Ketua Penerangan UMNO Johor YB Dr. Hj. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan bahawa proses ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’ yang digesa akar umbi keatas Kepimpinan, agar PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur sebelum Disember 2008 adalah model ‘Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj menyerah kuasa kepada Tun Razak’ dan “Merakyatkan UMNO”.
Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat itu, yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat membuat desakan ini dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO Batu Pahat di Dewan Jubli Intan pagi ini.
“UMNO perlu diselamatkan” dan Mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor juga memberikan contoh UMNO hari ini berada dalam keadaan umpama “Alice di Wonderland sampai ke persimpangan” dan juga mengunakan puisi Dato’ Usman Awang mengenai ‘Surat dari masyarakat burung kepada Dato’ Bandar’.
Usul kemudianya dibentang Aziz Ismail dan disokong oleh Hj. Shahril Hj, Abdul Karim. Usul akan dibahaskan iaitu:
1. Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) diadakan,
2. Segerakan Plan Peralihan Kuasa,
3. Desak adakan ‘Peralihan Kuasa’ sebelum Disember 2008,
4. Mengkaji punca rakyat marah, kekalahan BN dan faktor famili,
5. Laksana Perlembagaan tanpa kompromi keatas Islam dan Melayu
*Perkembangan dikemas kini 11.30am
Seorang perwakilan Jalil Taha membahaskan bahawa Dato’ Onn Jaafar memperjuangankan penentangan Malayan Union dan sekaligus Kemerdekaan sebagai Presiden UMNO, tanpa jawatan Perdana Menteri Malaya pun dan ianya berhasil. Oleh itu, tiada masalah untuk ‘Peralihan Kuasa’ yang dipinta sekarang ini.
Pembahas kedua ialah Abdul Rahim bin Hasnan. Perhubungan dan kerjasama dengan parti komponen perlu kajian semula keberkesananya.
Pembahas seterusnya, Abdullah Ismail mengesa agar ‘Plan Peralihan Kuasa’ ini @ Usul ke 3 itu tidak perlu, tetapi sebaliknya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur segera.
Wanita UMNO pula tidak bersetuju dengan usul 1 dan 2. Alasan yang diberikan ialah bukan untuk salah seorang, tetapi semua ahli UMNO. Jelas wakil Wanita UMNO ini gagal mendalami falsafah ‘Kepertanggung jawaban seorang Pemimpin’, terutama apabila menghadapi kekalahan.
Sebelum EGM pagi ini, Dr. Junaidy Abdul Wahab yang juga Setiausaha Politik Menteri Penerangan pernah membangkit beberapa isu apabila UMNO batu Pahat meneruskan EGM ini:
1. Pindaan Perlembagaan boleh dilakukan dalam Mesyuarat Tahunan Bahagian, pra-Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disember 2008 nanti
2.Apakah EGM ini diadakan untuk merombak sistem kuota, yang diperkenalkan zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad?
3. Apakah EGM ini untuk bagi endorsement kepada Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mencabar PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi?
4. Pindaan Perlembagaan dan Pertandingan boleh memecahkan parti; UMNO 1987-88. “Kenduri besar, modal pun besar!”
5. Pertandingan akan membabitkan kekecewaan. Elok cari pendekatan baru untuk rakyat sayangkan BN daripada mencari jalan menghalalkan pertandingan yang bakal mengundang bencana
6. Kepimpinan yang ada sekarang sebenarnya boleh ditegur EGM yang dipinta sebenarnya percangan untuk kepentingan individu/pihak tertentu
7. Segala pindaan yang ingin diadakan disalurkan kepada Biro Politik UMNO dan dibincangkan dalam PAU 16-20 Disember ini. Adakan satu konvensyen khas tahun depan membincangkan pindaan Perlembagaan
8. Peralihan Kuasa akan tetap berlaku, samada segera atau lewat. EGM ini seolah olah menolak Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak keatas dan mengenepikan Kepimpinan.
*Perkembangan dikemaskini Isnin 28 April 2008
Teks ucapan penuh Dr. Hj. Mohd. Puad Zarkashi boleh dibaca disini.
To my dearest ****LAHHH and family,
GET LOST!!!
The use of profanity is not tolerable in this blog. Please consider this a LAST WARNING!
sama ada mahu diakui atau tidak, sambutan bahagian-bahagian kepada seruan supaya mengadakan mesyuarat agung khas amatlah dingin. sehingga kini, bilangan bahagian yang telah atau bercadang untuk mengadakan egm boleh dihitung dengan jari. malahan bahagian muar sendiri tidak mengadakan egm walaupun terdapat permintaan dari kalangan ajk bahagian yang mencukupi syarat sebagaimana yang ditetapkan perlembagaan. ini menggambarkan bahawa keberanian yang diharapkan daripada bahagian-bahagian umno masih terlalu rendah. dr. khir toyo yang masih ketua bahagian yang berkuasa untuk memanggil egm pun tidak kedengaran bercadang menganjurkannya walaupun dia begitu lantang bersuara mengenai isu peralihan kepimpinan. ybm tengku razaleigh sudah pasti dapat membaca corak yang bakal timbul pada persidangan bahagian nanti. dan jika ketakutan sebegini terus membelenggu bahagian-bahagian umno, pengundi akan membuat penilaian dan memutuskan talian hayat umno pada PRU yang akan datang. jangan menyesal kerana sekarang ini nasi sudah menjadi bubur (hilang 2/3 di parlimen dan 5+1 negeri), kelak nanti periuk menanak nasi yang akan pecah pula.
There are “many ways to skin a cat” although it is well acknowledged that to remove an UMNO president from power is practicably impossible unless we continue to be bravely united in our cohesive efforts to bring him down without any compromise to our race and Islam.
The President’s weakest link, being the source of his greatest mistakes, is his immediate family who blatantly plundered the nation while continuing to influence him immensely in decisions of National Security. It is ridiculous that the country is managed and run by a bunch of nincompoops with personal selfish interest while the President remains merely its mouth piece.
Dr Puad Akashi’s Batu Pahat UMNO decision to approve the various resolutions is most commendable and should be quickly preceded by others. His methodology of the EGM route will however take time while the interest of the Nation continues to rot. I hope the many other divisions will quickly join in the chorus and enhance the pressure on the President to quit rather than wait until year end.
Time is the essence as the security of the Nation continues to falter. While we should not discontinue our concerted efforts including voicing out loud our disapproval of the President in prolonging his stay in office, we should not loose focus on his weakest link. That weakest link should be exploited to the maximum and those with the relevant proofs should be coaxed to come forward (to the relevant authorities or channels) in ensuring that no loose ends remain untied; this could be difficult but perhaps the appropriate and quickest route to force the President’s departure..
Bringing down the President is just the beginning. The Party has to be urgently and wholesomely revamped/ restructured for its relevancy. This is the “catalyst of change” that I find is the ultimate in pursuing the long and enduring “war” in regaining the trust and confidence of the lost “Silent Majority” and consequently wins back the lost states with pride and dignity. At the helm of the Party must be a strong leadership, unattached to those traditional ways which have been found counter productive while appreciating the necessity to reconcile with the vanquished, unify the Party at all fronts. Then only then can the country successfully and with ease face the threats from the likes of those associated with “Foundation of the Future”.
Once again to Dr Fuad Akashi and his Division, I congratulate a job well done.
[…] giving support to the nationalist party. UMNO has been said to be an elitist party and it has to be ‘rooted back’ to the members. When so much focus on UMNO, Tun Dr. Mahathir was invited to be interviewed in BBC’s Hard […]