“Allah” bukan lagi eksklusif untuk Melayu-Islam dan kedudukan Islam dicabar

Cukup jelas, UMNO dan orang Melayu hari ini lemah. Kepimpinan yang amat lemah dan lembik mengakibatkan orang Bukan Melayu, mula mendapat tempat dan kedudukan yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

Dalam Negara ini, ‘Melayu’ itu ditafsirkan sebagai keturunan Melayu, mengamalkan adat resam dan membudayakan Melayu, berbahasa Melayu dan berugama Islam. Dalam budaya amalan dan adat resam Melayu, “Allah” itu ialah nama eksklusif bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Satu; Maha Pemurah, Bijaksana dan Pengampun. Orang Melayu dalam amalan mereka tidak mengunakan gantinama “Tuhan” pun untuk memberikan maksud yang sama, tetapi “Allah”.

Ini kerana dalam amalan budaya Melayu, “Allah” itu melambangkan kuasa kebesaran yang orang Islam sujud, menyembah dan meminta, manakala “Tuhan” pula adalah gantinama generic bagi kepercayaan lain, yang sebagaimana bebas diamalkan selagi tidak bertentangan dengan domain dan proses dakwah Islam.

Hari ini keadaan amat berbeza. Golongan Bukan Melayu dan Bukan Islam mencabar pengunaan perkataan “Allah” itu dalam kitab dan gereja mereka dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkanya.

Dipetik AFP:

Malaysian Catholics win right to challenge ‘Allah’ ban: lawyer

2 hours ago

KUALA LUMPUR (AFP) — Malaysian Catholics on Monday won the right to mount a legal battle against a government ban on the use of the word “Allah” as a translation for “God” in their main publication.

The Muslim-dominated government last year declared that the word could only be used by Muslims and threatened to close down The Herald newspaper if it defied the prohibition.

The newspaper, which features articles written in English, Chinese, Tamil and Malay, is circulated among the country’s 850,000 Catholics. In January it nearly lost its publishing licence after using “Allah” in its Malay section.

Authorities warned The Herald not to print the word in future, but instead it is asking the High Court to revoke the ban and make a declaration that its use is legal.

High Court judge Lau Bee Lan on Monday overruled objections by the state’s counsel to the case going ahead, saying they were “without merit and therefore dismissed.”

“The issues should be determined in the next stage,” she said.

Father Lawrence Andrew, editor of The Herald, welcomed the decision which paves the way for a judicial review of the government ban.

“I am very pleased that we can now proceed. We will see what will happen at the next stage,” he told reporters.

The church’s lawyer Porres Ryan said they would soon submit an application to proceed with the case.

“The effect of the decision today is that our application is not frivolous and we can now proceed to address the issues at the review,” he said.

Malaysia is dominated by Muslim Malays and the minority ethnic Chinese and Indians have become concerned over the growing “Islamisation” of the country.

In recent months there have been controversies over a ban on the construction of a Taoist statue on Borneo island and the destruction of Hindu temples by local authorities.

******************

Kehakiman hari tidak lagi memihak kepada kepentingan majoriti negara, malah kehendak minoriti, yang sengaja mencari ruang dan peluang untuk menyelitkan agenda mereka mendapat kelebihan strategik. Tidak sebagaimana yang lepas, apabila Ketua Hakim Negara bertindak tegas, bertindak menurut lunas lunas Perlembagaan dan menentukan kepentingan kumpulan majoriti dipertahankan dahulu.

Kepimpinan hari ini sungguh lemah dan tidak lagi mampu mempertahankan apa yang HAK bagi Orang Melayu-Islam dalam tanahair bumi Melayu ini. Apa yang selama ini menjadi hak eksklusif orang Melayu-Islam kini boleh dijarah oleh orang lain, tanpa sempadan.

Apakah ini permulaan ketirisan budaya Melayu-Islam, yang dibuat secara berstruktur, menurut Perlembagaan tetapi acuan pihak tertentu yang sengaja berusaha melihat Melayu-Islam Malaysia terdedah dan mudah dipengaruhi elemen dan anasir yang melemahkan jatidiri, iman dan sifat memperjuangankan agama Allah, terutama zaman mencabar globalisasi ini?

Nampaknya Laksmana Legenda Hang Tuah sebenarnya salah! Melayu akan hilang didunia. Ianya sedang berlaku sekarang. Tanpa Islam, Melayu tidak bererti lagi, malah merupakan rumpun Malayo-Polynesia, tidak ubah seperti di Ambon, Luzon atau Samoa. Ini semua berlaku semasa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui Kepimpinan.

Hari ini kita khalifah Allah dibumi Nusantara bertuah. Apakah kita bersedia berdepan dengan Allah s.w.t., tatkala kita gagal mempertahankan nama Allah itu sendiri, dalam tanahair kita sendiri?

 

Published in: on May 5, 2008 at 13:59  Comments (47)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/05/allah-bukan-lagi-eksklusif-untuk-melayu-islam/trackback/

RSS feed for comments on this post.

47 CommentsLeave a comment

  1. Oh come on…cut out this bullshit Mahathirist fear-mongering and inciting.

    You mean to tell me you jaguh kampungs are going to now legislate what Arab, Persian, Indonesian, and Pakistani Christians can use as the name for god?

    By the way, nowhere is it in the constitution, nor in the famed “social contract”, that the word Allah is a protected noun to be used only by the Malays.

    And if you’re so worried that Malays will suddenly become confused because non-muslims use that word, then you are merely portraying the shallow understanding of Islam that is characteristic of the mahathir era: all form no substance. Kononya Islam, tapi zalim macam puak-puak jahilliah.

    Stop insulting the majority of Malays lah…not all Malays are minda kolot like the Mahathir and UMNO followers.

  2. Dalam negara yang ketuanan Melayu telah goyang, dasar DEB telah dicabar, siapa boleh pertahankannya. Parti PAS pula tengah sibuk mengedarkan risalah ke masjid-masjid memberitahu umat Islam kebaikan menternak babi di Selangor…!

  3. ALLAHUAKBAR…….

  4. ALLAH MAHA BESAR

  5. Saya tidak faham mengapa wujud masalah utk org Nasrani(Kristian) ataupun Yahudi menggunakan nama “Allah” sebagai kata nama ganti utk Tuhan.

    Ini kerana “Allah” merupakan kata nama yg diguna org2 Arab utk Tuhan.

    Org Arab di sini merujuk kepada Arab muslim, yahudi mahupun nasrani.

    Itulah sebabnya jika dilihat, org Arab bukan Islam akan menggunakan “Demi Allah” bila bersumpah. Ini bukan bermaksud mereka ini Muslim tetapi ini kerana “Allah” merupakan kata nama universal utk Tuhan.

    Jadi “Allah” bukan sahaja merujuk kpd Tuhan org Islam.
    Yahudi, Nasrani dan Islam percaya kepada Tuhan yg sama – cuma bezanya Nasrani/Kristian percaya Tuhan mempunyai anak.

    Itulah sebabnya ada surah al-Ikhlas dalam Al-Quran yg membincangkan perbezaan ini :

    “He begetteth not, nor is He begotten”

    utk menunjukkan bahawa dlm Islam, hanya satu tuhan iaitu Allah manakala dlm agama2 lain mereka percaya pada tuhan2 lain bersama Allah.

    So, secara kesimpulannya, saya rasa ini adalah masalah linguistik sahaja. Bukan masalah kedudukan Islam dicabar atau tidak.

  6. Hi,
    Macam mana u boleh tulis seumpama ni? Malu la… sebagai orang islam dan melayu… kita mesti celik. Tulisan camni membodohkan umat islam. Sedar sikit ok. Semoga Allah, Rabbi, Ya Rab…. membuka hati mu untuk tengok yang benar…. Amin
    Habib

  7. Watcher,
    Kami yg menyokong Tun ini bodoh dan sama zalimnya seperti Tun.

    ~Mahathir Zalim, sebab tu Mahathir pertahankan hak melayu dan Islam biar apa pun org kata yg dia ini Org melayu ultra.
    ~Mahathir zalim sebab tu dia tak kasik org yg ‘songsang’ merajai Malaysia.
    ~Mahathir zalim, sebab tu dia halang org bukan Melayu memanaskan lagi darah melayu supaya tidak berlaku lagi pertumpahan darah.
    ~Mahathir zalim, sebab tu dia bagi surat khabar, internet dan macam2 lagi kutuk dia tanpa dia perlu menyaman atau menangkap mereka. Biarpun mukanya dibabi atau difiraunkan.
    ~Mahathir zalim, sebab tu dia marah pada singapura bila singapura mahu pijak kepala Malaysia.
    ~Mahathir zalim bila dia sokong Palestine dan Bosnia dan sanggup ke Bosnia utk menyokong rakyat yg bukan Malaysia. Sedangkan penolongnya ke Amerika memperjuangkan kehebatan madaninya.

    Senarai kezaliman Mahathirism tidak dpt dinyatakan kesemuanya disini… Hanya Allah saja tahu, dia betapa zalimnya dia.

    Oh ya… Mahathir sangat zalim… Sebab itu tuhan bagi dia peluang utk bersembahyang dan bertaubat di dalam Kaabah… Supaya dosanya mudah diampun. Supaya dia lebih sihat utk tidak menjadi lebih zalim dari yg kononnya dizalimi…

  8. orang bukan islam dah lama duduk di malaysia, tetapi tak ramai masuk islam. mungkin bila dah boleh sebut nama Allah, ramai yang masuk islam kut. so islam bukan lagi hak melayu, tetapi hak Allah untuk bagi kepada sesiapa yang Dia hendak, tak kiralah kepada orang yg kita anggap musuh sekarang. Ingat tak kisah orang mughol yg pada mulanya musuh islam, tetapi kemudiannya merekalah pejuang islam.

  9. Oh no! What will Pak Lah say abt this?!

  10. Just wondering out loud…

    Going may be 60 years back. Let us imagine this land is known as Persekutuan Tanah China or Persatuan Tanah India or whatever and the Malays came here just before merdeka. Would the Malays be awarded citizenship?

  11. Salam wbt.

    if it is ever possible, i would like to meet ‘The Watcher’ before me (that’ll include other Malays who think they’re ‘enlightened’.

    nothing much, just so that he can say what he wrote earlier to my face. or let that be any other malay’s face.

    bagaimana, encik The Watcher?

    saya bukan ah long, saya cuma nak tolong.

  12. Jika kita kembali kepada Syahadah, yang bermaksud “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah MELAINKAN ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah”, maka apakah kita sebagai umat Islam sanggup untuk membiarkan isu ini diputar belitkan oleh mana-mana pihak? Apakah kita sanggup membiarkan isu ini menjadi satu ‘technical court arguments’?

    Syahadah itu merupakan rukun Islam yang pertama dan amat lah merbahaya bagi sesiapa pun (baik umat Islam mahupun bukan) mempermainkan asas akidah ini.

    Bagi saya, ini bukanlah satu isu politik. Ini adalah isu berkaitan Akidah. Ini adalah isu Agama. Mengapa kita hendak bercakaran sesama sendiri sedangkan musuh-musuh Islam mem”perkotak-katikkan” Agama kita?

    Sanggupkah kita membiarkan anak-anak dan cucu-cucu kita keliru dengan As-Syahadah di kemudian hari nanti? Apa kita hendak jawab apabila mereka bertanya, “Ayah, Ibu, Allah di dalam Quran itu sama aje dengan Allah di dalam Bible” (Na’uzubillah min Za lik!).

    Apakah jawapan kita nanti, “Ohhh…itu disebabkan politics. Pro-Mahathir lah, Pro Pak Lah…bla,bla,bla…”.

    Azman Mohd Isa
    Shah Alam

  13. Mereka hipokrit dalam menggunakan perkataan Allah dlm Bahasa Malaysia.Cetakkan bahasa Inggeris mereka sepatutnya mesti dicetak dengan nama Allah bukan god.Mereka boleh guna perkataan Allah tapi mesti mengajar penganutnya, Tuhan mereka yg sebenar bukan Isa,anak tuhan atau konsep triniti dalam membicarakan tuhan mereka.Paderi mereka hendaklah sentiasa mengajar Allahuakbar.(Allah Maha Besar).Tiada kompromi dalm hal ini. Adakah mereka bersetuju? Jangan harap..Mereka memilih agenda yang difikir sesuai oleh kepala otak mereka sahaja.

    Semoga apabila mereka berdoa dgn memggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.Allah yg maha esa akan membuka pintu hidayah kpd mereka.

  14. Aku cuma ragu-ragu disebalik menggunakan nama Allah ni..Maksud aku kalau diorang guna Jesus ke God ke tuhan ke tak sampai ke maksudnya..kenapa bersungguh2 nak guna nama Allah??Jgn la nak banding negara Arab..Memangla Allah tu maksudnya tuhan tapi Bahasa Arab bukan bahasa ibunda org Melayu ataupun lain2 kaum kat Malaysia so konteksnya tak sama..Disappointed sesangatla aku ni..Apa nk jadi la negara ni..Ni semua punca la esok nk jadik masalah perkauman yg serius

  15. Allah sebagai perkataan dari segi bahasa dan Allah sebagai Tuhan yang diibadati dari sudut keyakinan adalah dua perkara yang tampak berbeza. pancaran keyakinan itulah yang menjelma dalam kehidupan seharian dan menjadikan hamba-hamba Allah yang taat sebagai khalifah yang memakmurkan muka bumi. perkataan Allah itu boleh direbutkan tetapi yang lebih utama ialah Allah sebagai Tuhan yang diyakini di dalam jiwa sanubari. Allah yang memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. semoga kita termasuk dalam kalangan hamba-hambaNya yang beroleh petunjuk untuk mengukuhkan iman kita kepada Allah. dengan demikian, tiada sesiapa yang mampu merebut Allah dari hati kita, insya Allah.

  16. Ingat budak2 15 tahun nak faham ke apa ko tulis tu??Ingat budak-budak dari keluarga bermasalah nak faham ke apa ko tulis tu??Ingat budak2 black metal nak faham ke ape ko tulis tu??Kita risaukan kumpulan2 macam ni yg terpengaruh..Kalau kat tok2 imam tu memangla kita takde masalah..

  17. Hello….awat hang ingat Pat Lah nak ikut perangai Mahathir kah supaya masuk campur dalam penghakiman mahkamah? Seantero dunia panggil mahkamah kita semasa zaman Mahathir “kangaroo court” dengan hakim2 gula hacksnya.

    Orang2 Melayu tak pernah persoal tentang kedudukan mereka,hanya UMNO saja yang berbuat demikian ketika UMNO dah kalah teruk dan takut UMNO lenyap terus selama2nya. Masa depa menang besar pada 2004 dulu soal ini tidak pernah timbul.

    cheers.

  18. Pak lah..apa yang hang tengah buat…tidog..tidog..tidoooooggggg terus…
    gantikanlah..degan yang baru..supaya negara aman yang sedang jahanam ni akan kembali aman makmur..rakyat saling menghormati… kembalikan kekuatan melayu.. kembalikan kekuatan agama Islam..
    pak lah..ketepi pak lah… kami nak lalu..

  19. Melayu tak akan hilang di bumi ni.

    Melayu telah lama berada di dunia ini lama sebelum Malaysia ada, lama sebelum UMNO ada. Lama sebelum kedatangan Islam tamadun Melayu pun sudah ada… dalam bentuk kerajaan masyhur Hindu/Buddha Majapahit, Srivijaya, Gangganegara, & Langkasuka.

    Dan Melayu akan terus berada & berkembang di muka bumi ini… lama selepas UMNO lenyap kerana pertelingkahan sesama & ideologi yang semakin tak relevan.

  20. The word God is used in many forms, and translates in many languages. To me the fact that non-muslims can use the word Allah is of no big matter, as we Muslims can use the word Jesus, or Yahweh or other religious names. What matters is the context of the word, and how it is used. If it is used in a misleading way, then it is considered wrong and we should take action. But what if the word was used to dignify Islam, then is it wrong just because it came from a non-Muslim? Think about it.

  21. Kita harus ingat cabaran ini datang bukan daripada sebarang instituisi tetapi the Catholic Church, satu institusi yang amat berpengaruh, kaya dan berpusat di Vatican yang misi nya ialah untuk mengembangkan ajaran Kristian ke seluruh dunia termasuk Negara kita.

    Kita harus mengakui bahawa PM ingin memperluaskan reformasi beliau antara lain memberi lebih suara atau kebebasan kepada puak-puak bukan Melayu atau Islam yang kononnya ditindas. Oleh demikian, PM tidak dapat diharapkan.

    Memang kita tidak puas hati dengan keputusan mahkamah tersebut tetapi kita haruslah bersatu menentangnya dengan apa cara sahaja (dengan tangan, mulut atau hati). Tetapi agak kesiannya apabila kita melihat orang PAS pula menyokong mereka dalam penggunaan nama Allah (sila lihat http://themalaysianinsider.com/mni/the-day-catholics-welcomed-a-man-from-pas-in-shah-alam.html) dan Bos PAS pula berkata “Hanya Islam yang dapat angkat martabat Melayu (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14243&Itemid=28). Semuanya mengelirukan kita.

    Dapatkah perkara ini dilaungkan dan diingatkan kepada muslimat di masjid-masjid semasa kutbah sembahyang Jumaat? Dapatkah umat kita mengumpul peguam-peguam yang berkeliber untuk menentang kepintaran dan kekayaan Gereja Katolik? Walaubagaimanapun marilah kita sebagai umat Islam terus bersatu menentang keputusan tersebut.

    Sila rujuk kepada article blog saya “The Name Allah: Part 1-3” dan blog Mufti Perlis http://drmaza.com/ (Beza antara Merebut nama Allah dan mempertahankan Akidah)

    ALLAHUAKBAR 3X

  22. ulasan yang bodoh, angkuh, sombong dan menidakkan kepenting ugama orang lain. ALlah adalah perkataan Arab yg bermaksud Tuhan (God) Kesemua agama keturunan ‘Abrahamic’ iaitu; kristain, Judaism dan Islam berhak mengunakan perkataan ‘Allah’.

  23. The word ‘Allah’ is not exclusive to Islam for it dated way back before existance of Islam religion.

    Allah (Arabic: الله, Allāh, IPA: [ʔalˤːɑːh]) is the standard Arabic word for “God”. While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to “God”. The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia.

    (Taken from Wikipedia)

    Tolong bezakan dalam fikiran anda yang kolot itu tentang maksud perkataan serta konteks penggunaan perkataan itu sendiri yang nyata berbeza.

  24. cukup ramai orang melayu yang beraliran liberal. tahniah. i salute you.

    just please don’t blame anyone should one day, in your face, your grandchild step forward and say ‘grandpa, Allah is my God and now i profess Christianity. thanks for your help gazilion years ago!’

    i hope by then, you would die in peace my man 🙂

    i hope those who concur the courts decision would stand by their principle one day because i don’t think muslim malays these days are getting pious, more of an adverse.

    sesungguhnya, saya tak tahu sgt tentang agama, tak pandai nak memetik hadis/sunnah apatah lagi Kata2 Allah swt, tapi saya tahu bahawa orang2 melayu zaman ini tidak mampu lagi mempertahankan apa yang HAK pada mereka.

    baguslah disamakan melayu nusantara ini dengan pak arab. kenapa dijadikan Makkah itu tanah haram bagi orang2 bukan Islam? (tidak disebut kafir kerna bisa ‘menyakitkan’ hati yang bukan Islam dan juga yang kasihankan bukan Islam)

    Ini lah agaknya nasib Palestine, mungkin mereka jua dulu begini kasihankan Yahudi. The rest is history.

    If anyone out there have an inch of thought of making this motherland a Palestine, you ought to think twice or more.

    Baguslah memenangkan orang yg ingin menghapuskan agama anda, mungkin akhir zaman kot.

    Yang paling best, lepas ni komfem aku akan di cop sebagai melayu kolot, buta perut, mundur, racist dan sbg nya.

    Hanya kerana aku ingin memenangkan Agama Islamku, sama seperti orang2 Kristian ingin memenangkan agama mereka.

    Well, you may fool some people sometime, but you can’t fool all the people all the time.

    Selamat maju jaya orang2 Melayu. Semoga masa depan bangsa kita (read bangsa melayu, not malaysia), aman, tenteram dan diberkati Allah (read Allah SWT, not God or Allah as in other religion).

    People Power? you make me want to puke.

  25. Patutla beria-ria nak reform judicial..Baru aku nampak sekarang ni apa sebenarnya yg diorang nak buat..Guess what’s next..??

  26. “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah MELAINKAN ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah”,….salam pada melayus liberal ucap lah syahadah hingga kamu paham maksud tuhan dan allah..confirm punyer depa kata kita kolot…jaguh kampung..ooiiit boleh jalan la..ini tanah saya punyer uri di tanam dengan selawat kepada rasul…berserta uri anak-anak ku…so ini tanah melayu memang ade keramat dengan bangsaku,agama islamku so hati-hati melayus liberal..pendakwah portugis pun tumpas,pendakwah inggeris pun tumpas,ideologi sosialis pun tumpas..inikan melayus & bangsa sepet dgn kicap tak sedar diri…amin ..same with me people power…77 kali puke.

  27. Biarlah mereka menyebut nama Allah…zikir dalam hati sebut Allah…memang bagus…sangat digalakkan…Bagi saya biarlah penggunaan nama Alah itu digunakan…itu nama ZAT iaitu Nama empunya diri…memang digalakkan menyebut Alah banyak banyak…saya pun jadi heran mengapa orang umno sahaja yang dok kecoh bab bab nie…Elok bagi semua manusia tahu Tuhan yang layak disembah oleh manusia adalah ALLAH…apasalah nya mereka menyebut Allah…lama lama mereka akan kenal Allah…

  28. globalmalau ..

    kenal Allah yang mana satu? yang Allah kristian ke yang Allah Islam .. ko tau ke beza camna?

    bodoh .. ni bukan subjek politik, ni akidah ..

  29. tak lama lagi suara azan tidak akan kedengaran lagi kerana akan dicabar di mahkamah civil oleh orang2 yg sama dan musuh2 Islam dinegara ini. Kemenangan akan berpihak kpd mereka kerana mahkamah dikuasai oleh bukan melayu. Hasil daripada liberalisma BODOHLAH.

  30. Bila Harussani kata ratusan ribu orang melayu telah menjadi murtad, maka itu jam juga PAS tuding jari pd kerajaan BN dan kata kerajaan BN galakkan orang melayu jadi murtad. Lepas itu depa kata kerajaan BN tidak islamik sebab tidak hukum bunuh orang murtad.

    NOW.. depa pula yg beria-ia sokong penggunaan kalimah Allah oleh mubaligh kristian. Bukankah ia akan memudahkan agenda mubaligh2 kristian tersebut utk memurtadkan orang melayu?

  31. salam,

    minta maaf sedara globalmalau. untuk pengetahuan sedara, ni le dia orang2 melayu. sentuh pi la pasai bangsa. hina lah bangsa melayu. tapi, bila Islam disentuh, dibuat permainan, kembali lah bersatu orang2 Melayu ini, baik yang lurus mahupun bengkok.

    jadi, melalui tulisan sedara, saya tak berapa pasti sedara ni kaum mana. itu shj.

    you do what you want my man. you can let your children use the word Allah not knowing which religion that he professes. because i won’t let mine.

    nauzubillah, keganasan bukanlah keputusan yg bijak. ditegah sekeras2nya oleh agama.

    cuma, jika diusik agama Islamku, biarpun sedikit, nyawa ini yang dipertaruhkan, amin.

    saya cuma minta kerjasama, jangan dipijak agama saya ini. itu sahaja.

    inshaAllah, Allah itu Maha Adil. mudahan diberikan kekuatan pada orang Islam di Tanah Melayu. semoga diberikan akal yang panjang untuk menyelesaikan masalah ini dengan bijaksana dan tertib.

    tahu apa itu tertib?

    salam saya sampaikan juga untuk saudara2 seagama yang lain, walaupun berbeza bangsa. ini hakikat dan hak kita sebagai penganut Agama Islam.

    minta tolong globalmalau, usahlah dipolitikkan perkara ini. saya peduli apa PAS atau UMNO, jika tidak ada yang mempertahankan agama Allah SWT ini.

    mungkin, ini yang mereka mahu. mereka mahu orang2 melayu berkelakuan ganas, merosakkan harta benda dan membunuh supaya mudah jari2 mereka menuding seraya berkata ‘nah, itulah Bangsa Melayu a.k.a Orang Islam. Pengganas dan hanya tahu erti keganasan dalam menyampaikan agama mereka.’

    don’t you see the plots weaving together?

    piece by piece. little by little.

    attack the race first, using politics. then attack the religion.

    both attacks came almost concurrently, no?

    and what do we do? – none, zilch.

    tak apalah..

  32. I met Tariq Aziz in Baghdad and know that he is a Syrian Christian . Wanna guess how he calls GOD ?

  33. jediraj,

    I guess it’s Allah. but err…the fact that you mentioned he is a SYRIAN Christian explains everything. In Malaysia we use Bahasa Melayu, remember?

  34. apa nak jadi dgn kepimpinan Pak Lah ni. Majoriti Islam Melayu nak hak yg exclusive perkataan “ALLAH” pun kerajaan tak beria-ria nak tolong. Dah lah ckp DEB sesama melayu pun orang melayu yang gaduh. tak boleh kah agama-agama lain atau bangsa bangsa lain tolerate org melayu yang nak exclusive right utk nama tuhan mereka? Susah sangat ke sampai keluar topik theologi la, org syria la dan tah apa apa lagi. Bukan mintak RM1 MILLION,
    perkataan “ALLAH” pun kena mintak sedekah ke?
    Melampau benor.

  35. saudara bigguy.

    Tidak ada apa lagi yang menghairankan. Pengamal “keterbukaan” akan mengizinkan banyak hal dan isu. Walaupun begitu ada lagi rakyat yang terpinga-pinga dengan isu minta maaf dengan China beberapa ketika dulu. Terbuka, terdedah dan terperanjat.

    Masih ada ruang dan masa untuk menghalang jatidiri Melayu yang kian terhakis. Ini semua tidak penting sama Anwar Ibrahim. Orang Melayu wajar melihat diri sendiri, dan buat sesuatu.

    UMNO masih relevan, walau tercemar.

  36. Big Dog. You are absolutely right.

    Some Malay segments are fast losing their direction and worst, identity. They were so much caught up with the excitement of pre and post election, championing this and that, that they failed to realize the so obvious manufactured agendas of others…to vanish the Malay political power in Malaysia.

    Worse of all, it needs ol’ heads and brains such as Tun and others in the veteran’s communities, to send the message to those incompatible Malay leaders to start banging the desk and listen to the sound of trouble.

    We have seen too many unlikely things happened, questioning the unity and integrity of the Malays. And we should STOP this disease from getting worse and rot.

    Malays need people like you and Pasquale among others, to assist in any way you can. Its not mere obligation. Its a responsibility. Or else ‘Melayu akan hilang di dunia’.

    Malays with or without the DEB, are still much behind other lots. Infact the gap of assets between us and them, are getting wider by day. This is because of the so-called Colonial rules and Malay kindness (regret sounds more likely) in giving up those assets controlling vehicles and portions to them. While not learning fast and good enough on how to ask them (the lost portions) back. Their mistakes are our burden today. And if we’re not careful and wise to it now, the burden shall be of our children, when the time comes.

    We are not questioning others nor do we take anything from them. We are protecting what is ours for the sake of better, prosper and peaceful Malay land called Malaysia.

  37. sejak bila pulak Krtistian Malaysia ni pandai guna bahasa Arab, lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan agama? Kalau konteks bahasa dijadikan sandaran, mereka boleh guna perkataan Allah dalam dokumen yang berbahasa Arab. dalam persuratan Melayu (yang dah ditukar jadi bahasa Malaysia secara suka hati sedangkan dalam Perlembagaan tidak wujud pun), adakah Allah itu bermakna tuhan secara umum untuk semua agama? pakar-pakar bahasa Melayu yang ramai menganggotai Gapena dan agensi-agensi berkaitan perlulah tampil memberi penjelasan supaya boleh dijadikan rujukan dan hujah dalam perkara ini. masalah sebegini pun orang Islam sudah berpecah belah dan tidak bersatu hati. kalau tidak mahu mempertahankan pun, apa untungnya mengutuk sesama sendiri hingga menguntungkan/menyebelahi orang kafir itu?

  38. Wakmasnoor is right. As Pasquale once mentioned, there are too many bleeding liberals out there. You can be professional, globalised and modern but you dont have to lose your ethnic identity along the way. And if we cant even unite and fight for our religion, God knows where we’ll be heading to.

  39. Ngapa korang menyalak tak tentu hala?

    Pi baca koran Surah 3 Ayat 3:

    003.003
    YUSUFALI: It is He Who sent down to thee (step by step), in truth, the Book, confirming what went before it; and He sent down the Law (of Moses) and the Gospel (of Jesus) before this, as a guide to mankind, and He sent down the criterion (of judgment between right and wrong).
    PICKTHAL: He hath revealed unto thee (Muhammad) the Scripture with truth, confirming that which was (revealed) before it, even as He revealed the Torah and the Gospel.
    SHAKIR: He has revealed to you the Book with truth, verifying that which is before it, and He revealed the Tavrat and the Injeel aforetime, a guidance for the people, and He sent the Furqan.

  40. Kita nie cepat melatah…terlalu taksub…terlalu memikir mikir masa depan yang belum pasti terjadi…kekuatan hati akan jadi kalut sekiranya kita banyak bertopengkan benda tak jadi…apasalah nya nama Allah diguna pakai sebagi Tuhan Ayuron ngazim…tuhan menguasai alam…Nampak jelas orang kristian dah tahu nama tuhan sebenar iallah Allah cuma mereka tidak mahu mengesahkan bahawa Nabi Muhammad itu wakil Allah didunia…sebab tidak ada yang beri keyakinan…kita cuma banyak menekan..mengkritik…menghentam…menghina…jiwa islam yang ikhlas tidak akan terkeluar kata kata sopan itu…berilah satu kata indah…kawal perasaan wahai blogger ‘Orang melayu’…sikap sedemekian yang menyebab jiwa bukan islam makin jauh dari islam…
    Yakin lah islam tidak menekan penganutnya tetapi penganutnya yang banyak menekan manusia gara gara kurang ilmu dan banyak nya ilmu kritis dan pahaman sendiri yang belum pasti betulnya…Salam ukhwah kepada bloger atau penulis umpanan dan saya menghargai anda semua sebagai tempat berbincang dan mengaharap belas kasih sayang sesama islam…tidak ada yang seronok melainkan kita letakkan kata hati ALAH ALLAH ALLAH berterusan didalam hati kita sebagai penghubung amalan harian…Mudah2an hati yang yang keras akan menjadi lembut…dan kita akan tenang menghadapi semuanya…

  41. Hello global..cara ko tulis tu pun mengelirukan sama la mcm niat diorang nak gunakan nama Allah utk mengelirukan..Ni la contoh terbaik percubaan mengelirukan org lain..

  42. betul global malau. mmg bagus kita biarkan perkataan Allah itu digunapakai oleh agama lain, tersemat dalam hati mereka ttg kebenaran Allah dan agamaNya.

    ikhlas juga saya katakan, pada pendapat saya yg cetek agama ini, mereka juga punya matlamat yang tersembunyi.

    mungkin diam itu cara yang terbaik bagi anda untuk menyelesaikan masalah. kebiasaannya begitu untuk kita semua.

    saya yakin globalmalau faham benar ttg ‘christianity faith’ ini. trinity concept? if God is Allah to them in their religion, then Jesus is Allah’s son? what about the mother? when in our religion, Allah tidak beranak dan tidak juga mempunyai jantina.

    mungkin anda punya begitu byk masa lapang utk menerangkan ini pd anak2 atau cucu2 anda. bagaimana pula halnya dgn saya atau org2 lain yg kadang2 terlepas pandang hal2 akidah yg penting begini? terlupa utk bercerita atau ‘tidak punya masa atau peluang’ utk menerangkan ini semua?

    maksud saya,

    realitinya hidup di malaysia ini, dengan corak hidup/gaya orang Islam tidak selaras pun dgn kehendak agama. orang2 seperti globalmalau amatlah sedikit, yang fasih ttg ilmu agama.

    orang2 spt saya yg cetek ilmu agama dan mentafsir agama sesuka hati adalah begitu ramai sekali jumlahnya. begitu juga halnya dgn perihal orang2 Islam yang tidak begitu islamik, so to speak. bagaimana kami ini yg cetek ilmu agama ingin menerangkan secara spesifik Allah itu adalah satu, tiada persamaan dgn agama lain. Hanya berbeda dari segi penggunaan bahasa shj.

    realistik kah untuk anak2 kecil faham semua ini?

    sedangkan bekas tok imam pun ikut Ayah Pin ke langit..

    jadi, apa pendapat globalmalau? masalah sudah didepan mata. mcm mana pula dgn solution? don’t just give me problems, give me the solutions as well.

    saya berharap benar sesiapa shj yg bagus ilmu agamanya, tampil untuk memberikan bentuk penerangan.

    oM

  43. Nampaknya Laksmana Legenda Hang Tuah sebenarnya salah! Melayu akan hilang didunia. Ianya sedang berlaku sekarang.

    Sorry to break this to you, Hang Tuah is Chinese !

    Do you have any evidence to prove Hang Tuah was Chinese?

    Sorry, what you believe or want to believe its not scientific, thus not acceptable at all.

  44. […] pepatah Melayu, “Bagi betis, hendak peha”. Setelah Mahkamah memutuskan bahawa perkataan ‘Allah’ dibenarkan digunakan sebagai gantinama Tuhan oleh orang Kristian, kini mubaligh mereka mahukan dakwah ugama nasrani ini dibenarkan dalam bahasa Melayu pula, iaitu […]

  45. jika mereka puak kristian ingin menyebarkan agama mereka………..lebih baik mereka berdebat dengan ugama islam secara terbuka di malaysia….supaya semua orang tahu hakikat sebenar agama …bacause we all need the truth not the other……ini akan menyebabkan akidah kita menjadi satu…dan tidak ada pergaduhan…..kita sama 2 akan berjaya didunia dan diakhiat………adakah kamu setuju pihak kristian…….—-truly muslim asking u…..

  46. Assalaamu’alaikum …

    Nama saya Abu Hasan Chan sudah lebih 30 tahun memeluk and mengkaji darihal Islam dan perbandingan ugama. Baru-baru ini timbul satu isu berkenaan penggunaan nama “Allah” oleh pihak bukan berugama Islam. Saya ada sedikit komen di sini. Jika ada apa reaksi terhadap komen saya ini sila hantar emel kepada saya di .

    Antara perkara yang saya hendak sebut ialah penglibatan saya dalam debat antarabangsa di internet dengan orang-orang bukan Islam . Salah satu tajuknya ialah asal-usul nama “Allah”. Ada orang bukan Islam secara yang jahil mendakwa bahawa nama “Allah” hanya khusus bagi ugama Islam dan itu kata mereka adalah nama bagi tuhan palsu kerana mereka percaya Islam adalah ugama palsu. Bagi setengah orang bukan Islam yang lain yang lebih arif yang pernah mengkaji perbandingan ugama-ugama mengatakan bahawa nama “Allah” sudah lama dipakai oleh ugama Yahudi , Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad. Jadi nama “Allah” adalah nama generic (lumrah) bagi bahasa-bahasa Semitic (Ibrani, Aramaic dan Arab). Sebab itulah nama “Allah” terdapat dalam kitab-kitab suci mereka seperti Bibel (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru).

    Saya hendak sebut 3 hujjah daripada Al-Qur’an :

    1)
    Apabila penganut ugama lain ada menyebut nama “Allah” sebagai memulia nama Tuhan Semesta Alam dan Yang Maha Pencipta , kita hendaklah berkata “Alhamdullilah”. Sila ulang baca maksud ayat:

    Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada mereka ( yang musyrik ) itu : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Sudah tentu mereka akan menjawab “Allah”. Ucapkanlah ( wahai Muhammad ) “Alhamdullilah”. ( Sebagai bersyukur di sebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak menginkari Allah ). Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui ( hakikat tauhid dan pengertian syirik ). [ Surah Luqman 31 : 25 ]

    2)
    Ugama lain ada menyebut nama “Allah” sebagai memuliakan nama itu sendiri. Cuma saya nak sebut satu perkara yang menarik tentang adanya orang Yahudi di Zaman Nabi Muhammad yang menyebut nama “Allah” sebagai mempersenda ummat Islam. Bunyinya begini ….

    Inn _Allah faqeer(un) wa naHnu aghniya’ [Ali Imran 3:181]

    = yang bermaksud ” orang Yahudi berkata -Allah- itu miskin dan kami (orang Yahudi) adalah kaya. Asal usul ucapan orang Yahudi begitu rupa sebagai bentuk senda-gurau mempersenda orang Islam yang mencari derma jihad seolah-olah Tuhan orang Islam tidak ada wang untuk membantu ummat Islam. Sebenarnya dalam ugama Yahudi sendiri nama Tuhan tidak boleh dijadikan bahan senda gurau …ugama mereka sendiri menganggap menyebut Tuhan atau Allah sebagai satu gurauan itu adalah KUFUR namanya.

    3)
    Orang Arab Kristian sudah lama menyebut nama Allah dalam kitab suci mereka. Jika kita berkata kepada orang Arab Kristian bahawa nama Allah hanya khusus bagi ugama Islam , mereka akan fikir orang Melayu adalah jahil dalam bahasa Arab. Kalau mengikut kehendak orang Melayu bahawa orang Kristian tidak boleh menyebut nama Allah , tentulah mereka akan merasa hairan kenapa nama Allah ditulis dalam kitab suci (Bibel) mereka sejak zaman berzaman dan ulama-ulama Islam di tanah-tanah Arab sendiri tidak membantah. Sila lihat penggunaan nama Allah dalam kitab suci mereka di laman web :

    http://www.arabicbible.com/bible/codex151_p1.htm

    http://www.arabicbible.com/bible/codex151_heb.htm

    Perhatikan kitab suci Kristian 1100 tahun dahulu juga memakai sebutan nama “Allah” dan “Bismi_Allahir _RaHmaaanir _Raheem”

    Jika orang Kristian menyebut nama Allah , itu adalah satu penyataan sebagai kebenaran yang di sebut dalam Al-Qur’an sendiri. Sila baca:

    laqad kafara _l-lazeena qaaluu inn _Allaha thaalithu thalathah ….= yang bermaksud , “telah kufur orang-orang (Kristian) yang kata Allah ialah yang ketiga dari yang TIGA” [Al-Maidah 5:73]

    Jika kita faham ayat Al-Qur’an tersebut , ia menyatakan kepercayaan orang-orang Kristian bahawa sebutan nama “Allah” sebagai salah satu oknum dalam akidah Tri-Tunggal atau Triniti mereka. Ya , mereka menyebut “Allah” secara fahaman kufur mereka. Jika orang Melayu melarang orang Kristian menyebut nama “Allah” maka secara tidak langsung , orang Melayu bercanggah dengan ayat Al-Qur’an , seolah-olah mengheret diri mereka menjadi kufur kerana tidak faham Al-Qur’an ? Berhati-hatilah jika kita melarang orang Kristian menyebut nama “Allah”. Bagi pihak Kristian pula jika mereka berkata nama Allah hanya bagi Islam , maka dengan secara tidak langsung mereka berkata ayat Al-Maidah 5:73 adalah bohong dan fitnah terhadap ugama Kristian . Ya…adakah Al-Qur’an itu berbohong terhadap kepercayaan Kristian ? Silalah fikir baik-baik. Al-Qur’an menegaskan bahawa orang Kristian ada menyebut nama “Allah” ..adakah itu benar atau tidak ?

    Pernah timbul di Indonesia yang mana orang-orang Kristian Indonesia mencadangkan nama “Allah” tidak dipakai dalam kitab suci mereka “Al-Kitab”. Nama “Allah” hendaklah digantikan dengan sebut “Elohim”. Pihak ulama Kristian tidak dapat berbuat demikian kerana sebutan Allah adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan sebutan Elohim, Ini kerana sebutan Elohim memberi erti berlainan dalam bahasa Ibrani. Elohim memberi makna kebesaran Ilahi bagi ugama Yahudi bukannya memberi erti “jamak” (plural). Sedangkan pihak Kristian mengambil kira erti Elohim dalam ertikata fahaman akidah Triniti mereka , iaitu berbilang keTuhanan (Bapa, Anak dan Ruh Qudus). Maka pihak Kristian mengekalkan penggunaan nama “Allah” untuk mengelak kekeliruan dari segi etimologi (asal usul perkataan dalam penggunaan bahasa).

    Sekian dulu.

    Yang benar,

    Abu Hasan Chan

  47. Assalamu’alaikum w.b.t.
    Perbezaan diantara Tuhan dengan Allah s.w.t.

    Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah Tuhan dan Tuhan itu Allah. Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): ‘Ya Allah Ya Tuhanku..’ Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah Tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan Tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan ‘Tuhan’ ‘ Robb’ dan ‘Ilah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu ‘Tuhan’(sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan‘Tuhan’.
    Al-Quran telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab dan para Nabi serta Rasul yang diutus oleh Allah juga berbangsa arab. Firman Allah s.w.t.:

                     
    Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: ” sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia”. (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata.
    Surah an-nahl, Ayat 103.
    Al-Quran juga telah menyebutkan Robb atau Ilah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita sedia mengetahui ketika mengucap dua kalimah syahadah kita telah mengatakan ‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah’.Ini bermakna ketika itu kita telah menafikan adanya ‘Tuhan’, dan yang kita isbatkan hanya Allah, yang wujud hanya Allah sebagai Robb atau Ilah iaitu Pencipta kita, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam ini. Kenapa pula ketika berdoa contohnya kita mengadakan semula Tuhan yang telah kita tiadakan tadi dengan berkata ‘ Ya Allah Ya Tuhanku’…?
    Ketahuilah bahawa Allah adalah Pencipta kita dan Pencipta kepada seluruh alam ini.Itulah yang perlu kita jawab jika kita ditanya tentang Allah. Dengan ini kita akan dapat merasakan hubungan dua hala yang lebih dekat iaitu antara Pencipta ( Allah ) dengan yang diciptakan
    ( kita sebagai hamba). Tidak ada masalah jika kita berdoa didalam bahasa arab, tetapi jika kita berdoa dalam bahasa melayu maka ucapkanlah ‘ Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atau Wahai Penciptaku / Pencipta kami…..’

    Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan

    Pertama :-

    Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan Tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada Tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita.’
    Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan Tuan telah berubah menjadi Tuhan. Dengan kata lain, Leijdecker yang pertama kali menulis perkataan Tuhan. (sila rujuk laman web http://wiriajaya.multiply.com/journal/item/85).
    Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan Tuhan masuk kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai ‘pelesetan’ atau ‘salah tulis’ oleh seorang Belanda, tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Ilah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah!

    Kedua :-

    Perkataan Tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang di gunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai Tuhan. Oleh kerana pengaruh hindu yang ada pada masa itu maka Allah Yang Maha Berkuasa itu juga telah dianggap Tuhan. Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna bahawa perkataan Tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit Hindu yang mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah iaitu TU bermakna KEPALA dan HAN pula bermakna DEWA ( Kepala Dewa) yang mana, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu. Jika merujuk makna Tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) ia disebut sebagai Dewa berkepala Dua .

    Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, kita hendaklah menyedari bahawa pengedaran kitab suci Al-Quran yang mempunyai terjemahan ke dalam bahasa melayu di negara kita pada awalnya banyak diterbitkan dan dicetak dari Negara Indonesia. Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia. Sedangkan ada perkataan melayu seperti perkataan Tuhan itu tidak ada maknanya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

    Allah s.w.t. berfirman didalam Al- Quran:-
              •     
    Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: “Sesungguhnya Aku ialah Tuhan selain dari Allah”, maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya Dengan (azab) neraka Jahannam; Demikianlah Kami membalas golongan Yang zalim. (Al-Anbiya. Ayat 29.)
    .
    ‘Robb’.

    Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. ‘Robb’ itu adalah sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Pencipta, Pendidik dan Pengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”. Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai Tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana terjemahan perkataan Tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah.. Pengertian Robb telah disalah ertikan oleh golongan terdahulu dan diantara kesalahan penggunaan perkataan Robb yang perlu diperbetulkan sebagai contoh adalah ketika kita berdoa :- “Ya Allah, Ya Robbi” apabila ditukar kepada bahasa Melayu ia hendaklah bermaksud, “Ya Allah, Wahai Penciptaku, Pendidikku, Pengaturku”, bukan ‘Ya Allah Ya Tuhanku’.

    ’Ilah’.

    Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimat Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata Ilah yang seringkali diterjemah dengan perkataan Tuhan. Padahal terjemahan itu tidak terlalu menjelaskan makna Ilah tersebut. Dalam bahasa arab ‘Ilah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni (1) mahbuub (yang dicintai), (2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan (3) marhuub (yang ditakuti). Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”.
    Selain itu dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat Ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Allah ( Sifat Pencipta / Al-Khaliq ) bukan sifat ketuhanan. ’Wahdaniah’ adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal tidak berbilang-bilang. Biarkanlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk mempunyai tuhan-tuhan yang mereka sembah kerana disana ada Tuhan Hindu, Tuhan Buddha, Tuhan Kristian dan bermacam-macam lagi ( ada banyak tuhan ) kerana sememangnya tuhan itu sifatnya adalah berbilang-bilang.Kita hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak ( sebagai Pencipta / Robb / Ilah) dan Allah adalah milik kita umat Islam dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka ( tidak perlu ada tuhan) sebagai membezakan ketunggalan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.

    Setelah kita mengetahui akan hakikat perkataan Tuhan itu, bermula dari saat ini marilah kita memperbanyakkan menyebut nama Allah s.w.t. atau nama-nama-Nya didalam Asmaul-Husna samada didalam kehidupan seharian atau ketika beribadah kerana itulah nama sebenar bagiNya yang layak untuk dipanggil. Janganlah lagi kita menganggap Tuhan itu adalah Allah kerana Tuhan itu bukan namaNya yang sebenar ataupun gelaran kepada Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa melayu selama ini.
    Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan Tuhan sebenarnya seolah-olah kita telah tersalah alamat untuk menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia..Kita menyangka dengan menyebut Tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan pada hakikatnya apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik sebagaimana yang telah dijelaskan tadi. Disebabkan kita tidak pernah mengkaji kita perlu akui bahawa kesilapan yang tidak kita sedari seperti ini menyebabkan kita seolah-olah tidak dihiraukan oleh Allah dan dengan sebab itu pelbagai masalah terus melanda tanpa ada jalan penyelesaiannya disamping tekanan hidup yang semakin menghimpit umat Islam dewasa ini.

    Bagi umat Islam,lazimnya ketika mereka sedang sakit secara spontan mereka akan merintih dan menyebut nama “Allah..Allah..Allah..” dengan jelas dan penuh pengharapan dan tidak mungkin ada yang menyebut Tuhan..Tuhan..Tuhan” pada ketika itu..Begitu juga apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu kita akan berkata bahawa kita telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah Tuhan..Namun hakikatnya ramai dikalangan kita yang lebih banyak dan suka menyebut perkataan Tuhan berbanding menyebut nama Allah dalam perbualan seharian sedangkan sepatutnya kita bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah kerana Allahlah yang menghidupkan dan memberi nikmat yang terlalu banyak kepada kita. Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita begitu jauh sekali? Fikirkanlah…

    Seterusnya lihatlah contoh perbandingan diantara senikata lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor. Mengapakah didalam senikata lagu Negaraku menggunakan perkataan Tuhan sedangkan senikata lagu Negeri Johor tidak ada walau sepatah pun perkataan Tuhan melainkan yang ada hanyalah nama Allah. Ini bermakna seluruh pelajar di Negeri Johor termasuklah pelajar-pelajar yang bukan Islam sejak sekian lama telah menyebut nama Allah ketika menyanyikan lagu tersebut tanpa sebarang masalah yang berbangkit. Jika lagu Negeri Johor boleh menggunakan sepenuhnya nama Allah, mengapa tidak kita jadikannya sebagai contoh yang baik untuk diikuti dengan menggantikan perkataan Tuhan itu kepada nama Allah samada didalam lagu Negaraku, Rukunegara dan lain-lain lagi serta yang lebih penting lagi adalah ketika kita beribadah kepada Allah khususnya ketika berdoa supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t. insyaAllah.

    Sila rujuk senikata kedua-dua buah lagu dibawah ini:

    Lagu Negaraku Lagu Negeri Johor

    Negaraku, tanah tumpahnya darahku Allah peliharakan Sultan
    Rakyat hidup ,bersatu dan maju Anugerahkan dia segala kehormatan
    Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan Sihat dan ria kekal dan makmur
    Raja kita, selamat bertakhta Luaskan kuasa menaungkan kami
    Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Rakyat dipimpini bersama lagi
    Raja kita, selamat bertakhta Dengan perintah bersatu hati
    Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan

    Mudah-mudahan apabila kita sanggup untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua..insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita meninggalkan dari menyebut perkataan Tuhan itu tetapi kita sangat merugi jika kita tidak mahu menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.Meskipun penggunaan perkataan Tuhan ini telah sekian lama berlarutan adalah diharapkan agar para Alim Ulama dan Para Cendikiawan Islam di Malaysia khususnya supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-nama-Nya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut :- “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…” Bukankah indah dengan doa yang sebegini…dan janganlah kita menyebut perkataan Tuhan itu lagi…

    Firman Allah s.w.t.
                    
    Dan Allah mempunyai nama-namaNya yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
    Surah al-A’raaf, Ayat 180
    Apa yang diperjelaskan disini bagi sesetengah pihak mungkin menganggap ia hanyalah isu remeh-temeh yang membabitkan soal istilah atau bahasa sahaja dan kita cuma bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika menyebutnya.Sedari dan yakinlah bahawa, jika diatas dunia ini ia mungkin dipandang remeh tetapi ia menjadi sangat berat sebagaimana lebih beratnya timbangan kalimah Laa ilaaha illallah itu berbanding dunia dan seisinya apabila kita telah berhadapan dengan Allah di akhirat kelak jika kita benar-benar dapat memahaminya… Tugas kami hanya menyampaikan dan memberikan penjelasan semata-mata kerana Allah dan yang selebihnya kepada Allah diserahkan segala urusan.Wallahu’alam.

    Akhir kata ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, bagi mereka yang merenung dengan matahati, mereka tentu meyakini bahawa dunia ini sebenarnya telah semakin menghampiri ke penghujungnya.Samada kita sedar atau tidak, hari kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah pasti akan terjadi secara mengejut ketika manusia asyik leka dengan urusan dunianya.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha membersihkan nama Allah dan memperbanyakkan menyebut nama Allah dalam kehidupan kita yang berbaki ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan.amin..wassalam.

    Membersih Nama Allah
    ilhamhikmah@gmail.com
    attawwab@gmail.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: