Pemuda UMNO wajar pilih pemimpin yang kuat, sesuai, komprehensif dan bebas kontroversi

Semenjak pengumuman Ketua Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin Hussein untuk mengundur diri pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disember 2008 dan kesediaan Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir dan ahli MT UMNO dan mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo untuk menawarkan diri sebagai calon mengisi kekosongan itu, persoalan timbul siapa lagi sanggup menawarkan diri untuk ditimbangkan Pergerakan Pemuda UMNO.

Banyak calon menjadi buah mulut orang ramai, terutama ahli UMNO yang disebut sebut akan menawarkan diri. Antaranya Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Ketua Bahagian UMNO Padang Besar dan mantan Exco Pemuda UMNO Dato’ Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Putera UMNO Dato’ Azeez Rahim. Nama seperti Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Dato’ Mohd. Norza Zakaria dan mantan ahli MT UMNO Dato’ Azimi Daim juga menjadi bahan spekulasi.

Faktor calon ‘seorang pemimpin’ akan menjadi satu kriteria penting siapa yang wajar memimpin Pergerakan Pemuda UMNO, satu sayap parti nasionalis Melayu yang diharapkan menjadi agen pengerak/pemangkin Perjuangan, pendesak dan pengukur-tara dan penentu langkah/rentak (pace setter) kepada UMNO di peringkat tertinggi dan badan induk. Inilah aspirasi rakyat, terutama golongan professional dan generasi muda Melayu hari ini, dalam segala cabaran dan dinamisma dunia moden dan zaman globalisasi ini.

Semestinya, pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO hari ini atau jangkasa terdekat diharapkan akan menjadi Kepimpinan UMNO dan Bangsa Melayu, dalam jangkamasa serdehana.

Oleh itu, pertandingan pemilihan Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO 16 Disember 2008 merupakan sesuatu tindakan strategik Perwakilan Pemuda UMNO, untuk menentukan hala tuju, keberkesanan dan kekuatan Pergerakan Pemuda UMNO dalam jangkasama terdekat hingga serdehana dan Kepimpinan UMNO dan Bangsa Melayu dalam jangkamasa lama.

Apa apa pun calon yang sanggup menawarkan diri dan akan ditimbangkan sebagai calon perlu ada ciri ciri universal sebagai pemimpin seperti:

<!   1. Daya kepimpinan mantap dan berwibawa

<!   2. Matang dan mampu membuat keputusan

<    3. Berpelajaran dan daya minda yang tajam

     4. Berwawasan dan mampu berfikiran strategik

    5. Kemampuan untuk berhujah dan menangani isu yang timbul

    6. Sifat Melayu komprehensif: Menghayati Islam, berakhlak dan budi pekerti yang baik dan mampu menjadi idola generasi muda

     7. Berani dan semangat juang yang tinggi

    8. Bersih dan kelihatan bersih dari sebarang kontroversi, terutama rasuah politik dan politik wang

    9. Tidak angkuh dan sombong

1 10. Boleh didekati ahli akar umbi dan rakyat

    Ciri ciri ini perlu secara komprehensif kerana pemimpin yang bakal menerajui sayap kiri UMNO ini perlu menjadi seorang pemimpin yang komprehensif, holistik, dinamik, minda strategik dan mampu membawa Pergerakan Pemuda UMNO ketahap yang lebih mantap.

Rata rata, keyakinan dan sokongan orang Melayu kepada UMNO, terutama dari golongan professional dan generasi muda makin merosot. Ini jelas ditafsirkan jelas dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008, dimana UMNO mengalami kegagalan di 5+1+2 negeri dan prestasi menurun dinegeri lain.

UMNO bukan lagi menjadi pilihan segmen masyarakat ini, termasuk dikalangan etnik Melayu. Malah, perjuangan PKR, yang pada suatu peringkat dilihat sebagai “Hidup segan, mati tak mahu”, kini mendapat ‘nafas baru’ dan boleh mendabik dada dengan 31 Ahli Parlimen dalam PRU 12, berbanding wakil tunggal dalam PRU 11. Bukan menjadi tanda tanya lagi, kenapa ada dikalangan orang Melayu, termasuk ahli UMNO sendiri yang tergamak mengundi parti chauvinis Cina DAP.

Kegagalan UMNO meraih keyakinan dan sokongan segmen masyarakat golongan professional dan generasi muda Melayu amat jelas difaktorkan kepada Kepimpinan yang lemah dan antara calon yang diketengahkan UMNO sendiri tidak boleh diterima masyarakat. Suara segmen masyarakat ini secara sistematik diabaikan oleh mereka yang diharapkan menjadi pewaris Kepimpinan UMNO dan Bangsa Melayu akan datang itu.

Oleh itu, UMNO, terutama Pergerakan Pemuda UMNO perlu matang dan ‘membesar’ dengan pantas dan segera. Umpama seorang anak yang kematian ibu bapa, mereka perlu ‘membesar’ dan berdikari serta merta, demi survival dan keujudan penghidupan mereka seterusnya.

Apakah Pemuda UMNO sudah bersedia untuk ‘mematangkan’ diri, dengan pantas dan kadar segera?

Jelas, seorang pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO yang kuat dan mempunyai ciri ciri yang disenaraikan itu adalah langkah pertama untuk ‘membetulkan rumah sendiri’. Banyak perlu dilakukan untuk menentukan UMNO dan perjuangan menjaga kepentingan dan memartabatkan Bangsa Melayu terus relevan, terutama dalam dinamisma dunia hari ini.

Bukanlah mudah untuk mendapat keyakinan, amanah dan tanggung jawab rakyat dan apabila kuasa diberikan, ianya perlu dilaksanakan dengan penuh berhemah dan effektif, sesuai dengan aspirasi dan pengharapan yang dibebankan. Inilah masanya, Pergerakan Pemuda UMNO untuk membuktikan bahawa mereka layak diberikan kembali keyakinan dan sokongan orang Melayu, terutama golongan professional, terpelajar dan generasi muda.

Published in: on April 5, 2008 at 23:42  Comments (4)  

Opsyen PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk selamatkan UMNO dan Kerajaan BN

‘Mesej jelas’ yang ditafsirkan rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008 merupakan cabaran langsung rakyat kepada Kepimpinan, untuk bawa perubahan, dengan kadar segera. Apa yang dirangka dan cuba dilaksana dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, terutama keputusan yang dibuat jelas tidak disenangi sebilangan besar rakyat Malaysia.

Isu yang timbul seperti kenaikan kos hidup, peluang pekerjaan/perniagaan terhad, rasuah dan kronisma, kes berprofil tinggi, kes kontroversi melibat soal ugama Islam/intra ugama dan budaya dan ketirisan keyakinan kepada sistem Kehakiman, penguasaan undang undang dan demokrasi menjadi faktor utama yang menjadi rungutan serious dan meningkat rakyat semua peringkat, seluruh negara.

Ianya perlu ditangani, dengan berhemah, segera dan produktif dan lebih lama ianya tertangguh, semakin gusar dan rakyat mungkin akan naik marah. Perasaan tidak senang ini bukan setakat datang dari akar umbi, malah pelbagai organisasi dalam BN sendiri merasakan tidak puas hati dan ‘terabai’, terutama dengan keputusan dan tindakan pasca PRU 12, seperti Wanita UMNO, Pemuda UMNO, BN Sabah, BN Sarawak, BN Kedah dan BN Perlis.

Persoalan sekarang, apakah dan bagaimanakah perubahan yang perlu dilakukan itu dan paling penting, bila?

Opsyen yang ada dalam tangan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang dan wajar ditimbangkan:

1. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan semua jawatan, serta merta atau pada jadual terdekat yang ditentukan, sebagaimana yang didesak mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir dan yang timbul dalam Forum MyKMU.net “UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian”

2. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I segera TETAPI terus memegang jawatan Presiden UMNO sehingga pemilihan parti semasa Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disemeber 2008; agar kesinambungan Kepimpinan Melayu diserah kepada pemimpin seterusnya secara sempurna dan licin.

Ini adalah sebahagian dari tindakan menjaga maruah dan ego peribadi Presiden UMNO dan pengunduran berjadual.

3. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah melakukan rombakan Kabinet untuk meningkatkan keyakinan rakyat agar perubahan positif berlaku:

3.1. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah melepaskan jawatan Menteri Kewangan I dan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih

3.2. Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak melepaskan jawatan Menteri Pertahanan dan Dato’ Shapie Apdal mengambil alih

3.3. Dato’ Shapie Apdal melepaskan jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan dan seorang warga Sabah (sebagai contoh Dato’ Lajim Haji Ukin) mengambil alih

3.4. Ujudkan jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan II dan diberikan kepada Wanita UMNO (sebagai contohnya Dato’ Halimah Mohd. Sadique)

3.5. Ujudkan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna II dan diberikan kepada warga Sarawak (sebagai contohnya, dari etnik Bumiputra seperti Dato’ Dr. Tiki Lafe)

3.6. Ujudkan jawatan Menteri Pengajian Tinggi II dan diberikan kepada Kedah (negeri yang tidak diwakili Menteri Kabinet dan personaliti seperti Ahmad Ikmal Ismail [dilantik menjadi Senator])

3.7 Ujudkan jawatan Menteri Kemajuan Wilayah, Pembangunan Negara dan Luar Bandar II dan diberikan kepada Perlis (negeri yang tidak diwakili Menteri Kabinet dan personaliti seperti Dato’ Ismail Kassim)

Sekaligus, rasa tidak puas hati dan ‘permintaan diabaikan’ Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Sabah, Sarawak, Kedah dan Perlis ditangani dengan satu ‘penyusunan semula Kabinet’ dan kesimbangunan peralihan kuasa jelas dan lancar. Oleh itu, kegusaran akar umbi UMNO/BN dapat dikurangkan dan jentera Kerajaan dapat berfungsi dengan lebih effisyen dan produktif. Perkhidmatan awam juga tidak bercelaru kerana tiada kementerian baru diujudkan walaupun keperluan politik dapat dipenuhi.

Yang paling utama, jika opsyen 2 atau 3 dipilih, ‘Tingkat Empat’ mesti dimansuhkan dan kuasa dan fungsi mereka dikembalikan kepada agensi agensi yang berkenaan seperti EPU, ICU, MAMPU, MOF, MTEN, MITI, MIDA dan sebagainya.

Sekiranya salah satu opsyen ini tidak diambil, maka PM ‘Flip-Flop’ Abdullah akan banyak menghabiskan masa bermain politik dan “buat kerja bomba” dalam beberapa bulan ini (kemungkinan sebelum Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disember 2008), sementara hal ehwal pengurusan negara ditentukan ‘Tingkat Empat’.

Ini semestinya akan menimbulkan lebih kemarahan rakyat dan mungkin rakyat akan terus mencabar Kepimpinan dengan tindakan tindakan demonstrasi yang berterusan, lebih lagi jika anasir anasir tertentu ‘menghasut’. Seterusnya dijangkakan akan berlaku kehilangan keyakinan dikalangan MP BN, terutama di’tekan’ akar umbi dan penyokong masing masing dan apabila berlaku fenomena ‘melompat parti’ secara besar besaran ini, maka Malaysia akan melihat peralihan kuasa pertama kali dari Perikatan/BN ke gagasan parti lain.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Published in: on April 5, 2008 at 04:54  Comments (3)