Ku Li: Saya dan Dr. Mahathir bersahabat baik, tetapi beza pendapat

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah malam ini berkata bahawa beliau dengan Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan sahabat baik, tetapi berbeza pendapat.

Ini merupakan ucapan pengulungan dalam sebuah majlis menghimpunkan Ketua Ketua Cawangan UMNO di Kelantan yang diadakan di Balai Islam Lundang, dekat Kota Bahru malam ini. 2,000 orang, majoritinya ahli UMNO hadir dalam majlis ini.

Beliau menjawab isu isu yang dibangkitkan peserta dan hadirin, terutama kerjasama dan gandingan beliau dengan Tun Dr. Mahathir untuk melakukan ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’. Menurut Ketua Bahagian Gua Musang semenjak 1962 itu, “Kerjasama itu buat masa ini tidak perlu untuk menurunkan Presiden UMNO. Saya bergerak bertanding jawatan Presiden dan Tun Dr. Mahathir terus dengan teguranya”.

“Matlamat saya adalah untuk berkhidmat untuk Bangsa dan Negara. Saya sudah lama berpolitik dan sudah tiada lagi yang saya inginkan kerana saya sudah ada semuanya, selain dari terus berkhidmat”, perakuan seorang yang sudah bertaraf Negarawan itu.

Tengku juga mengingatkan cabaran paling utama sekarang ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan ianya berkadar langsung dengan isu Globalisasi. “Apakah pemimpin yang ada mampu dan sudah bersedia? Globalisasi amat mencabar!”.

Mengulas perkembangan terkini, beliau mempersoalkan kenapa BPR yang akan dirombak semula fungsinya dan pengujudan Suruhanjya BPR perlu bertanggung jawab terus kepada Perdana Menteri dan bukan Parlimen.

Published in: on April 25, 2008 at 23:14  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/25/ku-li-saya-dan-dr-mahathir-bersahabat-baik-tetapi-beza-pendapat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. apa yang pentingnya dia tak ada anak…jadi tak adalah menantu

  2. Ya…mengapa BPR diletakkan bawah PM…letaklah dibawah parlimen…sekiranya ingin mengambil hati rakyat…dari sini mengesahkan tidak ada apa yang nak dipulihkan…cuma sekadar main wayang…pilihanraya sekali lagi mengesahkan BN pasti tumbang kalau maseh berperangai lama…

    saya setuju kalau Ku Li masuk lawan …pak lah tak nampak globalisasi…cuma dia nampak maseh boleh jadi PM …itu ja…yang lain isu..kau orang punya pasal la…itulah kalau nak diterjemahkan PM sekarang…tidak mempunyai apa apa cuma tunggu hari aja


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: