Kerajaan tidak akan minta maaf kepada Salleh Abbas

Kabinet hari ini memutuskan bahawa Kerajaan tidak akan memohon maaf kerana pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abbas pada tahun 1988.

Cadangan Menteri DiJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang) Senator Dato’ Zaid Ibrahim merupakan satu amalan-contoh (precedence) yang tidak sihat bagi apa apa keputusan Kerajaan, terutama jika ianya berlandaskan Perlembagaan. Implikasi bagi Kerajaan untuk meminta maaf kepada sebarang keputusan yang berlandaskan peruntukan Perlembagaan mungkin akan membawa bencana kepada keyakinan rakyat dan semua pihak, terhadap kredibiliti dan intergriti semua sistem dalam Negara.

Zaid, seorang mantan rakan kongsi utama firma guaman terbesar dalan negara, dilihat cuba menjadi jaguh (‘hero’) apabila diberikan jawatan Kabinet setelah digugurkan dalam Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008 dan membelakangkan kenyataan sendiri yang dibuat mengenai kes pemecatan ini, termasuk mengkritik keputusan Majlis Peguam pada 1991.

Published in: on April 2, 2008 at 23:41  Comments (3)