Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin malam ini mengaku bahawa “Kuasa Pimpinan Melayu kini sudah terhakis” dan “Orang Melayu kini berada di tepi tebing tinggi dan merasa gayat”.
Beliau mengatakan demikian semasa member ucaptama dalam Forum Permuafakatan Melayu anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (Selangor/Wilayah Persekutuan), di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak.
Sebagai seorang pemimpin peringkat no. 3 dalam UMNO, beliau secara jujur mengatakan keperluan ujud inisiatif besar dan radikal, hari ini, untuk membela nasib Bangsa Melayu dan mengatasi masalah Kepimpinan UMNO. Gesaan juga dibuat agar orang Melayu bersatu semula dibawah UMNO.
Ini diperkuatkan lagi dengan contoh semasa UMNO mengalami krisis dalam 1988, orang Melayu Johor telah mengadakan satu konvensyen khas dimana sebuah ketetapan dibuat, “Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu”.
“Teruskan inisiatif (untuk mengembeling segala perpaduan Melayu) dan elok adakan konsultansi (perundingan) dengan Kepimpinan (UMNO). Orang Melayu juga mesti ikhlas menegur Kepimpinan (UMNO)” pesan Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selama sembilan tahun itu, disamping “UMNO adalah milik orang Melayu”, dalam merujuk kepada konvensyen Perpaduan Melayu yang bakal dianjurkan GAPENA di Persada, Johor Bahru, Johor pada 2 dan 3 Mei 2008 dan akan dirasmikan oleh DYTM Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al Haj.
Ini mungkin akan menjadi lembaran baru bari Perjuangan Bangsa Melayu kerana DYTM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga merasmikan persidangan NGO Melayu seMalaya, yang berthemakan ‘Nasionalism Melayu’ dan menyaksikan Perwakilan bersetuju untuk kelahiran UMNO pada 11 Mei 1946, dalam Istana Besar, Johor Bahru, Johor.
Seorang pengkaji sejarah terkenal Dato’ Dr. Malik Munip pula menjelaskan bahawa orang Melayu sebenarnya gagal ‘menjelaskan’ (articulate) sejarah dengan komprehensif dan tepat, termasuk merangkaikan dengan hujah dan rujukan yang relevan dan bernas. Contoh yang diberikan ialah dakwaan Pembangkang bahawa Perjuangan UMNO menjurus kepada “Assabiah”. Mengambil tulisan sejarawan terkenal British Arnold Toynbee, yang amat meminati falsafah yang diketengahkan oleh ilmuan kurun ke XIV kelahiran Tunisia Ibnu Khaldun, yang menyebut “Tiada masyarakat yang boleh mencipta kejayaan dan kegemilangan tamadun tanpa semangat ‘kekitaan’ (Espirit De Corp)”. Dr. Malik juga dengan tegas mengupas pegangan nafas dan roh semasa penubuhan UMNO, bahawa elemen ‘Kebangsaan’ (Nationalism) menjadi tunggak asas Perjuangan “Aspirasi Kebangsaan Melayu mesti menjadi aspirasi Nasional”, yang mula mula sekali ditegaskan oleh Pendita Za’aba.
Mantan Pensyarah Kanan Kajian Melayu Universiti Malaya Prof. Dato’ Dr. Zainal Kling pula mengutarakan ‘Kedaulatan Melayu’ perlu dikupas dan direncanakan melalui sudut Perlembagaan, Politik (prinsip Perjuangan), Ekonomi dan Kebudayaan, Ugama dan Pendidikan, termasuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai teras rakyat Malaysia, sebagaimana yang akan dipersembahkan dan bincangkan dengan khusus di Johor Bahru 2-3 Mei ini.
Semasa sessi soal jawab, persoalan yang paling banyak diutarakan ialah Plan Peralihan Kuasa dan post mortem Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12).