UMNO PJ Selatan: PM ‘Flip-Flop’ Abdullah wajar undur setelah PRU 12

Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan (PJS) Kapt. (B) Dato’ Zahar Hashim malam ini menegaskan bahawa dalam sebuah negara maju, Kepimpinan wajarnya telah meletakan jawatan apabila parti yang dipimpin itu mengalami penyusutan sokongan rakyat dan prestasi menurun dan tidak sebaliknya mendabik dada cuba member alasan yang dikira sebagai ‘memutar belitkan’ maklumat (spin). Yang dimaksudkan ialah kenyataan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah keputusan Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008.

Ahli UMNO PJS telah menyertai dua program melibatkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Ini dijelaskan Kapt. Zahar lagi sebagai hak ahli dan sesekali tidak bermaksud penyertaan ini melambangkan mereka anti PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

Ini merupakan ucapan pembukaan pertemuan tertutup antara Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib dengan UMNO PJS di Dewan Serbaguna PJS 4. Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Raja Idris dan Ketua Wanita UMNO Selangor Datin Paduka Syarifah Noli. 350 orang Ketua Cawangan, Ketua Wanita Cawangan dan AJK Cawangan UMNO seluruh Petaling Jaya Selatan hadir dimajlis ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau amat konsisten dengan kritikan keatas PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin, yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO semenjak tahun 2005. Walaubagaimanapun, segala kritikan yang dibuat oleh Kapt. Zahar dilakukan dalam forum forum tertutup anjuran UMNO.

*Perkembangan dikemaskini pada 11.15pm

Dalam ucapanya, Tan Sri Muhammad menyentuh mengenai masalah dalaman UMNO seperti soal kesetiaan dan UMNO sendiri sudah tidak lagi mendekati akar umbi dan rakyat. Mike Tyson tidak langsung menyentuh mengenai PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin, sebagai faktor utama penyebab UMNO hari ini sudah tidak lagi diyakini dan mendapat sokongan rakyat.

*Perkembangan dikemas kini pada Sabtu, 12 April 2008 12.30am

Apabila Ketua Cawangan UMNO PJS mula bercakap, mereka menyalahkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah keatas apa yang UMNO alami pada PRU 12 dan mahukan perletakan jawatan serta merta. 3 Ketua Cawangan menambah dengan menyebut nama “Khairy Jamaluddin” dengan terang, sebagai faktor utama kenapa rakyat menolak UMNO/BN. Timbalan Pengerusi Tetap UMNO PJS Yahya Samad, veteran UMNO yang telah menjadi ahli semenjak 1963, dengan lantang mendesak agar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan jawatan dengan segera.

Desakan pemimpin UMNO peringkat cawangan dalam PJS agar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk berundur secara terhormat ini adalah untuk menyelamatkan maruah, sebelum beliau mendapat pencalonan sedikit dan menerima malu yang lebih besar.

Dalam ucapan pengakhir pertemuan, Mike Tyson menberi alasan bahawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bukanlah faktor utama kekalahan UMNO di 5 + 1 negeri, gagal meletakan Menteri Besar pilihan atas 2 negeri dan prestasi menurun dalam 5 negeri lain semasa PRU 12. Alasan ini ialah kerana Johor, Melaka dan Negeri Sembilan belum lagi jatuh kepada Pembangkang. Menurut Mike Tyson lagi, sebab utama kekalahan UMNO/BN di Selangor ialah faktor ‘kuil Hindu’, ‘penyapu’, isu ‘Keris’ yang dilihat Bukan Melayu sebagai angkuh, faktor Anwar Ibrahim dan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelas bahawa pemimpin UMNO seperti Mike Tyson berada dalam ‘sindrom penafian’ (denial syndrome) dan pendekatan yang dibawa, walaupun semasa bertemu akar umbi akan mengakibatkan ahli UMNO makin meluat kepada Kepimpinan. Inilah yang dimaksudkan sebagai “Sokong membawa rebah”!

Published in: on April 11, 2008 at 22:09  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/11/umno-pj-selatan-menentukan-hak-ahli-diutamakan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. bro… saya tinggal di kawasan PJS… memang betul apa yang kapt. (b) zahar katakan…

    di sini, orang-orang tua (lama) UMNO sudah lama bercerita tentang korupsi si dolah dengan anak scomi dan menantu ecm libra nya…

    malah, mereka lebih dulu bercerita tentang ini (2006) sebelum saya sedar diri (2007), walaupun mereka tidak tahu pasal internet dan blog…

    yang paling saya ingati apa yang mereka katakan: semasa zaman mahathir, pemimpin makan ikan besar, rakyat dapat makan ikan kecil… tapi zaman dolah, pemimpin (dolah) makan ikan besar, rakyat makan telor je…

    itulah rasa perit hidup orang tua-tua di bandar sejak dolah memerintah… yang setiap PRU menyokong BN dan akhirnya kali ini (2008) melakukan undi protes…

  2. ya, pak lah pon dah mengakui kelispannya dalam malaysiakini..

    elok la tu, 2-3 bulan lagi, turun la dia tu… strategi dia, dia tak mau la turun sechara mnengejut, nanti nampak sangat dia lemah, tapi dia akan gunakan beberapa chara untuk dia announce akan turun dari kursi perdana menteri tu…

    macham2 alasan la akan difikirkan supaya rakyat tengok dia turun nanti dengan alasan yang buleh diterima….

    lepas tu, dia pi luaq negara, rumah dah ada, kapai terbang dah ada, kapai laut pon dah ada…

    melampau betui la pengamal Islam Hadhari nie….

  3. Selagi UMNO dalam Denial Mode terus menerus maka lagi cepatlah rumah kata pergi kubur kata mari!

    Awas, UMNO akan dikuburkan selagi UMNO tidak mengurus hubungannya dengan masyarat terbanyak dengan lebih menyakinkan.

    http://musangterbang12.blogspot.com

  4. SYABAS & TERUSKAN !

    Syabas UMNO PJ Selatan
    Tetap tegakkan kebenaran
    Sayuan ‘sindrom penafian’
    Yang ‘mike tyson’ lagukan

    Jika sindrom penafian guna
    Usaha mantap UMNO sesia
    Salah pada orang helah bela
    Pak lah & KJ sumber segala

    Kenapa Pak lah, lawan sukai
    Wajib kita semua menghayati
    Pastilah ada naga sebalik mi
    Tiba masa UMNO dipukul mati

    Jika ketua kita musuh geruni
    Sepertilah Tun turut diserangi
    Keberanian Tun, mereka benci
    Sukarkan mereka untuk melobi

    serling
    [12.04.08]
    sabtu
    …..

  5. Friday, April 11, 2008
    Leslie Lopez Demonstrates his Igonorance and Bias

    This reporter has no idea.

    He should instead apply himself to reforming Singapore and keeping up pressure on MM Lee Kuan Yew’s autocratic- locked down city state. The fact is Leslie Lopez is emasculated when it comes to issues concerning Spore. He is just another digit that needs to condemn Malaysia’s Father of Modernisation to gain some notoriety for his already end of the road career. . He attributes Badawi’s dismal election loss to Mahathir’s last stand. That is hardly fair. If anything Mahathir has been badly treated unbefitting his status by the present Government. Mahathir has had to fight tooth and nail to highlight the abuses of the present administration.

    What’s your stand on the assault on the Singapore Law Society-the Francis Seow debacle, or the attack on Spore’s feisty bloggers-Mr Brown etc and how many Malay commanders do you have in SAF? The increasing poverty and income gap among Sporeans warrant your attention.

    It’s time for you to make your last stand to gain credibility and contribute to reform in Singapore.

  6. semua nie salah pak lah ker?

  7. Kita harap ahli-ahli UMNO berdiri teguh dengan pendirian asal untuk tidak menyokong lagi PM, semoga tiada yang rabun mata atau hilang pertimbangan jikalau cuba disogok dengan wang ringgit ataupun habuan-habuan yang tertentu apabila tiba masa pengundian presiden UMNO.

  8. New Cabinet:

    Prime Minister – Anwar

    Deputy Prime Minister – Lim Kit Siang

    Culture Minister – Farish Noor

    Defence Minister –

    Education Minister – Nga Kor Ming

    Environment Minister – Teresa Kok

    Finance Minister – Tony Pua

    Foreign Minister – Ramasamy

    Health Minister – Tan Seng Giaw

    Home Minister –

    Information Minister – Jeff Ooi

    Law Minister – Teng Chang Khim

    Manpower Minister –

    Sports Minister –

    Technology Minister –

    Trade Minister – Khalid

    Transport Minister – Liew Chin Tong

    (Penang Chief Minister – Lim Guan Eng)

  9. duit yang dirompak perlu dipulangkan segera!

    resign saja tak cukup

  10. hahahaha…mite tyson nak bercerita pasal sabotaj??…mmmmmm macam yg dia buat kat DS Khir ke?heran dan sangat heran…seorang pemimpin yg banyak skandal boleh bercerita pasal integriti!

    Tan sri…bukak2 lah sikit mata tu!…tempat sendiri pun hangus lagi nak main ‘wayang pak pacak’….apa punya ketua peneranganlah yg UMNO ada!…masalah akar umbi pun tak tahu!!huhuhuhu…hancus…hancus

  11. 2 million dollar man has to swipe the shit thrown by all UMNO members.

    the reason? because this former small time teacher was brought back to the front page, and i think he now must do the job.

    i tot only nuar brahi loves this ‘back-door’ thing. hihi

    this small time teacher is very famous upon his ability to perform miracolous acts. among them are avoiding jail in ozzie simply by saying “i dont speak english” and took istana people to be his wife.

    but the most magic-cilious and marvellous-ous is the recent one where he cancelled the QnA session with the ‘grassroots’ and PM last week. and he did that by only doing hand count. to make matter more magical, he managed to say, more hands mean ‘NO’.

    bloddy hell.

    the american version of ‘defending’ President Bush is that, even though wars are his ‘favourites’, obviously he GOT THE JOB DONE.

    maybe, we can say the same to our current own, but change the words Wars with ‘sleep’ and put a ‘doesnt’ in front of the word ‘GOT’.

  12. Saya bersetuju akan kenyataan konsisten Ketua Bahagian UMNO PJS Selatan, kapt. Zahar terhadap PM “Flip Flop” Abdullah badawi termasuk anak dan menantunya sekali.

    Saya juga amat berterima kasih dan tahniah di atas kenyataan Kapt zahar ini supaya kami sebagai ahli UMNO yang mana tinggal dibahagian PJS ini begitu mengharap akan teguran dan kritikan dari ketua bahagian kami keatas kepimpinan PAKLAH pada hari ini. Alhamdulillah.

    Disni juga saya merasa kesal dan kecewa kerana mengapakah perjumpaan ini diadakan secara tertutup. Mengapaka tidak dibuka dan dijemput kepada ahli-ahli UMNO yang lain untuk bersuara bagi menyatakan luahan dan perasaan hati masing2. Tidak gentlement ke Mike Tysoon untuk bersemuka dengan kami semua? Sudahlah dengan kehadirannya (mike tyson) ebagai ketua perhubungan UMNO selangor tidak kami restui. Bukan Pilihan kami, ini pilihan PAKLAH. Pemimpin sebegii tidak diperlukan untuk menjadi wakil kami di dalam UMNO. Kami tahu apa yang sedang dilakukankannya sekarang dan kami juga tahu apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Jnaganlah menunjukkan kebodohan dan kejahilan kamu lagi terhadap kami. Kami tahu misinya hanyalah untuk kepentingan peribadi dan politik beliau semata mata. Pemimpin sebegini juga ingin kami sarankan sepaya meletakkan jawatan dengan segera dan terhormat sebelum kehormatan dan maruah diri anda dipertontonkan kepada kami lagi. Fikir-fikirkan Mat Taib.

    Kami sayangkan UMNO. UMNO perlu dipulihkan segera.Kehendak grass root (akar umbi) hendaklah diambil perhatian yang sewajarnya. Jangan lah kita dalam memperjuangan UMNO ini, kita ada kepentingan peribadi dan wang ringgit utk diutamakan. Sikap Inilah yang kita telah dapat dan amalkan.Nyatalah hari ini UMNO hampir lumpuh. Maruah hampir tergadai di atas kealphaan dan ketidak pekaan peminpin yang ada pada hari ini. Utamakanlah UMNO untuk Agama, Bangsa dan Negara.Tunjukkanlah kualiti kepimpinan anda sebagai wakil yang betul2 mewakili rakyat. Mari lah kita insafi keadaan ini. Tidak salah bagi kita memperbetulkan kesilapan yang lalu asalkan kita benar2 jujur, ikhlas dan mengakui akan kesilapan. Usahlah kita bertelagah sesama kita kelak merugikan kita dan negara yang tercinta ini.

    Akhirnya, Ayuhlah kita sama2 bangkit bagi membina semula parti kita yang tersayang dan tercinta ini. Eratkan jati diri dan ukhwah sesama kita. Bersatu hati kearah kebaikan dan Berjuanglah demi kebenaran dan keadilan untuk agama, bangsa dan negara.

    ALLAHHUAKBAR… HIDUP MELAYU….. HIDUP UMNO

    pemudaPJ
    Taman Medan

  13. bersatu la kita…
    x kisah PAS?UMNO asalkan yg memerintah ni org melayu dan beragama Islam…
    kita kena pertahankan hak2 org melayu di tanah kita…
    kalo bangsa lain yg bkn Islam yg memerintah kita mesti kehilangan hak2 kita ni…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: