Hishamuddin tidak akan pertahan kerusi Ketua Pemuda UMNO

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Hussein membuat kenyataan hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi beliau. Ini bermakna, kerusi tertinggi sayap kiri UMNO itu akan terbuka untuk dipertandingkan dalam pemilihan Persidangan Agung UMNO, Disember 2008.

Setakat ini, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, telah membuat kenyataan bahawa beliau sanggup bertanding jawatan itu hanya selepas Dato’ Seri Hisham mengosongkanya. Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, yang juga ahli MT UMNO berkata dalam sidang media yang sama yang beliau bersedia untuk member laluan kepada Mukhriz sekiranya Mukhriz menawarkan diri dan memberi pandangan peribadi bahawa Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mungkin tidak akan merebut jawatan itu.

Isu ini menjadi buah mulut orang ramai, terutama dikalangan ahli UMNO kerana terlalu banyak spekulasi timbul mengenai Khairy juga dikatakan berminat dan merancang secara strategik. Ini jelas apabila pemimpin Pemuda UMNO yang pro-Khairy disusun dan berjaya mendapat tempat dalam Pilihanraya Umum XII (PRU 12) 8 Mac 2008, satu langkah kearah menguatkan pengaruh beliau dikalangan Pemuda UMNO seluruh negara. Walaubagaimanapun, beberapa personaliti seperti Dato’ Azeez Rahim tewas dikawasan ‘selamat’.

Setelah ‘mesej jelas’ rakyat, terutama orang Melayu dalam PRU 12 dan makin banyak suara dalam UMNO menyatakan pendirian ‘tidak puas hati/selesa’ mereka mengenai perkembangan UMNO yang gagal di 5+1+2 negeri dan prestasi menurun drastik dinegeri yang lain, maka sudah makin jelas siapa yang wajar ke depan untuk memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu dan golongan muda kepada UMNO dan siapa wajar ‘berundur’.

Ini amat penting untuk menentukan bahawa UMNO terus relevan, mebawa wadah memperjuangakan kepentingan orang Melayu, dulu, kini dan selamanya.

*Perkembangan terkini, Khamis 3 April 2008 2.55pm

Laporan Utusan Malaysia:

Hishammuddin tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO

03/04/2008 2:19pm

PUTRAJAYA 3 April – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jawatan yang akan ditandingi dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam parti pada pemilihan itu.

Published in: on April 3, 2008 at 13:47  Comments (12)