Rafidah dibelasah dalam telefon oleh ibu ‘Budak Tingkat Empat’?

Jaringan ‘Tingkat Empat’ ini sebenarnya menjangkau kepada lebih dari apa yang orang ramai sedia maklum. Selama ini, dianggap bahawa mereka yang terlibat dalam segala konsolidasi maklumat  dan keputusan hanyalah mereka yang ‘keluar masuk’ dari Pejabat Tingkat Empat, Wing Kanan, Bangunan Perdana Putra dan personaliti yang amat terdekat dan berurusan kerap dengan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ‘keluar masuk’ Kompleks Seri Perdana itu sahaja. Malah, ianya lebih rumit dari itu.

Ketua Wanita UMNO Malaysia Dato’ Seri Rafidah Abd. Aziz telah menghantar sepucuk surat setebal 16 mukasurat bagi menjelaskan perasaan dan kritikan peribadi beliau mengenai apa yang berlaku dalam negara. Ini dianggap satu tindakan berani seorang pemimpin UMNO, walaupun ianya dilakukan secara sulit dan peribadi.

Sebagai kesan, beliau telah menerima panggilan telefon dan dimarahi kerana tindakan berani ini. Panggilan telefon yang diterima itu bukanlah dari mana mana Menteri Kabinet, pemimpin UMNO seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden atau ahli Majlis Tertinggi. Malah panggilan itu tidaklah dari mana mana Exco Wanita UMNO, termasuk Naib Ketua Wanita UMNO, yang dikatakan begitu kuat mengampu Kepimpinan itu. Panggilan telefon itu sebenarnya datang dari seorang wanita bernama Datin Rahmah Abdul Hamid.

Khairy sekeluarga

Rahmah ialah ibu kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau juga ialah seorang besan kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Persoalan sekarang siapa Rahmah, yang mengambil inisiatif untuk membelasah Rafidah dalam telefon? Persoalan yang paling penting, sekiranya surat peribadi dan sulit itu dihantar Rafidah hanya kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, bagaimana dan kenapa Rahmah mendapat akses kepada surat itu?

Dalam perkembangan berlainan, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah berada di Sabah pada hari Isnin untuk berbincang dengan panjang lebar bersama UMNO Sabah. Setelah ‘bermesyuarat tertutup’ (lebih lagi dibelasah cukup cukup!) selama 8 jam, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah kembali ke Kuala Lumpur.

Perjalanan ke Sabah itu disertai oleh beberapa mantan Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO. Mereka telah diundang menyertai PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dalam pesawat eksekutif A319CJ yang bernombor pendaftaran 9M NAA itu.

Semasa dalam perjalanan, mereka mengambil peluang untuk ‘membelasah’ PM ‘Flip-Flop’ Abdullah cukup cukup. Terutama Idris Jusoh, menyebut isu isu yang sering orang ramai perkatakan saban hari seperti ‘Tingkat Empat’, pembabitan keluarga dalam keputusan Kerajaan, kronisma dan sebagainya. Setelah keadaan hangat, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bangkit dan berjalan ke bilik khas diburitan pesawat.

Setelah mendarat, apabila bertemu orang orang kanan, salah seorang dari pemimpin UMNO peringkat negeri itu menceritakan apa yang berlaku dalam pesawat. Beliau mengunakan perkataan “PM (‘Flip-Flop’ Abdullah) tak mahu dengar suara rakyat!”, walaupun sebelum ini pemimpin ini teragak agak untuk menyuarakan pendapat peribadi mengenai gesaan agar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

Kini keadaan sebenarnya makin parah. Kudis makin bernanah. PM ‘Flip-Flop’ tidak mahu rasa bersalah dan degil tidak akan mengalah, walaupun dalam 5 + 1 + 2 negeri, beliau telah kalah. Persoalan sekarang, sejauh mana lagi krisis ‘Rakyat Vs Kepimpinan’ Melayu ini akan berterusan dan banyak mana lagi kerosakan akan berlaku, kepada Agama, Bangsa dan Tanahair.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

*Perkembangan terkini 1.35pm

Menurut blogger-journo Dato’ Paduka Marina Mahathir dalam posting hari ini, nampaknya UMNO Johor sedang bergerak untuk mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdulah berundur. Ini sudah masuk fasa tenat dalam ‘Krisis Kepimpinan’ kerana UMNO Johor merupakan kekuatan utama UMNO, kerana 500,000 dari 3.2 juta ahli UMNO datang dari negeri dimana UMNO dilahirkan itu.

*Perkembangan terkini 3.41pm

Akhbar politik siber Malaysiakini melaporkan bahawa sebahagian besar Ketua Bahagian UMNO Johor meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bercuti dan menyerah tugas sebagai Pemangku Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Dalam laporan ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dijadualkan bertemu pemimpin UMNO Johor besok di Johor Bahru.

Dipetik dari Malaysiakini:

PM diminta bercuti, Najib pemangku

 

Muda Mohd Noor | Apr 9, 08 2:52pm

Sebahagian besar ketua bahagian Umno di Johor mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil cuti daripada menjalankan tugas perdana menteri dan presiden parti bagi meredakan kemarahan ahli Umno ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasan nya sekarang kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Desakan tersebut dibuat dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.

Bagaimanapun, enam lagi ketua bahagian yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, tidak dijemput menghadiri perjumpaan tersebut.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Semberong), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Datuk Khaled Nordin (Pasir Gudang), Datuk Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) yang merupakan timbalan menteri kesihatan tiada sewaktu perbincangan tersebut.

Turut tidak diundang, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

Johor mempunyai 26 bahagian Umno – negeri yang paling banyak selepas Sabah (25), Perak (24) dan Selangor (22).

Perak dan Selangor dirampas barisan pembangkang – PKR, PAS dan DAP – dalam pilihanraya umum lalu.

Manakala Barisan Nasional (BN) Johor pula kehilangan satu kerusi parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini langkah terbaik untuk menyelamatkan Umno daripada terus menjadi tidak menentu seperti sekarang ini kerana semakin banyak Abdullah bercakap, semakin banyak kekeliruan yang timbul,” kata seorang ketua bahagian yang turut menghadiri perjumpaan tersebut.

“Jika keadaan telah reda, Abdullah boleh mengambil semula jawatan tersebut atau membuat keputusan memberikan terus (jawatannya) kepada Najib,” katanya, yang enggan dikenali, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, penyokong akar umbi Umno di Johor sangat bimbang dengan kenyataan-kenyataan Abdullah sejak kebelakangan ini.

Abdullah dijadual melawat Johor lusa dan mengadakan perjumpaan dengan badan perhubungan Umno negeri itu.

******************

Diharapkan mereka akan mengutarakan mesej yang perlu dengan lantang, sebagaimana yang UMNO Sabah dan Menteri Besar yang kalah buat itu juga, untuk UMNO terus relevan, Dulu, Kini dan Selamanya!

 

Published in: on April 9, 2008 at 11:19  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/09/rafidah-dibelasah-dalam-telefon-oleh-ibu-budak-tingkat-empat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. perkara:mohon cuti
    saya sedang berpikir-pikir(flip-flop?)dan sudah berkira-kira untuk mengambil cuti sebagai ahli umno.tindakan ini akan valid secara automatik dengan naiknya khairi jamaludin menjadi ketua pemuda umno malaysia pada pemlihan akan datang.
    diharap pembesar umno pertimbangkan.tq

  2. Ini dah kes si besan masuk campur! adois.. Maklumlah satu family kena ada sifat2 melancholic punya attitude!

  3. So, Kak Pah apa tunggu lagi? Jawatan dah terlepas, yang tinggal hanya ketua wanita. Lebih-lebih lagi Pak Lah bukan respect pun kat Wanita UMNO. Mungkin pengaruh KJ kot, sebab Kak Pah menyalahkan beliau, itu sebab tak seorang pun dari Wanita UMNO dapat pangkat.

    S, Kak Pah apa tunggu lagi? Aturlah langkah. Kita turunkan Pak Lah!

  4. hehe

    apa akan jadi kalau dol badawi…lepas hadiri mesyuarat wilayah iskandar terus tergesa gesa cabut balik putrajya

    hehe

    Hidup UMNO Johor.

    Tahniah Pemimpin UMNO Johor yg RASIONAL.

    Ketua Bahagian Segamat…lu betl potong stim lor…

  5. wow~!

    mak marah orang kutuk anak dia.

    ini lain cerita. kalah telenovela tv venezuela.

    ada rungkaian lain – lagu mana mak dia dapat tau benda2 ni?

    balik habaq? or orang repot?

    ataih apa kapasiti mak dia tepon marah2 orang?

    ini jadi kes lawak.

    aku nak buat movie. sapa2 nak bubuh duit, boleh kongsi.

  6. Pak lah jadi PM yang bertuah
    16 muka surat dari kak pidah
    Segala terbuku untuk pak lah
    Kenapa besannya marah-marah

    Surat peribadi pun muzakarah
    Sekeluarga duduk otak diperah
    Idea terbaik aksi datin rahmah
    Melalui telefon hembur seranah

  7. Kepada UMNO johor diharapkan
    Pimpinan pak lah memudaratkan
    Di istana johor, UMNO restukan
    Ceriakan UMNO seperti suarakan

  8. Asyik bergaduhhhhhh…sajaaaa,, Pak lah letak jawatan!!!
    letakkkkk!!! hari ni jugak… kalau pak dolah..masih degil, buat tak tau apa orang cakap.. rosakkk melayu.. lingkup semua..
    ANAK KECIL MAIN API
    TERBAKAR HATINYA SEPI
    AIR MATA DARAH BERCAPUR KERINGAT
    BUMI KITA DIMILIK ORANG….

  9. […] dan lantang menyuarakan perasaan dan permintaan mereka. Ada laporan menyebut sekurang kurangnya 20 Bahagian UMNO dari Johor mahukan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘bercuti’ dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memangku jawatan Perdana […]

  10. […] reaction. The letter somehow found its way to Khairy’s mother, Datin Rahmah Abdul Hamid, and the former got a surprising earful from the latter, via […]

  11. […] reaction. The letter somehow found its way to Khairy’s mother, Datin Rahmah Abdul Hamid, and the former got a surprising earful from the latter, via […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: