Mukhriz hit out against Karpal and Tun Dr. Mahathir’s detractors

 

Jerlun MP Datuk Mukhriz Mahathir hits back at DAP chairman Karpal Singh for calling his father Tun Dr. Mahathir Mohamad a joker. Mukhriz said Karpal was resorting to personal attacks against Tun Dr. Mahathir because the former premier was still influential in the political arena even after retirement.

“This “joker” served as the Prime Minister for 22 years, and led the Barisan National to two-third majority victory through five general elections,’’ said Mukhriz.

He said this in response to Karpal’s statement that the country had a joker for a Prime Minister until Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi took over in 2003. Even DAP stalwarts Lim Kit Siang and Karpal were defeated in 1999 general elections during Tun Dr. Mahathir’s era, he said, adding that the former premier had successfully kept the oppositions in check during his reign.

Mukhriz said this after opening a pipe-laying project at Kampung Pida 1, Megat Dewa in Jerlun, Kedah, to improve the drainage system to check frequent flash floods in the low-lying area.

“Karpal’s call to Dr Mahathir to stop criticizing Abdullah is very revealing indeed,’’ he said, agreeing to Dr Mahathir’s conspiracy theory that the oppositions are ‘protective’ of Abdullah to capitalize on his apparent weakness in the next general election.

“It is very clear (what the oppositions are up to). We do not like it that the oppositions are taking advantage like that,’’ he said.

Karpal was also making a mockery of DAP’s stand on freedom of speech and expression when he called on Tun Dr. Mahathir to stop criticising Abdullah, he added.

On calls to stop “attacking” Tun Dr. Mahathir that was made during a recent closed-door meeting between Kedah Umno leaders and Umno management committee, Mukhriz said it showed that sentiments towards the former premier was still strong.

“The smear campaign against Tun Dr. Mahathir is one of the reasons why we suffered colossal losses in the northern region. People, including Barisan Nasional members, felt hurt, and they translated their feeling by swinging the votes. The state liaison committee has highlighted the message from the rakyat and grass root in Kedah to the Leadership,’’ he said.

Published in: on April 12, 2008 at 22:39  Comments (10)  

Tun Dr. Mahathir: Betulkan balik parti dalam “Zaman Pembohongan” ini!

Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini berkata orang Melayu perlu tidak takut dan berani bangkit untuk bertindak, terutama apabila keujudan mereka telah diancam. Ini kerana UMNO telah dikalahkan di 5 + 1 negeri dalam satu pilihanraya sahaja.

Beliau menjelaskan bahawa sekarang ialah ‘Zaman Pembohongan’ kerana maklumat yang diputar belitkan (spin) melalui media. Orang disekeliling PM ‘Flip-Flop’ Abdullah tidak memberikan beliau maklumat yang tepat (i.e.berbohong) sehingga yakin BN begitu kuat untuk menang besar dan membuat keputusan untuk pilihanraya 18 bulan pra-matang. Kepimpinan tidak sedar perasaan sebenar rakyat dan akar umbi kerana maklumat sebenar di’selindung’(insulate), oleh orang tertentu. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dikelilingi oleh “Kaki bodek (ampu)” dan “Kalau kita percaya orang macam ini, satu hari kita akan tenggelam”.

Ujar beliau menjelaskan dakwaan keatas PM ‘Flip-Flop’ Abdullah itu, “Terpengaruh dengan pembohongan dan mengambil tindakan yang salah!”. Inilah hasil keputusan BN dalam Pilihanraya Umum ke XII pada 8 Mac 2008.

Beliau mengulas desakan UMNO Kedah dan Pulau Pinang menyuarakan hasrat mereka agar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur. Ahli dan akar umbi UMNO perlu berani menyuarakan perasaan sebenar mereka, termasuk kepada pemimpin diperingkat Bahagian dan mengingatkan agar “Tidak berharap kepada orang lain untuk membuat pembaharuan sewajarnya”. Ini dihuraikan dengan sejarah yang menunjukan bahawa orang Melayu bangkit dan memperjuangkan hak mereka yang cuba dirampas British semasa Malayan Union hendak dilaksanakan pada 1946. “Sudah tiba masanya orang Melayu bangkit kembali untuk mengembalikan hak mereka”, ujar Negarawan 83 tahun itu.

Apa yang dilaporkan hari ini oleh media perdana telah di’putar belit’kan (spin) . Contoh yang diberikan ialah apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dengan UMNO Johor petang semalam.

Beliau juga mengulas bahawa “Rakyat sedang melalui proses pembohongan” dan mengambil contoh keputusan UMNO Kedah, Pulau Pinang dan Johor yang dilaporkan dalam media sebagai contoh. UMNO sedang melakukan proses transformasi dan pembaikan dan pembohongan tidak akan membawa kepada hasil yang produktif.

Tambah beliau “Hari ini, Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan DAP merasa selesa dengan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kerana mereka yakin, rakyat akan makin meluat kepada BN dan UMNO!” dan ini akan membawa keputusan yang akan menghancurkan parti itu.

Turut hadir dimajlis ini ialah Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid. Beliau bercerita mengenai bagaimana dunia menganggap Tun Dr. Mahathir sebagai sumber inspirasi, termasuk Raja Al Malik Abdullah dari Saudi dan Zu Rhong Ji dari China. Keputusan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengangkat orang yang tidak bertanding menjadi Menteri Kebinet dipersoalkan.

Sanusi menjelaskan bahwa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyalahkan Tun Dr. Mahathir kerana Operasi Lalang pada Oktober 1987 dan ketirisan Kehakiman, tetapi tidak menjelaskan sebab yang sebenar. Satu usaha untuk mengumpulkan sejumlah besar orang Melayu dikumpulkan diKuala Lumpur dan memberi sokongan penuh kepada Kerajaan, terutama apabila Kehakiman membuat keputusan soal kerakyatan untuk 50 orang asing yang diperkudakan pemimpin DAP dan penghakiman akan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pada masa yang sama, ujud satu rancangan untuk membuat kekecohan oleh pihak tertentu dan berkepentingan menjadikan keadaan yang bleh mengugat keselamatan dalam negara. Mantan Pesuruhjaya Polis Dato’ J.J. Raj menjelaskan dalam bukunya bahawa Polis membuat keputusan penuh untuk menangkap kesemua 106 pemimpin politik dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana kemungkinan berlaku huru hara dalam negara.

*Perkembangan dikemaskinikan pada 7.00pm

Semasa sessi soal jawab, Mantan Presiden UMNO itu menjelaskan bahawa tindakan yang akan diambil kepada ahli UMNO yang mengundi Pembangkang adalah tidak demokratik, kerana “Itu hak ahli UMNO”. Beliau menambah bahawa keyakinan perlu dikembalikan agar pemulihan disegerakan, bukan sahaja UMNO, tetapi juga MCA, MIC dan Gerakan.

Dalam sidang media, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa ahli UMNO “Perlu bertindak sekarang dan tidak perlu lagi bersandiwara”. Beliau juga menegaskan bahawa calon yang sesuai untuk menerajui Kepimpinan UMNO sekarang bukanlah wajar ditentukan oleh beliau, tetapi ahli UMNO.

Untuk soalan peralihan kuasa Kepimpinan, beliau menjelaskan bahawa mengikut tradisi UMNO, seorang Timbalan Presiden akan mengambil alih Kepimpinan dan tetapi buat masa sekarang, ianya terletak kepada ahli UMNO untuk menentukan siapa yang wajar memimpin. Isu sistem kuota dijawab apabila dibangkitkan.

Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa pada asalnya, sistem kuota diperkenalkan bagi membendung pemimpin mengunakan politik-wang untuk membeli pencalonan, sebagaimana berlaku dalam kes Anwar Ibrahim mencabar Ghaffar Baba pada pemilihan 1993. “Sekarang, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengunakan sistem kuota untuk ‘menekan’ sebarang persaingan”.

Bagi soalan laporan media mengenai keputusan pertemuan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan UMNO Johor berbeza dengan perbincangan tertutup, beliau mengulas sinis, “Tun Musa kata sekarang ada kebebasan media”.

Beliau juga menjelaskan bahawa peralihan perlu dilakukan sekarang kerana proses pemulihan parti mengambil masa yang lama. Sekiranya berlaku pertandingan, mungkin akan berlaku perpecahan parti kerana pertandingan itu sendiri akan mengundang emosi dan kadang kala melampaui batas.

Tun Dr. Mahathir mengaku sebahagian dari punca rakyat hilang keyakinan kepada BN dan menyaksikan hasil yang memberanjatkan semasa PRU 12 dan komen beliau ialah “Ya, benar. Kenapa saya nak sokong Kepimpinan yang tidak baik?”.

Apabila diminta mengulas kenyataan Anwar Ibrahim bahawa Pembangkang tidak akan mencadangkan ‘undi tidak percaya kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa Pembangkang berharap dengan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah terus menerajui Kepimpinan, ianya akan membawa kepada kepastian UMNO hancur, kerana rakyat meluat dan menolak parti itu. Oleh itu, “Lagi lama PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berkuasa, makin teruk UMNO!”.

*Perkembangan dikemaskinikan Ahad 13 April 2008 2.30am

Laporan Bernama.com:

12 April, 2008 23:20 PM

Peralihan Kuasa Kepimpinan Umno Mesti Dilakukan Sekarang, Kata Tun Mahathir

KAJANG, 12 April (Bernama) — Peralihan pucuk kepimpinan Umno harus dilakukan sekarang bagi memastikan Umno dapat dipulihkan dan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan “kita akan ada pilihan raya tidak lebih dari lima tahun.”

“Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk tarik balik orang parti kita yang telah undi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, (dan) mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Penang dan juga Selangor, masa itu kita tidak dapat balik dah, sebab itu kita perlu bertindak sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada forum “Krisis Kepimpinan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, Di mana Silapnya” di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang mengenai pelan peralihan kuasa dengan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir berkata jika benar peralihan kuasa itu akan diadakan, itulah cara yang terbaik dan pertukaran antara Perdana Menteri dengan timbalannya sepatutnya berjalan dengan licin.

“Kebanyakan daripada ahli sudah hendak kepada peralihan, beliau (Abdullah) mesti respons kepada desakan ini dan buat dengan cara baik. Kalau tidak nanti, nak ada mesyuarat untuk pinda perlembagaan, lepas tu undi tidak percaya… semua ini bagi imej beliau rosak aje,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata beliau tidak ada kena mengena dengan proses peralihan kuasa itu.

“Tak ada kena mengena dengan saya. Saya tidak terlibat dalam perkara ini. Beliau (Abdullah) perlu melakukan apa yang perlu untuk parti. Jelas bahawa daripada menyalahkan saya atau menyalahkan orang lain, beliau perlu bertanggungjawab kerana perkara ini berlaku semasa tempoh beliau memegang jawatan,” katanya.

Ditanya mengenai calon yang perlu diketengahkan sebagai pengganti Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata tradisi parti perlu diikuti sekiranya Abdullah meletak jawatan.

“Parti punya tradisi berkata bahawa apabila ketua letak jawatan ataupun undur maka timbalan akan ambil alih,” katanya.

Kepada soalan sama ada beliau menyokong Najib sebagai pengganti, Dr Mahathir berkata: “Ini bukan soal saya menyokong Najib atau tidak, ini soal tradisi.”

Dr Mahathir berkata untuk kebaikan, Abdullah mesti meletak jawatan sekarang.

“Tetapi jika beliau menunggu sehingga Perhimpunan Agung Umno, kita tidak tahu apa yang orang ini (perwakilan) akan katakan.”

— BERNAMA


*Perkembangan dikemaskinikan Ahad 13 April 2008 10.00pagi:

Laporan NST:

2008/04/13

Anwar as PM? Only if the Israelis vote him

KAJANG: Only the Israelites will vote Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Well, Haaretz (Israeli newspaper) thinks he is going to be the prime minister. It is the only paper in the world which thinks he is going to be the prime minister… he is the prime minister that the Israelis will vote for,” he said at a Malay leadership forum here yesterday.

Dr Mahathir said this in response to a question whether Anwar had any credibility to be elected prime minister.

Responding to a foreign journalist who said that Anwar received a big majority in parliament in the recent elections, Dr Mahathir said: “He (Anwar) didn’t get this huge majority that you mention.

“(It is not) because people like him. (It) is just because Umno lost or Barisan (Nasional) lost. (The voters) showed their protest by voting for the opposition. It is not because he is popular.”

He said that in 1999, with the black eye and all that, Anwar won only five seats.

“You know he had to suffer a black eye to get five seats. And in 2004, he had one seat. See? He is not popular.” — Bernama

Published in: on April 12, 2008 at 17:38  Comments (13)