Ku Li: UMNO perlu kembali kepada visi asal dan membuktikan persepsi popular hari ini tidak benar

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah petang ini mengatakan UMNO perlu merenung semula dasar, cara pergerakan dan beriteraksi dan pandangan serta penerimaan ahli, terutama orang Melayu. “Perlu dibuktikan bahawa persepsi rakyat hari ini keatas UMNO sebenarnya tidak betul dan UMNO sebenarnya masih lagi relevan untuk orang Melayu, rakyat Malaysia dan menangani cabaran Globalisasi”.

Beliau membuat gesaan ini dalam satu majlis bersama sama Cawangan Umno sekitar Subang Jaya di Holiday Villa.

Kuasa orang Melayu hari ini bergantung kepada kekuatan sokongan dari Sabah dan Sarawak kerana calon UMNO telah banyak kalah dan tidak lagi mempunyai kekuatan seperti pilihanraya umum sebelum ini.

“Biasanya dalam sistem demokrasi, Kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti, tidak akan berkesan” ujar pemimpin UMNO berusia 71 tahun itu. “Rakyat mahukan sistem ‘check and balance’, yang ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008, melalui undi popular. Sistem demokrasi dalam Malaysia makin matang, maju dan celik politik”.

UMNO ditolak dalam PRU 12 kerana keputusan yang dibuat Kerajaan tidak memihak dan menjaga kepentingan rakyat kerana Kepimpinan tidak mendengar hasrat akar umbi. “UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO”. Imej dan Perjuangan UMNO perlu membayangi aspirasi akar umbi yang mereka pimpin.

“Rakyat ini hilang keyakinan dan marah kepada BN dan UMNO”. Beliau menegaskan. Walaubagaimanapun, beliau tidak begitu yakin Pakatan Rakyat dengan mudah dapat menubuhkan Kerajaan kerana calon pemimpin mereka bukanlah dari golongan yang cukup mantap. “Yang penting UMNO perlu kembalikan usaha meyakinkan rakyat, memperkuatkan parti dan ubah budaya.

Keadaan yang berlaku hari ini ialah pada orang Bukan Melayu, parti komponen BN terlalu mengikut kehendak UMNO sehingga mereka ditolak sama sekali. Walaubagaimanapun, pada orang Melayu, UMNO dilihat terlalu berkompromi kepada desakan orang Bukan Melayu.

“Krisis yang melanda hari ini ialah mengenai nilai dan Kepimpinan” ujar Tengku Razaleigh. Kelemahan Kepimpinan ialah untuk melaksanakan visi asal UMNO ditubuhkan. Orang UMNO hari ini sanggup memberikan sokongan mereka kepada PAS dan PKR dan membelakangkan UMNO kerana mereka mempunyai persepsi bahawa Pembangkang itu lebih jujur, amanah, bersih dan adil. UMNO hari ini bertanggung jawab untuk membuktikan persepsi ini salah dan UMNO sebenarnya masih relevan.

“Akan budi Bangsa Melayu, yang akan berlaku adil untuk semua” adalah peringatan Tengku Razaleigh kepada dimana UMNO sepatutnya diletakan dalam masyarakat. Namun begitu, UMNO tidak seperti parti komponen, ‘memusuhi’ NGO Melayu yang cuba ‘menegur’, agar UMNO terus menjaga kepentingan Melayu. Secara mudah (convenient), NGO seperti ini dilabelkan sebagai ‘Pembangkang’ dan ada sebagai ‘Pengkhianat’. Oleh demikian, sistem ‘mematangkan’ masyarakat Melayu menjadi lebih terbuka, berketerampilan dan pandangan jauh terbantut.

UMNO didesak perlu menghapuskan persepsi ianya sebuah ‘parti elitis’ dan menangkis tohmahan bahawa UMNO hari ini lebih bersifat ‘liabiliti’, terutama sebagaimana yang dialami parti komponen BN. Ini dijelaskan bahawa kempen parti chauvinis Pembangkang membawa mesej bahawa mengundi parti komponen BN samalah seperti memberi undi kepada UMNO.

“Dasar parti ialah untuk kepentingan Bangsa dan Negara, Bukan untuk Bangsa dan Negara lain”, sebagai gesaan terutama tindakan Kepimpinan hari ini dilihat memberikan kelebihan pada pihak lain, termasuk luar.

Diakhir ucapan, Tengku Razaleigh mengaris langkah yang perlu UMNO lakukan untuk kembali relevan:

1. UMNO perlu mengekalkan semangat Kebangsaan, tanpa mengadaikan roh Islam yang didukungnya

2. Kuatkan sistem oganisasi dengan elemen innovatif, dinamik dan proaktif mutu Kepimpinan

3. UMNO perlu ditingkatkan setara seluruh peringkat dan tidak bergelumang dengan persepsi seperti rasuah dan kronyism

Ini merupakan ucapan paling komprehensif Tengku Razaleigh pernah berikan, yang dibuat atas platform UMNO dalam konteks ‘membaikan’ parti nasionalis Melayu yang berusia 62 tahun itu.

*Perkembangan dikemaskini 7.30pm

Semasa sessi soal jawab, Tengku Razaleigh ditanyakan mengenai cadangan ‘Pengasingan Kuasa’ antara Kepimpinan UMNO dan Eksekutif, sebagai yang diamalkan oleh Parti Komunis China dan memberi jawapan “Memang boleh buat, kalau kita nak buat. Perkara ini pernah dibangkitkan semasa zaman Tun Razak dan beliau menganggotai Biro Politik UMNO, yang membincangkan dengan mendalam isu ini selama 7 bulan”. Akhirnya, keputusan dibuat bahawa ianya tidak sesuai untuk UMNO dan negara. Beliau juga menjelaskan bahawa sistem Perlembagaan Malaysia tiada peruntukan untuk ‘memecat’ (impeach) seorang Perdana Menteri.

Untuk persoalan adakah Tengku Razaleigh akan meneruskan cabaran keatas jawatan Presiden UMNO, walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru, beliau menjawab yakin “Kalau ada mandat (cukup pencalonan) dari ahli UMNO, saya akan terus! Saya bukan perlu jaga hati sesiapa, saya bukan perlu ampu sesiapa” dan menambah “Budaya ‘Ampu’ dalam UMNO ini perlu dihapuskan!”. Ini menerima tepukan gemuruh.

Pada soalan peranan Pemuda UMNO dalam konteks hari ini, beliau mengesa perlu diadakan pendoktrinan semula dan ‘semangat kepasukanan’ (Espirit D’Corp) dan Pemuda UMNO perlu berterusan diberikan suntikan semangat, bagi meneruskan Perjuangan.

Sebelum itu, penganjur Dato’ Mazlan Harun, mengutarakan bahawa apa yang berlaku merupakan kegagalan sistem Penerangan UMNO dan rakyat, terutama orang Melayu dahagakan penerangan. UMNO juga perlu melihat dan kekal relevan kepada 2 juta pengundi baru menjelang PRU 13.

*Perkembangan dikemaskini 11.30pm

Laporan Bernama.com:

26 April, 2008 20:48 PM

Ku Li Percaya Hasrat PKR Ambil Alih Kerajaan Boleh Jadi Nyata

PETALING JAYA, 26 April (Bernama) — Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) “menyeberang” ke pihak Pembangkang.

“Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

“Saya juga tengok kebanyakan Anggota Parlimen yang terpilih adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu dan mereka masih berhubung rapat dengan Anwar,” katanya semasa sesi pertemuan dengan anggota Umno dari cawangan-cawangan sekitar Subang Jaya di sini hari ini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu juga yakin Anwar serius dengan hasratnya mahu mengambil alih kerajaan.

“Tadi kebetulan semasa datang ke sini saya naik satu kapal terbang dengan beliau dan saya tanya beliau sendiri, dan beliau kata beliau serius,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata berdasarkan kepada faktor-faktor itu, pemimpin BN wajar mengambil serius kenyataan Anwar kerana dengan hanya 30 kerusi Parlimen, kerajaan BN boleh tumbang.

“Jangan fikir kita boleh terus berkuasa. Kena ambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini,” katanya yang turut melahirkan kebimbangan dengan sikap pemimpin BN sekarang berhubung isu itu.

Mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita kemudian, beliau berpandangan pemimpin BN sekarang bersikap seolah-olah pengambilalihan kuasa oleh pembangkang tidak akan berlaku.

Ditanya mengenai keyakinannya bahawa terdapat kemungkinan Anggota Parlimen dari Sabah menyertai PKR, Tengku Razaleigh berkata keyakinan itu berdasarkan “suara-suara” dari negeri itu yang antara lain mengatakan bahawa mereka masih kurang senang dengan keadaan sekarang.

“Daripada apa yang saya dengar, mereka tidak mendapat apa yang mereka minta, misalnya lebih banyak perwakilan, maka perkara ini perlu diselesaikan,” katanya.

Kepada soalan lain, Tengku Razaleigh berkata beliau akan tetap bertanding jawatan presiden Umno sekalipun ketika pemilihan parti pada Disember nanti, jawatan itu telah dipegang oleh orang lain.

“Kalau saya diberi mandat saya akan bertanding,” katanya sambil menambah setakat ini hasrat beliau disambut baik oleh kebanyakan bahagian Umno.

— BERNAMA

Published in: on April 26, 2008 at 16:40  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/26/ku-li-umno-perlu-kembali-kepada-visi-asal-dan-membuktikan-bahawa-persepsi-popular-hari-ini-adalah-tidak-benar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. rakit dilarang dalam pemilihan semua peringkat umno kali ini. pada saat-saat kapal dah pecah dan hampir karam, rakit pula tidak dibenarkan. bolehkah dibayangkan jika mukhriz terpilih sebagai ketua pemuda dan pak lah masih terpilih sebagai presiden umno? bagaimana pula jika ku li terpilih presiden manakala kj terpilih sebagai ketua pemuda? memanglah mulut mengatakan tidak akan ada masalah tetapi jujurkah hati ketika itu. punca sakit bukanlah rakit tetapi nakhoda kapal yang kian mabuk laut.

    dalam banyak keadaan, pak lah menyanggah tun dr. mahathir, sehinggakan hakim yang terpecat oleh tribunal pun dipertanggungjawabkan kepada mantan pm itu, projek2 yang telah dirancang dan separuh dilaksanakan pun dibatal dan dirombak termasuk jambatan bengkok, semata-mata kerana mahu tampak berbeza. tapi apabila digesa letak jawatan sebagai tanda ambil tanggung jawab atas “prestasion” umno/bn dalam pilihanraya, pak lah ambil iktibar daripada tun dr. mahathir, ” mahu kukuhkan parti semula sebelum buat peralihan kepimpinan”. big dog gelar flip flop, mungkin boleh terjemah sebagai log lag kot. bukankah baik dia ikut aja cara dato’ onn jaafar, atau lebih dekat lagi tunku abdul rahman putra yang tidak berdegil melepaskan jawatan presiden umno dan perdana menteri apabila melihat isyarat dari rakyat dan ahli umno. tunku tak dak sibuk nak perkukuh parti baru serah kepimpinan kepada tun abdul razak. tunku terus turun dan serah supaya tun razak memimpin proses pengukuhan parti dan negara, barulah orang akan kenal sebagai negarawan.

    tapi kalau bahagian-bahagian umno terus kecut dan terus mencalon dan mengundi pak lah sebagai presiden umno, rakyat tiada pilihan melainkan meneruskan protes walaupun dengan hati yang berat pada pilihanraya umum seterusnya.

  2. from : http://fatkucing.blogspot.com

    Malaysiakini and Hisham “ludah kat langit”

    As Parliament opens to a changed political landscape, “sorry” seems to be the easiest things to say these days. First, the keris-wielding Hishammuddin made a rather belated apology about brandishing the dagger at successive UMNO Youth assemblies, then the pro-opposition online news portal, Malaysiakini, says sorry to monkey-boy KJ for lying about his election result and misquoting him.

    Let’s check out the apologies.

    In Hishammuddin’s case, he tried to be a big man by cutting his losses and admitting that the whole keris episode scared the hell out of non- Malays especially since it was accompanied by racial rhetoric at the last few UMNO assemblies (OK, fine racial rhetoric always existed but the Mongolian one had the bright idea of telecasting the proceeding LIVE for the first time). Remember, Hishammuddin is not doing this for nothing. His sights are set on becoming DPM to his Mongolian cousin when the latter takes over from Pak Lah, which by all reckoning is anywhere between next month and next year. Hishammuddin is done with the circus that is Pemuda UMNO and now wants to transition from the ultraman image he cultivated to a more liberal leader that is acceptable to all races. Hence, the apology about the keris. But if you actually look at how he apologized, you will see that he carefully hedged what he said. He actually said sorry to non-Malays for scaring and offending them, and then apologized to Malays for not being able to defend a cultural symbol. He did this because he was aware an apology just to the non-Malays would have resulted him being lynched by UMNO.

    Sure enough, after the apology Hishammuddin’s Mongolian cousin came out with a statement in support saying that it doesn’t take away from the dignity of the Malays. Hishammuddin’s handpicked choice for the next UMNO Youth Chief, Mukhriz Botak also joined the chorus line by saying that Hishammuddin was magnanimous to apologize. This is all designed to cover Hishammuddin’s ass with the UMNO faithful who still can’t understand why he apologized in the way he did. For the non- Malays, the apology is a little too late. They were screaming at him to say sorry and not repeat the deed but Hishamuddin brandished it again and again (three times, to be exact). So, although Fat Cat thinks Hishamuddin is right in offering the apology, there are many political factors behind the move which casts doubt on his sincerity. Fat Cat also wonders why it took a political tsunami for Hishammuddin to realize that the keris was a major issue with the non-Malay community.
    The second apology is one offered by Malaysiakini to KJ. Fat Cat is no fan of monkey-boy but in this case KJ wins. Fat Cat knows the journalists of Malaysiakini well. Unfortunately, some of them are pretty bad reporters. They aren’t very clever and make careless mistakes when reporting like getting simple facts wrong. Add to this a very slanted editorial stance which is pro-opposition and a mistake like the one against KJ was bound to happen. Malaysiakini’s editor, Steve Gan, was a chum of PKR wildman and new MP for Batu, Tian Chua, Down Under. They used to knock back the beers and hang together. Gan is also very open about his admiration for Anwar Ibrahim, as are most of Malaysiakini’s staff. So when they persisted in saying there was a recount in Rembau based on information provided by KJ’s opponent without checking with the Election Commission, they were asking for trouble. Basic rule for a journo: counter check any information with other sources especially when the primary source is an interested party.

    The worst part was not just getting the recount story wrong (and repeating it) but putting words in KJ’s mouth. Fat Cat checked out KJ’s interview transcript at Susan Loone’s blog and wonders in amazement how Malaysiakini can just attribute what they like to people when it is clearly false. This is nothing short of fabrication and deceit. It is no wonder that monkey-boy said he suspected malice and bad faith. Malaysiakini basically made up a quote which they attributed to KJ. In fact, Malaysiakini is bloody lucky that KJ decided on just writing a letter instead of suing because this is a clear cut case of defamation. Fat Cat thinks Malaysians must be careful when reading Malaysiakini. This KJ apology episode demonstrates very clearly that they either have an agenda or are just downright stupid for not even checking facts.

    BTW, why hasn’t Lazy Rocky written about Malaysiakini eating dirt? Come on Rocks… what’s right is right. After all, you’re the one who kept on insinuating that KJ’s win was tainted. Now diam aje… Wassupp, bro? Hangover ke?
    Fat Cat: Sorry… is all that you can’t say. Days gone by and still… words don’t come easily… Like sorry, like sorry…
    Posted by Fat Cat at 4:57 AM 3 comments
    Friday, April 25, 2008
    REPEAT OF SABAH 1994

    Remember when BN lost to PBS by two seats in Sabah back in 1994 and how BN ended up forming the state government on the back of mass defections? Remember who the mastermind was behind that black ops to literally buy the Sabah ADUNs? Yes, none other than our gay, de facto leader of the opposition, DSAI. When BN couldn’t close the deal in Sabah, Mahathir was so pissed off that he told his then loyal deputy to do “all it takes”. Gaylord took a break from sticking it in Azmin(if you don’t think he’s gay then try to meet him in real life and stare at his face; the bugger is flaming…), dug into some cronies’ pockets and basically went shopping in Sabah. That was the end of PBS hegemony in Sabah and the state hasn’t really recovered from DSAI spoiling the market with the big bucks in return for political support.

    As Fat Cat writes this, Homo boy is back in East Malaysia doing what he does best – buying people. Ya he says he is not buying… BS. FYI, Anwar has a network of money changers laundering his cash for him back onshore and also uses the convenient ATM facilities of Al-Rajhi Bank to draw out the fibre for his buy-out operations (why do you think he’s always in Dubai meeting “investors”?). Much of this is facilitated by homo chum Dr Rahim Ghouse who is a top bank exec Down Under. Make no mistake, DSAI is loaded. The Yanks and Turks have been giving him dosh as well as some Hong Kong magnate (details to come).

    Gaylord is targeting a few low hanging fruits. He knows the Bidayuhs of Sarawak are pissed because they have no federal cabinet representation. So, he’s been checking out the three Bidayuh MPs – Tiki Lafe, Richard Riot and James Dawos. Going price? A cool RM10million. Wassuppp???

    In Sabah, word is he’s teaming up with Anifah Aman who’s pissed because Pak Lah didn’t make him a minister. Gaylord’s also got a couple of other MPs from UMNO Sabah itching to join like former mate Sapawi Ahmad from Sipitang. Yong Teck Lee is also upset that his SAPP is not in the federal cabinet and may do a runner. DSAI is onto all of this and is hot on the heals of the discontented.

    So with all the money he has at his disposal, his threat of being PM by Sept 2008 may not be an empty one. After all, Sabah has shown previously that if the price is right who wants to talk about perjuangan?

    Fat Cat: If you want Malaysia’s first homo PM, JUMP! Everybody jump, jump, jump. Jump up, jump up and get down!

  3. Pihak pembangkang sudah menhidu akan kekuatan Ku Li menerajui UMNO dalam masa yang sama akan mengembalikan kegemilangannya. Sebab itu lah mereka melalui penulis-penulis upahan mereka telah mula mengadu domba dan membuat cerita-cerita sensasi untuk menidakkan kewibawaan Ku Li. Sayuti Omar adalah antara orang yang mula-mula takut dengan perkembangan ini. Lihat di sini:
    http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=1180&Itemid=71

  4. harap dapat singgah, walau sebentar ke blog saya…mungkin ada yang dapat kita ambil iktibar bersama..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: