Muhyiddin: “Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu”

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin malam ini mengaku bahawa “Kuasa Pimpinan Melayu kini sudah terhakis” dan “Orang Melayu kini berada di tepi tebing tinggi dan merasa gayat”.

Beliau mengatakan demikian semasa member ucaptama dalam Forum Permuafakatan Melayu anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (Selangor/Wilayah Persekutuan), di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak.

Sebagai seorang pemimpin peringkat no. 3 dalam UMNO, beliau secara jujur mengatakan keperluan ujud inisiatif besar dan radikal, hari ini, untuk membela nasib Bangsa Melayu dan mengatasi masalah Kepimpinan UMNO. Gesaan juga dibuat agar orang Melayu bersatu semula dibawah UMNO.

Ini diperkuatkan lagi dengan contoh semasa UMNO mengalami krisis dalam 1988, orang Melayu Johor telah mengadakan satu konvensyen khas dimana sebuah ketetapan dibuat, “Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu”.

“Teruskan inisiatif (untuk mengembeling segala perpaduan Melayu) dan elok adakan konsultansi (perundingan) dengan Kepimpinan (UMNO). Orang Melayu juga mesti ikhlas menegur Kepimpinan (UMNO)” pesan Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selama sembilan tahun itu, disamping “UMNO adalah milik orang Melayu”, dalam merujuk kepada konvensyen Perpaduan Melayu yang bakal dianjurkan GAPENA di Persada, Johor Bahru, Johor pada 2 dan 3 Mei 2008 dan akan dirasmikan oleh DYTM Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al Haj.

Ini mungkin akan menjadi lembaran baru bari Perjuangan Bangsa Melayu kerana DYTM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga merasmikan persidangan NGO Melayu seMalaya, yang berthemakan ‘Nasionalism Melayu’ dan menyaksikan Perwakilan bersetuju untuk kelahiran UMNO pada 11 Mei 1946, dalam Istana Besar, Johor Bahru, Johor.

Seorang pengkaji sejarah terkenal Dato’ Dr. Malik Munip pula menjelaskan bahawa orang Melayu sebenarnya gagal ‘menjelaskan’ (articulate) sejarah dengan komprehensif dan tepat, termasuk merangkaikan dengan hujah dan rujukan yang relevan dan bernas. Contoh yang diberikan ialah dakwaan Pembangkang bahawa Perjuangan UMNO menjurus kepada “Assabiah”. Mengambil tulisan sejarawan terkenal British Arnold Toynbee, yang amat meminati falsafah yang diketengahkan oleh ilmuan kurun ke XIV kelahiran Tunisia Ibnu Khaldun, yang menyebut “Tiada masyarakat yang boleh mencipta kejayaan dan kegemilangan tamadun tanpa semangat ‘kekitaan’ (Espirit De Corp)”. Dr. Malik juga dengan tegas mengupas pegangan nafas dan roh semasa penubuhan UMNO, bahawa elemen ‘Kebangsaan’ (Nationalism) menjadi tunggak asas Perjuangan “Aspirasi Kebangsaan Melayu mesti menjadi aspirasi Nasional”, yang mula mula sekali ditegaskan oleh Pendita Za’aba.

Mantan Pensyarah Kanan Kajian Melayu Universiti Malaya Prof. Dato’ Dr. Zainal Kling pula mengutarakan ‘Kedaulatan Melayu’ perlu dikupas dan direncanakan melalui sudut Perlembagaan, Politik (prinsip Perjuangan), Ekonomi dan Kebudayaan, Ugama dan Pendidikan, termasuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai teras rakyat Malaysia, sebagaimana yang akan dipersembahkan dan bincangkan dengan khusus di Johor Bahru 2-3 Mei ini.

Semasa sessi soal jawab, persoalan yang paling banyak diutarakan ialah Plan Peralihan Kuasa dan post mortem Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12).

Published in: on April 24, 2008 at 23:55  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/24/muhyiddin-melayu-itu-umno-umno-itu-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. Sama ada tanggapan Umno/BN bahawa kemenangan pembangkang adalah disebabkan oleh protes terhadap BN, khususnya kepimpinan Pak Lah, atau dakwaan pembangkang bahawa pengundi sememangnya mengharapkan negara diterajui oleh kumpulan baru, hanya akan dapat ditentukan pada pilihanraya umum yang seterusnya. Dalam jangkamasa itu, tindak tanduk kedua-dua pihak akan terus diperhatikan oleh pengundi, dan penilaian mereka akan menentukan pihak mana yang akan diberikan kepercayaan untuk menerajui Malaysia pada masa akan datang. Kesungguhan kedua-dua pihak dalam persaingan untuk memikat pengundi sudah tentu akan menguntungkan rakyat dan negara keseluruhannya.

    Pada masa ini kedua-dua pihak berpegang kepada tanggapan masing-masing, sambil mengamalkan sindrom penafian terhadap hujah lawan. Umno tidak boleh terlalu yakin bahawa perubahan sokongan pengundi dalam PRU XII hanya fenomena sementara walaupun hujah itu tampak kukuh.

    Hakikat bahawa DEB dan dasar-dasar ekonomi selepasnya tidak mencapai sasaran yang sepatutnya di kalangan bumiputera berbanding dengan tempoh serta peluang yang diwujudkan disebabkan oleh terlalu ketaranya campur aduk politik dalam perniagaan, dan sebaliknya, haruslah diakui dan tindakan susulan yang mantap haruslah dilakukan untuk menjarakkan semula kedua-dua bidang ini. Aspek inilah yang membawa bencana besar kepada perjuangan, apabila kuasa disalahgunakan untuk mendapatkan harta, manakala harta pula disalahgunakan untuk memperoleh dan mempertahankan kuasa. Ibnu Khaldun telah menukilkan di dalam Mukaddimah mengenai konflik yang tercetus sekiranya kedua-duanya dicampuradukkan.

    Selamat berjaya untuk rakyat dan negara.

  2. tan sri muhyiddin amat jujur dalam kenyataan..harap pemimpin yang lain begitulah hendaknya lantang,pedas,bERBisa bagI KEADAAN ‘krisis kepimpimpinAN KETIKA INI’

    • Betul. Kalau nak jadi pemimpin mesti berwawasan dan berani. Penasihat2 di sekeliling akan memberi pandangan tetapi pemimpin yg buat keputusan, jadi ada lah penting bagi seorang pemimpin utk buat keputusan berani dan berpegang pada perjuangan parti. Pemimpin UMNO mesti berani dan tak mudah terikut2 dgn rentak pembangkang. Jangan terlepas pandang pada penyokong2 Melayu yg telah beri mandat pd UMNO.

  3. Jika ada kebangkitan dalam mempertahankan maruah Bangsa Melayu ada kemungkinan besar ia bermula dari Mealyu Johor yg diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Meskipun selama ini anda agak kurang menonjol (Dalam Parti) tetapi muncul dgn penuh keberanian dan keyakinan pada masa ini amatlah disanjungi oleh seluruh pejuang bangsa. WE PROUD OF YOU TAN SRI MUHYIDDIN!

  4. Isu ketuanan Melayu ini bukanlah satu perkara yang baru. Setiap kali bila UMNO terhimpit mereka gunakan isu ini untuk meraih sokongan orang2 Melayu. Tetapi,bila UMNO dapat majoriti besar macam dlm PRU 2004,isu ini tak timbul pun.

    Sebenar,aku setuju dengan apa Mahyuddin cakap,tapi dia tak seharusnya melihat perkembangan itu dari perspektif semasa,dia juga harus tinjau apa yang telah berlaku semasa zaman Tengku,Razak,Hussein Oon & Mahathir. Sebenar ketuanan Melayu dah mula lingkop semasa era pemerintahan Tengku lagi,bila dia bagi muka kat bangsa2 lain.

    Saya pernah menghadiri berpuluh2 polimik,forum berkaitan ketuanan Melayu,berbagai-bagai tokoh termasuklah Malik Munip,Zainal Keling dll,semuanya pandai berkokok berderai,resolusi dibuat,di hari akhir semuanya masuk dalam fail dan disimpan di arkib negara. Peserta balik kampung masing-masing & bila sampai rumah lupa habis pasal ketuanan Melayu. Itulah senario yang berlaku berpuluh2 tahun sampai saya dah meluat & fedup dengan janji2 kosong.

    Satu isu yang pernah dibincang adalah berkaitan dengan tawaran biasiswa kepada pelajar2 Melayu. Kononnya,nak guna wang Petronas untuk buat dana & tubuh tabung seperti Tabung Haji bagi mengeluarkan biasiswa untuk pelajar2 Melayu. Tapi,apa yang terjadi,wang Petronas diguna untuk bailout syarikat2 kroni yang dah nak mampus.Wang royalti minyak diguna untuk joli pesta Monsoon Cup..semua ini untuk orang Melayukah? cuba you tanya Muhyuddin? Yang untung adalah Patrick Badawi & kuncu2nya dan mereka ini Melayukah? So mana ketuanan Melayu yang dok laung2kan kini?

    Sekali dua OKlah nak temberang tapi kalau dok berulang-ulang dan hasilnya tak nampak,Melayu mana yang percaya lagi,kecuali ahli UMNO totok.

    Sorrylah,bagi saya ketuanan Melayu ini dah lingkop,
    musnah,bukan angkara buatan bangsa asing tetapi diperkosa oleh pemimpin UMNO yang tamak haloba yang masih bergentayangan dan tak sedar diri dari dulu, kini dan selama-lamanya…

    cheers.

  5. assalamualikum. malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa. kepimpinan raja2 di tanah melayu tiada masalah. kepimpinan pak lah pun best

  6. Kalau UMNO=Melayu dan Melayu=UMNO, mengapa sebahagian besar orang Melayu telah menjadi ahli PAS dan Keadilan? Sebenarnya, UMNO tidak lagi berkelayakan mempamirkan papan tanda “UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION” (UMNO)diatas bumbung PWTC. Ini sungguh memalukan!!!!!

  7. […] Abdullah juga dibidas Muhyiddin dalam majlis samada terbuka atau tertutup, atas platform UMNO atau NGO. Ini merupakan sifat ‘Kepimpinan’ yang begitu ramai akar umbi dambakan, kerana […]

  8. […] and more UMNO Leaders talk about the need to change for the sake of the Malays, especially via the ‘transition of power’. Many middle UMNO […]

  9. […] calon kelas rendah pun kelas rendah la…asalkan UMNO boleh naik, itu paling penting. Kononnya, UMNO sahajalah yang mewakili Melayu di Malaysia ni. Mengarut! Jika peminpin-pemimpin UMNO dan kuncu-kuncunya yang serba kekurangan […]

  10. anjing besar tua kow heer, beli barang ping pong piang !


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: