UMNO pasca PM ‘Flip-Flop’ Abdullah

Persoalan yang menjadi bahan perbualan seluruh Negara, samada dikalangan ahli politik, professional, golongan kakitangan awam maupun masyarakat peniaga, terutama orang Melayu dan mereka yang mengamati perkembangan politik Malaysia dari dekat ialah, “Apa akan jadi kepada UMNO pasca PM ‘Flip-Flop’ Abdullah?”.

Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) pada 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana kuasa Barisan Nasional (BN), yang diterajui UMNO dapat dikalahkan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi menurun seluruh Malaysia dalam keputusan luar dugaan. UMNO ditimpa kemelut yang lebih rumit apabila pertama kali semenjak 1959, gagal meletakan calon Menteri Besar pilihan di dua buah negeri yang dimenangi selesa. Setelah Kabinet diumumkan, tiga orang Timbalan Menteri menolak pelawaan menyertai pentadbiran dan Setiausaha Agung UMNO dan BN Dato’ Radzi Sheikh Ahmad meletakan jawatan. Ini semua adalah sejarah kejutan bagi parti nasionalis Melayu berusia 62 tahun ini.

Hari ini, rakyat termasuk orang Melayu dan ahli UMNO sendiri memberi ‘mesej jelas’ bahawa Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi disenangi dan beliau sebenarnya seorang pemimpin yang lemah dan rata rata tidak lagi diterima rakyat. Lebih buruk lagi, pengundi tergamak memberikan undi berharga mereka kepada PKR dan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini disifatkan sebagai pemimpin dan parti yang ‘bankrap dan hampir pupus’, sebagai tanda protes kepada BN.

Walaupun rata rata, negara tersentak kerana keputusan PRU 12 yang amat memberanjatkan ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih lagi angkuh mendabik dada “Kita masih lagi mendapat mandat kuat dari rakyat dan HANYA 8 lagi diperlukan untuk mendapat 2/3 majoriti”. Beliau gagal mengaku bahawa negeri sendiri telah jatuh ketangan parti Pembangkang yang terkenal dengan sikap dan sifat chauvinis dan anti-Melayu/Islamnya.

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menerima kepertanggung jawaban sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dan berundur segera, sehari selepas PRU 12. Tiga hari kemudian, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir juga meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur. Hari yang sama, Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mengutus surat kepada 18,000 Cawangan UMNO meminta diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membincangkan PRU 12, halatuju UMNO dan Bangsa Melayu. Tiga minggu kemudian, dalam sebuah forum dihadiri ahli UMNO, Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi dengan lantang mendesak pengunduran yang sama.

Akar umbi UMNO juga tidaklah selesa dengan keputusan PRU 12. Dalam pertemuan tertutup UMNO Kedah dan Pulau Pinang minggu lepas, pengunduran juga didesak. UMNO Johor, tunggak kekuatan kubu kuat UMNO, dengan nada berlapik mendesak program “Peralihan Kuasa dan Kepimpinan” pada 11 April 2008. UMNO Perak juga menyatakan pendirian yang sama. Dua hari lepas, UMNO Selangor juga mahu melihat program “Peralihan Kuasa dan Kepimpinan”.

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dengan nada tegas menyuarakan pendapat ini juga, dalam temubual ekslusif Mingguan Malaysia Ahad lepas. Ahli MT UMNO Dato’ Dr. Rais Yatim juga berpendapat yang sama.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kini menjadi liabiliti kepada UMNO dan Perjuangan Bangsa Melayu.

Amat jelas, UMNO didesak untuk perubahan. Langkah awal ialah peralihan kuasa dan pemimpin lain tampil mengantikan Kepimpinan. Namun begitu, perubahan dalam UMNO perlu lebih dari ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’.

Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengaku perubahan perlu berlaku, sebagaimana ditafsirkan semasa bertemu UMNO Selangor pada 16 April 2008. UMNO perlu muhasabah diri dan cara, pendekatan, keterampilan, gelagat dan paling penting, dasar pemimpin UMNO, disemua peringkat perlukan anjakan paradigma.

UMNO perlu dilihat bukan sahaja relevan dan menghayati penuh Perjuangan untuk orang Melayu, malah UMNO juga perlu terus dilihat sebagai peneraju BN yang relevan, kepada rakyat Malaysia Bukan Melayu. Soal soal dasar yang UMNO perjuangkan perlu dikaji semula dari sudut kekuatan, peluang, kelemahan dan ancaman (SWOT). Terlalu banyak variable perlu diambil kira, agar kepimpinan UMNO menerajui negara, diyakini dan kemudian, wajar menerima sokongan seluruh rakyat Malaysia.

UMNO tidak boleh lagi mengambil sikap dan pendekatan ‘pandang kedalam’ (inward looking) dalam semua perkiraan dan timbangan, sebelum apa apa keputusan dan tindakan dibuat, dari peringkat perundangan, dasar, hingga ke perlaksanaan. Jauh sekali ‘menyapu bawah permaidani’ (sweep under the carpet), tiap kali berdepan dengan sebarang masalah dan cabaran.

Yang penting sekali, UMNO perlu mampu berdepan dan berinteraksi dengan rakyat disemua peringkat. Pendekatan ‘berdepan’ (engagement) adalah wajar menjadi keutamaan berbanding ‘penyisihan’ (alienation).

Faktor faktor ini terlalu banyak diperkatakan oleh rakyat, termasuk orang Melayu sendiri. Golongan berpelajaran, professional dan generasi muda dengan lantang menyuarakan persoalan ini dan ianya dibuat secara terbuka. Hakikatnya Malaysia dan selera rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu telah berubah dan PRU 12 adalah illustrasi keperluan perubahan merupakan agenda yang terlalu ramai dambakan.

Persoalan yang paling utama ialah, sejauh mana UMNO bersedia untuk membuat perubahan ini. Apakah UMNO, secara total dan komprehensif, bersedia untuk ‘berfikir diluar kotak’ (think outside the box)?

Sekiranya ianya berani dilakukan, perubahan itu sebenarnya perlu bermula dengan Kepimpinan. Samada peringkat Presiden, Majlis Tertinggi, Bahagian maupun Cawangan, semua peringkat, ahli UMNO sejumlah 3.2 juta mahu-tidak-mahu, wajar melakukan anjakan paradigma dan mengangkat pemimpin yang benar benar boleh membawa perubahan, progressif dan berwibawa, tanpa mencacatkan objektif strategik Perjuangan.

‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’ ini mesti dilakukan serta merta. Apabila ini berlaku, Kepimpinan baru perlu bergerak untuk melakukan perubahan kerana psiki rakyat Malaysia, sebagai ‘penguna mutakhir’ (end user) mahu “Melihat bukan sahaja perubahan yang diidamkan, tetapi proses perubahan itu sendiri dirasai”. Ukurtara ‘hasil keputusan’ (deliverables) UMNO hari ini, ‘kepengunaan politik’ (political consumerism) yang sudah berubah dan proses pengadaptasian, ‘lahir-semula’ (re-generation), ‘pembikinan-semula’ (re-invention), pendoktrinan semula (re-doctrination) dan sikap negatif yang membelengu UMNO memerlukan ‘pembebasan’ (emancipation) segera dan setara (across the board).

Semoga dengan adanya ‘kesungguhan politik’ (political will) ini, UMNO akan terus relevan kepada orang Melayu, Perjuangan, Agama, Bangsa dan Tanahair, Dulu, Kini dan Selamanya.

Published in: on April 18, 2008 at 03:19  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/18/umno-pasca-pm-flip-flop-abdullah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: