Makin ramai pemimpin UMNO menafikan usaha mempertahankan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah

Usaha untuk ‘mempertahankan’ kedudukan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan memberi gambaran seolah olah Kepimpinan masih lagi medapat sokongan kuat sebilangan besar ahli UMNO (mewakili orang Melayu) kini dilihat sebagai tindakan ‘putar belit’ (spin) yang sebenarnya semakin lama menjadikan keyakinan tiris. Walaupun ada pemimpin diperingkat Pengerusi Perhubungan Negeri atau Majlis Tertinggi UMNO yang membuat kenyataan ‘putar belit’ (spin), akar umbi UMNO kini makin berani untuk menyatakan kedudukan sebenar.

Sebagai contoh, ialah pertemuan UMNO Johor dengan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah di Seri Pacific, Johor Bahru pada Jumaat 11 April 2008. Kenyataan yang dibuat Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Dato’ Ghani Othman ialah “UMNO Johor menyokong Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah memperkukuhkan UMNO”. Beliau gagal menyatakan bahawa kenyataan ini sebenarnya hanya diperakui sekiranya berlaku proses peralihan kuasa dan Kepimpinan yang terancang dan licin.

Hujung minggu lepas, rakyat Malaysia menyaksikan dua pemimpin yang menghadiri pertemuan itu, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Hj. Mohd. Fuad Zarkashi, yang juga salah seorang Ketua Bahagian yang bercakap dalam pertemuan itu, mengeluarkan kenyataan menjelaskan apa sebenarnya berlaku dan memperbetulkan maklumat yang di’putar belit’kan (spin) itu.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO Johor Razali Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Muar juga mengeluarkan kenyataan yang menafikan kenyataan asal Ghani dalam sidang media selepas pertemuan itu.

Dipetik Utusan Malaysia:

Peralihan kuasa perlu berhemah – Pemuda Johor

JOHOR BAHRU 15 April – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mahu proses peralihan kepimpinan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan secara tertib dan berhemah.

Ketuanya, Razali Ibrahim berkata, proses peralihan kepimpinan parti perlu berjalan lancar bagi memperkukuhkan lagi UMNO secara keseluruhannya.

“Sudah menjadi amalan orang Johor (UMNO), kita tidak pernah diajar untuk menjadi penentang atau pendesak semata-mata untuk menjatuhkan air muka pemimpin.

“Pendekatan dan cara yang kita guna pakai adalah secara berhemah khususnya dalam menghadapi kemelut dan isu-isu nasional,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar mengulas pendirian Badan Perhubungan UMNO Johor yang menyokong kepimpinan Abdullah selaku Presiden UMNO tanpa berbelah bahagi pada pemilihan parti Disember ini.

Pendirian itu diumumkan Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman setelah mengadakan perjumpaan tertutup lebih tiga jam dengan Abdullah pada Jumaat lalu.

Razali berkata, dalam mesyuarat khas Perhubungan UMNO Johor 5 April lalu, kesemua ketua bahagian dan para pemimpin sayap termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri telah menyatakan rasa kasih dan sayang kepada parti.

“Pada mesyuarat hampir tiga jam itu kita telah berbincang bagi mencari jalan bagaimana satu-satunya parti yang dilahirkan di Istana Besar, di sini dan menjadi kubu kuat UMNO dapat dipulihkan sehingga diyakini semula oleh segenap lapisan masyarakat.

“Semua yang hadir memberi pandangan dan kita merumuskan bahawa satu formula perlu dicari bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan dilakukan segera dan dalam masa yang sama dapat mengukuhkan parti serta tanpa menyekat suara akar umbi,” ujarnya.

Razali berkata, pada dasarnya dalam mesyuarat 5 April itu, semua ketua bahagian termasuk Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan ekoran perbincangan itu tidak selesai kerana kesuntukan masa.

“Ini bermakna mesyuarat 5 April boleh dianggap sebagai pra matang dan berikutan itu pada akhir mesyuarat kita semua setuju bahawa satu mesyuarat lagi patut diadakan dalam masa terdekat supaya dapat memberi rumusan yang lebih lengkap.

“Pada dasarnya Menteri Besar bersama beberapa pemimpin lain telah berjaya menyampaikan segala mesej dengan jelas kepada Abdullah dalam mesyuarat tertutup itu.

”Berdasarkan pengamatan peringkat awal Abdullah terperanjat dengan petunjuk dan mesej itu, bagaimanapun beliau akur dan memahami mesej serta kehendak orang Johor,” jelasnya.

Razali berkata, pada pertemuan itu UMNO Johor hanya menyampaikan rumusan bahawa peralihan kepimpinan sepatutnya berlaku dan tanpa apa-apa cadangan.

“Saya berpendapat dalam mesyuarat itu kita hanya bersetuju tentang perlunya peralihan kepimpinan dan ada banyak pilihan tentang kaedah yang boleh digunakan untuk memulihara parti,” katanya.

Tambahnya, memandangkan tahun ini ada pemilihan parti, maka kaedah terbaik untuk menentukan peralihan kepimpinan perlu dilakukan secara teliti dengan mengambil kira suara akar umbi.

Justeru katanya, Pemuda UMNO Johor mengharapkan satu mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Johor diadakan segera bagi mengelakkan salah faham ahli- ahli.

*************************************************************

Kepimpinan, pemimpin UMNO yang cuba begitu kuat ‘mempertahankan’ Kepimpinan dan ‘Tingkat Empat’ perlu sedar bahawa tidak banyak lagi ruang yang tinggal agar maklumat dan apa sudut berita itu mampu di’putar belit’kan (spin) lagi.

Orang Melayu, termasuk akar umbi UMNO makin bosan dan meluat apabila aspirasi mereka, yang mahukan perubahan segera dalam UMNO, diperlekehkan sebegitu rupa, hanya “Untuk mempertahankan kerakusan seorang pemimpin yang tamak kuasa dan kedudukan”, sebenarnya makin menghampiri ‘bankrap politik’.

Padanlah Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pembangkang, terutama DAP dan Anwar Ibrahim begitu bersungguh sungguh untuk membiarkan keadaan dalaman UMNO ini berterusan dan tidak masuk campur kerana semakin lama usaha ‘mempertahankan’ Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ini bermakna rakyat dan akar umbi UMNO sendiri makin meluat dengan UMNO. Juteru itu, UMNO sidang melihat zaman kehancuran kerana proses ‘letupan dalam’ (implode) UMNO itu sedang berhasil hanya kerana seorang pemimpin yang mementingkan diri sendiri, walaupun berusaha member alasan lemah bahawa “UMNO perlu diperkukuhkan sebelum berundur”.

Terpulang kepada akar umbi UMNO untuk menentukan Perjuangan Membela Bangsa ini diteruskan dengan tempo dan nada ini atau berusaha untuk membawa perubahan yang akan meyakinkan dan seterusnya mengembalikan sokongan akar umbi UMNO sendiri dan akhirnya rakyat, kepada UMNO. Ini penting agar agenda pembangunan Bangsa Melayu dan Negara dapat diteruskan dan bergerak lancar, dan semua beroleh kebaikan, Dulu, Kini dan Selamanya.

Published in: on April 16, 2008 at 10:47  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/16/makin-ramai-pemimpin-umno-menafikan-usaha-mempertahankan-pm-flip-flop-abdullah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. […] Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dengan nada tegas menyuarakan pendapat ini juga, dalam temubual ekslusif Mingguan Malaysia Ahad lepas. Dato’ Dr. Rais Yatim juga berpendapat yang sama. […]

  2. […] send his Deputy, the Vice Presidents or the Information Chief to face the grassroot members. Any direct face-off was quickly killed off with the absence of any Q & A session or very limited time to air […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: