak tengok dia ni bertelor lagi ke tidak. Cakap tak pikir dulu

  7. Perjumpaan pagi tadi di sebuah hotel di PJ adalah satu lagi petanda yg nyata sedang ujudnya kegelisahan dikalangan ahli ahli UMNO terhadap kepimpinan mereka. Jarang jarang sekali pernah berlaku sebelum ini dimana saja kita pergi perbualan yg kedengaran (khusus dikalangan orang Melayu dan amnya bukan Melayu) adalah ketidakpuasan hati terhadap PM bukan sahaja keputusan PRU tetapi kpd akibatnya yg menunjukkan ketiadaan satu perancangan yg jitu bagi menghadapi kemungkinan kemungkinan “adverse ramifications”. Mereka sekeling PL agak terlalu angkuh dan over-confident.

    Peristiwa Terangganu sangat sangat memalukan apatah lagi apa yg dilakukan oleh PL terhadap Sultan yg juga Yang Di Pertuan Agung. Sekarang ahli ahli UMNO dari semua peringkat misti sedar bahawa mereka sudah mula mempunyai tanda harga apabila menghadapi persiapan untuk pemilihan UMNO. Tidak salah jika diandaikan terdapatnya golongan muda atau generasi penerus yg sedia kaya raya atau pun sudah mempunyai “patron patron” yg kaya raya, akan menaburkan wang untuk membeli sokongan dan undi bagi menghadapi pemilihan UMNO kelak.

    Beberapa tahun dahulu Tun Mahathir pernah memberi amaran kemungkinannya seorang PM Malaysi adalah hasil dari politik wang justeru akan hanya jadi boneka sahaja.(Adakah ini sdang menjadi kenyataan?)

    Hakikat ini perlu sangat disedari dan disedarkan oleh ahli ahli UMNO yg betul betul sayangkan bangsa, masa depannya serta anak cucunya dan negara dan tidak dikhayalkan dengan beberapa ratus ringgit (mungkin ribuan kpd mereka yg lebih berpengaroh)tetapi akhirnya semua tergadai dan Melayu “terlonglai”.

    PL sudah tersasur. Dia kelihatan sudah mula hilang arah dan akan terus sesat jika panduannya masih diterima dari anak menantu dan kuncu kuncunya. Perubahan pucuk pimpinan sangat sangat perlu diusahakan sebelum terlambat!

    UMNO hendaklah pinda perlembagaan dengan mengadakan Majlis Presiden yg di isikan oleh Tun Mahathir dan PM pula deberi kpd Ku Li dan timbalannya Muhyuddin. QED!

  8. Tentu sekali Pak Lah akan berundur. Cuma jangan lanyak Pak Lah apabila beliau mengundur diri. Tapi kalau Pak Lah degil dan terus berpaut, sukar diramalkan apa akan jadi pada beliau dan keluarga.

    Sesudah rakyat mengundi, rakyat akan terus memerhati.

  9. “Mahathir juga menjelaskan sistem kuota yang diperkenalkan oleh UMNO kerana pemimpin seperti Anwar Ibrahim mampu mengulingkan seorang pemimpin UMNO yang amat berjasa seperti En. Ghaffar (Baba) tetapi sekarang bersetuju sistem kuota ini dimasuhkan kerana ahli ahli UMNO kini dilarang ‘bersuara’ dan ujud budaya takut.”

    Bukankah sistem kuota ini dibuat ketika Mahathir jadi Presiden parti kerana takut dicabar semula oleh sesiapa saja,setelah nyaris-nyaris kecundang dengan Ku Li. Kenapa pula dia nak kaitkan dengan Anwar? Fobia betul lah orang tua ini dengan Anwar!!

    Dulu ahli-ahli UNO dah bersuara tentang sistem kuota ini tapi masa Mahathir berkuasa sapa berani cakap kuat nanti dibuangnya ke Sungai Buloh. Sekarang dia nak jadi jaguh nak perbetoi parti UMNO Baru yang diasaskannya itu. Poooorah!!!

    cheers.

  10. Dude you didn’t tell the whole thing that happened there!

    Where was Khir Toyo attacks which I have to say he is quite dare to face them. Where was the Anwar Ibrahim speech by that not so bright ketua pemuda cawangan, where was the Umi Hafilda scene….

    Had an interesting day though, but, though I like Mukhriz alot, I noticed that his speech sounds like the speech from V for Vendetta. Hahahahaha…..

    -Pemuda UMNO Hulu Kelang-

  11. rampas je la kuasa mahathir … hang bawa je anak hang yang botak tu .. kita teruskan lagi forum teruskan lagi perang saraf ….teruskan lagi provokasi bagi negara kita ni jadi huru hara hehehe. dulu pembangkang x menang banyak sebab hang buat pilihanraya tipu pas tu hang takut-takutkan rakyat dengan macam2 ugutan BN menang pun dah kira bagus sebab la ni negara kita bebas sapa pun boleh cakap.Mahathir hang pengecut anwar hang tahan . la ni anwar bebas apa hang nak cakap. pada pandangan hang pak lah kena berundur, najib dah tak layak anwar tak dah tak sesuai. jadi aku rasa la anak hang kepala botak tu yang layak ..jadi apa lagi teruskan kempen.. orang dah habis kampen pilihanraya , la ni hang kempen untuk jawatan anak hang teruskan … rakyat malaysia apa lagi sokong la mamak ni tak lama malaysia ni jadi melaka la … sokong jgn tak sokong

  12. Hidup UMNO.
    Aku menyampah kat SPR sebab tu PKR/DAP/PAS menang, cilaka punye undi hantu! Org tua dah mampos bleh buat PKR/DAP/PAS menang. Org dah mati pun bleh pangkah DAP/PAS/PKR. Ciann Umno..
    Kalau Anwar kat tempat Pak Lah tentu byk perubahan, macam michael Jakson la. Nanti anwar mampos, bleh ganti anak dia tak pun bini dia. Anwar awal awal dah check mate dan megaku defacto PM. Nanti anak dia, lepas tu bini dia, laki simpanan dia, perempuan simpanan dia.. Lepas tu DAP plak. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng , Lim au purut, dan semua keluarga lim termasuk la patrick Lim, PKR ngan DAP ni senang beli, US bleh beli, singapork bleh beli, israel boleh beli, mamat – mamat belakang Lrg Hj Taib pun boleh beli!! Pak Lah buat malaysia on sale, Anwar ngan DAP buat melayu, malaysia, islam , bontot on sale. HIDUP PKR!! HIDUP DAP!!
    Lupa lak pasal PAS, munajat ramai ramai sembahyang hajat byk byk, tidur dengan bini orang byk byk, lepas sembahyang cakap lak tuhan samseng, kalau jadik PM bleh lak buat usul kutuk UMNO sebab mengata dan mengumpat tu sah..tak caya tanye Hadi.
    Hidup PAS!!

  13. i don’t think the treatment you guys gave that ketua pemuda for asking queation relating anwar ibrahim was very nice and proper. The people there should show a good example of how democracy works. if you preach about abolishing the quota system and wants democracy to return within Umno, you guys there should let him speak instead of heckling him and stifling his rights to speak! sigh. umno will lose more points because of this.

  14. APA HANG MEREPEK NI TOK GAJAH SAKTI…HANG NI XDER ILMU KER…CKP BIAR INTELEK SIKIT…SEDIH ADER GAK OWG MCM HANG KAT MALAYSIA NI

  15. Memang pun hendak berubah.jikalau tak berubah malaysia akan menjadi tempat rasuah yang teruk sekali.Pandanglah si zakaria yang duduk di kelang.seorang ahli majlis boleh mempunyai banglo yang berpuluh-puluh juta.sedangkan penduduk sekitar hanya rumah setinggan.bayangkan lah kalau jadi menteri betapa kaya dia orang boleh dapat.

    Tolong hormat orang yang telah kembali ke rahmahtullah. Semasa hayatnya ada, kita boleh persoalkan isu isu mengenai dirinya. Sekarang, dia sudah pergi dan isu yang ditimbulkan sudah tidak relevan lagi.

    Terima kasih

  16. Komen dari Tok Gajah Said macam orang takde berpendidikan sahaja. Komen amcam nie elok dibakulsampahkan sahaja. Buat menyemak dan memenuhkan ruangan komen je!!!!!

  17. Si tok gajah, kau ini pun bodoh sama sekali.undi hantu hanya umno yang buat.kau kena ingat siapa yang mencadangkan mengunakan dakwat kuku tetapi BN takut kalah lalu membasmikan proses ini.ini memang kerja umno.kau kena fikir BN boleh menang cuma menang kat kawasan kampung sahaja.sebab orang kampung telah dihasut oleh BN kerana BN sanggup membuat iklan di TV.Itu pun mengunakan duit kita.fikir fikirkan lah si tok gajah.

  18. itu la, bila dikutuk tau marah, asyik tuduh Tun M dan UMNO.
    Skrg ni umno dalam proses memperbetulkan diri. Begitu juga tun M dan saya rasa ahli UMNO yg lain. Kalau tak bleh beri mereka peluang, terpulang. tp jgn cepat melatah.
    Kalau taubat tuhan yang menentukan mengapa kamu semua yang mengambil keputusan?

  19. TOK GAJAH HANG TOK SAH DOK KOMEN MACAM TU… BURUK SANGAT AKU NAMPAK… MACAM ORANG TAK ADA AKAI.. MELAYU..KA APA HANG NI…ISLAM KA APA…HANG PIKIAG HANG SAJA YANG BETOI… BENGOOOONG…

  20. Hidup Tun M,Dato Mukris, dan rkn2 seperjuangan.. mudah2an bagi memartabatkan syiar Islam di Malaysia akan mendapat berkat dan kejayaan, martabatkan bangsa, makmurkan malaysia..kami tetap berdiri teguh bersama..

  21. Dato’
    saya tidak pernah takut bersuara dan saya tidak pernah peduli pasal kontrak kerajaan sebab for me semua tu untuk kroni saja. so far ALLAH yang bagi kita rezeki and rezeki bukan terletak kontrak kerajaan.
    saya dah terlalu risau dengan keadaan malaysia sejak 6 tahun dulu. melihat arus perubahan yang tidak tahu lagi kemana arah tuju. it get worst bila Tun resign as PM.
    melihat telatah Pak lah memerintah malaysia mengikut hukum anak beranak. telatak DSAI yang terlalu saya curiga kerana terlalu pro america, merisaukan saya.
    for me seorang pemimpin mesti ada perasaan saynag kan negara dan rakyat. yang tidak pernah look beyond it. pemimpin mesti jujur, intregiti tinggi, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab and mesti mempunyai karisma dan aura tersendiri.
    good luck and may ALLAH bless what you do for the nation.

  22. CONGRATULATION from
    blogrank.info
    for the hot post

  23. The way the Ketua Pemuda spoke, he didn’t seem like a naive on the fence guy trying to figure out why Anwar is rejected. I think he was a plant to stir things up. He even spoke like a Singaporean. Why don’t we check his background and see if he is indeed who is said he was.

    The right thing to do was to let him hear the panel’s response to his question but the audience was getting all worked up and it was for his safety that he was escorted out. We are all UMNO members. There is no camp between us. All we know is we have to reject a leader who has failed us. Mentioning the name of a known traitor is even worse than the Prime Minister who has failed us in that forum.

    If you know that a fast timber lorry is coming, should you be allowed to exercise your right to jump right in front of it?

  24. Kalau DYMM Abdullah Shah tak mau turun, apa yg perlu UMNO MT usul undi x percaya terhadap nya. Siapa yg berani buat tu dialah anak jantan keturunan melayu mat kilau.Sultan Abdullah Shah betul2 menakutkan. Jangan2 dia ada pakatan dgn AI tak supaya taiknya tak dibongkar apabila AI jadi PM. Dia org tu dua2 org Penang.AI misti nak balas jasa KJ berlari lari buatkan paspot AI untuk pergi ke Germany untuk berubat. Entah2 ambil duit org amerika.

    Memang itu tindakan yang amat baik, rakyat mahu tengok dan sekaligus mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada parti nasionalis Melayu ini, atas dasar untuk menyelamatkan Negara dan meneruskan Perjuangan.

    Persoalan sekarang, siapa dikalangan ahli MKT UMNO hari ini yang sanggup jadi ‘wira’ (jaguh) untuk memulakan ‘gerakan’ agar satu undi tidak percaya keatas Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi dilaksanakan?

    Semua “dia tunggu dia, dia tunggu dia” aka ‘Budaya Takut’, yang mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Mukhriz Mahathir sebut itu.

  25. Bro BGDC,

    Bila lagi nak turun Johor?

    InsyaAllah, dalam masa terdekat. Mungkin kurang dari 45 hari. Kita sama sama tunggu perkembangan selanjutnya

  26. sorry biggie, didnt see you at all. i mean, i was rather busy…ehem..rubbing shoulders with TUN himself..yes…ehemm…where were you again?

    hehehhehe…

    Well, I saw you, You sat in the middle of the hall.

    Maybe I wasn’t there, after all.………………………….. 🙂

  27. CONGRATULATIONS from
    blogrank.info
    for the hot post

  28. Datuk Mukhriz,

    Make your decision crisp and decisive. Don’t say stand by you on one hand then contemplate resting from the scene to concentrate on Jerlun on the other. The ambiguity is making people think twice whether to sink or swim with you or find someone else of the same respect to continue the struggle.

    Hishammuddin won’t throw his hat into the VP ring I’m quite sure because it would be akin to committing suicide. So Datuk, please find a contingency plan and let it be known so we can be prepared to stand by you. If you’re going to the Bahamas, we’ll bring our trunks and sunglasses but if you’re going to Davos, we’ll have to bring our overcoats. Let us know so we know what to pack instead of bringing the wrong attire for the trip. Comprendhe?

  29. […] ini, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, telah membuat kenyataan bahawa beliau sanggup bertanding jawatan itu hanya selepas Dato’ Seri Hisham mengosongka…. Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, yang juga ahli MT UMNO […]

  30. IN THE WORDS OF MR MARVIN GAYE DATUK MUKHRIZ!!! LET’S GET IT ON!!!!!!!!!!!!!

  31. HIDUP MUKHRIZ!!
    HIDUP TUN MAHATHIR!!
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP MELAYU!!
    hapuskan ‘Kepala Jin’ dalam UMNO!!!!!!

    UMNO
    -PERJUANGAN SEBUAH BANGSA-
    -DULU KINI SELAMANYA-

  32. nni pandai2 buat perjumpaan…
    ada permit ke???

    Perjumpaan dalam tempat tertutup, seperti Dewan Bankuasi sebuah hotel, tidak perlu apa apa permit dari sesiapa, termasuk Polis. Lain buat perhimpunan atas padang, tepi jalan, Dataran Merdeka atau mana mana tempat terbuka.

  33. Salam,
    UMNO kena muhasabah diri, jangan lupa, Allah nak uji Dia jadikan sesuatu tu ada hikmahnya..sebagai wakil penegak agama Islam di bumi sebelah sini, orang melayu diuji Allah dengan cara tersendiri..Orang PAS juga Islam, begitu juga yang di dalam PKR, masing2 ada sebab nak jadi champion.
    Akhirnya, kebenaran akan menundukkan kebatilan..Kita sebagai rakyat jangan lagi diperdaya oleh orang yang mengaku berjuang untuk rakyat tapi lebih kepada perjuangan untuk keluarga dan orang yang terdekat sahaja..Rakyat kena tengok juga orang yang berjanji itu dan ini tapi siapa sebenarnya orang itu..dari mana datangnya, dari mana datang duitnya??
    Adakah agenda perjuangan orang ini ikhlas untuk bangsa dan yang terpenting, agamanya?? atau hanya hadir untuk membalas dendam atau bercita-cita nak dapat duduk kerusi empuk sahaja?

    Berdoalah agar Allah selamatkan negara ini dari petualang bangsa..

  34. KEKALAHAN gila, (meminjam ‘lingua franca’ remaja hari ini) BN dalam pilihan raya umum lalu ia memberi impak dan kesan piski kepada siapa sebenarnya? Siapakah yang menjadi sasau, sakit jiwa dan tidak lena tidur dengan kekalahan itu? Dikira secara mudah, tentunya Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi. Beliaulah yang perlu sakit, meracau ataupun sedih dengan tragedi itu.

    Namun nampaknya beliau seakan rileks sahaja. Abdullah menerima apa yang berlaku itu sebagai takdir, seperti mana Tuhan mentadkirkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri ke-5. Waalupun jawaban dan alasan yang diberikan kadangkala menggambarkan kerendahan daya intelektualnya, namun yang nyata Abdullah tenang dan tidak menampakkan kegabraannya.

    Sebab itu beliau menerima hakikat dan menerima baik kerja-kerja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sebelum ini dikatakan berpihak kepadanya, dan tidak cuba mencari dalih-dalih tersembunyi mempertahankan maruahnya.

    Di sini ucapan syabas boleh diberikan kepada Abdullah. Cuba kalau apa yang dialami BN itu dipikul oleh pembangkang mungkin sudah ‘lebam’ muka Abdul Rashid Ahmad dibelasah rakyat dan pembangkang. Mungkin juga sudah ratusan ribu rakyat berhimpun di Putrajaya. Namun hari ini setelah pembangkang menjadi Kerajaan di lima buah negeri, SPR semacam kembali suci!

    Kekalahan teruk itu tidak menggoncangkan Abdullah. Sebaliknya pihak SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman khasnya persis kecewa dengan apa yang berlaku kerana beliau tidak dapat berbakti dan meninggalkan legasi kemenangan besar kepada BN dan Abdullah seperi mana dijanjikan sebelum ini.

    Yang tampak gelabah, resah, panik dan macam cacing kepanasan dengan nasib diterima BN ialah bekas Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad. Kalut benar sehari dua ini Dr Mahathir dalam membuat kenyataan dan komentar berhubung apa yang menimpa BN itu. Melihat cara beliau membuat kenyataan dan ulasan seakan beliau terlupa yang beliau tidak lagi Presiden Umno dan Pengerusi BN dan juga turut terlupa bahawa beliau sebenarnya dalam keuzuran batin dan jiwa.

    Dr Mahatahir seakan mendapat wahyu dari 100 malaikat untuk mensedekahkan bahunya bagi memikul segala beban dan rasa malu atas kekalahan BN itu!

    Sebagai bekas, beliau boleh memberi komen atau ulasan, itu tidak menjadi masalah. Tetapi masih diterbatas kepada bentuk nasihat dan memberi pandangan saja. Bukan kritik berupa arahan sehingga meminta Abdullah melepaskan jawatan. Itu sudah melampau.

    Kerana natijahnya memberi kesan kepada dirinya juga bila mana orang akan bertanya siapa dia ini sebenarnya? Apakah masih waras atau sudah nyanyuk melampau!

    Apakah sebenarnya yang membelenggu pemikiran Dr Mahathir dengan kekalahan BN itu? Jawabannya bukan soal masa depan BN. Bukan soal BN atau Umno kalah. Beliau sudah tidak ada masa untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai menerusi Umno itu. Tetapi apa yang meresah dan menakutkan Dr Mahathir ialah Anwar Ibrahim. Beliau bimbang dan cmas kalau Anwar jadi Perdana Menteri. Itu realitinya.

    Hakikat ini diakui sendiri oleh beliau. Semasa mengulas sambil menghetam Anwar, di suatu majlis di Pulau Pinang, Dr Mahathir sudah nampak gambar dan lakar nasib Anwar yang bekas pembantunya itu akan menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat, tahun ini 2008.

    “Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak herek ke mana-mana,” begitulah kata Dr Mahathir kepada wartawan di Penang.

    Walaupun kata-kata itu ejekan, namun ia menyerlahkan apa yang terdampar di hatinya. Bahawa kini Dr Mahathir sendiri yakin Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Dr Mahathir bijak dan arif dengan perkembangan dan mood rakyat waktu ini. Keputusan pilihan raya lalu adalah keputusan rakyat yang mahukan kepada Anwar.

    Dr Mahathir tahu beliau tidak boleh dan mampu meysapu nasib Anwar. Namun beliau berusaha juga sedaya mungkin kerana beliau dikejar bayangan ketakutan yang menghitam dalam dirinya. Kerja ini bagi Dr Mahathir bakal menentukan mati hidupnya. Sebenarnya kebimbangan beliau mengatasi segala yang lain. Soal Anwar akan dicucuk hidung ataupun tidak bersih itu alasan sahaja.

    Sejak bila Dr Mahathir mementingkan soal kebersihan dan kemurnian sahsiyah? Kalau beliau mementingkan kepada soal kebersihan dan keperibadi mulus, beliau tidak akan tergamak menyokong Najib Razak sebagai PM sebaliknya akan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah. Najib jauh lebih cemar dan hamis berbanding Ku Li.

    Yang nyata mengapa beliau tidak sukakan Anwar ialah kerana bimbang mengenai nasib dirinya di masa akan datang.

    Sebenanrya Dr Mahathir tidak perlu bimbang kepada nasibnya. Kalau pun Anwar jadi PM, Anwar tidak akan sezalim dan sekejam beliau. Sebenarnya juga Anwar sudah melupai segala perbuatan keji dan kejam Dr Mahathir ke atasnya. Dr Mahathir sengaja tidak mahu menerima hakikat ini. Nilai perikemanusiaan Anwar lebih tinggi daripada Dr Mahathir.

    Sepanjang kempen pilihan raya lalu Anwar tidak lagi menyentuh dan mengungkit perisitwa sejarah hitam yang Dr Mahathir calarkan ke atasnya. Semuanya Anwar pingirkan dari ingatannya. Bagi Anwar Dr Mahathir sudah lama berada di barzah politik.

    Apa yang dibentangkan pada cermahanya ialah agendanya untuk membela bangsa dan membina negara. Beliau mengariskan agenda penyatuan bangsa yang akan disusun dengan penuh keadilan dan optimistik. Beliau membangitkan semangat waja bangsa Malaysia yang harmoni dan ideal.

    Dan apabila partinya menang dalam pilhan raya lalu secara automatik, sakit, sedih, sebak yang ditangungnya selama ini atas perbuatan zalim Dr Mahathir 10 tahun lalu, hilang dan hanyut seperti sampah yang mudik ke hulu dibawa arus deras 8 Mac lalu. Cuma kalau pun yang tidak bisa disapukan ialah parut-perut kelukaan!

    Jadi untuk apa Dr Mahathir rasa bimbang dan takut kepada Anwar lagi. Tidak perlu!

    Dalam situasi kini di saat rumah sudah mula menutup sebelah daun pintunya dan liang lahad semakin lebar ternganga, Dr Mahathir harus bertindak sebagai pendamai dan penyatu. Beliau seharusnya perlu melupai kepada kisah gemilang masa lalu dan jangan sesekali cuba hendak mengapinya sekali lagi.

    Masa telah meninggalkan kita. Kisah dan kehebatan kita sebagai sang juara (tukang laga lembu) sudah berakhir. Kalau sesekali masih teringin hendak menyaksikan perlawan (laga lembu), untuk lepas gian, beliau boleh berdiri dari atas kerusi roda tetapi harus berada jauh di luar gelangang.

    Jangan sesekali berminat untuk ikut sama bertaruh dengan meletakkan mana-mana lembu, baik dari baka dalam negeri atau luar negeri seperti Mongolia dan sebagainya. Sebab natijahnya, amat buruk kalau lembu yang kita sokong dan dokong itu kalah dan rebah.

  35. […] think Umno members are generally happy? You just have to check on the forums held last week and yesterday to see for yourself how unhappy the grassroots members are. And please look at the […]

  36. […] bahawa apa pun ‘suara dari akar umbi’ akan diketengahkan dalam MT UMNO. Untuk rekod, semasa Forum “UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian” yang dianjurkan MyKMU.net pada 1 April 2008 lepas, Dr. Mohamad Khir merupakan panelis tunggal yang […]

  37. […] dahulu sebelum beliau berundur. Ini adalah respons kepada desakan pelbagai pihak dalam UMNO seperti Mantan Presiden Tun Dr. Mahathir Mohamad, Exco Pemuda Dato’ Mukhriz Mahathir dan Ketua Penerangan … dalam 3 minggu pertama selepas Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008, agar PM ‘Flip-Flop’ […]

  38. […] forum “UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian” anjuran portal politik MyKMU.net di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 1 April 2008, apabila […]

  39. […] forum “UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian” anjuran portal politik MyKMU.net di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 1 April 2008, apabila […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: