Pagi tadi, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir mengatakan kesediaan untuk dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, setelah penyandang Dato’ Seri Hishamuddin Hussein mengumumkan untuk mengosongkan kerusi itu pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disember 2008 ini.
Kini, seorang lagi calon menyatakan kesediaan beliau juga dicalonkan untuk jawatan tertinggi sayap kiri UMNO itu. Ahli MT UMNO dan mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini juga mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding, dalam sebuah sidang media di UMNO Selangor lewat pagi tadi.
Laporan NST:
2008/04/04
Khir gunning for 40% support in bid for Umno Youth chief’s post
By : V. Shankar Ganesh
SHAH ALAM, Fri:
Former Selangor menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo is gunning for the support of at least 40 per cent of Umno divisions in the country in his bid for the Umno Youth chief’s post. He said there three layers of support — the party grassroots, the division leaders and the Umno Youth exco members.
The most important was the division leaders, he said. “If I get 40 to 50 per cent of their support, then I will go for the Youth chief’s post,” he said today after a meeting with Selangor Barisan Nasional assemblymen here.
“At the moment, the feedback is good and if I have enough support, I will definitely contest. “I am only 43 years old and with my experience as a menteri besar, supreme council member and also in the Youth movement, I think I can provide a new dimension to the Youth wing in handling current political problems.”
Asked if it was better for a compromise solution to be found for the post, he said he preferred an open contest. “If the youths are not trained to campaign, their ability to lead may be affected. If we can work out healthy campaigns, they can be trained to speak, communicate and debate in proper ways. It will be good for them.”
He said when there was no proper communication between the Youth wing and the leadership, relations between them could be strained. “This is being demonstrated by the grassroots now.”
Dr Khir said people were too negative about contests in the party, saying it would split Umno. “What we must realise is that in Umno’s history, after a contest the party comes out stronger. Contests are good as long as there is no character assassination.”
Although he garnered the most votes in the last Umno supreme council elections, he has ruled out running for a place in it again saying he only had plans for the Youth post at present.
On whether Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin would contest, he said he did not want to speculate but reiterated that anyone could compete for the post.
On the losses suffered by the BN in the elections, Dr Khir said it was due to three main issues – distribution of the economic pie and living costs, education and inter-religious issues.
Unequal distribution of economic gains caused lower and middle income earners to be deeply dissatisfied. “People’s view of the government and its officers is not good at all.”
Dr Khir said inter-religious problems had been brewing in all the communities and action must be taken immediately to settle them these problems.
He proposed that a high-powered committee be set up to formulate solutions without compromising Malay and Muslim interests. “It is most important that these issues be resolved. Only then should we talk about who is more qualified to lead the nation.”
Untuk rekod, Dr. Khir merupakan ahli MT UMNO yang mendapat paling banyak undi pada pemilihan parti September 2004 dan pernah menduduki Exco Pemuda UMNO sebelum dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2000.
Dalam pada itu, reaksi Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin keatas pengumuman pantas dua pemimpin UMNO ini, kurang 24 jam selepas pengumuman kesediaan Hishamuddin mengundur masih lagi berupa ‘tunggu dan lihat’.
Laporan Bernama.com:
Khairy Tidak Mahu Buat Keputusan Terburu-buru
|
|
REMBAU, 4 April (Bernama) — Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyerahkan kepada anggota akar umbi untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau tidak jawatan ketua pergerakan itu keputusan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak akan mempertahankannya pada pemilihan parti Disember ini.
“Sebagai Naib Ketua Pemuda Umno, saya mewakili sebuah institusi dan sebab itu saya tidak dapat membuat apa-apa keputusan secara terburu-buru mengikut kehendak peribadi saya.
“Saya diajar oleh Datuk Seri Hishammuddin untuk menjaga institusi, maka saya kena kembali kepada institusi iaitu kepada akar umbi (ahli Pemuda Umno cawangan dan bahagian) dan mendapatkan pandangan mereka dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat khidmat masyarakat Anggota Parlimen Rembau di sini hari ini.
Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau, berkata kehendak peribadi dalam konteks institusi bukanlah satu perkara yang penting.
“Yang penting dan perlu kita beri keutamaan adalah kepada institusi kita, yang sama-sama kita jaga. Oleh sebab itu, saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang yang mewakili institusi untuk mendengar pendapat dan pandangan akar umbi sebelum apa-apa keputusan dibuat,” katanya.
Mengenai keputusan Hishammuddin itu, Khairy berkata beliau menghormati keputusan ketuanya itu.
“Secara peribadi saya dan bagi pihak semua warga Pergerakan Pemuda Umno mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana selama 10 tahun, daripada satu ketika dahulu Pemuda Umno begitu bermasalah selepas krisis politik pada tahun 1998, beliau telah berjaya untuk membina semula kekuatan kita dan ini adalah pencapaian beliau yang akan terpahat dalam sejarah parti kita,” katanya.
Ditanya sama ada keputusan Hishammuddin itu akan merugikan Pemuda Umno, Khairy berkata beliau merasakan ia boleh merugikan Pemuda Umno kerana selama 10 tahun memimpin Pemuda Umno, Hishammuddin telah berjaya untuk memulih semula Pemuda Umno dan juga telah memperkukuhkan lagi pergerakan itu sebagai sebuah institusi.
“Sebagai penyokong kuat Datuk Seri Hishammuddin, saya akan menyokong beliau untuk bertanding apa juga jawatan yang beliau rasa sesuai pada pemilihan parti Disember depan,” katanya.
Mengenai hasrat bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk bertanding mengisi Ketua Pemuda Umno, Khairy berkata beliau menghormati keputusan mana-mana pihak untuk bertanding.
“Yang penting adalah demokrasi itu dihormati dan diamalkan dalam parti kita kerana melalui proses demokrasi, kita, Insyaallah akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang terbaik untuk memimpin Umno.
“Saya harap siapa saja yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pergerakan Pemuda, calon-calon ini akan dapat menyatupadukan dan meletakkan soal perpaduan parti sebagai agenda utama,” katanya.
Ditanya adakah pemilihan Disember depan boleh mengakibatkan perpecahan, beliau berkata: “Saya rasa tidak kerana ahli Pemuda Umno sudah matang”.
“Yang penting hari ini ialah kita menghadapi lawan kita yang sebenar iaitu pihak pembangkang dan tumpuan kita harus diberi kepada usaha tersebut.
“Saya harap pemilihan Pemuda Umno yang sihat dan terbuka ini akan dapat memperkukuhkan lagi Pemuda Umno dalam konteks parti,” katanya.
— BERNAMA |
|
|
Untuk rekod, Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti September 2004. Ini bermakna, beliau tidak pernah di’uji’ dalam mana mana peringkat dalam UMNO dan dilihat sebagai “Pemimpin parachut”. Semasa diumumkan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, beliau telah di’boo’ kuat oleh Perwakilan Pemuda UMNO dalam Dewan Tun Ismail itu. Beliau juga pernah menjawat Timbalan Ketua Setiausaha dalam Pejabat Perdana Menteri sehingga dilucutkan jawatan pada Ogos 2005, setelah ramai pihak, termasuk ahli ahli UMNO sendiri menyuarakan kegusaran mereka kepada “Anak muda yang amat berkuasa ini”.
Dewasa ini, ahli ahli UMNO sudah secara terbuka mengkiritik isu seperti penglibatan langsung Khairy, yang juga menantu Presiden UMNO PM ‘Flip-flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam banyak keputusan Kerajaan. Walaupun PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berkali kali menafikanya, faktor ini sudah banyak kali disebut sebagai sebab utama kegagalan UMNO di 5+1+2 negeri dan prestasi menurun seluruh negara.
Sentimen anti-Khairy dan mengesa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur, demi kebaikan UMNO dan kepentingan Bangsa Melayu ini jelas diluahkan ahli ahli UMNO sendiri yang hadir Forum MyKMU.net “UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian” tiga hari lepas diPetaling Jaya.
Apabila diminta mengulas tawaran untuk dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Mukhriz petang ini berkata beliau berusaha untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat, terutama golongan muda kepada UMNO.
Laporan Bernama.com:
Saya Mahu Kembalikan Sokongan Generasi Muda, Kata Mukhriz
|
|
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata tujuan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno adalah untuk mengembalikan sokongan generasi muda kepada pergerakan itu.
Beliau berkata pada masa sama beliau mahu beberapa perkara termasuk sindrom takut bercakap dan tidak memberi tumpuan kepada perkara yang penting yang dibentangkan di dalam mesyuarat exco diatasi.
“Apa yang dibuat Pemuda selama ini dilihat tidak menepati aspirasi golongan muda dan masalah ini kita kena beri perhatian.
Sebelum ini sifat takut bercakap dalam mesyuarat exco, perkara penting dianggap remeh dan perkara remeh diberi perhatian penting juga masalah kita.
“Kita patut bermuhasabah mengenai perkara ini.
Ini kita dapat lihat bukti semasa pilihan raya umum bahawa undi golongan muda berkurangan untuk Barisan Nasional dan juga Umno,” katanya kepada Bernama apabila ditanya mengenai punca beliau menawarkan diri bagi merebut jawatan itu.
Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pergerakan itu berkata sindrom takut bercakap itu ada hubungkait dengan kenyataannya pada Perhimpunan Agung Umno pada 2006 di mana beliau dibidas oleh barisan Pemuda sendiri disebabkan perkara itu.
Anak bekas Perdana Menteri dan presiden Umno itu dipetik berkata bahawa ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mengandungi idea baru dan ia menimbulkan kemarahan barisan kepimpinan Pemuda Umno kerana ia dianggap memperlekehkan Abdullah.
Setakat ini, Mukhriz dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, menyatakan kesediaan untuk bertanding manakala Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Azimi Daim menyatakan minat tetapi mahu menunggu respons pucuk pimpinan sebelum membuat sebarang keputusan.
Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding, hari ini berkata beliau belum mahu membuat sebarang keputusan mengenainya.
Ditanya mengenai ramai yang bakal menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Mukhriz berkata ia tidak menjadi masalah kerana ia menunjukkan amalan demokrasi yang subur dalam parti.
“Pernah ada pertandingan enam hingga tujuh penjuru dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda. Ia memberi pilihan kepada anggota pemuda membuat pilihan,” katanya.
Mukhriz juga tidak setuju dengan andaian bahawa pertandingan menyebabkan perpecahan dalam pergerakan itu.
Katanya, apa yang menyebabkan perpecahan ialah amalan berkempen yang tidak berhemah.
— BERNAMA |
|
|
Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia Disember ini, maka ianya akan menjadi kempen sengit tetapi menarik, dimana agenda memenangi sokongan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO, terutama pada PRU 13 yang dijangkakan empat tahun lagi bermula.