Ku Li: Saya dan Dr. Mahathir bersahabat baik, tetapi beza pendapat

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah malam ini berkata bahawa beliau dengan Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan sahabat baik, tetapi berbeza pendapat.

Ini merupakan ucapan pengulungan dalam sebuah majlis menghimpunkan Ketua Ketua Cawangan UMNO di Kelantan yang diadakan di Balai Islam Lundang, dekat Kota Bahru malam ini. 2,000 orang, majoritinya ahli UMNO hadir dalam majlis ini.

Beliau menjawab isu isu yang dibangkitkan peserta dan hadirin, terutama kerjasama dan gandingan beliau dengan Tun Dr. Mahathir untuk melakukan ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’. Menurut Ketua Bahagian Gua Musang semenjak 1962 itu, “Kerjasama itu buat masa ini tidak perlu untuk menurunkan Presiden UMNO. Saya bergerak bertanding jawatan Presiden dan Tun Dr. Mahathir terus dengan teguranya”.

“Matlamat saya adalah untuk berkhidmat untuk Bangsa dan Negara. Saya sudah lama berpolitik dan sudah tiada lagi yang saya inginkan kerana saya sudah ada semuanya, selain dari terus berkhidmat”, perakuan seorang yang sudah bertaraf Negarawan itu.

Tengku juga mengingatkan cabaran paling utama sekarang ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan ianya berkadar langsung dengan isu Globalisasi. “Apakah pemimpin yang ada mampu dan sudah bersedia? Globalisasi amat mencabar!”.

Mengulas perkembangan terkini, beliau mempersoalkan kenapa BPR yang akan dirombak semula fungsinya dan pengujudan Suruhanjya BPR perlu bertanggung jawab terus kepada Perdana Menteri dan bukan Parlimen.

Published in: on April 25, 2008 at 23:14  Comments (2)