Ku Li: UMNO dihati orang Melayu, walaupun hilang kuasa ‘tawar menawar’

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa UMNO perlu mengembalikan peranan memperjuangakan kepentingan orang Melayu, sesuai dengan kedudukan UMNO itu dihati sanubari jiwa orang Melayu. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam satu majlis dengan ahli UMNO Bahagian Batu Pahat di Hotel Landmark.

Beliau mengingatkan bahawa orang Melayu perlu merasa risau dan takut kepada masa hadapan kerana hari sahaja, UMNO sudah hilang kuasa dalam 5 + 1 negeri dan PAS sudahpun mula bertapak diJohor. Negeri yang jatuh kepada Pembangkang merupakan negeri kaya dan maju, iaitu 75% dari KDNK Negara datang dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang. Ini bermakna, hari ini kuasa ‘tawar-menawar’ orang Melayu dalam negara telah tiris.

Apabila bercakap soal kegagalan mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen, erti sebenar ialah orang Melayu telah hilang kuasa, yang bermaksud kehilangan tapak moral dan ‘bisa’ untuk bertindak. Ianya keadaan dimana UMNO disifatkan berada dalam darurat dan parti komponen lain berada dipersimpangan yang tidak teragak agak untuk meninggalkan BN.

Dalam soal ekonomi pula, Tengku Razaleigh mengupas permalasahan yang sedang dilanda sekarang dimana keyakinan pelabur luar makin tiris (Kerajaan yang tidak kukuh), pengujudan peluang perkerjaan yang bermasalah, harga minyak mentah dijangka mencecah USD150 setong dan pendapat yang tidak meningkat sebagaimana harga barangan meningkat. Pendekata, negara amat memerlukan Kepimpinan yang kuat dan bijak untuk menyelesai masalah dan menghadapi cabaran.

Laporan lintas langsung dari Batu Pahat ini dibawa oleh blogger Husin Lempoyang.

*Perkembangan dikemaskini jam 9.30malam

Ku Li: UMNO perlukan “Revolusi” dan “Berdikari”, untuk tangani cabaran globalisasi

Di Muo malam ini pula, bercakap kepada 700 orang ahli UMNO dan peminat politik, Tengku Razaleigh membangkitkan soal cadangan EGM diadakan ialah bertujuan untuk membincangkan soal ‘Keputusan Pilihanraya Umum ke XII’, bukan untuk meminta mana mana pihak meletakan jawatan.

Beliau juga terus mengulangi saranan sebelum ini bahawa UMNO perlu lebih demokratik disemua peringkat, dari Kepimpinan, Bahagian hinga ke Cawangan dan mencadangkan agar dilakukan penilaian semula. Saranan tegas untuk melakukan “Revolusi” dalam UMNO sebagai cara untuk segera membetulkan keadaan, kerana kedapatan ada Ketua Bahagian amat liat untuk bertindak kearah perubahan yang didambakan akar umbi dan rakyat.

Para hadirin diingatkan bahawa hari ini, ekonomi orang Melayu sudah tinggal jauh kebelakang dan parti parti komponen tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan ini. Oleh itu, perubahan perlu dilakukan segera untuk menumpukan perhatian kepada keadaan ini. Mereka juga diingatkan bahawa parti komponen tidak semestinya akan berada disisi UMNO dalam BN untuk selamanya dan bibit bibit perubahan sudah mula kelihatan.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya UMNO tidak mendapat sokongan padu, terutama dalam keadaan cabaran ekonomi global yang meruncing, seperti isu kenaikan harga bahan bakar, alam sekitar, bekalan makanan dan tanaman makin kurang, soal pelaburan dan perdagangan yang tidak seimbang, maka orang Melayu akan menghadapi cabaran yang amat perit dan terlalu besar untuk ditangani. Pendekata, Kepimpinan yang lemah dan kemampuan untuk bertindak yang amat diragukan akan memburukan keadaan.

Semasa sessi soal jawab, ramai wakil UMNO Muo bangkit untuk bercakap mengenai keperluan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakan jawatan.

Laporan lintas lansung dari Muo ini dibawa oleh penganalisa blog AJG.

Published in: on May 4, 2008 at 15:25  Comments (1)